Servis apartment menjadi semakin popular dalam kalangan pelancong. Menginap di servis apartment menjadikan percutian bersama keluarga dan rakan-rakan anda berada dalam suasana yang selamat sambil menikmati pelbagai kemudahan yang ditawarkan kepada anda.
Setiap individu memerlukan rehat selepas berbulan-bulan bekerja keras di tempat kerja atau pengajian mereka. Sekiranya anda merasa tertekan dengan kehidupan seharian yang tidak berkesudahan, cubalah lakukan perjalanan hujung minggu dan tinggal di salah satu daripada 10 servis apartment terbaik di Kuala Lumpur.
Mengapakan Anda Memilih Tinggal Di Servis Apartment Berbanding Dengan Hotel?
Jika anda menginap di servis apartment semasa percutian anda, anda boleh menikmati sekurang-kurangnya 30% lebih banyak ruang daripada bilik hotel standard yang setara. Servis apartment mempunyai satu bilik tidur yang biasanya adalah sekitar dua kali ganda saiz bilik hotel secara purata. Servis apartment juga dilengkapi dengan kemudahan yang anda perlukan.
Adakah Servis Apartment Lebih Berpatutan Berbanding Dengan Hotel?
Servis apartment lebih bagus daripada hotel kerana tidak ada kos tersembunyi. Kos servis apartment termasuk kos pengurusan harta tanah, utiliti, caj cukai harta tanah dan perkhidmatan mingguan. Di samping itu, ia mengenakan caj harga yang lebih rendah untuk tambahan hari penginapan.
Apakah Perbezaan Antara Apartment Dengan Servis Apartment?
Perbezaan utama antara apartment dengan servis apartment ialah penginapan ini dilengkapi dengan kemudahan asas, termasuk bilik rekreasi, pantri, dapur, sambungan Wi-Fi, bilik mandi, mesin basuh, mesin basuh pinggan mangkuk dan perkhidmatan pengemasan rumah. Sebaliknya, apartment yang disewa tidak semestinya dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan asas tersebut.
10 Servis Apartment Terbaik Di Kuala Lumpur 2025
1. Regalia Suites


Regalia Suites menjadi servis apartment terbaik dalam usaha untuk memenuhi keperluan setiap individu, keluarga atau pelancong bagi urusan perniagaan. Regalia Suites mempunyai 200 bilik hotel dan pangsapuri, selain bilik-bilik yang direka bentuk moden serta dilengkapi dengan setiap keperluan pelancong. Bersebelahan dengan bumbung servis apartment ini, terdapat Infinity Pool iaitu Restoran Hemisphere yang menjanjikan masakan makanan yang mewah dengan pemandangan latar langit yang begitu menakjubkan. Selain itu, terdapat juga Restoran Teh Tarik Place Signature untuk anda bersantai sambil menikmati hidangan makanan yang terkenal di Malaysia.
Waktu Operasi: Sepanjang hari
Alamat: No. 2, Jalan Anjung Putra, Off, Jln Sultan Ismail, 50480, Federal Territory of Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03-2725 0735
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/UpperViewRegaliaHotelKualaLumpur
Instagram: https://www.instagram.com/upperview_regaliahotel
semak laman web di sini2. The FACE Suites


FACE Suites terdiri daripada 200 unit suite yang mewah yang direka bentuk dan diilhamkan secara terperinci. Paling istimewa adalah pemandangan latar langit Kuala Lumpur yang menakjubkan. Suite-suite dan bilik-bilik direka untuk memenuhi keperluan setiap pelancong untuk menghabiskan percutian mereka dengan bermakna. Setiap suite mempunyai ruang lengkap yang sesuai untuk kerja atau belajar, ruang tamu moden, bilik mandi en suite serta dapur kecil yang serba lengkap dengan peralatan moden.
Waktu Operasi: Sepanjang hari
Alamat: 1020, Jln Sultan Ismail, Kampung Baru, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-2168 1688
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/thefacesuites
Instagram: https://www.instagram.com/thefacesuiteskualalumpur
semak laman web di sini3. Vortex Suites KLCC


Vortex Suites KLCC terletak dalam jarak 1 kilometer dari Suria KLCC. Servis apartment ini menyediakan penginapan dengan WiFi percuma dan ruang tempat duduk yang luas. Semua unit di sini berhawa dingin dan mempunyai TV skrin rata, ruang tamu dengan sofa, dapur yang serba lengkap dengan ruang makan, bilik mandi peribadi dengan bidet, pengering rambut dan peralatan mandian percuma. Di samping itu, perkhidmatan sewa basikal dan perkhidmatan sewa kereta disediakan di apartment ini.
Waktu Operasi: Sepanjang hari
Alamat: 56-1, Vortex Suite & Residence, 12, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 1-800-88-1818 / 017-679 3834
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/vortexklccapartments
Instagram: https://www.instagram.com/vortexklcc/?hl=en
semak laman web di sini4. Summer Suites Residences


