Proses mencari sikat rambut yang sesuai untuk anda kedangkala boleh menjadi rumit. Hal ini kerana terdapat pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan seperti tekstur rambut yang berminyak, halus, tebal atau ikal. Jadi, anda perlu memilih sikat rambut yang benar-benar sesuai dengan kulit kepala dan jenis rambut anda agar ia tidak mendatangkan masalah yang tidak diingini. Bahkan, pemilihan sikat rambut yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah keguguran rambut dalam jangka masa panjang.
Walaupun terdapat banyak jenis bentuk, warna dan bahan yang dihasilkan untuk membuat sikat rambut, kami telah menyenaraikan 8 jenis sikat rambut yang mungkin sesuai untuk anda. Berikut adalah 8 sikat rambut terbaik di Malaysia yang boleh anda dapatkan di pasaran sekarang.
Cara Memilih Sikat Rambut
Terdapat banyak jenis sikat rambut di pasaran. Oleh sebab itu, pemilihan sikat rambut yang sesuai adalah penting untuk anda. Kami senaraikan beberapa faktor yang boleh anda pertimbangkan untuk memilih sikat rambut.
- Gigi Lebar
- Kelebihan: Sesuai untuk menyisir rambut basah dan mengurai rambut. Selain itu, ia sesuai untuk rambut kerinting agar dapat menjaga gelombang semula jadi pada rambut anda.
- Cadangan: Pilih sisir dengan gigi lebar untuk proses mengurai rambut yang lembut dan berkesan.
- Gigi Sempit
- Kelebihan: Direka khas untuk mencipta pembahagian yang tepat dan mencapai penampilan yang rapi.
- Cadangan: Jika anda ingin gaya rambut slick back atau perlu membuat garisan rambut yang sekata, pilihlah sisir dengan gigi sempit.
- Bahan
- Kelebihan: Sesuai untuk menyisir rambut basah dan mengurai rambut. Selain itu, ia sesuai untuk rambut kerinting agar dapat menjaga gelombang semula jadi pada rambut anda.
- Cadangan: Pilih sisir dengan gigi lebar untuk proses mengurai rambut yang lembut dan berkesan.
8 Sikat Rambut Terbaik di Malaysia 2024
1. Natural Wooden Bamboo Scalp Massage Hair Brush

Sikat rambut ini perbuat daripada buluh asli. Ia mempunyai berus berbulu yang kuat namun lembut. Anda akan berasa selesa menggunakannya pada rambut dan kulit kepala anda. Ia juga dilengkapi dengan kusyen udara yang menyediakan urutan kulit kepala yang selesa. Didatangkan dengan pelbagai jenis sikat rambut untuk dipilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Natural Bamboo
- Saiz: 8.5 x 24.7 cm (Rectangle), 8 x 22 cm (Oval)
- Negara Pengeluar: China
- Varias: Rectangle, Oval, Mini Rectangle, Mini Oval, Roller Hair Brush
Kelebihan:
✅ Material berkualiti tinggi, tahan lasak
✅ Reka bentuk yang unik
✅ Kusyen udara
✅ Pemegang yang selesa
Harga: RM 13.49
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
2. E’lls Diamond Hair Comb

E’lls Diamond Hair Comb didatangkan dalam reka bentuk yang unik dan lebar dengan pemegang yang pendek tetapi tebal. Anda boleh menyikat rambut anda dengan mudah dan selesa disebabkan permukaan sikat ini yang luas. Selain itu, ia sesuai untuk semua jenis rambut. Jika anda tidak pasti sikat rambut mana yang ingin anda beli, anda boleh mencuba sikat rambut ini. Sikat rambut ini juga ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
- Saiz: 18.5 x 7 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Reka bentuk yang unik
✅ Mudah alih
✅ Cengkaman yang selesa
✅ Kawasan yang luas
Harga: RM 2.20
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
3. Hair Straightener Comb

