Hamster ialah haiwan berbulu bersaiz kecil yang jinak serta sering dijadikan haiwan peliharaan. Ramai yang tertarik dengan kecomelan aksinya, namun seperti haiwan peliharaan yang lain, hamster juga memerlukan penjagaan yang rapi. Memelihara hamster juga memerlukan kos yang agak tinggi kerana ia bukan sahaja memerlukan makanan atau vitamin, malah ia juga memerlukan tempat tidur yang selesa dan selamat.
Hamster tidak boleh dilepaskan bebas di dalam rumah seperti kucing dan anjing ekoran ia merupakan haiwan yang agak sensitif, kecil dan lemah. Oleh itu, penggunaan sangkar hamster amat penting bagi menjamin keselamatan dan keselesaan hamster anda. Sangkar hamster haruslah sekurang-kurangnya seluas 60 sentimeter (sm) panjang dan 40 sm lebar bagi membolehkannya bergerak dengan bebas. Berikut adalah 10 sangkar hamster terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.
Tips untuk memilih sangkar hamster yang betul.
Tujuan utama mengapa anda perlu memiliki sangkar hamster adalah untuk memastikan keselamatan dan keselesaan hamster anda. Namun sebelum anda memilih atau membeli sangkar hamster, anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor seperti saiz sangkar, bahan dan harga sangkar.
1. Saiz sangkar
Hamsters daripada baka yang berbeza memerlukan saiz sangkar yang berbeza. Sebagai contoh, untuk hamster dengan baka Syria, ia memerlukan sangkar bersaiz 50 cm x 40 cm dengan bahagian atas berbentuk separa bulat. Manakala, untuk hamster baka lain saiz sangkar tidak boleh kurang daripada 30 cm x 45 cm dengan ketinggian 20 hingga 30 cm.
2. Bahan
Biasanya sangkar hamster yang berkualiti diperbuat daripada keluli supaya ia mempunyai pengudaraan yang baik serta menghalang hamster daripada melarikan diri.
3. Harga
Memandangkan sangkar hamster boleh didapati dalam pelbagai harga daripada harga yang murah sehinggalah kepada harga yang mahal, bergantung pada kualiti bahan dan jenama sangkar tersebut. Jadi, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda bagi mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.
10 Sangkar Hamster Terbaik di Malaysia 2023
1. Double Storey Hamster Castle

Double Storey Hamster Castle ini sesuai digunakan untuk semua spesies hamster. Sangkar ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Bukan itu sahaja, ‘dispenser’ air, gelongsor dan mangkuk makanan juga disertakan semasa pembelian. Sangkar ini didatangkan dengan 5 pilihan warna untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik, keluli
- Saiz: 23 cm x 17 cm x 30 cm
- Warna: Coklat, merah jambu, hijau, kuning, oren
Kelebihan:
✅ Luas
✅ Disertakan ‘dispenser’ air, gelongsor dan mangkuk makanan.
Harga: RM25.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Acrylic Hamster Cage

Sangkar hamster akrilik ini didatangkan dengan reka bentuk lutsinar bagi memudahkan anda untuk memantau keadaan hamster anda. Tidak seperti sangkar hamster yang biasa, sangkar ini diperbuat daripada akrilik bagi mengelakkan hamster anda menggigit atau merosakkan sangkar. Bukan itu sahaja, ia juga disertakan dengan ‘dispenser’ air, mangkuk makanan dan roda percuma.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik, keluli
- Saiz: 25 cm x 20 cm x 16 cm
- Warna: Lutsinar
Kelebihan:
✅ Lutsinar
✅ Tahan lasak
✅ Roda percuma
Harga: RM25.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Hamster Nano Luxury Villa

Jika anda sedang mencari sangkar hamster dengan reka bentuk moden dan ringkas, maka Hamster Nano Luxury Villa ini pilihan terbaik untuk anda. Sangkar ini sesuai digunakan untuk hamster spesies ‘Roborovski Dwarf’ dan ‘Campbell’s Dwarf Russian’. Bukan itu sahaja, ia juga tidak akan memakan ruang yang banyak ekoran saiznya yang kecil dan padat.
Spesifikasi:
- Bahan: Kayu, akrilik
- Saiz: 40 cm x 30 cm x 30 cm
- Warna: Lutsinar
Kelebihan:
✅ Reka bentuk yang ringkas
✅ Kalis air
Harga: RM118.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Premium Hamster Cage

