Gaya rambut yang digayakan dengan baik boleh meningkatkan keyakinan diri anda dengan ketara dan membuatkan anda berasa hebat tentang penampilan anda. Dengan bantuan pendandan rambut profesional, anda akan memperolehi penampilan yang cantik serta dandanan rambut yang sesuai dengan rupya anda. Ia akan meningkatkan keyakinan anda semasa berinteraksi dengan orang ramai.
Katakan anda sedang berehat dan ingin mencuba gaya rambut yang baharu anda boleh melawati 16 salun rambut terbaik di Johor Bahru ini. Salun-salun ini menawarkan pelbagai perkhidmatan penggayaan rambut dan rawatan penjagaan rambut tambahan seperti urutan kulit kepala, rawatan ‘deep conditioning’, dan kemudahan rawatan seperti spa yang membolehkan anda memanjakan diri.
Bagaimanakah Anda Memilih Salun Rambut Yang Baik?
Untuk memilih salun rambut yang bagus, anda perlu mempertimbangkan banyak faktor seperti reputasi salun tersebut, kepakaran, perkhidmatan yang ditawarkan, kebersihan, komunikasi, harga, lokasi, keselesaan peribadi dan juga pengkhususan. Anda perlu utamakan salun yang memenuhi keperluan anda atau menyediakan perkhidmatan yang berkualiti bagi memastikan pengalaman yang positif.
Berapa Kerapkah Anda Patut Berkunjung Ke Salun Rambut Untuk Mendapatkan Rawatan Rambut?
Untuk makluman anda, setiap rawatan mempunyai tempoh yang berbeza. Rawatan ‘deep conditioning’ boleh dilakukan setiap 2 hingga 4 minggu manakala rawatan keratin pula biasanya boleh mengambil masa sehingga 6 bulan. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai rambut berwarna, kering atau rapuh, anda mungkin perlu lebih kerap ke salun rambut untuk merawat masalah anda.
Bagaimanakah Anda Memilih Gaya Rambut Yang Sesuai Dengan Bentuk Muka Anda?
Anda boleh mendapatkan khidmat pendandam rambut untuk mendapatkan gaya rambut yang sesuai dengan bentuk muka anda. Gaya rambut yang sesuai dengan bentuk muka anda boleh menyerlahkan ciri terbaik dan tekstur rambut anda. Selain itu, ia juga boleh menambah keyakinan diri. Berikut adalah carta yang boleh membantu anda memilih gaya rambut yang sesuai dengan bentuk muka anda:

Baca Lagi:
- Salun Rambut di KL & Selangor
- Salun Rambut di Johor Bahru
- Salun Rambut di Pulau Pinang
- Salun Rambut di Sabah
- Salun Rambut di Sarawak
- Salun Rambut di Ipoh
16 Salun Rambut Terbaik di Johor Bahru 2025
1. D’LUXE Studio Spa


D’LUXE Studio Spa by Luxe Studio menawarkan gaya Konsep Jepun yang unik. Secara eksklusifnya, salun ini menggunakan produk rambut antarabangsa yang berkualiti tinggi daripada jenama seperti L’oreal, Milbon, Goldwell, Shiseido, Advante dan Oway. Salun mereka luas dan bersih. Pendandan rambut mereka juga teliti dan sabar dalam menerangkan proses serta menetapkan jangkaan bagi setiap pelanggan. Selain itu, pelanggan Muslimah boleh menikmati privasi di dalam bilik peribadi khusus tanpa kos tambahan sewaktu menerima rawatan di sini.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: S-002, Level 2 The Mall Mid Valley Southkey, No 1, Persiaran Southkey 1, 80150 Johor Bahru, Johor
No. Telefon: 07-291 0000
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/leadingsalon.injohorbahru/
Instagram: https://www.instagram.com/luxestudiojb/?hl=en
semak laman web di sini2. Studio M


Studio M adalah salun rambut terkenal yang memberikan anda perkhidmatan pewarnaan dan penggayaan rambut yang unik oleh pendandan rambut. Setiap hari, anda boleh menikmati pelbagai rawatan rambut, pewarnaan dan ‘perm’. Dengan pengalaman yang lebih sedekad, mereka mampu menyediakan perkhidmatan yang mesra dalam persekitaran yang mewah dan profesional. Di Studio M, anda akan mendapat pengalaman yang terbaik. Hal ini kerana, anda akan dihidangkan dengan segelas air, diikuti dengan secawan teh kekwa. Jika anda berasa sejuk, anda boleh meminta selimut daripada kakitangan mereka. Untuk mengetahui jenis rawatan dan harga yang ditawarkan, anda boleh melayari laman web rasmi salun ini.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 9:30 malam (Setiap hari)
Alamat: G-08, KSL City, 80250, Taman Abad, Jalan Seladang, Johor Bahru, Johor
No. Telefon: 07-289 0058
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/studiomksl/
Instagram: https://www.instagram.com/studiomksl/?hl=en
semak laman web di sini3. Style By Andy Chan Hair Salon


