12 Sheet Mask Terbaik di Malaysia 2025

Adakah anda bermimpi untuk memiliki kulit halus seperti bintang K-Pop kegemaran anda? Kulit yang tidak berpori, lembap, bercahaya dan berseri akan membuatkan ramai yang iri hati terhadap anda. Kalau anda hendak tahu, anda boleh menambah ‘sheet mask’ ke dalam rutin kecantikan anda. ‘Sheet mask’ adalah efektif dalam membolehkan kulit anda berehat sambil menyerap segala kebaikan yang ada daripada ‘sheet mask’ yang anda pakai. Anda boleh memakainya pada bila-bila masa sahaja mengikut keperluan kulit anda.

Memilih ‘sheet mask’ yang sesuai untuk jenis kulit anda sebenarnya boleh mengubah tekstur dan penampilan kulit anda dalam masa yang singkat. Anda boleh berterima kasih kepada segala nutrisi tambahan yang diserap oleh kulit melalui pemakaian ‘sheet mask’. Dengan kulit wajah yang semakin berseri, anda akan menjadi lebih yakin dalam tugasan harian anda. Jadi, apa kata anda luangkan masa beberapa minit setiap hari untuk memakai ‘sheet mask’. Anda boleh pilih mana-mana ‘sheet mask’ yang anda rasakan sesuai untuk kulit anda daripada 12 ‘sheet mask’ yang kami senaraikan di sini. Biarkan ‘sheet mask’ melakukan keajaiban untuk kulit anda!

Bagaimanakah memilih ‘sheet mask’ yang betul untuk wajah saya?

Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis ‘sheet mask’ untuk setiap jenis kulit dan pemasalahannya. Oleh itu, adalah penting untuk anda mengenal ‘sheet mask’ mana yang paling sesuai untuk kulit anda berdasarkan bahan-bahan yang terkandung di dalamnya.

  1. Jenis Kulit

Anda perlu memilih ‘sheet mask’ yang memberi kesan terbaik untuk kulit anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai jenis kulit kering, anda boleh memilih ‘sheet mask’ yang memberi kesan pelembapan. Atau, jika anda mempunyai kulit kusam atau tona kulit tidak sekata, anda boleh memilih ‘sheet mask’ yang memberikan kesan kecerahan.

  1. Bajet

‘Sheet mask’ yang mahal tidak semestinya terbukti secara saintifik dan memberikan kesan yang efektif. Jika anda dalam bajet, anda boleh mendapatkan ‘sheet mask’ yang sama efektifnya secara dalam talian atau di kedai-kedai kecantikan pada harga yang lebih murah.

  1. Bahan

Pilih produk anda dengan bijak. Baca dahulu bahan yang terkandung di dalamnya sebelum anda membeli ‘sheet mask’. Bahan-bahan utama seperti madu atau asid hyaluronik akan memberi manfaat kepada kulit kering manakala bahan-bahan seperti aloe vera, likuoris dan teh hijau pula boleh mengurangkan kemerahan dan keradangan.

12 Sheet Mask Terbaik di Malaysia 2025

Mediheal-N.M.F-Ampoule-Mask-
Kredit Gambar: Mediheal

Anda ingin mencari ‘sheet mask’ yang dapat membantu kulit kering anda menjadi lebih lembap dan cantik, terutamanya bagi kulit anda yang selalu kering dan kusam? Inilah dia Mediheal N.M.F Ampoule Mask yang hebat! Dengan adanya komponen Natural Moisturizing Factor yang terkandung dalam ‘sheet mask’ ini, ia memberikan kesan lembapan yang berpanjangan dan mencerahkan kulit wajah. Ia juga melembutkan kulit wajah anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Air, Glycerin, Dipropylene Glycol, Glycereth-26 Niacinamide, 1, 2-Hexanediol, Hydroxyethyl Urea, Carbomer, Tromethamine, Betaine, Trehalose, Panthenol, Allantoin, Xanthan Gum, Polyglyceryl-10 Laurate, Adenosine, Polyglyceryl-4 Laurate, Zeolite, Sodium Hyaluronate*, Aspartic Acid, Tocopherol, Anastatica Hierochuntica Extract, Sodium Polyacrylate, Sodium Chloride, Glycine, Glutamic Acid, Serine, Alanine, Disodium EDTA, Ceramide NP (Ceramide 3), Squalane, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Arginine, Threonine, Proline, Histidine, Magnesium Chloride, Calcium Chloride, Dimethylsilanol Hyaluronate*, Sodium Acetylated Hyaluronate*, Sodium Hyaluronate Crosspolymer*, Hydroxypropyltrimonium Hyaluronate*, Hydrolyzed Glycosaminoglycans, Hydrolyzed Sodium Hyaluronate*, Hydrolyzed Hyaluronic Acid*, Hyaluronic Acid*, Fragrance
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan
  • Saiz: 1 kotak (10 keping)

