Restoran Thai agak mudah ditemui di Malaysia yang membolehkan anda menikmati makanan Thai di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa anda mahukan. Rasa kontras masakan Thai menjadikannya berbeza daripada masakan lain. Ia lengkap dengan rasa rempat yang panas dan perisa sitrus seperti mangga dan limau untuk mencipta rasa yang mengujakan.
Oleh kerana permintaan yang tinggi, anda boleh mencari banyak restoran Thai di Ipoh. Ini menjadikannya mencabar untuk mencari tempat terbaik untuk dikunjungi yang sepadan dengan keinginan anda dan orang tersayang. Anda tidak perlu risau kerana kami telah menyenaraikan 8 restoran Thai terbaik di Ipoh untuk membantu anda memilih tempat yang sesuai untuk dikunjungi.
Apakah Hidangan Makanan Thai yang Popular?
Memilih hidangan Thai mungkin sukar bagi sesetengah orang, terutamanya untuk mereka yang ingin merasakanya buat pertama kali kerana terdapat pelbagai enis menu yang boleh anda pilih. Pad Thai, Tom Yum Goong, Khao Pad dan Pad Kra Pao Moo ialah hidangan popular yang anda boleh cuba membiasakan diri apabila menikmati makanan Thai.
Adakah Makanan Thai Sihat?
Makanan tradisional Thai secara umumnya berasaskan sayur-sayuran, protein tanpa lemak, rempah segar dan herba yang menjadikannya masakan yang sihat. Walau bagaimanapun, anda masih boleh menemui hidangan Thai yang tinggi garam, karbohidrat dan gula tambahan serta makanan bergoreng.
8 Restoran Thai Terbaik di Ipoh 2025
1. Thai Mookata Steamboat


Thai Mookata Steamboat ialah restoran Thai popular yang patut dikunjungi jika anda mengidamkan mookata. Mereka hanya mempunyai cawangan ini. Jadi, anda hanya boleh merasai stimbot BBQ Gaya Tradisional Thai di Ipoh. Anda boleh memilih pelbagai bahan segar, daging dan sos untuk menikmati pengalaman makan yang melazatkan bersama keluarga atau rakan-rakan anda.
Waktu Operasi:
5:30 petang – 11:00 malam (Selasa – Ahad)
Isnin (Tutup)
Alamat: 48, Laluan Ipoh Perdana, Taman Ipoh Perdana, 31400 Ipoh, Perak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/tmsipoh/
Instagram: https://www.instagram.com/thaimookata/
2. Mama Mee Yah


Mama Mee Yah adalah tempat terbaik untuk memenuhi keinginan anda untuk mi mama Thai.
Anda juga boleh menemui Tom Yum Noodles, Chicken Basil Rice dan banyak lagi pada harga yang berpatutan. Restoran ini mempunyai persekitaran selesa yang membolehkan anda dan keluarga anda menjamu selera dengan selesa. Mereka tidak menghidangkan makanan babi dan lemak babi yang menjadikannya sesuai untuk orang Islam kerana disahkan Halal.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Blok A G-20, Soho Ipoh, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh, Perak Soho, 30000 Ipoh
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/MamaMeeYahIpoh
Instagram: https://www.instagram.com/mamameeyah_my/?hl=en
3. Roy Thai Restaurant


Kunjungi Roy Thai Restaurant untuk menikmati masakan Thai yang lazat dan penuh rasa sambil bersantai dengan rakan-rakan anda. Terdapat pelbagai hidangan untuk dipilih, antaranya Papaya Salad, Lime Fish dan Pandan Chicken. Jadi, anda akan mempunyai pilihan yang berlainan setiap kali anda mengunjungi restoran ini. Persekitaran di restoran ini juga sesuai untuk perjumpaan keluarga yang membolehkan orang ramai menghabiskan masa berkualiti bersama.
Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 3:00 petang, 5:00 petang – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 89, Jln Canning Estate, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063591642871
4. Western N Thai


