Ubi keledek adalah sayuran yang mengandungi vitamin, antioksidan, serat, dan mineral. Ubi keledek berwarna berbeza seperti oren dan ungu, manakal saiznya pula pelbagai. Ubi keledek ini mempunyai banyak manfaat kesihatan yang diperlukan oleh badan anda. Justeru, ia mudah didapati di pasaran sama ada dalam bentuk snek mahupun mentah, untuk dinikmati oleh anda sekeluarga.
Ubi keledek adalah makanan yang sihat dan rendah kalori. Ubi Keledek boleh dihidangkan dalam pelbagai cara seperti direbus, digoreng, dan kini ia juga mempunyai snek berperisa ubi keledek. Jika anda suka ubi keledek, anda pasti tidak boleh ketinggalan senarai snek ini. Anda patut mencuba kerepek berperisa ubi. Kami bertungkus-lumus menyediakan senarai snek ubi keledek terbaik untuk anda pilih dan nikmati dengan gembira. Pilihlah snek kegemaran anda daripada senarai dibawah.
Di manakah saya boleh mendapatkan snek ubi keledek?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan snek ubi keledek di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan snek ubi keledek, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, snek ubi keledek seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih snek ubi keledek?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli snek ubi keledek ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis snek ubi keledek yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Snek Ubi Keledek Terbaik di Malaysia 2026
1. DJ&A Purple Sweet Potato Crisps

Rangkaian Garden Basket ialah rangkaian sayur-sayuran dan buah-buahan yang dipilih dengan teliti untuk snek yang menyihatkan. Snek ini ialah koleksi hirisan ubi keledek yang rangup dan lazat yang terbaik untuk dicuba bersama keluarga. Apa kata anda cuba snek ini hari ini?
Bahan-bahan: 73% ubi keledek ungu, minyak sayuran, maltosa, garam laut, ekstrak yis, rempah ratus, dan rasa semula jadi.
Saiz: 50 g
Harga: RM8.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Yummy House Dried Sweet Potato

Yummy House Dried Sweet Potato dibuat daripada ubi keledek. Ia adalah snek sedia untuk dimakan yang boleh anda nikmati apabila anda ingin mengunyah sesuatu selain daripada gula-gula getah. Jika anda seorang pencinta ubi, anda juga akan menyukai snek ini, kerana rasanya seperti ubi keledek sebenar. Ia adalah makanan ringan yang sihat yang boleh anda pertimbangkan untuk diambil pada waktu santai anda.
Bahan-bahan: 93% ubi keledek, gula, garam, pemekat E407, pengatur keasidan E330, dan Pengawet E210.
Saiz: 260 g
Harga: RM5.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Mister Potato Crisps Sweet Potato

Mister Potato Sweet Corn Flavor Potato Crisp adalah kesempurnaan emas. Hanya kentang segar yang diimport dari ladang di seluruh dunia digunakan untuk membuat snek ini. Gigitlah kerepek ini dan rasailah kerepek yang paling sedap di dunia ini! Anda pasti tidak menyesal kerana mencubanya!
Bahan-bahan: Serbuk Ubi Manis Ungu, Olein Dehidrasi [Mengandungi Serpihan Kentang yang Dibenarkan, Antioksidan (E320)], Kanji Tapioka, Perisa Manis (Gula, Merah Bit (E162), Garam, Penambah Perisa (E621) Ejen Anticaking (E551).
Saiz: 130 g
Harga: RM4.60
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Korea Ibobomi Organic Pop Rice Snack – Purple Sweet Potato

Dibuat di Korea Selatan, Snek Beras Organik ini adalah snek yang sempurna untuk si kecil yang baru mula makan makanan pepejal. Produk ini dibuat hanya menggunakan bahan organik yang diperolehi dari Korea Selatan. Snek ini juga sesuai untuk semua lapisan umur. Jika anda menggemari snek ubi keledek, maka snek ini adalah jawapannya. Cubalah!
Bahan-bahan: Beras organik, epal organik sebenar, serbuk keledek ungu organik dan serbuk bayam organik.
Saiz: 30 g
Harga: RM18.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. ALL WIN2 Potato Crisp (Sweet Potato)

Jika anda menyukai snek ubi keledek, maka snek ini adalah jawapannya. Anda boleh mencuba snek enak ini bersama rakan-rakan tidak kira di mana sahaja anda berada. Rasai kerangupan dan rasa autentiknya yang pasti memikat hati anda.
Bahan-bahan: Tepung Gandum, Minyak Kelapa Sawit, Gula, Kentang Segar, Serbuk Ubi Ubi Ungu, Sirap Maltose, Garam, Agen Penaik ( Sodium Bikarbonat E500 ), Ammonium bikarbonat E503, Perisa keledek ungu, penambah rasa ( Monosodium Glutamat E621 ), Asid Sodium pirofosfat E450, protease, asid sitrik E330.
Saiz: 100 g
Harga: RM2.10
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. GBT Oat Germ Purple Sweet Potato Cookies

