8 Sarung Duvet Terbaik di Malaysia 2025

Duvet ialah selimut tebal yang diperbuat daripada isi fiber yang gebu dan mempunyai kain alas yang halus lembut dan sedikit licin untuk membalutinya. Kebiasaannya duvet atau quilt ini berwarna putih. Ia juga dilengkapi dengan zip atau butang bagi mengelakkan selimut anda kotor serta memudahkan proses pembersihan.

Untuk proses cucian, hanya quilt cover atau sarung sahaja yang perlu dibasuh selalu. Duvet tidak memerlukan cucian yang kerap kerana ia digunakan bersama sarungnya yang dipanggil “duvet cover”. Hal ini boleh memanjangkan jangka hayat penggunaannya. Berikut adalah sarung duvet terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

Bagaimana hendak Mencari Sarung Duvet yang sesuai?

Memiliki sarung duvet boleh membantu melindungi selimut anda daripada terdedah dengan kotoran. Jadi amat penting untuk anda mempunyai sarung duvet yang berkualiti tinggi. Untuk memilih sarung duvet yang sesuai serta berkualiti, anda perlu mempertimbangkan aspek seperti bahan, pilihan dan harga sebelum membuat pembelian.

  1. Bahan

Bahan adalah aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih sarung duvet. Sarung duvet yang terbaik lazimnya diperbuat daripada kapas, microXT dan microfiber.

  1. Pilihan

Sarung duvet biasanya datang dalam pelbagai warna dan corak bergantung pada jenama. Petua yang baik adalah dengan memilih sarung duvet yang unik dan menarik supaya mood anda akan lebih ceria dan tenang. 

  1. Harga

Sarung duvet yang berkualiti dan berjenama boleh mencecah harga yang agak mahal. Oleh itu, adalah penting untuk memilih sarung duvet yang berada dalam julat harga anda untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.

8 Sarung Duvet Terbaik di Malaysia 2023

1. Kun 12 Colors Hotel Comforter Cover/ Quilt Cover

Kun Colors Hotel Comforter Cover Quilt Cover
Kredit gambar: Shopee

Kun Quilt Cover diperbuat daripada bahan microfiber dan tidak merengsakan kulit  anda.   Selain itu, sarung ini juga dilengkapi dengan ciri lembut dan tahan lasak membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lama. Ia juga didatangkan dengan 12 pilihan warna yang mewah untuk anda pilih mengikut kesesuaian bilik tidur anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Microfibre
  • Warna: Saxony Blue, Mint, Open Grey, Raspberry, Blue Night, Toffee, Heron, Plum, Off White, Lagoon, Almond, Moon Mist
  • Saiz: Single, Queen, King

Kelebihan:

Selesa
Boleh dibasuh menggunakan mesin

Harga: RM25.90 – RM119.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. HOOGA Colour Pro Quilt Cover 800TC (V2)

HOOGA Colour Pro Quilt Cover TC V
Kredit gambar: Shopee

Hooga Color Pro Quilt Cover didatangkan dengan 9 warna menarik untuk anda pilih. Selain itu, sarung ini diperbuat daripada 100% kapas satin untuk memberikan keselesaan berpanjangan serta memastikan anda mendapat kualiti tidur yang sangat baik sepanjang malam.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas satin
  • Warna: Nude, Peach Beige, Rio Red, Sleet, Smoke Grey, Stellar, Timber Wolf, White, Zephyr
  • Saiz: Super Single, Queen, King

Kelebihan:

Lembut
Pelbagai warna

Harga : RM101.40 – RM169.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Winny Aviana Delmore Quilt Cover Set

Winny Aviana Delmore Quilt Cover Set
Kredit gambar: Shopee

Winny Aviana Delmore Quilt Cover Set dilengkapi dengan teknologi MicroXT serta mikrofiber ultra-halus bagi memberikan keselesaan yang maksimum sewaktu anda tidur. Ia juga disyorkan kerana disertakan dengan set peralatan tempat tidur, jadi anda tidak perlu risau untuk membeli sarung bantal atau cadar secara berasingan.

