Buah durian yang diberi jolokan “Raja Segala Buah” menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat di Nusantara. Malah, ada yang tanpa segan silu mengatakan, “kalau tak makan durian, maka bukan rakyat Malaysia sejati”. Berdasarkan bancian yang dijalankan oleh MARDI pada 2006 mendapati, daripada 1098 responden yang diajukan soalan, 96% daripadanya menggemari durian.
Walau bagaimanapun, buah berduri ini agak mustahil untuk dihantar kepada rakan anda yang berada di luar negara. Namun anda jangan risau, ia tidak menjadi masalah ekoran terdapat banyak snek atau kudapan yang berasaskan durian seperti aiskrim, krim puff, wafel, kek, popcorn, kek bulan dan banyak lagi. Jadi, inilah 9 snek durian terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.
9 Snek Durian Terbaik di Malaysia 2023
1. DEKA Durian Mini Waffle Rolls

Snek ini mempunyai tekstur yang rangup dan mempunyai rasa lemak berkrim menjadikan setiap gigitan anda menarik dan dipenuhi dengan rasa durian yang sebenar. Snek ini didatangkan dengan 2 saiz bungkusan penjualan iaitu 80 g dan 200 g yang boleh anda pilih. Selain itu, ia didatangkan dalam bentuk pembungkusan yang mudah serta dilengkapi dengan ‘ziplock’ membolehkan anda membawanya ke mana sahaja dan menikmatinya pada bila-bila masa.
Bahan: Pati Jagung, Gula, Garam, Minyak Sayuran (Minyak Sawit Ditapis), Serbuk Susu, Maltodekstrin, Serbuk Whey, Serat Gandum, Serbuk Krim Kelapa, Dextrose Anhydrous
Saiz Produk: 80G, 200G
Negara Pengeluar: Indonesia
Harga: RM4.60
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Popcorn Durian

Bila terdengar sahaja nama keropok ini, anda pasti mula terliur terbayangkan rasa jagung dan durian yang manis, bukan? Keropok ini juga merupakan antara yang paling popular dalam kalangan kanak-kanak zaman dahulu. Anda boleh menggamit semula kenangan zaman kanak-kanak dengan hanya melihat bungkusan snek ini. Anda juga boleh mendapatkannya dengan hanya RM0.40 setiap pek penjualan.
Bahan: Jagung, Gula, Garam, Minyak Sayuran (Minyak Sawit Dimurnikan), Susu Tepung, Perisa Durian Yang Dibenarkan, Tartrazine Pewarna (E102).
Saiz Produk: 70G
Negara pengeluar: Malaysia
Harga: RM0.40
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. PMN Durian Cake

PMN Durian Cake ialah kuih tradisional dan klasik yang juga dikenali sebagai “Kek Potong”. Setiap pek penjualan akan mengandungi 10 keping kek. Selain itu, snek ini mempunyai tekstur yang lembut serta ringan yang menjadikannya sesuai untuk dimakan pada waktu minum petang. Tambahan pula, snek ini bukan sahaja didatangkan dalam perisa durian sahaja, malah ia mempunyai 6 perisa lain yang boleh anda cuba.
Bahan: Telur, Gula Putih, Tepung Gandum, Daging Durian, Minyak Sayuran, Bahan Tambahan Makanan, Garam Boleh Dimakan, Perisa
Saiz Produk: 120G
Negara Pengeluar: Malaysia
Harga: RM1.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. De King Durian Popcorn

Snek ini adalah snek durian yang wajib dicuba terutamanya jika anda penggemar durian. Snek ini menawarkan rasa yang unik dan lazat hasil gabungan rasa buah durian dan juga jagung. Selain itu, ia direka dengan bentuk mudah alih dan selamat dibawa ke mana sahaja. Anda boleh dapatkan snek ini dengan harga RM2 untuk satu paket.
Bahan: Jagung, Gula, Beras, Glukosa, Garam, Minyak Sayuran (Minyak Sawit Dimurnikan), Susu Tepung Skim, Durian Asli, Tepung Gandum, Serbuk Tapioca, Tartrazine Pewarna (E102).
Saiz Produk: 60G
Negara Pengeluar: Malaysia
Harga: RM2.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. OO Durian Puff

