Memandangkan penularan wabak Covid-19 semakin meningkat, kebanyakan kita menghabiskan sebahagian besar masa di dalam rumah. Berjalan di dalam rumah tanpa memakai sebarang kasut atau selipar boleh menyebabkan kaki sakit dan berasa tidak selesa. Oleh itu, pemakaian selipar indoor sangat digalakkan terutamanya rumah yang tidak mempunyai jubin.
Pemakaian selipar indoor bukan sahaja dapat membuatkan kita berasa lebih selesa tetapi, ia juga mendatangkan pelbagai faedah kepada diri kita. Di sini, kami senaraikan 8 selipar indoor terbaik di Malaysia yang boleh anda dapatkan hari ini!
Faedah memakai selipar di dalam rumah:
Pemakaian selipar di dalam rumah sering dipandang enteng oleh segelintir masyarakat. Tahukah anda pemakaian selipar ketika berada di dalam rumah mempunyai banyak faedah dari segi kesihatan dan juga kebersihan. Berikut adalah beberapa faedah yang boleh anda perolehi ketika memakai selipar di dalam rumah.
- Selesa:
Selipar indoor lazimnya didatangkan dengan tapak yang tebal serta pelapik kapas yang lembut bagi memberikan keselesaan ketika anda berjalan.
- Mengurangkan keletihan:
Pemakaian selipar indoor dapat mengurangkan keletihan ekoran ia mempunyai reka bentuk yang dapat menyokong kaki anda serta mengurangkan tekanan pada tapak kaki anda. Hal ini sekali gus membolehkan anda berjalan dengan selesa tanpa rasa sakit dan letih.
- Kebersihan:
Memakai selipar indoor juga boleh memastikan lantai dan kaki anda bersih. Selain itu, selipar indoor juga mudah untuk dibasuh dan dibersihkan.
- Keselamatan:
Selipar indoor juga boleh melindungi kaki anda daripada serpihan atau objek tajam seperti serpihan kaca atau kotoran.
8 Selipar Indoor Terbaik di Malaysia 2023
1. B.S.B 2021 Upgrade Japanese Comfortable 4.0 cm Thick Sole House Slippers

Selipar ini didatangkan dengan tapak setebal 4 cm bagi memastikan setiap langkah anda selesa. Ia diperbuat daripada bahan EVA berkualiti tinggi yang bukan sahaja mesra alam tetapi, juga bebas bau. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan pad antigelincir pada bahagian tapak kasut bagi mengelakkan anda daripada tergelincir atau jatuh.
Spesifikasi:
- Bahan: EVA
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Merah Jambu, Kuning, Oren, Biru, Hijau, Hitam
- Saiz: S (36 – 37), M (38 – 39), L (40 – 41), XL ( 42 – 43), XXL (44 – 45)
Kelebihan:
✅ Tapak tebal 4 cm
✅ Pad antigelincir
✅ Bebas bau
✅ Mudah untuk dibersihkan
✅ Mesra alam
Harga: RM7.99 – RM8.38
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. WOOHUU Indoor Slipper

Selipar ini diperbuat daripada bahan getah berkualiti tinggi yang menjadikannya antigelincir. Selipar ini bukan sahaja selesa dipakai malah, ia juga kalis air dan ringan. Secara tidak langsung, ia dapat menjamin keselamatan anda sewaktu memakainya. Ia dipasarkan dalam pelbagai reka bentuk dan warna yang menarik untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Getah
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Hitam, Putih, Merah Jambu
- Saiz: 36 – 37, 38 – 39, 40 – 41
Kelebihan:
✅ Reka bentuk unik
✅ Mudah untuk dibersihkan
✅ Kalis air
✅ Antigelincir
Harga: RM6.49
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Cotton Non-Slip Indoor Slipper

Selipar indoor ini didatangkan dengan ‘padding’ kapas yang unik dan lembut bagi memberikan keselesaan kepada kaki anda secara menyeluruh. Ia diperbuat daripada fabrik plush yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik serta dapat menyerap peluh dengan pantas. Jadi, anda tidak perlu risau lagi tentang masalah kaki berpeluh.
Spesifikasi:
- Bahan: Plush, Kapas
- Berat: 400 g
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Biru, Merah, Ungu, Hijau, Kelabu, Coklat
- Saiz: 36 – 37, 38 – 39, 40 – 41, 42 – 43, 44 – 45
Kelebihan:
✅ Selesa untuk dipakai
✅ Tahan lama
✅ Bahan berkualiti tinggi, tahan lasak
✅ Menyerap peluh
✅ ‘Breathable’
✅ ‘Full feel coverage’
Harga: RM8.88 – RM9.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. EVA Anti Slip Outdoor / Indoor Home Casual Slippers