Kelebihan:

Meningkatkan tahap lembapan kulit
Meningkatkan perlindungan bagi ‘skin barrier’
Mengekalkan kelembapan kulit

Harga: RM169.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Anda boleh membelinya secara eksklusif di: Sasa & Watson

2. Innisfree, My Real Squeeze Mask EX, Aloe

Innisfree-My-Real-Squeeze-Mask-EX-Aloe
Kredit Gambar: Shopee

Innisfree, My Real Squeeze Mask EX, Aloe adalah ‘sheet mask’ yang mengandungi pati kelembapan dan diperkaya dengan aloe vera. Aloe vera adalah bahan yang kaya dengan kelembapan dan ia dapat membantu menenangkan serta melegakan kulit yang letih. ‘Sheet mask’ ini diselitkan dengan vitamin kaya yang diperoleh daripada aloe vera. Vitamin ini akan membantu mengurangkan kulit anda yang meradang dan meminimumkan kemerahan. ‘Sheet mask’ ini paling sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif atau iritasi.

Spesifikasi:

  • Bahan: Air, glycerin, dipropylene glycol, alcohol, betaine, butylene glycol, aloe barbadensis leaf juice, dimethicone, 1,2-hexanediol, peg-60 hydrogenated castor oil, glyceryl, caprylate, xanthan gum, carbomer, Centella Asiatica extract, hydrogenated lecithin, ethylhexylglycerin, potassium hydroxide, disodium EDTA, Paeonia suffruticosa root extract, chamomilla Recutita (Matricaria) flower extract, sodium palmitoyl sarcosinate, fragrance, sodium hyaluronate.
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan
  • Saiz: 1 keping

Kelebihan:

Sesuai untuk kulit sensitif
Mengurangkan keradangan kulit
Meredakan kemerahan pada kulit

Harga: RM1.85/ setiap keping

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Etude House 0.2 Therapy Air Mask – Snail

Etude House . Therapy Air Mask Snail
Kredit Gambar: afroglamourcosmetics.com

Etude House 0.2 Therapy Air Mask – Snail mengandungi tapisan rembesan siput yang menjadikan tekstur kulit anda licin, berseri dan anjal sambil menguatkan ‘skin barrier’ anda. Ini adalah ‘sheet mask’ nipis dan ringan yang sesuai untuk kulit sensitif dan boleh digunakan pada setiap hari. Selain itu, harga ‘sheet mask’ ini juga sangat berpatutan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Air, Dipropylene Glycol, Caprylic/​ Capric Triglyceride, Glycerin, Methylpropanediol, Sorbitan Stearate, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Snail Secretion Filtrate (2,500Ppm), Sorbitan Sesquioleate, Arginine, Acrylates/​ C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Hydroxyethylcellulose, Sucrose Cocoate, Coptis Japonica Root Extract, Zingiber Officinale (Ginger) Root Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Adenosine, Dehydroacetic Acid, Dipotassium Glycyrrhizate, Disodium EDTA, Boswellia Serrata Gum, Sodium Hyaluronate, Hydrogenated Lecithin, Phytosteryl/​Octyldodecyl Lauroyl Glutamate, Eucalyptus Globulus Leaf Oil, Ceramide NP, Centella Asiatica Extract, Citrus Nobilis (Mandarin Orange) Oil, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil, Pinus Palustris Oil, Juniperus Mexicana Oil, Citrus Limon (Lemon) Fruit Extract, Limonene
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan
  • Saiz: 1 keping

