Pernahkah anda mencuba makanan ringan atau snek Thai sebelum ini? Jika belum, anda patut mencubanya! Terdapat pelbagai jenis makanan ringan atau snek Thai di Malaysia dan ia mendapat sambutan ramai. Anda boleh menjumpai makanan ringan atau snek Thai di pasar raya, kedai runcit atau kedai serbaneka di seluruh negara dengan harga berpatutan.
Seperti yang kita tahu, rasa makanan Thai sering kali melibatkan rasa melibatkan pedas, masam-manis, dan juga berkuah seperti Tom Yam. Oleh sebab itu, masyarakat di Malaysia sudah lama biasa dengan makanan Thai kerana rasanya yang lebih kurang sama dengan masakan Malaysia. Di Malaysia, makanan ringan atau snek Thai boleh menjadi pesaing kepada makanan ringan atau snek daripada Korea Selatan dan Jepun. Selain mempunyai rasanya yang tersendiri dan sedap, ia juga dikenali oleh masyarakat tempatan di sini. Berikut adalah 8 snek Thai yang enak untuk anda cuba di Malaysia.
Bagaimanakah Memilih Makanan Ringan Atau Snek Thai Yang Lazat?
Terdapat banyak jenis dan jenama makanan ringan Thai di pasaran. Anda boleh menjadi keliru untuk memilih yang mana yang sesuai dengan selera anda. Berikut ialah tip untuk memudahkan pencarian anda:
- Jenis
Anda perlu mencari jenis snek Thai yang anda gemari sama ada ia berbentuk kerepek, keropok atau bebola yang lazat. Mengetahui jenis snek yang ingin dimakan dapat menjimatkan masa anda ketika membuat pemilihan. - Perisa
Anda harus mengetahui perisa snek yang ingin anda makan sama ada rasanya kuat dengan rumpai laut, pedas ataupun masam manis. Jika anda mahu mencuba snek yang baru, anda perlu membaca ulasan dan mengetahui tentang perisa yang ditawarkan. - Berpatutan
Harga snek Thai biasanya lebih murah jika dibandingkan dengan harga snek Korea Selatan dan Jepun. Namun, ini tidak bermakna snek Thai tidak lazat. Kebanyakan pembeli suka membeli snek Thai kerana harganya yang berpatutan dan kuantitinya yang banyak.
8 Snek Ringan Thai Terbaik di Malaysia 2025
1. Thailand Snack Lay’s Lay Lays Potato Chips

Thailand Snack Lay’s Lay Lays Potato Chip adalah salah satu makanan ringan yang terkenal di dunia. Ia mempunyai pelbagai jenis perisa, termasuklah beberapa perisa campuran. Setiap perisa adalah lazat dan benar-benar sesuai untuk semua pembeli yang mempunyai pelbagai cita rasa! Teksturnya yang rangup dan kaya dengan pelbagai rasa menjadikan anda akan berulang kali memakan snek ini.
Bahan-bahan: Kentang, rice bran oil, and garam iodized
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 43 g – 55 g
Harga: RM 2.75 – RM 4.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Cornae Corn Snacks 68g Thai Snack

Snek Jagung Cornae diperbuat daripada jenis jagung yang berkualiti. Ia rangup, manis dan telah menjadi salah satu makanan ringan kegemaran ramai. Selain itu, ia tidak mengandungi bahan pengawet. Anda boleh menikmati snek ini bersama keluarga dan rakan-rakan anda.
Bahan-bahan: Pati Jagung (61%), Minyak Sawit (6.0%), Perasa (Mengandungi Gandum (Gluten), Soya, Susu Lembu), Gula, Garam.
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 68 g
Harga: RM 6.09 – RM 6.10
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Carada Rice Ball Thailand Halal Snack Keropok Kerepek

