Suasana sibuk kenderaan bermotor yang lalu lalang sudah menjadi hidangan harian. Asap ekzos di pagi hari, tanda setiap individu sudah memulakan rutin hariannya. Sudah tentu dengan bantuan kenderaan bermotor, aktiviti harian akan menjadi lebih ringan dan pantas. Namun, ekoran kesesakan lalu lintas kereta tidak lagi dianggap sebagai pengangkutan yang ideal untuk destinasi jarak dekat. Oleh itu, dapat kita lihat penggunaan skuter elektrik semakin meningkat bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak,tetapi orang dewasa juga.
Kebanyakan pengguna menjadikan skuter elektrik sebagai pengangkutan alternatif untuk ke destinasi jarak dekat. Bukan itu sahaja, ramai juga yang menggunakan Personal Electric Vehicle (PEV) ini sebagai kenderaan untuk ke kampus mahupun ke tempat kerja bagi mengelakkan kesesakan jalan raya. Jadi, inilah 10 skuter elektrik terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.
Bagaimana hendak memilih skuter elektrik yang sesuai?
Memilih skuter elektrik yang paling sesuai dengan anda boleh mengelirukan ekoran terdapat banyak aspek yang perlu dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek utama yang perlu difokuskan semasa memilih skuter elektrik iaitu kuasa, kelajuan maksimum dan jarak maksimum.
- Kuasa
Kuasa motor skuter elektrik biasanya sekitar 300W. Semakin besar kekuatan motor skuter elektrik, semakin kuat daya dan kelajuannya. Oleh itu anda disarankan untuk memilih kuasa bateri skuter yang sesuai berdasarkan jarak penggunaannya.
- Kelajuan maksimum
Setiap jenama skuter mempunyai had kelajuan yang berbeza. Jadi, sebaiknya anda perlu mempertimbangkan kelajuan maksimum skuter berdasarkan penggunaan dan tujuan pembelian skuter tersebut.
- Jarak maksimum
Setiap skuter elektrik mempunyai saiz yang berbeza dan juga jumlah jarak yang berbeza. Kebanyakan skuter mempunyai had jarak perjalanan sekitar 15 km. Oleh itu, anda disarankan untuk memilih skuter yang mempunyai had perjalanan yang lebih banyak atau jauh agar anda dapat menuju ke destinasi tanpa skuter anda kehabisan bateri.
10 Skuter Elektrik Terbaik di Malaysia 2023
1. FEO S2Pro Electric Scooter

Skuter Elektrik FEO S2Pro mempunyai pemegang anti-gelincir yang memberikan anda cengkaman dan kawalan yang kukuh ketika menunggang skuter. Selain itu, rekaan pemegang skuter ini juga menjamin keselesaan pada tangan anda walaupun selepas menunggangnya dalam masa yang lama. Skuter ini dilengkapi dengan lampu LED yang sangat terang yang memudahkan anda untuk menunggangnya pada waktu malam.
Spesifikasi:
- Kuasa: 300W
- Kelajuan maksimum: 25km/j
- Jarak maksimum: 25km – 35km
Kelebihan:
✅ Lampu LED
✅ Kawalan cengkaman
✅ Ringan
Harga: RM949.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
2. Hurricane Smart Electric Scooter

Skuter elektrik ini mempunyai rangka yang diperbuat daripada Alloy 6061 sekaligus menjadikannya sangat kukuh dan tahan lasak. Dilengkapi dengan bateri 350W, anda boleh menikmati pemanduan sejauh 20 km dengan kelajuan maksimum 27km/j. Selain itu, skuter ini boleh dilipat untuk memudahkan penyimpanan di ruangan kecil. Tambahan pula, Skuter ini juga telah diperakui oleh banyak organisasi seperti CE, MSDS dan HOSS.
Spesifikasi:
- Kuasa: 350W
- Kelajuan maksimum: 27km/j
- Jarak maksimum: 15km – 20km
Kelebihan:
✅ Kualiti yang diperakui
✅ Sesuai untuk kebanyakan peringkat umur
✅ Tahan lasak
Harga: RM959.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
3. Foldable E-Scooter

Foldable E-Scooter ini sesuai untuk mereka yang mencari pengangkutan alternatif yang mudah digunakan dan disimpan. Skuter ini dilengkapi dengan ciri boleh dilipat yang membolehkannya disimpan di tempat atau ruangan yang sempit seperti di bawah katil atau di dalam almari anda. Skuter ini boleh didapati dalam 2 warna yang berbeza, iaitu hitam dan putih.
Spesifikasi:
- Kuasa: 120W
- Kelajuan maksimum: 18km/j
- Jarak maksimum: 8km – 12km
Kelebihan:
✅ Boleh dilipat
✅ Penggunaan kuasa yang rendah
✅ Sesuai untuk kegunaan santai
Harga: RM399.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
4. Xiaomi Mijia Mi Electric Scooter Essential