Kelebihan:

Menganjalkan kulit
Menguatkan ‘skin barrier’
Melembapkan tekstur kulit

Harga: RM2.60/ setiap keping

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Nature Republic Acai Berry Mask

Nature Republic Acai Berry Mask
Kredit Gambar: Nature Republic

Nature Republic Acai Berry Mask diselitkan dengan ekstrak acai berry yang bertujuan untuk melembapkan kulit yang dehidrasi sambil meminimumkan kedutan degil pada kulit wajah anda. ‘Sheet mask’ ini kaya dengan vitamin A, B, C, dan E. Ia juga bebas paraben, bebas alkohol, dan juga bebas sulfat. Baunya juga sangat harum!

Spesifikasi:

  • Bahan: Air, Glycerin, Butylene Glycol, Cetyl Ethylhexanoate, Caprylic/​Capric Triglyceride, Citrus Paradisi (Grapefruit) Fruit Extract, Polyglyceryl-3 Methylglucose Distearate, Glyceryl Stearate, PEG-100 Stearate, Dimethicone, Euterpe Oleracea Fruit Extract, Carbomer, Xanthan Gum, Adenosine, Potassium Hydroxide, Arnica Montana Flower Extract, Artemisia Absinthium Extract, Achillea Millefolium Extract, Gentiana Lutea Root Extract, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Fragrance
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan
  • Saiz: 1 keping

Kelebihan:

Mengurangkan garis-garis halus pada kulit wajah
Melembapkan kulit
Menganjalkan kulit

Harga: RM1.65/ setiap keping

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. b.liv Immerse Me (Utmost Moisture Hydrating Mask)

b.liv-Immerse-Me-Utmost-Moisture-Hydrating-Mask
Kredit Gambar: b.liv

b.liv Immerse Me (Utmost Moisture Hydrating Mask) mengandungi bahan aktif utama, iaitu Ekstrak Akar Imperata Cylindrica yang mengoptimumkan penyerapan lembapan kulit dengan memberikan pelembapan dan penghidratan jangka panjang. ‘Sheet mask’ ini berfungsi dengan baik untuk menghidratkan kulit yang kering dan mengelupas dalam masa 15 minit!

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua (Air), 1,3-Butylene Glycol, Glyceryl Polyacrylate, Sodium PCA (Sodium 1- Pyrrolidonecarboxylate Solution), Methylisothiazolinone, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Xanthan Gum, Sodium Hyaluronate, Hydroxypropyltrimonium Hyaluronate, Propylene Glycol, Honey Extract, Imperata Cylindrica Root Extract, Glycerin, PEG-8, Carbomer, Fragrance, PPG-26-Buteth-26,Minyak Kastor Berhidrogenasi PEG-40
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 5 keping, 10 keping

Kelebihan:

Penghidratan segera
Meningkatkan pengekalan lembapan
Sesuai untuk kulit kering

Harga: RM33.00/5 keping | RM55.00/10 10 keping

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Garnier Light Complete Bright Up Serum Face Mask

Garnier Light Complete Bright Up Serum Face Mask
Kredit Gambar: Lazada

Garnier Light Complete Bright Up Serum Face Mask diperkaya dengan pati susu dan Vitamin C untuk mencerahkan kulit yang kusam dan pada masa yang sama, ia dapat menghidratkan semula kulit yang kering. Ia juga berfungsi untuk meminimumkan bintik-bintik gelap dan mencerahkan pigmentasi. Jika anda sedang mencari produk yang memberikan pencerahan segera, ini adalah ‘sheet mask’ yang sesuai untuk anda!