Caerada Rice Ball mempunyai tiga perisa, iaitu sotong, rumpai laut nori dan cheesy. Semua sedap dengan rasanya yang tersendiri! Perisa sotong memberikan anda rasa asli sotong yang ranggup dan pedas sedikit. Seterusnya, perisa rumpai laut nori memberikan anda rasa yang kuat manakala perisa cheesy pula sedap dan kaya dengan keju.
Bahan-bahan: Beras, jagung, gula, sotong, cili, rempah ratus, garam, dan msg (Asal) Jagung, Perasa Rumpai Laut Nori, Beras, Minyak Sawit, Garam, Penambah Perisa (Rumput Laut Nori) Jagung, keju, minyak sayuran, beras, dan perasa asli (Keju)
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: Original (68 g – 90 g), Nori Seaweed (64 g – 90 g), Cheese (60 g – 90 g)
Harga: RM 2.99 – RM 7.15
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Thai Homemade Crispy Fresh Pork Rinds

Thai Homemade Crispy Fresh Pork Rinds ini sangat rangup dan sedap. Selain itu, ia dimasak dengan minyak baru dan tidak mempunyai bau minyak yang ketara. Snek ini amat digemari oleh pembeli non-muslim memandangkan ia berasaskan babi.
Bahan-bahan: Kulit Babi
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 80 g
Harga: RM 6.00 – RM 7.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Anchovies Thailand Tomyum flavor 500g

Ikan bilis Thailand perisa Tomyum merupakan produk halal yang boleh dinikmati oleh Muslim. Selain itu, anda akan obses dengan tekstur ikan bilisnya yang sangat rangup dan pedas manis. Snek ini sesuai untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan anda.
Bahan-bahan: Ikan bilis segar
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 500 g, 1 g, 250 g
Harga: RM 18.88 – RM 47.52
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Thailand Bento Squid Seafood Snack Namprik Thai/ Hot Spicy/ Sweet Spicy / Spicy Seafood 20g

Thailand Bento Squid Seafood Snack Namprik Thai ini rasanya pedas dan manis, sesuai untuk mereka yang menggemari snek pedas. Rasa makanan lautnya sedap dan mengandungi protein daripada sotong dan Surimi. Selain itu, anda juga boleh mencuba perisa lain seperti Sweet & Spicy, Hot & Spicy, Nam Prik Thai Original, Spicy Larb, Extreme Spicy, dan Spicy Sotong.
Bahan-bahan: Sotong 45%, surimi 40%, tepung gandum 5%, pati ubi kayu 4%, Herba, Rempah dan Perencah 3.5%, gula 2%, garam 0.5%.
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 20 g, 5 g (12+1)
Harga: RM 3.10 – RM 10.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Thailand Vfoods Tin Biscuits

Thailand Vfoods Tin Biscuits merupakan produk halal dan boleh dimakan oleh Muslim. Rasa snek ini sedap dan mengandungi pelbagai jenis perisa seperti Coklat, Vanila, Ayam, dan banyak lagi. Anda boleh memilih perisa mana yang anda suka dan nikmatinya bersama keluarga.
Bahan-bahan: Biskut, Coklat, Vanila, Ayam, Asli, Garam, Durian, Kopi, Nanas, Ketam, Oren, Kelapa
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 430 g, 320 g
Harga: RM 11.87 – RM 14.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. GLICO (Thai) Choco Banana Pocky & Mango Pocky

GLICO (Thai) Choco Banana dan Mango Pocky digemari ramai terutama kanak-kanak dan remaja. Kedua-dua perisa ini lazat dan mempunyai tekstur yang rangup. Snek ini disalut dengan krim Pisang Choco dan Mangga. Selain itu, anda boleh membawanya ke mana-mana sahaja dengan saiznya yang ringan. Nikmatilah snek ini bersama rakan-rakan anda!
Bahan-bahan: Tepung Gandum (36%), Gula (21%), Minyak Sawit (18%), Laktosa (10%), Susu Tepung (10%), Shortening (2%), Serbuk Mangga (1%), Pengemulsi (INS 322). (I), INS471), Ejen Penaik (INS 500 (ii)), Pengatur Keasidan (INS 524), Ejen Rawatan Tepung: (INS 1101 (ii)), Warna (INS 160a (i)) Dibuat di kilang yang juga mengendalikan Kacang Soya, Telur, Barli, Rai, Kacang Tanah dan Oat
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 25 g
Harga: RM 2.88 – RM 3.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.