Solat Sunat Witir, Hadiah daripada Allah s.w.t

Kadang-kala, kita selalu beranggapan bahawa solat sunat witir itu hanya dilakukan pada bulan Ramadan sebagai penutup ibadah kita sehari-hari. Tetapi sebenarnya tidak. Solat sunat witir boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas anda selesai mengerjakan solat Isyak sehingga terbit fajar sadiq.

Amalan mengerjakan solat sunat witir ini amat digalakkan di dalam Islam dan Rasulullah S.A.W. sendiri mewasiatkan kepada kita agar mendirikan solat sunat witir sebelum berganjak ke tempat tidur kerana solat sunat ini merupakan salah satu solat sunat yang disukai oleh Allah S.W.T.

Solat Witir, Hadiah daripada Allah S.W.T

Apakah itu Solat Sunat Witir?

Solat witir adalah solat sunat yang ganjil kerana bilangan rakaatnya yang ganjil, iaitu solat ini diakhiri dengan satu rakaat untuk menjadikannya bilangan yang ganjil. Ia sebenarnya bersesuaian dengan bilangan rakaat solat sunat ini iaitu satu, tiga, lima, tujuh, sembilan dan juga sebelas rakaat. Anda boleh mengerjakan solat sunat ini sebanyak-banyak adalah 11 rakaat dan sekurang-kurangnya adalah satu rakaat. Untuk anda yang tidak tahu, solat sunat ini dilakukan selepas solat Isyak dan mengerjakan solat sunat ini hukumnnya muakkad, iaitu solat sunat yang digalakkan di dalam Islam.

Anda boleh mengerjakan solat sunat ini secara individu. Tetapi dalam bulan Ramadan, solat sunat ini dituntut mengerjakannya secara berjemaah selepas anda menyempurnakan solat sunat Tarawih. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub al-Ansari bahawa Nabi Muhamamad S.A.W bersabda:

Solat witir itu adalah hak (disyariatkan) tetapi tidak wajib. Oleh itu, sesiapa yang suka untuk solat witir dengan lima rakaat, maka lakukanlah, sesiapa yang suka untuk solat witir dengan tiga rakaat, maka lakukanlah dan sesiapa yang suka untuk solat witir dengan satu rakaat, maka lakukanlah.” 

(Hadis riwayat Abu Daud)

Sepertimana yang anda ketahui, bilangan rakaat solat sunat ini adalah bilangan ganjil. Jadi, cara mengerjakan solat sunat witir ialah satu salam bagi setiap dua rakaat, dan juga ditambah satu rakaat di hujungnya dengan satu salam.

solat--
Kredit Gambar:mengajionline.com

Apakah kelebihan Solat Sunat Witir?

Solat witir ini mempunyai banyak kelebihannya. Antaranya ialah ganjaran melimpah ruah yang bakal didapati di akhirat kelak kerana mengerjakannya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Kharijah bin Hudzafah bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah melapangkan kamu dengan satu solat di mana ia lebih baik bagi kamu daripada unta merah, iaitu solat witir. Allah telah menjadikan solat tersebut untuk kamu (dilaksanakan) antara solat Isyak sehingga terbitnya fajar (Subuh).”

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah S.A.W telah memberikan perbandingan antara solat sunat ini yang lebih baik daripada harta yang menimbun, yakni unta merah yang tinggi nilainya bagi masyarakat Arab pada ketika itu. Ini menunjukkan bahawa solat sunat witir ini penting dan amat digalakkan untuk mengerjakannya kerana ia akan memberi ganjaran yang besar di akhirat kelak. 

Selain itu, sesiapa yang mengerjakan solat sunat witir ini juga disukai oleh Allah S.W.T. Seperti mana sabda Rasulullah S.A.W bermaksud, “Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan DIA menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli al-Quran.

(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Bagaimanakah mengerjakan Solat Sunat Witir?

1. Niat

Anda haruslah berniat untuk mengerjakan Solat Sunat Witir sambil mengangkat takbir.

niat--
Kredit Gambar: akuislam.com

Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala

2. Rakaat Pertama- Doa Iftitah

Selepas Takbiratul Ihram, anda hendaklah membaca doa Iftitah.

Doa-Iftitah
Kredit Gambar: tzkrh.com / tzkrh.com

3. Rakaat Pertama- Surah Al-Fatihah

Sesudah bacaan doa Iftitah, anda perlu membaca surah Al-Fatihah.

Rakaat-Pertama-Surah-Al-Fatihah
Kredit Gambar:teratakemas.com

4. Rakaat Pertama- Surah Al-Kafirun

Sesudah itu, bacalah pula surah daripada surah al-Quran. Anda boleh membaca mana-mana surah selepas Al-Fatihah. Antara surah yang boleh dibaca adalah Surah Al-Kafirun:

Rakaat-Pertama-Surah-Al-Kafirun
Kredit Gambar: cikfauziah.blogspot.com

5. Rukuk

Selepas anda habis membaca surah Al-Kafirun, hendaklah anda rukuk dengan tertib.