Tidak seperti kebanyakan selipar indoor, selipar ini didatangkan dengan reka bentuk ‘flip flop’ yang unik serta dilengkapi dengan ciri ‘breathable’, antigelincir dan kalis air. Selipar ini juga boleh digunakan sebagai selipar luar rumah. Bukan itu sahaja, ia juga mudah untuk dibersihkan. Anda boleh mendapatkan selipar ini dalam pelbagai saiz dan warna.
Spesifikasi:
- Bahan: EVA
- Negara Pengeluar: China
- Warna: Hitam, Putih Kelabu, Kuning, Merah Jambu, Karamel, Hijau Tua, Hijau Zaitun, Khaki
- Saiz: 35 – 26, 37- 38, 39 – 40, 41 – 42, 43 – 44
Kelebihan:
✅ Reka bentuk ‘flip flop’
✅ Sesuai untuk dipakai sebagai selipar luar dan dalam
✅ Mudah untuk dibersihkan
✅ ‘Breathable’
✅ Pad antigelincir
Harga: RM13.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Shark Slippers

Selipar ini didatangkan dengan reka bentuk yang comel dan sesuai untuk anda yang mengemari selipar indoor dengan rupa yang unik. Selipar ini diperbuat daripada bahan EVA berkualiti tinggi sekali gus menjadikannya tahan lasak, ‘breathable’, cepat kering serta dilengkapi dengan ‘padding’ antigelincir. Apa yang menariknya lagi, ia didatangkan dalam pelbagai warna dan saiz.
Spesifikasi:
- Bahan: EVA
- Negara Pengeluar: China
- Warna: Lemon Yellow, Mint Green, Smoke Grey, Princess Pink, Vibrant Orange, Olive Green, Mountain Grey, Vine Purple
- Saiz: 34 – 35, 36 – 37, 38 – 39 , 40 – 41, 42 – 43, 44 – 45
Kelebihan:
✅ Reka bentuk unik
✅ Tahan lasak
✅ Cepat kering
✅ Bahan berkualiti tinggi
✅ Pad antigelincir
✅ ‘Breathable’
Harga: RM19.49 – RM28.69
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Soft Indoor Slipper

Adakah anda lebih suka selipar indoor yang klasik dengan ‘padding’ kusyen yang lembut? Jika ya, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan selipar ini. Ia diperbuat daripada kapas berkualiti tinggi serta dilengkapi dengan pelapik antigelincir bagi memberikan keselesaan dan perlindungan tambahan ketika anda menggunakannya. Selain itu, ia juga dipasarkan pada harga yang berpatutan.
Spesifikasi:
- Bahan: PVC, Flaks, Kapas
- Negara Pengeluar: China
- Warna: Kuning, Merah Jambu, Hijau, Kopi, Tentera Laut, Kelabu
- Saiz: 36 – 37 (saiz 5), 38 – 39 (saiz 6), 40 – 41 (saiz 7), 42 – 43 (saiz 8), 44 – 45 (saiz 9)
Kelebihan:
✅ Reka bentuk klasik
✅ Selesa untuk dipakai
✅ Ringan
✅ Pelapik antigelincir
Harga: RM9.88 – RM10.88
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Thick bottom Slipper

Tertarik dengan penampilannya yang agak pelik dan besar? Selipar ini sebenarnya sangat selesa apabila dipakai. Ia didatangkan dengan reka bentuk tapak setebal 3.5 cm serta dilengkapi dengan ciri menyerap haba. Hal ini dapat mengelakkan kaki anda daripada berpeluh. Bukan itu sahaja, ia juga direka dengan pelapik antigelincir yang berfungsi untuk menghalang anda daripada tergelincir.
Spesifikasi:
- Bahan: EVA
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Putih, Hitam, Merah Jambu, Biru, Kuning
- Saiz: 36 – 37, 38 – 39, 40 – 41, 42 – 43, 44 – 45
Kelebihan:
✅ Tapak tebal 3.5 cm
✅ Pad antigelincir
✅ Menyerap haba
Harga: RM10 – RM25
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Fashion Slippers Indoor Non Skid Slipper

Selipar ini didatangkan dengan reka bentuk berjalur serta mempunyai pelbagai warna yang menarik. Selipar ini diperbuat daripada kapas berkualiti tinggi yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik sekali gus dapat mengelakkan kaki anda berpeluh. Ia juga dilengkapi dengan pad antigelincir pada bahagian tapak bagi melindungi anda daripada terjatuh.
Spesifikasi:
- Bahan: Kapas
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Merah, Biru, Khaki, Biru Tua, Kelabu
- Saiz: 37 – 38, 39 – 40, 42 – 43, 44 – 45
Kelebihan:
✅ Selesa
✅ Reka bentuk yang unik
✅ Bahan berkualiti tinggi
✅ Pad antigelincir
Harga: RM4.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.