Spesifikasi:

  • Bahan: MicroXT
  • Warna: Pasir Terluntur, Iris Biru, Kelabu Muda, Orkid Berkabus, Kelabu Sabak, Tan, Tentera Laut Sejati, Kuarza Violet, Kelabu Dapple, Kulit Pine, Merah Scarlet, Kelabu Bayangan, Biru Langit, Kelabu Keluli
  • Saiz  : Super Single, Queen, King

Kelebihan:

Teknologi MicroXT
Mikrofiber ultra-halus

Harga: RM64.00 – RM102.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. AT&IN Life&Dream Comforter Set 650TC

ATIN LifeDream Comforter Set TC
Kredit gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari sarung duvet yang selesa, mudah dibasuh dan tidak mudah tertanggal,  AT&IN Life&Dream Comforter Set sesuai untuk anda. Diperbuat daripada 100% MicroXT Solid Emboss memberikan rasa lembut pada kulit, selesa serta warna sarung tidak mudah luntur. Bukan itu sahaja, sarung ini dipasarkan dalam 3 saiz untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: MicroXT Satin
  • Warna: Lovell, Hannie, Lauritz, Wera, Alya, Verlin, Manolo, Ailani, Moselle, Cemil, Comel Desserts, Glinyce, Luisito, Sweety Cherry
  • Saiz :  Super Single, Queen, King

Kelebihan:

Cepat kering
Ciri-ciri penyerap lembapan
Pelbagai warna

Harga: RM136.29 – RM188.79

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Cotonsoft Kylie Smooth Cotton 650TC: Quilt Cover Set Design Bristol+London

Cotonsoft Kylie Smooth Cotton TC Quilt Cover Set Design BristolLondon
Kredit gambar: Shopee

Set sarung ini agak berbeza dengan sarung duvet yang lain ekoran reka bentuknya yang unik dan mempunyai corak 2 dalam 1. Sarung ini didatangkan dengan 2 corak yang berlainan di bahagian dalam dan luar. Ia mempunyai gaya yang ringkas membuatkannya sesuai untuk anda yang sukakan konsep minimalis.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas
  • Warna: Orkid, Coral, Opal, Pewter
  • Saiz: Super Single, Queen, King

Kelebihan:

Boleh diterbalikkan
Unik

Harga: RM120.00 – RM195.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Winny Cotton Amour Comforter Set

Winny Cotton Amour Comforter Set
Kredit gambar: Shopee

Sarung ini didatangkan dengan ukuran sebanyak 230cm x 250cm menjadikannya sesuai untuk digunakan pada tilam bersaiz queen atau king. Selain itu, ia diperbuat daripada 100% kapas menjadikannya lembut, ringan dan selesa ketika dipakai. Sarung ini juga dipasarkan dengan 4 pilihan warna dan corak yang menarik untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas 
  • Warna: Louvain, Feilipe, Liliya, Wallonia
  • Saiz: Queen, King

Kelebihan:

Corak ceria
Selesa
Bahan berkualiti

Harga: RM139.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Winny Relish Comforter Set-620TC

Winny Relish Comforter Set TC
Kredit gambar: Shopee

Winny Relish Comforter ini diperbuat dengan kiraan 620 benang, menjadikannya lembut dan tahan lasak. Selain itu, ia diperbuat daripada teknologi MicroXT yang membantu memberikan penyerapan lembapan tambahan sewaktu anda tidur.

Spesifikasi:

  • Bahan: MicroXT
  • Warna: Light Mauve, Bleached Sand, Wheat, Peach Pink, Dapple Grey, Frost Grey, Purplish Blue, Grisaille Grey, Coastal Blue, Scarlet Red, Turquoise 
  • Saiz: Super Single, Queen, King

Kelebihan:

Tahan lasak
Pelbagai warna

Harga: RM117.30 – RM182.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Dreamynight Home Solid Color Series 730TC

Dreamynight Home Solid Color Series TC
Kredit gambar: Shopee

Dreamynight Home Solid Quilt Cover diperbuat daripada 100% kapas dengan ciri hipoalergenik. Ia membolehkan anda untuk mendapat tidur yang nyenyak ekoran teksturnya yang lembut dan tidak panas. Sarung duvet ini didatangkan dalam 15 warna solid untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas
  • Warna: 15 warna solid
  • Saiz: Super Single, Queen, King

Kelebihan:

Hypoallergenic
15 warna solid

Harga: RM139.80 – RM195.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close