Walaupun ramai yang cenderung memilih sarung tangan ‘reusable’ berbanding sarung tangan pakai buang, namun ada kalanya penggunaan sarung tangan pakai buang diperlukan. Contohnya seperti ketika anda menjaga pesakit, membersihkan pesakit atau memasak, anda disyorkan untuk menggunakan sarung tangan pakai buang kerana ia lebih selamat dan lebih bersih.
Kami telah mengumpulkan beberapa jenama sarung tangan pakai buang yang terbaik untuk anda! Berikut adalah 8 sarung tangan pakai buang terbaik di Malaysia pada tahun 2025 yang anda boleh dapatkan hari ini!
Faedah menggunakan sarung tangan pakai buang:
Ramai yang berpendapat bahawa sarung tangan ‘reusable’ adalah lebih baik berbanding sarung tangan pakai buang dari segi kewangan dan fungsi. Tetapi, tahukah anda bahawa penggunaan sarung tangan pakai buang banyak mendatangkan faedah, antaranya ialah:
- Sarung tangan pakai buang yang diperbuat daripada lateks boleh melindungi anda daripada bahan pembersih yang berbahaya seperti alkohol, detergen dan bahan biohazard yang mungkin akan membahayakan kulit anda.
- Pemakaian sarung tangan pakai buang dapat mengelakkan kita daripada mendapat jangkitan secara terus daripada persekitaran.
- Sarung tangan pakai buang biasanya datang dalam harga yang lebih murah dengan kuantiti yang lebih banyak berbanding sarung tangan ‘reusable’.
8 Sarung Tangan Pakai Buang Terbaik di Malaysia 2023
1. Proteq Disposable Latex

Proteq disposable latex glove ini diperbuat daripada 100% lateks berkualiti tinggi serta dilengkapi dengan ciri serapan peluh yang baik bagi melindungi tangan anda daripada sebarang kerengsaan. Ia juga menawarkan saiz yang berbeza daripada saiz XS hingga XL.
Spesifikasi:
- Bahan: Lateks
- Saiz: XS, S, M, L, XL
- Berat: Tidak dinyatakan
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Kuantiti: 50 pasang, 100 pasang
Kelebihan:
✅ Menyerap peluh
✅ Terdapat dalam pelbagai saiz
✅ Rendah protein lateks
Harga: RM7.50 to RM17.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. mCare Nitrile Glove

Sarung tangan mCare Nitrile ini merupakan sarung tangan tanpa ‘powder’. Ia lebih sesuai digunakan ketika mengendalikan makanan serta digunakan di hospital. Setiap kotak yang dibeli akan mempunyai 100 pasang sarung tangan dan terdapat 4 saiz iaitu S, M, L dan XL.
Spesifikasi:
- Bahan: Nitril
- Saiz: 77 cm – 85 cm (S), 85 cm – 96 cm (M), 96 cm – 108 cm (L), 108 cm – 115 cm (XL)
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Kuantiti: 100 pasang
- Warna: Biru, Hitam, Lavender
Kelebihan:
✅ Didatangkan dalam pelbagai saiz
✅ Didatangkan dalam pelbagai warna
✅ Selesa
Harga: RM14.38 to RM15.88
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. CPE Premium Plastic Glove

CPE Premium Plastic Glove ini diperbuat daripada plastik polietilena tebal yang menjadikannya kalis air dan tahan lama. Sarung tangan ini sesuai digunakan untuk penyediaan dan pembersihan makanan. Ia didatangkan dengan permukaan bertekstur timbul bagi membolehkan anda mencengkam objek dengan lebih mudah dan tidak licin.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik polietilena
- Saiz: 28 cm (kecil), 28.5 cm (sederhana), 29.5 cm (besar)
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Kuantiti: 100 pasang
Kelebihan:
✅ Kalis air
✅ Selesa
✅ Tekstur timbul untuk cengkaman yang lebih mudah
Harga: RM6.50 to RM7
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. READYCare Disposable Polyethylene Gloves

READYCare Disposable gloves ini diperbuat daripada polietilena berkualiti tinggi yang sesuai digunakan untuk penyediaan makanan serta melaksanakan tugasan rumah seperti membersih dan mengemas. Ia hanya didatangkan dalam 1 saiz sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: Polietilena
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Kuantiti: 100 pasang
Kelebihan & Keburukan:
✅ Bebas lateks
✅ Berkualiti tinggi
✅ Selesa
❌ Hanya ada satu saiz
Harga: RM5.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Individual Pack Disposable Gloves

Sarung tangan pakai buang ini agak berbeza kerana ia tidak didatangkan di dalam kotak seperti kebanyakan sarung tangan. Ia boleh didapati di dalam pembungkusan bersaiz kecil dan mudah alih. Hal ini membolehkan anda membawanya ke mana sahaja. Sarung tangan ini sesuai untuk digunakan ketika berkelah.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik PE
- Negara Pengeluar: China
Kelebihan:
✅ Mudah Alih
✅ Ringan
Harga: RM0.18
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. TPE Glove

Sarung tangan TPE ini diperbuat daripada plastik PE berkualiti tinggi dan sesuai untuk digunakan ketika penyediaan makanan, pembersihan makanan dan berkebun. Ia mempunyai kemasan licin dan ‘matt’ yang membolehkan anda mencengkam objek dengan kuat tanpa menyebabkannya terkoyak. Ia didatangkan dalam pelbagai saiz dan warna untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik PE
- Saiz: S, M, L, XL
- Negara Pengeluar: China
- Warna: Lutsinar, Hitam, Biru
- Kuantiti: 100 pasang, 200 pasang
Kelebihan:
✅ Didatangkan dalam pelbagai saiz
✅ Didatangkan dalam pelbagai warna
✅ Regangan sederhana
✅ Selesa
✅ Bahan selamat
Harga: RM7.99 (100pcs) | RM13.99 (200pcs)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. NitriOne Latex Disposable Gloves

Sarung tangan ini diperbuat daripada getah dan bebas ‘powder’. Ia memberikan anda pemakaian yang selesa, tidak seperti kebanyakan sarung tangan pakai buang yang selalunya longgar. Sarung tangan ini mempunyai ciri keanjalan yang baik supaya ia boleh diregangkan tanpa terkoyak atau pecah. Ia didatangkan dalam pelbagai saiz untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Getah asli
- Saiz: 75 cm (XS), 85 cm (S), 95 cm (M), 106 cm (L), 116 cm (XL)
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Kuantiti: 100 pasang
Kelebihan:
✅ Didatangkan dalam pelbagai saiz
✅ Selesa
✅ Cengkaman antigelincir
✅ Regangan yang baik
Harga: RM14.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. MR. DIY Disposable Clear Vinyl Gloves

Sarung tangan ini merupakan produk keluaran jenama yang boleh dipercayai iaitu MR. DIY yang terkenal dengan penjualan pelbagai produk pada harga yang berpatutan. Sarung tangan ini diperbuat daripada vinyl berkualiti tinggi yang menjadikannya fleksibel dan tahan lasak. Ia sesuai digunakan untuk semua jenis kerja rumah dan kerja pembersihan.
Spesifikasi:
- Bahan: Vinyl
- Saiz: 22 cm x 13 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Kuantiti: 10 pasang
Kelebihan:
✅ Kualiti tinggi
✅ Lembut pada tangan
✅ Selesa
Harga: RM1.69
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.