10 Snek Garam Laut Terbaik Di Malaysia 2025

Snek berperisa garam laut sangat sesuai untuk digandingkan dengan minuman kegemaran anda seperti minuman soda atau jus buah-buahan. Hal ini kerana minuman sejuk akan sentiasa sesuai dengan makanan rasa masin.

Pilihlah snek berperisa garam laut untuk memenuhi keinginan anda. Nikmati snek garam laut anda di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Percayalah, ia akan menjadikan masa snek anda ceria dan menyeronokkan. Pilihlah snek berperisa garam laut anda daripada senarai di bawah.

Di manakah saya boleh mendapatkan snek berperisa garam laut?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan snek berperisa garam laut di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan snek berperisa garam laut, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, snek berperisa garam laut seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih pes asam laksa?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli snek berperisa garam laut ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis snek berperisa garam laut yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Snek Garam Laut Terbaik di Malaysia 2025

1. Beanfields Sea Salt Bean Chips 

Beanfields Sea Salt Bean Chips
Kredit Gambar: Amazon

Snek ini menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang masin dan manis dalam waktu yang sama, mencetuskan rasa yang unik dan sukar untuk dilupakan. Nikmatilah snek ini bersama keluarga dan rakan-rakan anda pada waktu santai. Anda pasti asyik mengunyah dengan snek lazat ini.

Bahan-bahan: Kacang hitam, kacang navy, beras perang, minyak safflower atau bunga matahari, dan garam laut.

Saiz: 156 g

Harga: RM14.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Laverland Crispy Crunch Seaweed Korea Snack Sea Salt

Laverland Crispy Crunch Seaweed Korea Snack Sea Salt
Kredit Gambar: Shopee

Rumpai laut adalah snek yang sangat baik untuk dimiliki, terutamanya jika anda sedang mencari alternatif snek yang lebih sihat. Penuhi keperluan snek anda dengan Snek Rumpai Laut Garam Laut Manjun Laverland Crunch! Snek rumpai laut masin ini sesuai diambil bersama bir, sashimi dan ikan bakar. Ia mengandungi 9 pek untuk dinikmati dan merupakan produk dari Korea Selatan.

Bahan-bahan: Rumpai Laut, Minyak Jagung, Minyak Bijan, Garam Laut

Saiz: 4.5 g x 9 (40.5 g)

Harga: RM15.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Eat Real Lentil Chips Sea Salt

Eat Real Lentil Chips Sea Salt
Kredit Gambar: Eat Real Snacks

Mudah dan lazat. Kerepek lentil yang rangup ini mempunyai sentuhan tambahan garam laut yang baru dikisar. Sempurna jika dicicah bersama sos kegemaran atau dimakan befgitu sahaja. Kerepek lentil Eat Real diperbuat daripada tepung lentil utuh yang mempunyai 40% kurang lemak daripada kerepek kentang biasa, menjadikannya snek pengganti yang sihat

Bahan-bahan: 40% Tepung Lentil, Pati Kentang, Pati Jagung, Minyak Biji Serai dan Garam Laut.

Saiz: 113 g

Harga: RM10.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Simple Mills Almond Flour Crackers (Fine Ground Sea Salt)

Simple Mills Almond Flour Crackers Fine Ground Sea Salt
Kredit Gambar: Simple Mills

Keropok Fine Ground Sea Salt yang lazat ini boleh dijadikan snek sewaktu anda dalam perjalanan ke destinasi anda. Rasanya yang lazat dan enak mungkin mnejadikannya sebagai salah satu snek kegemaran anda. Dengan paket yang kecil, anda boleh menikmatinya di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

Bahan-bahan: Campuran tepung kacang dan biji (badam, biji bunga matahari, biji rami), kanji ubi kayu, tepung ubi kayu, minyak bunga matahari organik, garam laut, bawang organik, bawang putih organik dan ekstrak rosemary.

Saiz: 120 g

Harga: RM40.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Simply 7 Kale Chips Sea Salt

Simply Kale Chips Sea Salt
Kredit Gambar: Simply 7 Snacks

Simply7 Kale Chips Sea Salt sesuai untuk dipadankan dengan sos kegemaran anda. Snek ini mempunyai hampir 80% Vitamin K untuk harian anda. Selain itu, ia rangup dan lazat. Simply7 Kale Chips Sea Salt akan menjadikan masa snek waktu kegemaran anda sepanjang hari.