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua/​Air, Glycerin, Betaine, Rhamnose, Alumina, Ammonium Polyacryloyldimethyl Taurate, Ascorbyl Glucoside, Butyrospermum Parkii Butter/​Shea Butter, Cetyl Alcohol, Ci 77891 Titanium Dioxide, Citric Acid, Citrus Junos Fruit Extract, Cocos Nucifera Fruit Juice/​Coconut Fruit Juice, Dicaprylyl Carbonate, Disodium EDTA, Glyceryl Isostearate, Glyceryl Stearate, Hexyldecanol, Hydroxyacetophenone, Linalool, Maltodextrin, Myristic Acid, Octyldodecanol, Palmitic Acid, PEG-100 Stearate, Phenylethyl Resorcinol, Potassium Sorbate, Silica, Sodium Benzoate, Sodium Hyaluronate, Stearic Acid, Tocopherol, Xanthan Gum, Parfum/​Fragrance
  • Negara Pengeluar: Perancis
  • Saiz: 1  keping , 10 keping

Kelebihan:

Mencerahkan tona kulit
Menghidratkan kulit kering
Mengurangkan bintik hitam

Harga: RM 6.00/ setiap keping | RM58.50/10 keping

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Evolcare BIO Repair Sheet Mask

Evolcare-BIO-Repair-Sheet-Mask
Kredit Gambar: Evolcare

Evolcare BIO Repair Sheet Mask adalah ‘sheet mask’ rawatan yang penuh dengan kelebihan alam semula jadi untuk membaiki dan memberi tenaga pada kulit anda, jadi ia sesuai buat mereka yang sibuk. ‘Sheet mask’ gred bio yang 100% semula jadi ini ada diselitkan dengan Evolcare Essence untuk disesuaikan dengan kadar penyerapan yang lebih baik. Ia menggunakan teknologi liposom bagi meningkatkan kesan kelembapan dan penembusan sambil mengekalkan kadar lembapan untuk tempoh yang lama.

Spesifikasi:

  • Bahan: Air (Aqua), Butylene Glycol, Trehalose, Lecithin, Hydroxyacetophenone, 1,2-Hexanediol, Glycerin, Saccharomyces/Xylinum/Black Tea Ferment, Sodium Polyacrylate, Saccharide Isomerate, Diglycerin, Propanediol, Dipropylene Glycol, Xanthan Gum, Pentylene Glycol, Sodium Palmitoyl Proline, Arginine, Passiflora Incarnata Flower Extract, Caprylyl Glycol, Pullulan, Caprylyl/Capryl Glucoside, Hyaluronic Acid, Chondrus Crispus Powder (Carrageenan), Hydrolyzed Candida Saitoana Extract, Phytic Acid, Sodium Hyaluronate, Niacinamide, Limonene, Sodium Citrate, Hydroxyethylcellulose, Phenoxyethanol, Citric Acid, Maltodextrin, Cellulose Gum, Citrus Aurantium Amara (Bitter Orange) Peel Oil, Citrus Paradisi (Grapefruit) Peel Oil, Santalum Album (Sandalwood) Oil, Sodium PCA, Sodium Cocoyl Glutamate, Ceratonia Siliqua Gum, Sucrose, Spinacia Oleracea (Spinach) Leaf Extract, Psilanthus Bengalensis Leaf Cell Culture Extract, Glyceryl Caprylate, Erythritol, Ethylhexylglycerin, Chondrus Crispus (Carrageenan), Nymphaea Alba Flower Extract, Polyglyceryl-6 Oleate, Potassium Sorbate, Benzoic Acid, Terminalia Ferdinandiana Fruit Extract, Sodium Surfactin, Sorbic Acid, Sodium Hydroxide, Sodium Benzoate, Biotin
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 25 ml x 5 keping

Kelebihan:

Mengekalkan kelembapan
Menegangkan kulit
Membuatkan kulit lebih bertenaga

Harga: RM100.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Dr. Jart+ Ceramidin Facial Barrier Mask

Dr. Jart Ceramidin Facial Barrier Mask
Kredit Gambar: Shopee

Dr. Jart+ Ceramidin Facial Barrier Mask mengandungi Ceramide Complex dan Ectoin proprietari, yang dapat memberi penghidratan yang mendalam dan menguatkan ‘skin barrier’. ‘’Sheet mask’ ini adalah ultra-pelembap yang berfungsi untuk melembapkan dan menghidratkan kulit. Ia juga ‘hypo-allergenic’ dan sesuai untuk kulit sensitif.