Style By Andy Chan Hair Salon diasaskan oleh Art Director yang memenangi anugerah, iaitu Andy Chan. Salun rambut ini menyediakan suasana yang selesa dan bergaya dengan konsep salun rambut yang moden. Mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuklah menggunting rambut, rawatan rambut, perkhidmatan kuku atau bulu mata dan banyak lagi. Ramai pelanggan memuji kakitangan mereka kerana peka dengan kehendak pelanggan sebelum memberikan perkhidmatan potongan rambut dan rawatan lain. Mereka memiliki pendandan rambut yang berpengalaman, jadi anda boleh mempercayai salun ini untuk meningkatkan kecantikan dalaman anda melalui pewarnaan atau penggayaan rambut oleh pakar.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: S046, Mid Valley Mall Southkey, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor
No. Telefon: 012-969 5613
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/stylebyandychan/
Instagram: https://www.instagram.com/stylebyandychanhairsalon/?hl=en
semak laman web di sini4. 96 Hair Lounge


96 Hair Lounge adalah Aveda Flagship Salon yang menggunakan produk AVEDA ‘cruelty-free’ dan berasaskan tumbuhan semula jadi. Dengan suasana yang tenang dan profesional, mereka menawarkan rangkaian komprehensif bagi perkhidmatan seperti memotong rambut, mewarna rambut, ‘perming’, ‘rebonding’ dan banyak lagi. Salun rambut ini juga pakar dalam warna rambut kreatif dan ‘perm’ Korea. Ramai pelanggan menyukai gaya rambut yang menarik yang direka oleh pendandan rambut mereka. Selain itu, kakitangan mereka juga sering mendapat pujian atas perhatian dan nasihat profesional yang diberikan kepada pelanggan.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: S021, Level 2 The Mall, Mid Valley Southkey, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor
No. Telefon: 07-279 0060
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/96hairlounge
Instagram: https://www.instagram.com/96.hair.lounge/?hl=en
semak laman web di sini5. Organic Mode Salon


Secara eksklusifnya, Organic Mode Salon menggunakan produk rambut organik dan semula jadi. Salun rambut ini sesuai untuk individu yang mementingkan alam sekitar. Mereka menawarkan produk yang mesra alam serta kaya dengan bahan biodinamik bagi meremajakan rambut dan kulit kepala anda secara semula jadi. Pendandan rambut mereka sangat teliti semasa mengendalikan rambut pelanggan mereka. Selain itu, mereka akan memberi nasihat yang baik dan tidak memaksa pelanggan untuk mengambil pakej penjagaan rambut yang mahal. Jadi, anda boleh menikmati perkhidmatan mereka yang mesra di salun ini sambil mendapatkan gaya rambut yang anda inginkan.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Johor Bahru City Square, Lot J4-18, Level 4, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru, Johor
No. Telefon: 012-930 0878
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/Organic-Mode-Salon-181423371909884/
Instagram: https://www.instagram.com/organicmodesaloncs/?hl=en
semak laman web di sini6. 17 Hair Salon


17 Hair Salon menawarkan perkhidmatan rambut yang penting seperti menggayakan rambut, mewarna rambut, kerinting dan menyambung rambut. Salun ini membolehkan anda menyesuaikan rupa yang anda inginkan berdasarkan pilihan randa. Ramai pelanggan memuji profesionalisme dan perhatian yang diberikan oleh kakitangan mereka ketika mengendalikan pelanggan. Selain itu, pelanggan mereka juga menghargai cadangan yang diberikan oleh pendandan rambut mereka bagi menangani masalah rambut mereka. Oleh sebab itu, salun rambut ini lebih menonjol berbanding dengan salun rambut yang lain.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 8:30 malam (Setiap hari)
Alamat: 35, Taman, Jln Adda 3/1, Adda Heights, 81100 Johor Bahru, Johor
No. Telefon: 012-936 9270
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/17-Hair-Salon-JB-101550785275506/
Instagram: https://www.instagram.com/17hairstudio/?hl=en
7. Solasta Professional Salon