The Xiaomi Mijia Mi Electric Scooter Essential memiliki reka bentuk yang menggabungkan elemen kemodenan dan keanggunan. Skuter ini didatangkan dengan tiga mod tunggangan iaitu mod Eko, mod Standard (D) dan mod Sukan (S). Selain itu, skuter ini juga dilengkapi dengan E-ABS dan brek untuk keselamatan penunggangan yang maksimum.
Spesifikasi:
- Kuasa: 250W
- Kelajuan maksimum: 25km/j
- Jarak maksimum: 20km
Kelebihan:
✅ Mod Eko
✅ Brek
✅ Ringan
Harga: RM1399.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
5. MCFIT Quality Electric Scooter

Skuter elektrik ini diperbuat daripada besi alloy yang padu menjadikannya produk elektrik tahan lasak dan anti-karat. Skuter ini dilengkapi dengan bateri 120W, jadi anda boleh menikmati pemanduan sejauh 12 km dengan kelajuan maksimum 15km/j. Proses pengecasan skuter ini hanya mengambil masa 6 jam sahaja untuk bateri dicas penuh.
Spesifikasi:
- Kuasa: 120W
- Kelajuan maksimum: 15km/h
- Jarak maksimum: 8km – 12km
Kelebihan:
✅ Sistem penyerap hentakan
✅ Mempunyai tempat duduk
Harga: RM469.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
6. Chin Mad E-Scooter

Bagi anda yang sukakan kelajuan, Chin Mad E-Scooter merupakan skuter elektrik terbaik untuk anda. Skuter elektrik ini menampilkan rekaan yang elegan dengan kombinasi warna yang menarik. Skuter ini dilengkapi dengan bateri berkuasa 350W yang boleh memberikan jarak panduan mencecah 30 km dengan kelajuan 35 km/j. Ditambah pula dengan sistem brek yang padu, ia boleh menjamin keselamatan anda sewaktu menggunakannya.
Spesifikasi:
- Kuasa: 350W
- Kelajuan maksimum: 35km/j
- Jarak maksimum: 30km
Kelebihan:
✅ Berkuasa tinggi
✅ Laju
✅ Kalis air
Harga: RM899.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
7. Fiido Q1S Electric Scooter

Fiido Q1S Electric Scooter wajar dijadikan sebagai salah satu skuter untuk dipertimbangkan kerana ia dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan, seperti pancaran lampu hadapan dan saiz tayar yang lebar serta berkualiti tinggi. Skuter ini juga dilengkapi dengan roda 12 inci yang diperbuat daripada aluminium alloy dan mampu menampung beban sehingga 120kg.
Spesifikasi:
- Kuasa: 250W
- Kelajuan maksimum: 25km/j
- Jarak maksimum: 35km
Kelebihan:
✅ Paparan LCD
✅ Brek
Harga: RM2388.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
8. SEALUP Electric Scooter

SEALUP Electric Scooter dilengkapi dengan roda 10 inci beserta bateri litium berkapasiti tinggi 36V. Skuter ini mempunyai brek ‘disk’ pada kedua-dua bahagian tayar hadapan dan belakang untuk keselamatan dan kestabilan maksimum ketika anda menungangnya.
Spesifikasi:
- Kuasa: 150W
- Kelajuan maksimum: 15km/j
- Jarak maksimum: 20km
Kelebihan:
✅ Brek
✅ Anti-immobiliser
Harga: RM1359.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
9. Xtrack Thunder V2 Adults Electric Scooter

Xtrack Thunder V2 Adults Electric Scooter didatangkan dengan brek ‘disk’ berkembar pada tayar hadapan dan belakang untuk keselamatan yang maksimum ketika penunggangan. Skuter ini dilengkapi dengan tempat duduk 2 dalam 1 yang boleh ditanggalkan. Selain itu, skuter elektrik ini juga dilengkapi dengan bateri lithium 48V 21Ah dan motor berkuasa 1600W membolehkan ia dipandu sejauh 70 km. Skuter ini mempunyai 3 mode kelajuan iaitu Eco, Normal dan Turbo yang boleh diselaraskan mengikut kehendak dan keselesaan anda.
Spesifikasi:
- Kuasa: 1600W
- Kelajuan maksimum: 70km/j
- Jarak maksimum: 50km – 70km
Kelebihan:
✅ Kelajuan maksimum
✅ Jarak yang jauh
✅ Berkuasa tinggi
Harga: RM2790.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
10. INOKIM LIGHT 2 Electric Scooter

INOKIM LIGHT 2 Electric Scooter merupakan antara pilihan ramai ekoran rekaan yang boleh menampung berat sehingga 85kg. Selain itu, skuter ini bukan hanya boleh dilipat untuk kemudahan penyimpanan, malah terdapat juga kawalan kunci secara digital menerusi aplikasi yang disediakan bagi memudahkan anda untuk mengunci skuter dari jarak jauh. Anda juga boleh melihat status skuter dengan mudah pada skrin LED yang disediakan.
Spesifikasi:
- Kuasa: 350W
- Kelajuan maksimum: 35km/j
- Jarak maksimum: 25km – 33km
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Boleh dilipat
✅ Bateri LG
Harga: RM2449.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.