10 Snek Kacang Merah Terbaik Di Malaysia 2025

Kacang merah adalah sumber zat besi yang baik, yang juga mengandungi sumber protein dan serat rendah lemak yang baik untuk kesihatan kita. Kacang merah adalah pemanis semula jadi, yang boleh anda temui dalam makanan ringan seperti aiskrim, bun Cina, mochi, roti, dan sebagainya.

Jika anda sukakan rasa manis semula jadi, anda mungkin juga menyukai snek berperisa kacang merah. Dalam artikel ini, kami bertungkus-lumus menyediakan senarai snek kacang merah terbaik untuk anda.Lihat senarai, cari snek kacang merah kegemaran anda dan nikmati bersama keluarga anda di mana-mana atau bila-bila masa sahaja.

Di manakah saya boleh mendapatkan snek kacang merah?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan snek kacang merah di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan snek kacang merah, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, snek kacang merah seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih snek kacang merah?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli snek kacang merah ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis snek kacang merah yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Snek Kacang Merah Terbaik di Malaysia 2025

1. Edibee Mochi Red Bean Taiwanese Snack

Edibee Mochi Red Bean Taiwanese Snack
Kredit Gambar: Shopee

Mochi kacang merah Edibee adalah salah satu snek Taiwan yang boleh anda nikmati walaupun anda berada di Malaysia. Jika anda suka mochi, ini adalah snek kacang merah manis dan mochi bersaiz gigitan yang lembut untuk anda. Anda boleh nikmati snek ini apabila anda berasa bosan atau semasa dalam perjalanan ke destinasi anda. Anda boleh mengunyahnya dengan ceria kerana rasanya yang sedap, terutama apabila anda meletaknya di dalam peti sejuk.

Bahan-bahan: Maltose, Pes Kacang Merah (Kacang Merah, Maltosa, Minyak Kacang Soya, Perisa Tiruan), Serbuk Pulut, Air, Serbuk Kentang, Pengawet, Ester Asid Lemak Gliserin, Gula Xanthan, Pewarna Makanan.

Saiz: 200 g

Harga: RM12.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. PAN PAN Dorayaki (Red bean)

PAN PAN Dorayaki Red bean
Kredit Gambar: ChinaGlobalMall

PAN PAN kacang merah Dorayaki ialah snek isi kacang merah dalam pakej individu. Dengan gabungan inti manis dan roti yang lembut, anda mungkin mengidamnya selepas gigitan pertama. Ia sesuai untuk dinikmati sebagai snek kunyahan tatkala anda dalam perjalanan ke destinasi anda mahupun snek selepas makan malam. Ia mempunyai jangka hayat selama 6 bulan. Lebih baik memakannya selepas membuka pek tersebut atau menyimpannya dalam bekas kedap udara.

Bahan-bahan: Tepung gandum, gula putih, telur, dsb.

Saiz: 12 g

Harga: RM0.88

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Polar Ice Cream 30 pcs Red Bean Flavour

Polar Ice Cream pcs Red Bean Flavour
Kredit Gambar: Polar Ice Cream

Anda tidak boleh ketinggalan aiskrim perisa kacang merah ini jika anda menyukai kacang merah. Aiskrim ini dibuat menggunakan kacang merah lite sebagai bahan mentah. Snek ini merupakan snek yang sihat dan lazat untuk dimakan. Anda boleh menikmatinya bila-bila masa sahaja. Nikmatilah aiskrim ini untuk menghilangkan panas dan dahaga anda.

Bahan-bahan: Air, Santan, Gula, Kacang Merah, Sirap Glukosa, Susu Tepung, Kanji Jagung, Pes Kacang Merah, Serbuk Kelapa, Gula Perang, Lemak Sayuran, Garam, Mengandungi Penstabil & Pengemulsi yang dibenarkan, Perisa dan Pewarna yang dibenarkan.

Saiz: 58 ml x 30 batang

Harga: RM36.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. WEIZIYUAN Red Bean Barley Biscuits | Red Bean Barley Biscuits Oatmeal Biscuits

WEIZIYUAN Red Bean Barley Biscuits Red Bean Barley Biscuits Oatmeal Biscuits
Kredit Gambar: Shopee

Biskut barli kacang merah WEIZIYUAN dibuat dengan bahan semula jadi yang sihat tanpa gula. Ia boleh dinikmati walaupun anda sedang menurunkan berat badan anda. Ia adalah snek sihat yang boleh anda makan pada bila-bila masa kerana ia dibungkus secara individu. Ia sesuai untuk dinikmati dengan secawan susu atau kopi.

Bahan-bahan: Tepung gandum, minyak kelapa sawit, kacang merah, oat, tepung barli, tepung kacang hitam, serbuk cendawan Hieracium, dedak gandum, kacang tanah hancur, bijan, dsb.