Spesifikasi:

  • Bahan:  Air /Eau, Glycerin, Dipropylene Glycol, Hydrogenated Poly (C6-14 Olefin), Dicaprylyl Carbonate, 1,2-Hexanediol, Betaine, Hydroxyacetophenone, Cyclohexasiloxane, Cetearyl Alcohol, Candida Bombicola/Glucose/Methyl Rapeseedate Ferment, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Allantoin, Tromethamine, Ceramide NP*, Cocos Nucifera (Coconut) Oil, Macadamia Ternifolia Seed Oil, Eclipta Prostrata Leaf Extract, Laminaria Japonica Extract, Adenosine, Fructooligosaccharides, Disodium EDTA, Melia Azadirachta Flower Extract, Ectoin, Melia Azadirachta Leaf Extract, Polyglyceryl-10 Stearate, Butylene Glycol, Sodium Stearoyl Glutamate, Hydrogenated Lecithin, Curcuma Longa (Turmeric) Root Extract, Ocimum Sanctum Leaf Extract, Beta-Glucan, Behenyl Alcohol, Pelargonium Graveolens Flower Oil, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Corallina Officinalis Extract, Streptococcus Thermophilus Ferment, Glyceryl Stearate SE, Hydrolyzed Vegetable Protein, Maltodextrin, Cholesterol, Tocopherol, Salvia Officinalis (Sage) Oil, Pogostemon Cablin Oil, Glyceryl Stearate, Citrus Aurantium Bergamia (Bergamot) Fruit Oil, Ceramide AP*, Ceramide AS*, Ceramide NS*, Ceramide EOP*
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan
  • Saiz: 5 keping

Kelebihan:

Mempertingkatkan ‘skin barrier’
Sesuai untuk kulit sensitif
Meningkatkan penghidratan

Harga: RM36.75/5 keping

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Garnier Sakura White Serum Mask

Garnier Sakura White Serum Mask
Kredit Gambar: Watsons

Garnier Sakura White Serum Mask diperkaya dengan ekstrak sakura dan asid hyaluronik. ‘Sheet mask’ ini boleh memperbaiki penampilan keseluruhan kulit anda dengan menghidratkan kulit yang kering dan menggelupas. Ia juga berfungsi untuk menyerikan semula kulit yang letih dan kelihatan pucat dengan memberikan rona kulit yang sihat dan berseri dalam masa kurang dari 15 minit.

Spesifikasi:

  • Bahan: Air/​Water, Propylene Glycol, Glycerin, Prunus Yedoensis Leaf Extract, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Pvm/​Ma Copolymer, Potassium Hydroxide, Glyceryl Acrylate/ ​Acrylic Acid Copolymer, Sodium Hyaluronate, P-Anisic Acid, Mannose, Dipotassium Glycyrrhizate, Hydrogenated Starch Hydrolysate, Hydroxyacetophenone, Hydroxyethylcellulose, Xanthan Gum, Butylene Glycol, Phenoxyethanol, Limonene, Parfum/​Fragrance
  • Negara Pengeluar: Perancis
  • Saiz: 10 keping

Kelebihan:

Menghidratkan kulit kering dengan cepat
Memberikan rona yang sihat pada kulit wajah
Sesuai untuk kulit sensitif

Harga: RM58.50/10 keping

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Jayjun Rose Blossom Mask

Jayjun-Rose-Blossom-Mask
Kredit Gambar: Shopee

Jayjun Rose Blossom Mask mengandungi air mawar yang membantu mengekalkan kulit anda licin dan cerah. ‘Sheet mask’ fabrik cupro ini mengandungi minyak camellia dan wangian mawar yang membuatkan anda selesa dan santai apabila menggunakannya. Topeng ini juga mempunyai Allantoin, iaitu bahan yang menenangkan serta membantu melembutkan dan melindungi kulit anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Air, Dipropylene Glycol, Glycerin, Rosa Centifolia Flower Water (1%), Sodium Hyaluronate, Beta-Glucan, Betaine, Allantoin, 1,2-Hexanediol, Polysorbate 20, Carbomer, Triethanolamine, Disodium Edta, Phenoxyethanol, Fragrance
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan
  • Saiz: 10 keping