6. Sujud

Setelah itu, anda perlu sujud sepertimana solat fardu biasa.

7. Rakaat Kedua- Surah Al-Fatihah

Apabila anda bangun untuk masuk di rakaat kedua, anda perlu memulakannya dengan surah Al-Fatihah.

Rakaat-Kedua-Surah-Al-Fatihah-
Kredit Gambar:teratakemas.com

8. Rakaat Kedua- Surah Al-Ikhlas

Usai surah Al-Fatihah, anda boleh membaca mana-mana surah di dalam Al-Quran. Antara surah yang boleh dibaca adalah Surah Al-Ikhlas seperti di bawah.

Rakaat-Kedua-Surah-Al-Ikhlas
Kredit Gambar: izdeen.com

9. Rukuk

Selepas anda habis membaca surah Al-Ikhlas, hendaklah anda rukuk dengan tertib.

10. Sujud

Setelah itu, anda perlu sujud sepertimana solat fardu biasa.

11. Duduk Tahiyyat Akhir

Duduk tahiyyat akhir adalah duduk ketika membaca tahiyyat akhir. Anda disunatkan untuk duduk secara tawaruk, yakni duduk dengan menghulurkan kaki kiri ke kanan dan merapatkan punggung ke lantai. Ketika ini, anda haruslah membaca bacaan Tahiyyat Akhir.

12. Salam

Akhiri solat dengan memberi salam, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri. Setelah selesai memberi salam pada rakaat kedua, anda terus bangun dan berdiri untuk lakukan rakaat seterusnya, iaitu rakaat ketiga (rakaat terakhir).

13. Rakaat Ketiga- Rakaat Terakhir

Untuk mulakan rakaat ketiga, anda haruslah berniat untuk mengerjakan solat sunat witir seperti di bawah:

Rakaat-Ketiga-Rakaat-Terakhir
Kredit Gambar: akuislam.com

Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala

 14. Doa-Iftitah

Sama seperti rakaat pertama tadi, dimulai dengan doa Iftitah.

Doa-Iftitah-
Kredit Gambar: tzkrh.com / tzkrh.com

15. Rakaat Ketiga- Surah Al-Fatihah

Sesudah anda membaca doa Iftitah, bacalah Surah Al-Fatihah.

Surah-Al-Fatihah
Kredit Gambar:teratakemas.com

16. Surah Selepas Surah Al-Fatihah

Untuk bahagian rakaat yang ketiga, biasanya anda boleh membaca 3 surah ringkas selepas Surah Al-Fatihah. Oleh itu, anda boleh baca surah Al-Ikhas, Surah Al-Falaq dan surah An-Nas seperti di bawah:

(I) Surah Al-Ikhlas:

Surah-Al-Ikhlas
Kredit Gambar: akuislam.com

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

(II) Surah Al-Falaq

Surah-Al-Falaq
Kredit Gambar: akuislam.com

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menguasai Subuh, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

(III) Surah An-Nas

Surah-An-Nas
Kredit Gambar: akuislam.com

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.

17. Rukuk

Selepas anda habis membaca surah-surah tersebut, hendaklah anda rukuk dengan tertib.

18. Sujud

Setelah itu, anda perlu sujud sepertimana solat fardu biasa.

19. Duduk Tahiyyat Akhir

Duduk tahiyyat akhir adalah duduk ketika membaca tahiyyat akhir. Ketika ini, anda harus membaca bacaan Tahiyyat Akhir.

20. Salam

Akhir solat dengan memberi salam, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri. 

21. Zikir

Selepas memberi salam, anda disunatkan untuk berzikir terlebih dahulu. Anda boleh berzikir seperti di bawah:

Zikir
Kredit Gambar: akuislam.com

Subhanal Malikil Quddus (3 kali) 

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang Maha Suci

22. Wirid

Selepas itu, anda baca pula wirid ini:

Wirid
Kredit Gambar: akuislam.com

Rabbil Mala’ Ikati War Ruh 

Maksudnya: Tuhannya para malaikat dan malaikat jibril

23. Doa Solat Sunat Witir

Selepas wirid, anda boleh membaca doa di bawah untuk mengakhiri solat sunat anda.

Doa-Solat-Sunat-Witir
Kredit Gambar: akuislam.com

Allahumma Inni ‘Auzu Biridhoka Min Sakhotika Wa Bimu’Aafatika Min ‘Uqubatika Wa ‘Auzubika Minka Laa Uhsii Tsana’an ‘Alaika Anta Kama Atsnaita ‘Alaa Nafsika.

Maksudnya:

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, aku berlindung dengan kemaafanMu daripada BalasanMu, dan aku berlindung denganMu daripada tidak mampu memujiMu seperti Engkau memuji diriMu.

Begitulah salah satu tatacara solat sunat witir. Diharapkan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda dan semoga amalan kita ini diterima oleh Allah s.w.t. Amin. Selamat beribadah!

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close