Western N Thai telah menghidangkan masakan Thai dan Barat kepada komuniti tempatan dan pengembara yang melawat Ipoh. Somtum, Green Curry Pork, Aglio Olio Seafood Spaghetti dan Fish N Chip adalah antara hidangan yang anda boleh pilih mengikut kesukaan anda. Jika anda inginkan hidangan selain makanan Thai, anda boleh menikmati menu Barat yang terdapat di restoran ini. Anda juga boleh membezakan restoran ini dengan mudah kerana adanya papan tanda yang luas dan menarik untuk membantu anda.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 3:00 petang, 5:00 petang – 10:00 malam (Khamis – Selasa)
Rabu (Tutup)
Alamat: 6, Laluan Perusahaan Menglembu 1, Taman Falim Indah, 31450 Ipoh, Perak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/westernNthai/
5. Food Thai Recipe Restaurant


Food Thai Recipe Restaurant ialah restoran Thai Halal di Ipoh yang menyajikan pelbagai pilihan makanan dalam jumlah hidangan yang besar. Ini menjadikannya sesuai untuk dikongsi dengan orang tersayang anda serta menjimatkan wang. Bahagian dalaman restoran Thai ini dihiasi dengan sedikit sentuhan rustik yang memukau. Persekitarannya yang santai sesuai untuk anda berehat selepas hari yang sibuk dan padat.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 3:30 petang, 5:30 petang – 9:30 malam (Setiap hari)
Alamat: Pusat Perdagangan, 148 & 150, Jalan Tasek Timur, Taman Tasek Indra, 31400 Ipoh, Perak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/foodthaireciperestaurant
6. Song Khun


Lain kali anda melawat Song Khun, anda mesti mencuba Goong Pla mereka. Hidangan ini adalah salad udang yang diperbuat daripada nam prik phao, pomelo dan kelapa bakar bagi melengkapkan setiap elemen yang diperlukan untuk mencipta hidangan yang lazat. Anda juga boleh menikmati Thai Basil Minced Meat, Tom Yum Seafood Noodles dan mencuci selera anda dengan segelas Bir Halia untuk sesi makan yang lebih menyeronokkan.
Waktu Operasi:
6:00 petang – 10:00 malam (Rabu – Ahad)
Isnin & Selasa (Tutup)
Alamat: 20, Jalan Yau Tet Shin, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/Songkhun2.0/
Instagram: https://www.instagram.com/songkhun_/
7. Lanna Thai Restaurant


Lanna Thai Restaurant menyajikan masakan Thai yang lazat dalam suasana yang selesa. Ini membolehkan anda menikmati makanan Thai yang belum pernah anda rasai bersama keluarga atau rakan anda untuk mencipta detik kenangan baru. Walaupun harganya tinggi sedikit, kualiti makanan di sini pasti menjadikannya berbaloi. Tom Yum Red Soup, Steam Fish with Lime Sauce dan Pineapple Fried Rice adalah antara menu yang anda boleh cuba pada kunjungan seterusnya ke restoran ini.
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)
Isnin (Tutup)
Alamat: Block E G-6 Soho Ipoh, 2, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/LannaThaiIpoh/
8. Baan Sukhothai


Baan Sukhothai ialah restoran Thai tanpa daging babi, lemak babi dan alkohol di Ipoh, Perak. Mereka dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin. Restoran ini mempunyai ruang makan yang luas untuk memuatkan beberapa tetamu sekali gus. Manjakan selera anda dengan rasa lazat Pineapple Fried Rice, Papaya Salad dan Mango Sticky Rice untuk mengakhiri hidangan lazat anda dengan makanan yang luar biasa. Anda juga boleh mencuba Butterfly Pea Latte yang popular untuk dihirup sambil menikmati kunjungi anda ke sini.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 9:30 malam (Selasa – Ahad)
Isnin (Tutup)
Alamat: 2-1, Persiaran Greentown 6, Greentown Business Centre, 30450 Ipoh, Perak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/baansukhothaimy/
Instagram: https://www.instagram.com/baansukhothaimy/
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.