Solasta Professional Salon adalah pusat rawatan rambut yang menawarkan pelbagai jenis rawatan dan dandanan rambut yang boleh dipercayai. Salun ini menawarkan perkhidmatan yang berkualiti untuk meningkatkan kecantikan rambut anda. Pelbagai perkhidmatan menarik disediakan di sini seperti, mewarna rambut, rawatan rambut, ‘perming’, ‘rebonding’ dan banyak lagi. Apabila anda mendapatkan rawatan rambut di sini, pendandan rambut akan membantu mendiagnosisi kulit kepala anda sebelum mengesyorkan rawatan yang sesuai. Selain itu, anda juga boleh membuat rawatan kuku di sini, sekali gus memudahkan urusan penjagaan diri anda.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Khamis)
10:00 pagi – 10:00 malam (Jumaat – Ahad)
Alamat: L2-13A&15, KSL City, No 33, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250, Johor
No. Telefon: 07-362 5030
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/solastaKSL/
Instagram: https://www.instagram.com/solasta_professional_salon/?hl=en
semak laman web di sini8. Stay B


Stay B adalah salun rambut terkemuka yang menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuklah potongan rambut dan ‘rebonding’ yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan anda. Pasukan mereka terdiri daripada pendandan rambut dan juruteknik yang berkemahiran tinggi dan komited untuk memberikan hasil yang cemerlang. Dengan kepuasan pelanggan sebagai keutamaan mereka, setiap lawatan anda menjamin hasil yang terbaik, membuatkan anda berpuas hati dan gembira.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Lot 221D, Level 2, Komtar JBCC, Johor Bahru City Centre, 80000 Johor Bahru, Johor
No. Telefon: 07-277 8858
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/staybsalon/
9. Urban Hair


Urban Hair adalah salun rambut yang menawarkan produk semula jadi dan organik yang meremajakan rambut dan kulit kepala anda. Rawatan rambut di Urban Hair akan memastikan rambut dan kulit kepala anda bebas daripada bahan berbahaya seperti ammonia, paraben, SLES, SLS dan alkohol. Rawatan rambut di sini sesuai buat anda yang mempunyai rambut dan kulit kepala yang sensitif. Pelanggan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan dan cadangan proaktif yang diberikan oleh pendandan rambut mereka. Nasihat penjagaan rambut yang diberikan membuatkan pelanggan berasa mereka dijaga dengan baik dan meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan di salun rambut ini.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: L2-16, KSL City, 33, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor
No. Telefon: 07-362 5030
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/URBANHAIRORGANIC/
Instagram: https://www.instagram.com/urbanhair_by_luxe/?hl=en
semak laman web di sini10. MODE Hair Salon


Mode Salon fokus kepada kepuasan pelanggan dengan memberikan perkhidmatan yang luar biasa. Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan rambut untuk Muslimah dan menawarkan pelbagai produk berkualiti tinggi kepada pelanggan. Ramai pelanggan mereka berpuas hati dengan cadangan dan profesionalisme yang mereka berikan. Salun ini juga berjaya menyelesaikan masalah kulit kepala yang telah lama dihadapi oleh pelanggan mereka. Disebabkan itu, ia menjadi salun yang terbaik untuk anda lawati dan anda boleh mengesyorkannya kepada rakan-rakan.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 03-17, Blok F Komersial Southkey Mozek Persiaran Southkey 1, Kota Southkey Kota, Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor
No. Telefon: 07-336 4913
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/modehairsouthkey/
Instagram: https://www.instagram.com/modehairsalon.southkey/?hl=en
semak laman web di sini11. Provost Hair Studio


Provost Hair Studio menawarkan pelbagai perkhidmatan rambut seperti pewarnaan rambut, perm rambut digital dan potongan rambut yang bergaya. Selain itu, mereka juga menawarkan rawatan keratin dan kulit kepala untuk menangani masalah rambut biasa. Para pendandan rambut mereka mahir dalam pelbagai potongan gaya rambut, termasuklah gaya rambut lelaki. Kebanyakan pelanggan mereka berpuas hati dengan gaya rambut dan perkhidmatan yang diberikan.
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)
Tutup (Khamis)
Alamat: No. 10-01, Jalan Setia Tropika 1, Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor
No. Telefon: 07-230 0762
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/provost.hair.studio
Instagram: https://www.instagram.com/provost_hair_studio/?hl=en
12. I Image Hair & Makeup Studio