OO puff durian ini kaya dengan rasa durian asli yang diadun bersama kacang hijau. Teksturnya yang berlemak serta dibalut dengan kulit pastri yang rangup dan rapuh, boleh membuat sesiapa sahaja jatuh cinta dengannya. Snek ini dipasarkan dengan harga serendah RM1.05.
Bahan: Kacang Hijau yang Dikupas, Gula Putih, Tepung Gandum, Daging Durian, Minyak Sayuran Boleh Dimakan, Trehalose, Marjerin, Air Minuman, Sirap Maltose, Bahan Tambahan Makanan, Garam Boleh Dimakan, Perisa
Saiz Produk: 50G
Negara Pengeluar: China
Harga: RM1. 05
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Tan Kim Hock Dodol Durian

Ini satu lagi snek durian yang harus anda cuba. Snek ini agak berbeza dengan snek durian yang lain kerana snek ini didatangkan dalam bentuk segitiga dengan campuran dodol dan durian. Selain itu, snek ini juga didatangkan dengan saiz bungkusan yang kecil membolehkan anda membawanya ke mana sahaja.
Bahan: Gula Melaka, durian, air bunga kelapa, santan dan tepung pulut
Saiz Produk: 180g
Negara Pengeluar: Malaysia
Harga: RM8.70
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Beryl’s Durian Milk Chocolate

Jika anda penggemar coklat dan juga durian, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba Beryl’s durian milk chocolate. Snek ini dipasarkan dengan harga serendah RM5.90 dan setiap pek penjualan akan mengandungi 60g coklat.
Bahan: Gula, Susu Tepung Krim Penuh, Jisim Koko, Mentega Koko, Lemak Sayuran (Minyak Sawit, Minyak Bunga Matahari), Tepung Susu Skim, Serbuk Whey, Serbuk Durian (Bekukan Durian Kering), Pengemulsi (Soya Lecithin E322), Perisa, Vanila .
Saiz Produk: 60g
Negara Pengeluar: Malaysia
Harga: RM5.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Utterly Durian Ice Cream

Bagi peminat durian, pasti impian terbesar dalam hidup anda adalah untuk makan durian setiap hari. Tapi, siapalah yang mampu berhabis ratusan ringgit setiap hari demi durian? Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba Utterly durian ice cream ini. Hal ini kerana aiskrim ini diperbuat daripada 100% isi durian sebenar.
Bahan: D24 Durian, Bahan Premium Asli
Saiz Produk: 400ml
Negara Pengeluar: Malaysia
Harga: RM27.93
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Kerepek Durian Monthong

Kerepek Durian Monthong merupakan snek yang diperbuat daripada buah durian Mongthong sebenar yang dikeringkan. Walaupun ia sudah dikeringkan dan diproses, namun khasiat buah durian sebenar masih boleh diperolehi, ekoran proses yang dilakukan adalah secara semula jadi dan tidak akan menghilangkan ciri asli buah tersebut.
Bahan: 100% Durian Monthong
Saiz Produk: 200g
Negara Pengeluar: Thailand
Harga: RM45.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Ini adalah beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli snek durian.
1. Bahan
Produk yang berkualiti haruslah diperbuat daripada ramuan yang terbaik dan tidak mengandungi sebarang GMO, pengawet dan bahan kimia lain.
2. Tarikh luput
Tarikh luput adalah bahagian paling penting bagi setiap bungkusan makanan. Anda harus mengambil kira mengenai tarikh luput setiap produk makanan bagi mengelakkan anda membeli produk makanan yang sudah tidak elok.
Musim durian hampir tiba dan banyak restoran dan jenama komersial mengambil kesempatan untuk membuat pelbagai produk yang lazat dan unik menggunakan rasa durian. Namun sebelum anda membuat pembelian anda perlulah mempertimbangkan aspek bahan dan tarikh luput bagi mengelakkan anda membeli produk yang tidak berkualiti.
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.