Koko ialah bahan biasa yang digunakan untuk membuat roti. Suri rumah dan baker sentiasa memasak dan membakar. Namun begitu, cacao merupakan bahan yang kurang dikenali ramai. Ia agak mengelirukan kerana cacao dan koko bukan sahaja hampir sama ejaan namanya, bahkan kedua-duanya juga mempunyai banyak persamaan kerana boleh dijadikan sebagai coklat.
Apakah perbezaan sebenar antara cacao dan koko? Cacao merujuk kepada biji cacao yang belum dipanggang, manakala koko dibuat daripada biji koko panggang. Selain itu, cacao hampir diproses tanpa bahan tambahan kimia. Sebaliknya, koko pula adalah produk yang diproses untuk membuat coklat bar dan serbuk.
Memandangkan ia diproses dengan cara yang berbeza, cacao mengandungi nutrisi yang lebih tinggi seperti Zat Besi, Magnesium, Kalium, Protein dan Serat yang lebih banyak jika dibandingkan dengan koko. Anda boleh menemui serbuk cacao yang terbaik di pasaran untuk melengkapkan resepi pastri anda. Sekarang, mari kita menyelami serbuk cacao terbaik di Malaysia pada tahun 2025.
Serbuk cacao bermula daripada biji cacao. Kemudiannya, kacang cacao diproses pada suhu rendah. Ia mengandungi jumlah enzim, mineral, dan nutrien yang lebih tinggi. Selain itu, rasanya lebih kuat dan lebih pahit, jadi pastikan anda menambah serbuk cacao ini sedikit demi sedikit sehingga mencapai konsistensi dan rasa yang anda inginkan.
Berikut adalah perkara yang perlu anda perhatikan semasa membeli serbuk cacao.
- Mentah dan organik
Untuk mendapatkan manfaat kesihatan dan rasa serbuk cacao yang terbaik, pastikan anda menyemak senarai ramuan dan memilih serbuk cacao mentah organik yang diperakui. Lebih baik jika ia diperakui oleh USDA dan FDA.
- Nutrien
Kebanyakan serbuk cacao diperolehi dari Peru. Walau bagaimanapun, kelemahannya ialah tanah di Peru tinggi dengan logam berat seperti kadmium. Jadi, sebaiknya anda pilih serbuk cacao yang diperakui USDA dan FDA untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan.
10 Serbuk Kakao Terbaik di Malaysia 2025
1. Sun Nature Cacao Powder

Jika anda sedang mencari minuman cacao semasa dalam perjalanan untuk meningkatkan tenaga anda pada waktu pagi, Sun Nature Cacao Powder adalah salah satu pilihan terbaik anda. Serbuk cacao yang berkualiti premium ini berasal dari Peru. Selain itu, ia tidak mengandungi GMO, dan merupakan alternatif terbaik untuk minuman kafein.
Berat: 100 g
Bahan-bahan: 100% Serbuk cacao
Fakta pemakanan:
- Kalori: 1748 kJ
- Protein: 27.8g
- Jumlah Lemak: 11 g
- Natrium: 38 mg
- Karbohidrat: 23 g
- Gula: 2.45 g
- Serat Pemakanan: 32.48 g
Negara Pengeluar: Peru
Harga: RM 10.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Organicule Cacao Powder

Monday Blues? Jangan risau. Serbuk cacao organik ini secara semula jadinya boleh meningkatkan mood dan tenaga anda. Bukan itu sahaja, ia meningkatkan kesihatan jantung dan fungsi otak anda. Selain itu, perkara yang terbaik adalah anda boleh minum lebih daripada satu gelas sehari kerana ia tidak mengandungi gula. Secara keseluruhannya, ia adalah minuman terbaik pada setiap pagi sebelum anda bekerja.
Berat: 250 g
Bahan-bahan: 100% Serbuk cacao organik
Fakta pemakanan:
- Kalori: 427 kJ
- Protein: 26.9 g
- Jumlah Lemak: 4.6 g
- Magnesium: 56.9 mg
- Kalsium: 250.2 mg
- Serat Pemakanan: 30.0 g
- Karbohidrat: 45.3 g
- Kalium: 1699.4 mg
Negara Pengeluar: Peru
Harga: RM 34.22
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Cacao Barry Cacao Powder

Cacao Barry Cacao powder dibuat dalam 100% serbuk cacao tulen. Serbuk merah yang lebih kasar, cerah dan pekat ini adalah yang terbaik untuk menyaluti truffle atau ‘amber dusting’. Anda juga boleh menggunakan serbuk cacao premium ini untuk membakar kek coklat atau menambah pemanis stevia untuk minuman coklat harian anda.
Berat: 250 g, 500 g, 1 kg
Bahan-bahan: 100% cacao tulen
Fakta pemakanan:
- Kalori: 0 kJ
- Protein: 0 g
- Jumlah Lemak: 22.4 g
- Natrium: 0 mg
- Karbohidrat: 0 g
- Gula: 0 g
- Serat Pemakanan: 0 g
Negara Pengeluar: Perancis
Harga: RM 63.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Bellira Cacao Powder