Kelebihan:

Mencerahkan kulit
Menghidratkan kulit
Sesuai untuk kulit sensitif

Harga: RM35.00/10 keping

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

11. A’Bloom AC-Me_Peach Anti-Blemish Peach Mask

ABloom-AC-Me Peach-Anti-Blemish-Peach-Mask
Kredit Gambar:Shopee

A’Bloom AC-Me_Peach Anti-Blemish Peach Mask ini boleh membersih dan melegakan kulit yang merengsa dan sensitif. Topeng ini diselitkan dengan ekstrak pic dan minyak pokok teh untuk mengawal minyak, mengimbangi lembapan dan membersihkan kulit untuk mencapai kulit licin yang lembut. Topeng ini juga sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berjerawat.

Spesifikasi:

  • Bahan: Air, Glycerin, Methylpropanediol, Fraxinus Rhynchophylla Extract, Ocimum Basilicum (Basil) Flower/​Leaf/​Stem Extract, Prunus Persica (Peach) Fruit Extract (1,000Ppm), Acmella Oleracea Extract, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Sodium Hyaluronate, Hydrogenated Lecithin, Trehalose, Polyglyceryl-10 Laurate, Tromethamine, Acrylates/​C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Panthenol, Polyglyceryl-10 Myristate, Carbomer, Hydroxyethylcellulose, Disodium EDTA, Fragrance, 1,2-Hexanediol, Hydroxyacetophenone
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan
  • Saiz: 10 keping

Kelebihan:

Merawat jeragat
Menyegarkan kulit yang letih
Mengawal pengeluaran sebum

Harga: RM30.00/10 keping

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

12. Estée Lauder Advanced Night Repair Concentrated Recovery PowerFoil Mask

Estee-Lauder-Advanced-Night-Repair-Concentrated-Recovery-PowerFoil-Mask
Kredit Gambar: Shopee

Estée Lauder Advanced Night Repair Concentrated Recovery PowerFoil Mask mempunyai ‘sheet mask’ yang berasaskan kerajang. Topeng ini berprestasi tinggi dan dapat mencipta penghalang sekali gus membenarkan penembusan lembapan secara pantas ke dalam permukaan kulit wajah. Ia juga mengandungi teknologi ChronoluxCB™ yang telah terbukti untuk meningkatkan penghidratan kulit.

Spesifikasi:

  • Bahan: Air Aqua Eau, Methyl Gluceth-20, Peg-75, Butylene Glycol, Bis-Peg-18 Methyl Ether Dimethyl Silane, Propanediol, Glycereth-26, Cladosiphon Okamuranus Extract, Garcinia Mangostana Peel Extract, Magnolia Officinalis Bark Extract, Silybum Marianum (Lady’S Thistle) Extract, Echinacea Purpurea (Coneflower) Extract, Limonium Vulgare Flower/​Leaf/​Stem Extract, Lactobacillus Ferment, Betula Alba (Birch) Extract, Hydrolyzed Algin, Acetyl Dipeptide-1 Cetyl Ester, Coffea Arabica (Coffee) Seed Extract, Hydrolyzed Rice Extract, Poria Cocos Sclerotium Extract, Algae Extract, Squalane, Yeast ExtractFaexExtrait De Levure, Caffeine, Peg-8 Glyceryl Isostearate, Glycerin, Artemia Extract, Lecithin, Glycine, Anthemis Nobilis (Chamomile), Sodium Hyaluronate, Oleth-3 Phosphate, Caprylyl Glycol, Tocopheryl Acetate, Carbomer, Dextrin, Sodium Hydroxide, Xanthan Gum, Laureth-3, Hydroxyethylcellulose, Trisodium Edta, Phenoxyethanol
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 1 keping, 4 keping

Kelebihan:

‘Sheet mask’ berasaskan kerajang mengunci kelembapan
Mempunyai 2 kali ganda asid hyaluronik
Meningkatkan penembusan kelembapan

Harga: RM49.90/ setiap keping | RM 384/4 keping

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close