Oat Germ Purple Sweet Potato Cookies ialah makanan kesihatan pemakanan yang komprehensif, yang dibakar dengan bahan semula jadi seperti serbuk ubi keledek dan serbuk oat. Selain khasiat ubi keledek biasa, ia juga mengandungi polisakarida dan flavonoid. Ia juga mempunyai fungsi tertentu untuk mencegah hipertensi, mengurangkan ketidakfungsian hati dan melawan kanser. Keledek ini kaya dengan antosianin dan sering dipanggil “makanan ungu”.
Bahan-bahan: Serbuk Keledek, Kismis Hitam, Oat Hitam, Serbuk Kuman Oat, Tepung Gandum, Pati Jagung, Gula Tebu Mentah, Garam Batu Kristal Himalaya, Minyak Kelapa Sawit, dan Air Penapis.
Saiz: 180 g
Harga: RM9.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Yummy House Sweet Potato Biscuits

Kalau anda sukakan ubi keledek, maka snek ini adalah untuk anda. Rasailah perisa snek ini yang manis dan lazat untuk anda nikmati sewaktu cuti santai anda. Ajak kawan-kawan untuk merasai snek ini sambil lepak bersama.
Bahan-bahan: Tepung Gandum, Minyak Sawit Boleh Dimakan, Gula Putih, Ubi Ubi Ungu, Garam, Agen Penaik (E503ii, E500ii, E341ii), Perisa (Perisa Ubi Manis), dan Antioksidan (E223).
Saiz: 30 g x 10
Harga: RM9.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Korea Nongshim Sweet Potato Snack

Snek Kentang Manis Nongshim ialah snek manis dan berperisa yang dibuat dengan menaburkan oligosakarida dan bijan pada ubi keledek. Rasanya yang manis dan unik pasti akan memikat hati anda. Luangkan masa bersama keluarga dan rakan sambil merasai snek kegemaran ramai ini.
Bahan-bahan: Tepung gandum, keledek putih, gula, minyak dedak padi, kanji jagung, minyak kelapa sawit, fructooligosakarida, serbuk labu, garam, bijan hitam dan ekstrak yis.
Saiz: 55 g
Harga: RM4.70
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Apple Monkey Organic Rice Cracker Sweet Potato

Apple Monkey Rice Cracker ialah snek sihat untuk anak-anak anda yang mengandungi sayur-sayuran sebagai ramuan. Keropok nasi organik ini sesuai untuk snek di waktu lapang. Ia datang dalam bentuk bujur yang memudahkan anda memegangnya. Ia juga sesuai buat bayi yang baru sahaja mula memakan makanan pejal.
Bahan-bahan: Beras Melati Organik, Pati Tapioka Organik, Gula Organik, Ubi Keledek, dan Tokoferol (soya).
Saiz: 30 g
Harga: RM13.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Want Want Sweet Potato Senbei Rice Crackers

Ini adalah keropok nasi yang dibuat dengan menggunakan ubi keledek. Selain itu, ia juga mempunyai rasa keju jagung yang lazat. Percayalah, sekali anda cuba, pasti anda akan ketagih dengannya. Produk ini merupakan snek keluaran negara China.
Bahan-bahan: Beras (59%), Minyak Sawit(mengandungi Antioksidan 319), Gula, Perasa Keju Jagung (5%){Gula, Serbuk Keju[Keju Cheddar, Pati Ubi Kayu, Ekstrak Yis, Minyak Sawit, Maltodextrin, Serbuk Whey, Pengatur Keasidan (331,270), emulsifier(471), Perisa, Penstabil(339), Enzim, Warna (160B, 110,102)], Garam, Serbuk Susu Penuh, Perisa Ayam[Ayam, Serbuk Protein Vegetbale Terhidrolisis Kompaun(Protein Jagung Terhidrolisis, Cecair Penambah Perisa(Disodium 5′-Ribonucleotide/635,L-alinine), Glukosa(jagung), Pengemulsi(Lesitin Kacang Soya/322, Pati Jagung Ubahsuai/1450), Penambah Perisa (Disodium 5′-Ribonucelotides/635), Perisa, Palma Minyak, Minyak Kelapa, Telur, Antioksidan(319)], Agen Anticaking(551), Penambah Favour(Monosodium Glutamat/621), Sweetenre(951)}, Serbuk Ubi Keledek Ungu (4.5%), Penambah Perisa(Monosodium Glutamat/621 , Disodium 5/-guanylate/627, Disodium 5′-Inosinate/631), Garam.
Saiz: 56 g x 10 (sachet)
Harga: RM4.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.