10 Serbuk Susu Terbaik (Baking) di Malaysia 2025

Susu tepung boleh dibentuk semula kepada bentuk cecair dan digunakan dalam mana-mana resipi yang memerlukan susu. Susu tepung biasanya digunakan dalam resipi ‘baking’ untuk pelbagai sebab. Susu adalah sumber laktosa dan protein yang baik. Kedua-dua nutrisi ini membantu makanan yang meningkatkan lemak seperti donat. Pastinya susu tepung menambah rasa pada resipi. Walau bagaimanapun, ia boleh membantu untuk menghasilkan rasa berlemak yang lazat.

Selain itu, susu juga digunakan sebagai hiasan seperti taburan susu di atas kuih-muih atau kek. Semua ini adalah untuk memberikan persembahan yang estetika dan menonjolkan rasa berlemak pada makanan, khususnya pencuci mulut. Jika anda sedang mencari serbuk susu yang terbaik untuk aktiviti ‘baking’ anda, teruskan membaca artikel ini, ya.

Di Manakah Saya Boleh Mendapatkan Serbuk Susu?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan serbuk susu di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan serbuk susu, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, serbuk susu seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah Yang Perlu Diperhatikan Semasa Memilih Serbuk Susu?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli serbuk susu ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis serbuk susu yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Serbuk Susu Terbaik (Baking) di Malaysia 2025

1. WH Full Cream Milk Powder

WH Full Cream Milk Powder
Kredit Gambar: Shopee

WH Full Cream Milk Powder menyelesaikan tugas untuk menyedapkan hidangan anda. Susu tepung penuh krim ini sesuai untuk membakar dan memasak sebarang hidangan yang memerlukan pengganti susu. Ia juga mudah digunakan dan senang untuk disimpan. Ayuh, cubalah produk ini!

Bahan-bahan: Susu tepung penuh krim

Saiz: 250 g, 500 g, 1 kg

Harga: RM 4.00 (250 g) | RM 7.00 (500 g) | RM 13.00 (1 kg)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Red cow’s full cream milk powder

Red cows full cream milk powder
Kredit Gambar: Shopee

Red Cow’s Full Cream Milk Powder ini sesuai untuk memasak dan membakar. Gunakan susu tepung berkrim ini untuk menambah kelazatan resipi anda hari ini. Mudah sahaja penggunaannya. Anda hanya perlu sukat dan campurkannya dengan air. Produk ini juga senang untuk digunakan dan berpatutan.

Bahan-bahan: Susu tepung penuh krim

Saiz: 1 kg

Harga: RM 21.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Sunlac Low Fat Skim Milk Powder

Sunlac Low Fat Skim Milk Powder
Kredit Gambar: Shopee

Susu tepung skim rendah lemak Sunlac ini sesuai untuk setiap majlis. Sama ada untuk minuman, memasak, atau aktiviti ‘baking’, ia serba boleh dan mudah digunakan. Gunakanlah serbuk susu ini tanpa sebarang was-was. Ia juga mudah didapati di pasaran dan menjadi salah satu pilihan ramai suri rumah di Malaysia.

Bahan-bahan:  Susu Tepung Skim Rendah Lemak

Saiz: 700 g

Harga: RM 22.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. House of Ingredients Skim Milk Powder

House of Ingredients Skim Milk Powder
Kredit Gambar: Lazada

House of Ingredients mempersembahkan susu tepung skim mereka yang digunakan untuk tujuan memasak dan membakar sahaja. Cuba gunakan susu tepung skim ini dalam resipi anda dan lihat hasil akhirnya. Anda pasti teruja dengan hidangan anda. Gunakannya tanpa ragu-ragu!

Bahan-bahan: Susu Tepung Skim

Saiz: 500 g

Harga: RM 8.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. BisChem Technology Whole Milk Powder

BisChem Technology Whole Milk Powder
Kredit Gambar: lazada

BisChem Technology menggunakan teknologi yang dipertingkatkan untuk menghasilkan susu tepung keseluruhannya. Ia boleh digunakan dalam pelbagai hidangan. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk tujuan ‘baking’. Apa yang penting, anda tahu apa resipi anda dan bahan yang diperlukan. Pasti masakan anda bertambah sedap dengan produk ini.

Bahan-bahan: Susu Tepung Krim Penuh

Saiz: 1 kg

Harga: RM 35.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Fernleaf Milk Powder 

Fernleaf Milk Powder
Kredit Gambar: Fernleaf

Susu tepung penuh krim kegemaran keluarga Fernleaf boleh diminum sebagai minuman. Anda juga boleh memasukkannya ke dalam masakan anda untuk memberikan rasa yang lebih enak dan berkrim. Oh ya, anda boleh tambahkan soya untuk meningkatkan rasa hidangan anda.

Bahan-bahan: Susu Penuh, Lesitin Soya, Ferric Pyrophosphate, Vitamin C, A dan D4

Saiz: 550 g, 900 g, 1.8 kg

Harga: RM 17.20 (550 g) | RM 25.90 (900 g) | RM 48.50 (1.8 kg)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Green Organic BioTech Soya Milk Powder

Green Organic BioTech Soya Milk Powder
Kredit Gambar: BioTech

Cubalah Susu Tepung Soya Organik Hijau oleh BioTech ini. Susu tepung soya akan menjadi pengganti yang hebat untuk mana-mana resipi anda. Rasai kelazatan susu soya dalam setiap masakan anda. Anda akan terpegun dengan rasanya!

Bahan-bahan: Susu Tepung Soya

Saiz: 400 g

Harga: RM 15.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. GK Creamy milk powder

GK Creamy milk powder
Kredit Gambar: Shopee

GK mencipta susu tepung berkrim untuk perbelanjaan tukang roti dan tukang masak. Walaupun teksturnya lembut seperti sutera dan licin, susu ini hanya boleh digunakan dalam hidangan sahaja. Ia tidak boleh dijadikan minuman.  

Bahan-bahan: Susu tepung penuh krim

Saiz: 500 g, 1 kg

Harga: RM 7.39 (500 G) | RM 14.00 (1 KG)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. BWY Full Cream Milk Powder

BWY Full Cream Milk Powder
Kredit Gambar: BWY

Susu tepung krim penuh ini mempunyai rasa yang kuat. Ia lebih manis daripada kebanyakan susu. Susu tepung ini mudah digabungkan dalam resipi makanan bakar anda pada bila-bila masa. Selain mudah digunakan, ia juga berpatutan dan senang didapati di pasaran.

Bahan-bahan: Susu Tepung Berkrim

Saiz: 250 g, 500 g, 1 kg

Harga: RM 7.90 (250 g) | RM 13.90 (500 g) | RM 25.50 (1 kg)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Easy Mart Milk Powder

Easy Mart Milk Powder
Kredit Gambar: Easy Mart

Susu tepung ideal ini mempunyai bau yang tersendiri. Susu tepung Easy Mart paling sesuai untuk digabungkan dalam hidangan. Ia dibuat untuk tujuan ‘baking’ dan memasak sahaja. ANda boleh menggunakan serbuk susu ini untuk menambah kelazatan makanan anda.

Bahan-bahan:  Susu Tepung

Saiz: 250 g

Harga: RM 6.00 (250 g)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close