Summer Suites Residences terletak hanya 800 meter dari Menara Berkembar Petronas. Servis apartment yang indah ini dilengkapi dengan pendingin hawa, televisyen skrin besar dan dapur yang serba lengkap. Bilik mandi en suite dilengkapi dengan kemudahan pancuran mandian, bidet dan peralatan mandian percuma. Anda boleh bermain biliard di tempat penginapan ini dan perkhidmatan sewa kereta juga disediakan.
Waktu Operasi: Sepanjang hari
Alamat: 8, Jalan Cendana, Kampung Baru, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-8213 6279
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/MercuSummerSuites
5. EXSIM | Expressionz Professional Suites


EXSIM | Expressionz Professional Suites dilengkapi dengan lantai parket dan mempunyai dapur yang serba lengkap dengan ketuhar, ruang makan, televisyen skrin rata dan bilik mandi peribadi dengan tab mandi dan peralatan mandian percuma. Kemudahan lain yang disediakan di servis apartment ini termasuk pusat kecergasan (gimnasium). Di samping itu, terdapat juga kaunter penerimaan tetamu sepanjang 24 jam untuk perkhidmatan concierge dan simpanan bagasi disediakan untuk tetamu.
Waktu Operasi: Sepanjang hari
Alamat: No. 30, Jalan 1/65A, Off, Jln Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
No. Telefon: 012-776 8155
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/expressionz.mykey
semak laman web di sini6. Parkview Serviced Apartment


Parkview Serviced Apartment menyediakan WiFi percuma, pendingin hawa, kolam renang luaran dan pusat kecergasan (gimnasium). Unit-unit ini mempunyai lantai parket dan mempunyai dapur yang serba lengkap dengan microwave, ruang makan, televisyen skrin rata dengan saluran satelit, peti sejuk, bar mini, dapur memasak dan cerek. Servis apartment ini juga mempunyai kolam renang yang terbaik dan sauna untuk para tetamunya.
Waktu Operasi: Sepanjang hari
Alamat: 5, Lrg Perak, Kuala Lumpur City Centre, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
No. Telefon: 012-366 1922
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com
7. Lanson Place Bukit Ceylon Serviced Residences


Lanson Place Bukit Ceylon Serviced Residences sempurna menangkap kehangatan rumah persendirian dengan suasana intim, menyediakan syurga yang selesa bagi mereka yang ingin berehat. Mereka telah mencipta tempat percutian peribadi di apartment yang lengkap berperabot ini bagi percutian pendek atau panjang. Mereka melakukan yang terbaik untuk memastikan bahawa setiap aspek penginapan anda diselitkan dengan pendekatan peribadi.
Waktu Operasi: Sepanjang hari
Alamat: 10, Jalan Ceylon, Bukit Ceylon, 50200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-2725 8888
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/lansonplace
Instagram: https://www.instagram.com/lansonplace
semak laman web di sini8. Crown Regency Serviced Suites


Crown Regency Serviced Suites terletak berhampiran Suria KLCC, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas. Jika anda menempah pangsapuri servis ini, anda akan mempunyai WiFi percuma, pemandangan bandar dan akses ke kolam renang dalaman. Setiap unit mempunyai bilik mandi peribadi, bidet, penghawa dingin, TV skrin rata dan peti sejuk. Untuk kemudahan tambahan, tempat penginapan ini juga boleh menyediakan tuala dan linen katil dengan bayaran tambahan.
Waktu Operasi: Sepanjang hari
Alamat: 12, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-2162 3888
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/crownregency
9. The Troika


Troika terletak berhampiran Taman KLCC dan mempunyai kemudahan seperti restoran, penggunaan basikal secara percuma, sukan air, kolam renang luaran dan pusat kecergasan (gimnasium). Servis apartment ini mempunyai kolam renang peribadi, taman, kemudahan barbeku, WiFi percuma dan parking peribadi percuma. Di samping itu, maklumat di kaunter penerimaan tetamu disediakan untuk membantu tetamu bersiar-siar di sekitar kawasan ini.
Waktu Operasi: Sepanjang hari
Alamat: The Troika, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
No. Telefon: 011-2070 6228
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
10. Arte Plus KLCC by PSM


Arte Plus KLCC by PSM terletak di Kuala Lumpur, hanya 4.5 km dari Petrosains, The Discovery Centre dan Menara Berkembar Petronas. Semua unit di servis apartment ini berhawa dingin dan mempunyai televisyen skrin rata, ruang tamu dengan sofa, dapur yang serba lengkap dengan ruang makan serta bilik mandi peribadi. Servis apartment ini juga menyediakan taman permainan kanak-kanak.
Waktu Operasi: Sepanjang hari
Alamat: Jln Bemban, Kampung Berembang, 55000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
No. Telefon: 011-1607 7710
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/arteplusjalanampang
semak laman web di siniDapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.