Bahan-bahan: Kale, Pati Kentang, Tepung Kentang, Minyak Safflower, Garam Kalium Klorida, dan Garam Laut.

Saiz: 99 g

Harga: RM14.95

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Japan Sea Salt Hokkaido Milk Biscuits

Japan Sea Salt Hokkaido Milk Biscuits
Kredit Gambar: Lazada

Biskut ini mempunyai rasa yang rangup, sedikit manis dan tekstur yang sangat rangup. Ia mudah dikunyah dan boleh membuatkan anda ketagih. Rasa dan kualiti biskut yang tidak berubah ini mengingatkan kita kepada asal usul okashi. Jika anda tidak pernah mencuba okashi, inilah masanya.

Bahan-bahan: Tepung gandum, minyak sayuran, gula putih, garam, wort, susu tepung, mentega, dll

Saiz: 100 g

Harga: RM1.97

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Natural Chip Co. Potato Chips – Sea Salt

Natural Chip Co. Potato Chips Sea Salt
Kredit Gambar: tesco

Di The Natural Chip Co. kami berminat untuk mencipta kerepek yang lebih istimewa, jadi falsafah kami adalah mudah; kami sama sekali tidak menggunakan apa-apa bahan tiruan. Jadi, snek ini tiada pewarna tiruan, perasa atau pengawet tambahan, yang ada hanya kentang berkualiti tinggi dan bahan-bahan sebenar untuk membuat kerepek rasa yang sedap. Apabila bercakap tentang snek dan berhibur, pilihan yang sihat mungkin sukar diperoleh. Kerepek Garam Laut kami adalah 100% Semula jadi, Bebas Gluten, mesra Vegan dan buatan Australia. Paling penting, rasanya sedap!

Bahan-bahan: Minyak sayuran, garam laut, dan kentang.

Saiz: 175 g

Harga: RM12.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Snek Ku Grain5 Whole Grain Snack – Sea Salt Flavour

Snek Ku Grain Whole Grain Snack Sea Salt Flavour
Kredit Gambar: Shopee

Anda bertanya, kami mendengar! Berita menggembirakan daripada SNEK KU, kami baru sahaja mengeluarkan siri baharu Grain5 iaitu 【Grain5 Whole Grain】. Ia benar-benar sedap dan sihat untuk dinikmati bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Cubalah dan anda tidak akan menyesal!

Bahan-bahan: 25% daripada Gandum, Beras Perang, Beras Merah), Olein Sawit, Jagung, Tepung Gandum, Oat, Tepung Soya, Gula, Serat Gandum, Perasa Garam Laut, dan Garam.

Saiz: 50 g

Harga: RM1.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Kettle Chips Sea Salt (Lightly Salted)

Kettle Chips Sea Salt Lightly Salted
Kredit Gambar: Shopee

Hanya tiga bahan dalam cip klasik ini, iaitu kentang, minyak dan garam laut. Bukankah ia sederhana? Ketulenan sebiji ubi kentang ini dihiris nipis dan dimasak untuk kesempurnaan yang keemasan. Kemudian, ia diperisakan dengan garam laut segar bagi memberikan rasa dan kerangupan yang tidak dapat dinafikan.

Bahan-bahan: Kentang, Safflower dan/atau bunga matahari dan/atau Minyak Canola, Garam Laut.

Saiz: 141 g

Harga: RM14.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Red Rock Deli Potato Chips Sea Salt

Red Rock Deli Potato Chips Sea Salt
Kredit Gambar: Shopee

Dipotong kasar dan dimasak perlahan dalam 100% minyak bunga matahari, snek ini kemudiannya diperisakan dengan bahan semula jadi untuk rasa yang benar-benar unik! Kerepek Kentang Garam Laut Red Rock Deli diperisakan dengan garam laut untuk menaikkan rasa kentang yang baru dimasak. Snek ini menggunakan perisa dan warna semula jadi, tanpa bahan MSG.

Bahan-bahan: Kentang, Minyak Bunga Matahari, dan Garam.

Saiz: 165 g

Harga: RM14.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close