Sangkar Hamster Premium ini dilengkapi dengan pelbagai keperluan yang diperlukan oleh hamster anda. Sangkar ini didatangkan dengan ‘dispenser’ air, mangkuk makanan, set buaian, ‘ramp’, dan 2 tingkat tempat tidur. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai ciri boleh tanggal bagi memudahkan anda untuk membersihkan sangkar.
Spesifikasi:
- Bahan: Akrilik, plastik
- Saiz: 35 cm x 25 cm x 35 cm
- Warna: Lutsinar
Kelebihan:
✅ Bahagian bawah boleh tanggal
✅ Luas
✅ Set lengkap
Harga: RM159.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Hamster Twin Tower

Hamster Twin Tower ini sesuai digunakan untuk semua spesies hamster terutamanya ‘Cricetus griseus (hamster cina) dan ‘Mesocricetus auratus’ (hamster Syria). Sangkar ini diperbuat daripada keluli dan plastik berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lasak. Tambahan pula, sangkar ini juga dilengkapi dengan mangkuk makanan, ‘dispenser’ air, 2 tempat perlindungan, roda, dan platform untuk hamster anda bermain. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan 3 warna yang berbeza untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli, plastik
- Saiz: 45 cm x 30 cm x 45 cm
- Warna: Jingga, hijau, merah jambu
Kelebihan:
✅ 2 tingkat
✅ Luas
✅ Set lengkap
Harga: RM83.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. 3 Storey Acrylic Hamster Cage

3 Storey Acrylic Hamster Cage ini didatangkan dengan reka bentuk yang luas bagi memberikan keselesaan yang maksimum serta kebebasan bergerak kepada hamster anda. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan tingkap kecil pada bahagian sisi sangkar bagi membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Sangkar ini dilengkapi dengan 2 tempat perlindungan, ‘ramp’, set buaian, mangkuk makanan dan ‘dispenser’ air.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik, akrilik
- Saiz: 30 cm x 20 cm x 45 cm
- Warna: Lutsinar
Kelebihan:
✅ Luas
✅ Set lengkap
Harga: RM125.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Bucatstate Hamster Cage

Sangkar hamster keluaran Bucastate ini merupakan pilihan yang terbaik jika anda sedang mencari sangkar dengan sistem pengudaraan yang baik. Sangkar ini diperbuat daripada bahan tahan lasak yang membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lama. Ia dilengkapi dengan pintu keluli tahan karat dan akrilik serta sistem kunci bagi memastikan keselamatan hamster anda. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan platform percuma, mangkuk makanan, ‘dispenser air’ dan roda.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik, akrilik, keluli
- Saiz: 62 cm x 35 cm x 44 cm
- Warna: Ungu
Kelebihan:
✅ Dinding akrilik boleh tanggal
✅ Set lengkap
Harga: RM135.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Travel Hamster Cage

Travel Hamster Cage ini didatangkan dengan reka bentuk mudah alih bagi memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Sangkar ini dilengkapi dengan roda, mangkuk makanan dan ‘dispenser’ air. Bukan itu sahaja, sangkar ini juga dipasarkan pada harga yang berpatutan.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik, akrilik, keluli
- Saiz: 62 cm x 35 cm x 44 cm
- Warna: Pelbagai
Kelebihan:
✅ Sesuai untuk melancong
✅ Set lengkap
Harga: RM12.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. 3-Tier Portable Travel Cage

3-Tier Portable Travel Cage ini mempunyai reka bentuk agak kecil yang membolehkannya dibawa ke mana sahaja. Sama seperti sangkar yang lain, ia juga dilengkapi dengan roda, gelongsor, mangkuk makanan dan ‘dispenser’ air. Sangkar ini juga mempunyai kualiti yang tinggi selain dijual pada harga yang berpatutan. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dalam 4 warna yang berbeza untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik, keluli
- Saiz: 23 cm x 17 cm x 44 cm
- Warna: Coklat, kuning, biru, merah jambu
Kelebihan:
✅ Sesuai untuk melancong
✅ Luas
✅ Set lengkap
Harga: RM28.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Golden Bear Oversized Villa

Sangkar ini merupakan antara sangkar hamster yang menjadi pilihan pengguna. Sangkar ini sesuai digunakan untuk spesies hamster yang hidup secara berkumpulan seperti ‘Dwarf Winter White Russian’, ‘Cricetus griseus’ (hamster cina), ‘Campbell’s Dwarf Russian’ dan ‘Roborovski Dwarf’. Selain itu, aksesori sangkar ini juga dipasarkan secara berasingan bagi membolehkan anda membeli mengikut kuantiti dan jenis yang anda inginkan.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik, keluli
- Saiz: 47 cm x 30 cm x 30 cm
- Warna: Biru, merah jambu, coklat
Kelebihan:
✅ Mudah untuk dibersihkan
✅ Luas
Harga: RM61.17 – RM149.93
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.