Televisyen realiti ialah sejenis pengaturcaraan yang bertujuan menunjukkan situasi kehidupan sebenar yang tidak ditulis dan kerap menggunakan orang biasa dan bukannya pelakon. Rancangan realiti muncul pada awal 1990-an dan menjadi lebih popular pada 2000-an kerana ramai anak muda akan menonton rancangan ini.
Di Netflix, terdapat banyak variasi rancangan realiti yang tersedia untuk anda tonton dengan selesa di rumah. Daripada pertandingan memasak hingga rancangan janji temu, terdapat banyak siri televisyen realiti untuk menemani anda. Dengan itu, berikut ialah 10 siri realiti terbaik di Netflix di Malaysia.
Mengapa Rancangan Realiti Semakin Popular?
Rancangan realiti popular dalam kalangan orang ramai kerana kebanyakan orang suka menonton rancangan yang tidak perlu berfikir dalam selain ia dapat menghiburkan anda selepas hari yang panjang dan penat. Sesetengah orang menonton rancangan realiti sebagai cara untuk melarikan diri dari kehidupan seharian mereka dan untuk mengintip kehidupan orang lain.
Adakah Rancangan Realiti Boleh Membawa Ketagihan?
Rancangan realiti kadangkala boleh membuat ketagihan kerana ia boleh mendorong rangsangan fisiologi kita untuk berasa dramatik, yakni menyebabkan kita teruja. Premis di mana rancangan realiti ini ditulis adalah untuk menarik perhatian penonton dan membiarkan mereka ketagih.
10 Siri Realiti Terbaik di Malaysia 2023
1. Too Hot To Handle
Diarahkan Oleh: Laura Gibson, Charlie Bennett
Bilangan Musim: 3
Bilangan Episod: 29
Tarikh Mula Tayangan: 17 April 2020
Negara Yang Mengeluarkan: Amerika Syarikat, United Kingdom
Skor IMDB: 4.6 / 10
Sinopsis
Too Hot To Handle adalah cerita tentang sistem kecerdasan buatan maya yang dinamakan “Lana” yang mengikuti perkembangan 10 orang terpilih. Mereka yang terpilih ini mempunyai pengalaman cinta yang tidak kesampaian atau tidak dapat menjalinkan cinta dalam jangka masa panjang. 10 orang yang terpilih ini ditempatkan di sebuah lokasi selama 4 minggu dan mereka perlu menghadiri pelbagai bengkel. Individu-individu ini dilarang melakukan hubungan seksual, bercium dan memuaskan diri. Hadiah wang akan dikurangkan pada bila-bila masa jika ada peraturan dilanggar.
2. Love Is Blind
Diarahkan Oleh: Chris Coelen
Bilangan Musim: 2
Bilangan Episod: 25
Tarikh Mula Tayangan: 13 Februari 2020
Negara Yang Mengeluarkan: Amerika Syarikat
Skor IMDB: 6.1 / 10
Sinopsis
Dalam eksperimen sosial, lelaki dan wanita dari semua bidang kehidupan akan menghadiri ‘blind date’ untuk mencari cinta. Pasangan lelaki dan wanita tersebut akan pergi berjanji temu selama 10 hari di dalam ‘pod’ yang dibina khas. Mereka hanya boleh berkomunikasi melalui pembesar suara tetapi tidak dapat melihat antara satu sama lain. Pada mulanya, mereka dipasangkan dengan cara ‘speed-dating manner’. Selepas itu, mereka boleh memilih untuk memanjangkan masa janji temu mereka. Dan apabila mereka bersedia, mereka boleh berbincang dan mengemukakan cadangan untuk perkahwinan.
3. Selling Sunset
Diarahkan Oleh: Adam DiVello
Bilangan Musim: 5
Bilangan Episod: 45
Tarikh Mula Tayangan: 21 Mac, 2019
Negara Yang Mengeluarkan: Amerika Syarikat
Skor IMDB: 6.4 / 10
Sinopsis
Menjual hartanah di pasaran California Selatan mungkin merupakan pengalaman yang indah, tetapi ia juga boleh menjadi pengalaman ngeri kerana ramai ejen perumahan sedang bersaing untuk mendapatkan pelanggan dan menjual rumah. Ketegangan di The Oppenheim Group dirasai, di mana ejen hartanah terkemuka memasarkan gaya hidup mewah kepada pelanggan kaya mereka ditonjolkan dalam rancangan televisyen “Selling Sunset.” Ketegangan ini makin memuncak apabila wakil jualan menyertai pasukan tersebut. Jadi, ejen berpengalaman menuntut wakil jualan itu berjaya mencapai sasaran mereka sebelum dia diakui sebagai salah satu ahli dalam pasukan itu.
4. Glow Up
Diarahkan Oleh: Michael Fraser, Rob Fisher
Bilangan Musim: 4
Bilangan Episod: 32
Tarikh Mula Tayangan: 6 Mac 2019
Negara Yang Mengeluarkan: United Kingdom
Skor IMDB: 6.8 / 10
Sinopsis
Dalam memburu artis solek terkemuka Britain yang seterusnya, penyampai terkenal, iaitu Maya Jama disertai oleh Val Garland dan Dominic Skinner, merupakan guru solek dan kecantikan. 10 artis solek yang bercita-cita tinggi perlu bekerja dan hidup bersama semasa siri ini dijalannkan. Mereka perlu bersaing dalam beberapa cabaran yang sukar untuk menunjukkan kepakaran solekan mereka kepada para hakim. Artis yang akhirnya dipilih sebagai pemenang peraduan menerima kontrak yang sangat didambakan untuk bekerjasama dengan beberapa syarikat terbesar dan paling dikenali dalam industri kosmetik.