Saiz: 480 g

Harga: RM13.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. SHIN • KOREA HAITAI CALBEE YEON YANG KAENG Red Bean Jelly Bar 

SHIN • KOREA HAITAI CALBEE YEON YANG KAENG Red Bean Jelly Bar
Kredit Gambar: Shopee

SHIN KOREA HAITAI CALBEE stick ialah bar jeli berperisa kacang merah buatan Korea Selatan. Ia akan menjadi lebih enak jika anda memotongnya menjadi kepingan kecil. Anda juga boleh menikmatinya dengan menambah susu untuk menjadikan tekstur jeli ini lebih lembut.

Bahan-bahan: Sedimen kacang merah, gula perang, sirap kanji, glukosa, agar-agar dan taurin.

Saiz: 50 g

Harga: RM4.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. HOCK LOK SIEW Mini Moon Biscuit (Red Bean Filling)

HOCK LOK SIEW Mini Moon Biscuit Red Bean Filling
Kredit Gambar: Shopee

Biskut bulan mini HOCK LOK SIEW adalah makanan ringan Pulau Pinang yang patut anda cuba. Ia mempunyai 10 keping biskut dalam satu pek. Untuk rasa yang lebih sedap, anda disarankan untuk menyimpannya di tempat yang sejuk dan kering. Isi biskut kacang merah ini sedap dan pasti membuat anda ketagih tatkala anda merasainya pada pertama kali.

Bahan-bahan: Gula, minyak sayuran dan tepung (isi kacang merah).

Saiz: 100 g (10 keping)

Harga: RM10.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. NANO RACCOO Vegetarian Penang Red Bean Tambun Pneah

NANO RACCOO Vegetarian Penang Red Bean Tambun Pneah
Kredit Gambar: Shopee

NANO RACCOO kacang merah Tambun Pneah adalah makanan ringan yang dibuat daripada semua bahan semula jadi tanpa menambah sebarang pewarna, perasa dan pengawet. Ia adalah biskut yang membuatkan anda berjaya merasai semula rasa tradisional yang kuat pada zaman dahulu.

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Gula, Pes Kacang Merah dan 100% Minyak Sayur-sayuran.

Saiz: 350 g (16 keping)

Harga: RM11.07

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. YONG SHENG Special Bean Cake (Red Bean)

YONG SHENG Special Bean Cake Red Bean
Kredit Gambar: Lazada

Kuih kacang YONG SHENG ialah kuih kacang tradisional yang diperbuat daripada bahan semula jadi. Kek kacang yang diisi dengan inti kacang merah adalah snek ideal yang boleh anda miliki untuk minum petang. Ia sempurna dan lazat jika anda menggandingkannya dengan secawan teh.

Bahan-bahan: Tepung gandum, pes kacang merah, minyak sayuran, bijan, maltosa, gula, bawang dan telur.

Saiz: 180 g (6 keping) 

Harga: RM4.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. PMN ZUHARA Kuih Potong Red Bean Cakes

PMN ZUHARA Kuih Potong Red Bean Cakes
Kredit Gambar: Shopee

PMN ZUHARA Kuih Potong Kacang Merah dibuat di Indonesia dengan 10 biji kek di dalam satu pek. Kek licin lembut dengan kacang merah manis ini adalah gabungan sempurna yang mampu memenuhi keinginan manis anda dan membawa kebahagiaan kepada anda.

Bahan-bahan: Tepung gandum, gula, kacang merah, minyak sayuran (minyak sawit), ekstrak malt,  garam, agen penaik (serbuk penaik), karamel dan perasa yang dibenarkan.

Saiz: 120 g

Harga: RM1.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. ifresh- Gardenia Fluffy Buns Adzuki Red Beans 6 Buns 

ifresh Gardenia Fluffy Buns Adzuki Red Beans Buns
Kredit Gambar: Shopee

Roti kacang merah Gardenia ialah jenama roti terbesar di Malaysia yang mengandungi inti kacang merah keseluruhan. Ia adalah roti yang diperakui halal. Roti ini lembut dan lazat. Ia boleh dicuba oleh semua orang. Roti ini merupakan sarapan yang ideal yang boleh anda nikmati dengan secawan kopi atau jus.

Bahan-bahan: Tepung Gandum (Tidak Dilunturkan), Air ditapis, Kacang Merah, Lemak Sayuran (Berasaskan Minyak Sawit Tidak Terhidrogenasi), Kacang Adzuki, Gula, Ragi, Protein Gandum, Serbuk Kentang, Telur, Serbuk Krim Kelapa, Susu, Perapi Doh ( berasaskan Minyak Sawit), Garam, Garam Kalsium, Pes Bijan, Kalsium Propionate, Bijan Putih, Kanji (Ubi Kayu & Jagung), Khasiat Yis, Potassium Sorbate, Vitamin C, Beta Karotena (Berasaskan Kelapa Sawit).

Saiz: 280 g

Harga: RM3.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Bagi mereka yang sukakan rasa manis, anda tidak boleh melepaskan snek berperisa kacang merah ini. Jika anda hendak tahu, kacang merah adalah sumber protein dan serat yang hebat, dan juga zat besi serta kalium. Walaupun anda tidak boleh makan kacang merah sebenar kerana tekstur atau rasanya yang janggal, anda boleh mencuba snek berperisa kacang merah ini.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close