Anda sedang mencari sikat untuk meluruskan rambut anda dengan mudah? Pertimbangkan sikat pelurus rambut ini! Ia dilengkapi dengan fungsi pemanasan yang boleh meluruskan rambut anda dengan serta-merta dalam masa yang singkat. Sila ambil perhatian bahawa ia hanya sesuai untuk rambut kering, jadi jangan gunakannya semasa rambut anda masih basah! Sikat rambut ini mengandungi ion negatif dan mempunyai reka bentuk anti-lecur yang menghalangnya daripada membakar rambut atau kulit kepala anda. Jadi, anda tidak perlu risau ketika menggunakannya. Ia tidak akan merosakkan rambut anda.
Spesifikasi:
- Bahan: PP, Stainless Steel, Metal
- Saiz: 3 x 27 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Putih, Hitam, Merah, Hijau
Kelebihan:
✅ Didatangkan dengan fungsi pemanasan
✅ Reka bentuk anti-lecur
✅ Kawalan suhu pintar
✅ Mudah digunakan
Harga: RM 17.87
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
4. Anti Static Airbag Big Large Comb

Produk ini didatangkan dalam pelbagai saiz dan bentuk yang sesuai untuk semua jenis rambut. Pemegangnya sikat rambut ini direka dalam bentuk ergonomik bagi memberikan anda cengkaman yang selesa semasa memegangnya. Selain itu, ia ringan dan tidak terlalu besar, menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana dan tidak memakan banyak ruang penyimpanan. Pendek kata, sikat rambut ini boleh menjadikan penampilan anda lebih kemas dan menarik.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
- Negara: Pengeluar Malaysia
- Saiz: Oval Massage Come (24.5 x 7 cm), Square Massage Comb (25.3 x 8.3 cm), Curly Hair Comb (22.5 x 4.4 cm), Comb (22.5 x 5 cm)
- Warna: Hijau, Hitam
Kelebihan:
✅ Saiz mudah alih
✅ Reka bentuk lubang gantung
Harga: RM 4.10 – RM 5.90
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
5. Detangler King Comb

Rambut anda kusut? Anda sukar untuk merapikan rambut anda? Jangan risau, sikat rambut ini sesuai untuk anda. Ia diperbuat daripada bulu mesra bio yang berkualiti tinggi dan lembut. Jadi, sikat ini boleh merapikan rambut yang kusut dalam sekelip mata sahaja. Ia juga akan menjadikan rambut anda selembut sutera dan licin. Sikat rambut ini direka bentuk menarik berbanding dengan sikat rambut biasa. Jadi, kami amat mengesyorkan sikat rambut ini untuk anda yang sering menghadapi masalah rambut kusut!
Spesifikasi:
- Bahan: Biofreindly bristles
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Beige, Biru, Hijau, Ungu
Kelebihan:
✅ Diperbuat daripada bahan biofriendly
✅ Bulu lembut
✅ Reka bentuk yang unik
✅ Merapikan rambut dengan mudah
Harga: RM 58
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
6. Nano Technology Ceramic Round Barrel Hair Brush

Nano Technology Ceramic Round Barrel Hair Brush ini diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan tahan lama. Sikat rambut ini tidak akan merosakkan rambut anda. Selain itu, ia akan merapikan rambut yang kusut dan menjadikan rambut anda lebih licin. Sikat rambut ini juga mempunyai bulu beras yang tahan lama untuk pemakaiannya dalam jangka masa yang panjang. Anda boleh mendapati sikat rambut ini dalam pelbagai saiz untuk dipilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Ceramic Coating
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: XS (19 mm), S (25 mm), M (32 mm), L (45 mm), XL (53 mm)
Kelebihan:
✅ Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
✅ Mengandungi bulu di sekeliling sikat
✅ Teknologi Penjagaan Nano Ionik
Harga: RM 10 – RM 16.25
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
7. Hair Comb Brush Anti-Static Ribs

Sikat rambut ini mempunyai penampilan yang unik. Berusnya kelihatan berduri namun lembut apabila disikat. Selain itu, ia cukup ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Sikat rambut ini tahan lasak kerana diperbuat daripada plastik yang berkualiti tinggi dan mempunyai tekstur yang anjal.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
- Saiz: 19 x 3.8 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Hitam
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Berkualiti tinggi
✅ Tekstur anjal
Harga: RM 1.05 (Shopee) | RM 3.60 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
8. Toni & Guy Antistatic Professional Barber & Salon Comb

Toni & Guy menawarkan pelbagai jenis sikat rambut yang terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk. Semua sikat rambut yang dihasilkan mempunyai fungsi yang berbeza untuk rambut yang berbeza. Selain kecil dan ringan, ia juga mudah dibawa ke mana-mana. Jadi, anda tidak perlu risau kerana ia tidak menggunakan banyak ruang penyimpanan.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Variasi: Rujuk pada gambar
Harga: RM5
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.