Bellira Cacao Powder yang kaya dan berkualiti ini diperoleh dari Peru. Jadi, ia akan larut serta-merta dan sempurna dalam susu. Selain itu, ia bebas daripada GMO, gluten dan alergen. Jadi, ia adalah hidangan manis yang sempurna untuk anda selepas menghadapi hari yang panjang. Anda cuma tinggal menambah krim putar, susu penuh krim dan pemanis semula jadi untuk menjadikan minuman cacao ini lazat.
Berat: 30 g, 50 g
Bahan-bahan: 100% serbuk coklat tulen yang berasal dari biji CACAO
Fakta Pemakanan: Tidak Dinyatakan
Negara Pengeluar: Peru
Harga: RM 26.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Organic Fields Cacao Powder

Anda harus mencuba Organic Fields Cacao Powder jika anda suka miuman coklat pekat yang licin seperti sutera. Selain itu, Organic Fields berusaha untuk mencipta dan mempromosikan serbuk cacao berkualiti tinggi dan mampan ini untuk semua orang. Untuk mendapatkan antioksidan semula jadi, anda boleh menggunakan superfood ini sebagai minuman smoothie atau susu coklat anda.
Berat: 180 g
Bahan-bahan: 100% biji cacao yang tidak dipanggang sejuk
Fakta pemakanan:
- Kalori: 404 kcal
- Protein: 27.8 g
- Jumlah Lemak: 22 g
- Natrium: 0.1 g
- Karbohidrat: 22 g
- Serat Pemakanan: 22.1 g
Negara Pengeluar: Malaysia
Harga: RM 24.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. California Gold Nutrition Cacao Powder

’Scoop it. Blend it. Sprinkle it. Bake it. It’s that simple’ ialah slogan California Gold Nutrition Cacao Powder. Anda tidak perlu risau tentang GMO, gluten dan gula. Selain itu, serbuk cacao ini diproses secara semula jadi. Minuman ini boleh ditambah susu, serbuk protein, serbuk mentega kacang, delima, pisang dan bit untuk keenakan yang tak terkata.
Berat: 240 g
Bahan-bahan: Serbuk cacao proses semulajadi organik (tidak beralkali).
Fakta pemakanan:
- Kalori: 35 kcal
- Protein: 3 g
- Jumlah Lemak: 2 g
- Natrium: 0 mg
- Karbohidrat: 9 g
- Kalium: 230 mg
- Kalsium: 20 mg
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Harga: RM 27.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Asli by Nooreen Cacao Powder

Jika anda membaca senarai ramuan Asli by Nooreen Cacao Powder, anda hanya akan menemui satu komponen utama, iaitu biji cacao. Selain itu, minuman ini penuh dengan nutrisi yang kuat seperti antioksidan, serat, zat besi dan kalium. Jadi, cara paling mudah untuk mengambil minuman ini adalah dengan mencampurkannya dengan susu panas.
Berat: 500 g
Bahan-bahan: 100% serbuk cacao tidak beralkali
Fakta pemakanan:
- Serat
- Flavonoid
- Potasium
- besi
- Protein
- Magnesium
Negara Pengeluar: Malaysia
Harga: RM 35.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Eid Organic Cacao Powder

Eid Organic adalah jenama tempatan yang menawarkan 100% serbuk cacao tidak beralkali. Khasiat asal dikawal melalui proses ‘cold-pressed’. Jika anda baru mengenali serbuk cacao, anda boleh mendapatkan serbuk cacao yang mampu milik ini. Anda boleh mendapatkan 250 g serbuk cacao pada harga RM 20.90 sahaja.
Berat: 250 g
Bahan-bahan: Serbuk cacao tidak beralkali
Fakta Pemakanan: Tidak Dinyatakan
Negara Pengeluar: Malaysia
Harga: RM20.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Pristine Food Farm Organic Cacao Powder

Pristine Food Farm ialah jenama tempatan, dan serbuk cacao organiknya diperakui USDA, EU, JAS. Ia lebih sihat daripada serbuk cacao yang ditambah gula. Selain itu, ia juga mengandungi banyak antioksidan dan nutrisi. Anda hanya perlu campurkan dua sudu besar serbuk cacao ini ke dalam puding, oat, bijirin dan smoothie anda bagi mendapatkan minuman yang sihat.
Berat: 200 g
Bahan-bahan: 100% serbuk cacao organik
Fakta pemakanan:
- Kalori: 404 kcal
- Protein: 19 g
- Jumlah Lemak: 32.1 g
- Magnesium: 525.0 mg
- Karbohidrat: 39.0 g
- Zink: 5.1 mg
- Kalsium: 3.9 mg
Negara Pengeluar: Malaysia
Harga: RM 46.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. NOW Natural Foods Cacao Powder

NOW Natural Foods Cacao Powder kaya dengan antioksidan dan nutrisi. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan manfaat kesihatan ke tahap seterusnya kerana memiliki Polifenol dan Flavonol yang semula jadi. Anda hanya perlu taburkan atau campurkan sedikit serbuk cacao ini ke dalam smoothie, pencuci mulut dan minuman anda pada setiap pagi bagi mendapatkan khasiat yang maksimum.
Berat: 340 g
Bahan-bahan: Serbuk cacao organik
Fakta pemakanan:
- Kalori: 10 kcal
- Protein: 0 g
- Jumlah Lemak: 0.5 g
- Karbohidrat: 1 g
- Kalsium: 3 mg
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Harga: RM 53.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.