5. RuPaul’s Drag Race
Diarahkan Oleh: Nick Murray
Bilangan Musim: 14
Bilangan Episod: 191
Tarikh Mula Tayangan: 2 Februari 2009
Negara Yang Mengeluarkan: Amerika Syarikat
Skor IMDB: 8.4 / 10
Sinopsis
Dalam siri realiti ini, sekumpulan ratu pentas berbakat akan bersaing dalam cabaran untuk memenangi hadiah wang, mahkota, dan gelaran America’s Next Drag Superstar. Mereka perlu mengagumkan hos RuPaul, iaitu ratu pentas paling terkenal di planet ini. Tugas utama dalam setiap episod biasanya terdiri daripada beberapa reka bentuk atau prestasi fesyen, atau kedua-duanya sekali. Permaisuri kemudian mengambil bahagian dalam paparan landasan bertema, di mana seorang individu akan dinobatkan sebagai pemenang mingguan manakala dua individu yang lain perlu bersedia untuk disingkirkan. Tempat dua terbawah perlu ‘lip-synch’ dan bersaing untuk terus kekal dalam rancangan itu.
6. Get Organized with The Home Edit
Diarahkan Oleh: Clea Shearer, Joanna Teplin
Bilangan Musim: 2
Bilangan Episod: 16
Tarikh Mula Tayangan: 9 September 2020
Negara Yang Mengeluarkan: Amerika Syarikat
Skor IMDB: 5.4 / 10
Sinopsis
Selebriti dan orang biasa bekerjasama dengan penganjur rumah profesional, iaitu Clea dan Joanna untuk mengemas kini, mengkategorikan dan mengekalkan barang yang mereka tidak gunakan untuk mencipta tempat yang indah. Clea dan Joanna mempunyai syarikat organisasi mereka sendiri yang dipanggil The Home Edit. Syarikat ini menjadi salah satu syarikat organisasi rumah yang paling terkemuka di dunia.
7. Indian Matchmaking
Diarahkan Oleh: Smriti Mundhra
Bilangan Musim: 2
Bilangan Episod: 16
Tarikh Mula Tayangan: 16 Julai 2020
Negara Yang Mengeluarkan: India, United Kingdom, Amerika Syarikat
Skor IMDB: 6.5 / 10
Sinopsis
Dalam Indian Matchmaking, Sima Taparia ialah pencari jodoh terkemuka di Mumbai. Dia bekerja untuk membantu individu bujang mencari pasangan ideal mereka dengan menggunakan pengalaman, pengetahuan dan cara tradisionalnya selama bertahun. Siri realiti ini mempamerkan bilangan kaedah yang akan digunakan oleh Sima untuk mencari pasangan ideal individu tersebut. Anda akan dapat menyaksikan jika individu tersebut berjaya menemui pasangannya.
8. Is It Cake?
Diarahkan Oleh: Dan Cutforth, Jane Lipsitz
Bilangan Musim: 1
Bilangan Episod: 8
Tarikh Mula Tayangan: 18 Mac 2022
Negara Yang Mengeluarkan: Amerika Syarikat
Skor IMDB: 5.7 / 10
Sinopsis
Dalam siri televisyen pertandingan memasak Is It Cake?, pesaing membuat kek yang menyerupai objek harian untuk menipu hakim selebriti. Pemenang setiap episod akan menerima $5,000 sebagai tambahan kepada kemungkinan untuk memenangi lebih banyak dana. Mereka perlu meneka wang yang dipamerkan itu adalah benar ataupun tidak. Terdapat 8 episod dan 9 pembuat roti. Rancangan ini agak baharu dicipta kerana ia mengikut trend media sosial yang popular mengenai pembuat kek yang menghasilkan kek seperti objek sebenar.
9. Love Island
Diarahkan Oleh: Brent Baker, Mark Busk-Cowley, Tom Gould, Joe Scarrat
Bilangan Musim: 8
Bilangan Episod: 304
Tarikh Mula Tayangan: 7 Jun 2015
Negara Yang Mengeluarkan: United Kingdom
Skor IMDB: 5. 1/ 10
Sinopsis
Love Island menampilkan sekumpulan pesaing, Islanders, yang tinggal bersama di sebuah vila di Mallorca. Vila ini berada di bawah pengawasan video yang berterusan. The Islanders mesti bekerjasama dengan pesaing lain untuk bertahan di ladang, sama ada kerana cinta, persahabatan atau keperluan kewangan kerana pasangan yang menang akan menerima £50,000 bagi setiap individu. Para peserta kemudiannya berpasangan buat kali pertama berdasarkan tanggapan awal pada hari pertama, tetapi sepanjang siri itu, mereka terpaksa “berpasangan semula”, memberi mereka pilihan untuk kekal bersama atau bertukar pasangan.
10. Dream Home Makeover
Diarahkan Oleh: Shea McGee, Syd McGee
Bilangan Musim: 3
Bilangan Episod: 18
Tarikh Mula Tayangan: 16 Oktober 2020
Negara Yang Mengeluarkan: Amerika Syarikat
Skor IMDB: 5.6 / 10
Sinopsis
Dalam Dream Home Makeover, Shea dan Syd McGee yang mempunyai studio mereka sendiri bernama Studio McGee, membantu keluarga yang ingin mengubah suai rumah mereka untuk mencerminkan gaya mereka dalam merealisasikan aspirasi mereka. Pasangan itu bekerjasama dengan pelanggan dalam projek pembaikan rumah. Rancangan ini juga berfungsi sebagai dokumentari tentang McGees. Ia memberikan penonton gambaran tentang kehidupan peribadi mereka semasa mengoperasi Studio McGee, membesarkan tiga anak kecil mereka, dan kerap mengubah suai rumah impian mereka sendiri.
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.