10 Sos Plum Terbaik di Malaysia 2025

Jika anda sedang mencari sos yang manis dan masam, anda mungkin akan menghargai kelicinan sos plum yang menghiasi cita rasa anda. Sos plum ialah perasa yang telah diselitkan dengan rempah ratus tradisional Cina untuk memberikan anda gabungan rasa yang sangat kompleks dan harmoni.

Sos plum ini berasal dari China Selatan. Ia sesuai digunakan dalam masakan seperti menumis dan banyak lagi. Jika anda teringin merasai sos plum ini, mari baca artikel kami dan pilihlah sos plum mana yang anda sukai!

Di manakah saya boleh mendapatkan sos plum?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan sos plum di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan sos plum, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, sos plum seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih sos plum?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli sos plum ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis sos plum yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Menyemak tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Sos Plum Terbaik di Malaysia 2025

1. Lee Kum Kee Plum Sauce

Lee Kum Kee Plum Sauce
Kredit Gambar: Lee Kum Kee

Sos plum ini diperbuat daripada plum Cina, halia dan cili yang berkualiti. Sesuai untuk menumis dan mencelup. Sos ini juga sesuai digandingan dengan sajian seperti itik panggang, daging panggang, telur gulung dan sajian yang lain. Rasailah keenakannya!

Bahan-bahan: Gula, Plum Masin (Plum, Garam), Air, Mengandungi Perapi Makanan yang Dibenarkan (Cuka Beras, Pati Jagung Ubahsuai, Asid Sitrik, Natrium Sitrat, Gula Xanthan), Halia, Lada Cili. Mengandungi Gandum, Kacang Soya.

Negara Pengeluar: China

Saiz: 260 g

Harga: RM7.15 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Rose Brand Plum Sauce

Rose Brand Plum Sauce
Kredit Gambar: Tesco

Dibuat daripada plum yang segar, Rose Brand Plum Sauce ini kaya dengan wangian plum aromatik dan dipenuhi dengan perisa yang akan menarik selera anda. Cubalah hari ini!

Bahan-bahan: Plum, Gula, Garam dan Pengawet Makanan yang Dibenarkan.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 300 ml

Harga: RM5.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Yakin Plum Sauce

Yakin Plum Sauce
Kredit Gambar: Yakin Sedap

Apa kata anda cuba Yakin Plum Sauce ini? Sos plum ini sungguh lazat dan sesuai digandingkan dengan apa jua makanan kegemaran anda. Dapatkannya sekarang!

Bahan-bahan: Air, Gula, Plum, Garam, Bawang Putih, Cili, Rempah. Mengandungi Pati Ubahsuai, Ejen Pembentuk Gel dan Pengatur Keasidan Sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan. Mengandungi Pengawet yang Dibenarkan. Produk Ini Diproses Di Bawah Kemudahan Yang Juga Memproses Kacang Soya, Gluten Dan Telur. Ia Mungkin Ada Kesan Kacang Soya, Gluten dan Telur. Semua Bahan Tambahan Adalah Asal Tumbuhan Atau Sintetik.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 250 g

Harga: RM3.50 (Shopee) | RM2.50 (Lazada)

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Cow & Boy Sour Plum Sauce

Cow Boy Sour Plum Sauce
Kredit Gambar: Shopee

Jenama sos ini telah berjaya menawan hati para pengguna dengan rasa dan aroma asli. Menggunakan resipi yang dirumuskan oleh generasi terdahulu dan kaedah penapaian semula jadi, mereka percaya bahawa masa dan kesabaran akan membuahkan hasil yang lebih baik. Sebab itulah, sos ini menjadi kegemaran ramai!

Bahan-bahan: Plum Kuning, Gula, Garam, Cuka, Air, Pati Ubahsuai.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 340 g

Harga: RM3.90 (Shopee) | RM3.99 (Lazada) 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Maepranom Sweet & Sour Plum Sauce

Maepranom Sweet Sour Plum Sauce
Kredit Gambar: Shopee

Sos plum adalah perasa yang likat, masam manis dan berwarna coklat muda. Ia digunakan dalam masakan Kantonis sebagai sos celup untuk hidangan yang digoreng, seperti lumpia, mi, bebola ayam goreng serta untuk itik panggang.

Bahan-bahan: Gula, Plum, Air, Garam

Negara Pengeluar: Thailand

Saiz: 390 g, 980 g

Harga: RM6.50, RM11.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Angel Brand Plum Sauce

Angel Brand Plum Sauce
Kredit Gambar: Tesco

Sos ini diperbuat daripada adunan istimewa plum dan labu terpilih, dengan sedikit gula, secubit garam, halia dan cili. Ia membawa rasa manis dan masam yang boleh meningkatkan selera makan anda. Sos ini juga sesuai untuk perap, celup dan sos pencicah.

Bahan-bahan: Gula, Sirap Glukosa Fruktosa Tinggi, Plum, Labu, Garam, Halia, Cili, Mengandungi Perapi Makanan yang Dibenarkan (Pengawal Keasidan, Pemekat) dan Pengawet

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 350 g

Harga: RM6.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. MCM Plum Sauce

MCM Plum Sauce
Kredit Gambar: Kum Thim

Sos Plum MCM ini memberi anda cara yang berbeza untuk menikmati makanan! Rasanya yang masam manis pasti membawa cita rasa anda ke ‘tahap lain’. Apa kata anda dapatkannya hari ini?

Bahan-bahan: Plum, kanji, gula, glukosa, asid asetik, pewarna yang dibenarkan dan pengawet yang dibenarkan (E211).

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 3 kg

Harga: RM25.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Mother Brand Plum Sauce

Mother Brand Plum Sauce
Kredit Gambar: Shopee

Satu sentuhan dapat meningkatkan cita rasa anda ke tahap lain. Apa kata anda cuba sos plum ini? Rasanya lazat dan masam manis mengugut selera anda. Datang dan cubalah Mother Brand’s Plum Sauce hari ini!

Bahan-bahan: plum, cuka, gula, dan rempah ratus.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 360 g

Harga: RM4.39

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Sin Yong Guan Plum Sauce

Sin Yong Guan Plum Sauce
Kredit Gambar:: Shopee

Sos ini adalah perasa masam manis coklat muda yang likat. Ia sering digunakan dalam masakan Kantonis sebagai sos celup untuk hidangan yang digoreng seperti lumpia, mi, bebola ayam goreng serta untuk itik panggang.

Bahan-bahan: Plum Masin Berkualiti, air, Gula, Labu, Perapi Makanan yang Dibenarkan. dan pengawet.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 3 kg

Harga: RM20.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Kazimi Plum Sauce

Kazimi Plum Sauce
Kredit Gambar: Shopee

Ini adalah sos manis yang menjadikan resipi anda lazat dengan rasa plum yang kaya. Anda boleh letakkan sos ini di atas meja dan ia akan menonjolkan rasa kesemua makanan anda seperti lumpia dan banyak lagi.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 340 ml

Harga: RM7.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close