Jika anda sedang mencari salun rambut yang boleh dipercayai di Taman Bukit Indah, Johor Bahru, anda boleh ke I Image Hair & Makeup Studio. Mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti mewarna rambut, mengeriting rambut, meluruskan rambut, memotong rambut dan menggayakan rambut. Pendandan rambut mereka akan memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan anda selesa dengan perkhidmatan yang diberikan. Selain itu, anda boleh menikmati rawatan rambut yang menyihatkan bagi memberikan penampilan yang lebih segar dan meningkatkan keyakinan anda.
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 8:00 malam (Isnin, Selasa, Khamis – Sabtu)
11:00 pagi – 6:00 petang (Ahad)
Tutup (Rabu)
Alamat: 33, Jalan Indah 10/1, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor
No. Telefon: 012-557 0913
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/IImageHairSalon/
Instagram: https://www.instagram.com/iimagehairmakeup/?hl=en
13. Cutdomos Hair Studio


Cutdomos Hair Studio adalah salun yang sesuai untuk pengalaman kontemporari yang menakjubkan secara visual. Dengan pendandan rambut yang penuh perhatian dan teliti, mereka akan membantu anda untuk mencapai penampilan yang anda inginkan. Mereka menawarkan perkhidmatan seperti menggunting rambut dan mewarnakan rambut. Anda boleh menempah temu janji bersama mereka melalui akaun Facebook rasmi mereka. Selain itu, ramai pelanggan mereka berpuas hati dengan gaya potongan rambut yang diberikan kerana ia profesional dan menepati kehendak mereka.
Waktu Operasi:
10:30 pagi – 8:00 malam (Isnin – Sabtu)
11:00 pagi – 7:00 petang (Ahad)
Tutup (Selasa)
Alamat: 171, Jalan Sutera, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/CutdomosSentosa/
semak laman web di sini14. Elle Hair Studio


Di bawah bimbingan pengasas dan pengarah artistik Encik Simon Koh, Elle Hair Studio telah menyediakan perkhidmatan dandanan rambut yang luar biasa sejak penubuhannya pada tahun 1986. Bagi meraikan ulang tahunnya yang ke-30, studio ini mempunyai pasukan pendandan rambut berpengalaman yang dikenali sebagai “Pasukan Artistik ELLE.” Dengan pengalaman selama 35 tahun, Encik Simon Koh mengetuai pasukannya dalam menyampaikan gaya yang pelbagai dan kreatif. Pelanggan mereka menyukai suasana salun ini. Selain itu, kemahiran menggunting rambut yang profesional dan penggayaan yang canggih turut memikat hati pelanggan di sini. Untuk mengetahui rawatan, perkhidmatan dan harga yang ditawarkan, anda boleh melayari laman web rasmi mereka.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: T-017, Level 3, The Mall, Mid Valley Southkey, Persiaran Southern 1, Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor
No. Telefon: 016-738 0993
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/ellehairstudiomalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/ellehairstudiomalaysia/?hl=en
semak laman web di sini15. Evogue Hair Salon


Di Evogue Hair Salon, setiap lawatan menjamin perkhidmatan rambut yang luar biasa. Pendandan rambut akan menghormati kehendak anda dan menawarkan cadangan yang boleh membantu anda memilih warna dan gaya rambut yang sempurna untuk kulit anda. Selain itu, mereka juga akan menilai keadaan rambut anda terlebih dahulu sebelum memulakan perkhidmatan mereka. Anda boleh menikmati pelbagai perkhidmatan yang diberikan seperti memotong rambut, menggayakan rambut dan mewarna rambut pada harga yang berpatutan. Anda boleh menpercayai Evogue Hair Salon untuk pengalaman penggayaan rambut yang memuaskan.
Waktu Operasi:
10:30 pagi – 8:00 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)
Alamat: 31, Jalan Austin Heights 8/3, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
No. Telefon: 07-364 1144
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/e.voguehairsalon/
Instagram: https://www.instagram.com/evogue_eugene/?hl=en
16. Vintage Hair Salon


Vintage Hair Salon boleh memenuhi semua keperluan rambut anda dengan pelbagai perkhidmatan seperti pewarnaan rambut, ‘perming’, meluruskan rambut, memotong rambut dan menggayakan rambut. Salah seorang pelanggan mereka memuji kepakaran pendandan rambut di salun ini kerana memberikan potongan rambut yang cantik. Disebabkan itu, pelanggan tersebut menerima banyak pujian daripada rakan-rakannya. Jadi, kunjungilah Vintage Hair Salun dan dapatkan rawatan rambut yang sihat bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan anda secara keseluruhannya.
Waktu Operasi:
10:30 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)
Tutup (Jumaat)
Alamat: 46, Jalan Molek 2/1, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor
No. Telefon: 07-361 7785
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/vintagehairsalon98/
Instagram: https://www.instagram.com/vintagehairsalon98/?hl=en
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.