Anda tahu ia adalah masakan Mexico asli apabila mereka mengeluarkan sos salsa! Tetapi apakah sebenarnya sos salsa? “Salsa” diterjemahkan secara literal sebagai “sos,” dan merangkumi pelbagai jenis bentuk. Biasanya, apabila orang merujuk kepada sos salsa, mereka merujuk kepada perasa yang dibuat dengan tomato, bawang dan cili.
Sos salsa sangat serba boleh kerana ia boleh dihidangkan masak atau segar dan dipanggil salsa cruda, salsa fresca atau salsa verde. Sos salsa boleh sama ada licin atau bertekstur kasar, tebal atau nipis, lembut atau panas. Dengan begitu banyak pilihan untuk dipilih, ia boleh menjadi hal yang sangat menggembirakan untuk anda yang menggemari masakan Mexico. Jadi, datang dan pilihlah 8 sos salsa terbaik hari ini!
Di Manakah Saya Boleh Mendapatkan Sos Salsa?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan sos salsa di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan sos salsa, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, sos salsa seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah Yang Perlu Diperhatikan Semasa Memilih Sos Salsa?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli sos salsa ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis sos salsa yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
8 Sos Salsa Terbaik di Malaysia 2025
1. La Costena Dip Salsa Sauce

La Costena Dip Salsa Sauce ialah sos merah pedas sederhana yang dibuat dengan tomato merah asli, cili, bawang merah, bawang putih dan ketumbar untuk memberikan rasa yang unik. Jika anda penggemar masakan Mexico, anda bolehlah mendapatkan sos ini untuk hidangan anda!
Bahan-bahan: Tomato (70%), Air, Pes Tomato, Bawang, Lada Jalapeno, Garam, Lada Hijau, Cuka, Gula, Minyak Kacang Soya, Ketumbar, Lada, Bawang Putih.
Negara Pengeluar: Mexico
Saiz: 453 g
Harga: RM 15.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. California Creamery Salsa Sauce Dip

California Creamery Salsa Sauce Dip ialah sos pencicah segera yang digandingkan dengan kerepek. Rasai salsa yang menyegarkan di dalam tab kecil ini dan ia pasti menyelerakan makanan anda. California Creamery Salsa Sauce On-the-Go ialah pesta dalam satu pek, iaitu gabungan kaya tomato dan sepasang salsa jalapeño pedas dengan cip tortilla yang rangup. Ia adalah snek yang sesuai untuk sebarang majlis, sama ada anda berada di rumah menonton filem kegemaran anda atau memasak bersama rakan-rakan untuk acara barbeku!
Bahan-bahan: Tulen Tomato, Tomato, Air, Lada Jalapeno, Bawang Dehidrasi, Cuka, Garam, Gula, Serbuk Bawang Putih, Lada Loceng Dehidrasi, Ketumbar, Perisa Asli
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 107 g
Harga: RM 5.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Woolworths Salsa Chunky Medium

Ini adalah gabungan sempurna lada dan tomato dalam balang yang sedia untuk dimakan. Sesuai untuk taco, burrito, dan kerepek nacho sebagai sos pencicah yang enak. Jemputlah rakan-rakan dan ahli keluarga anda untuk menikmati hidangan Mexico bersama Woolworths Salsa Chunky Medium ini. Sos ini tidaklah terlalu pedas jadi sesuai untuk mereka yang tidak makan pedas.
Bahan-bahan: Tomato (57%) (Pes Tomato Dibentuk Semula, Tomato Dipotong dadu), Bawang (21%), Capsicum (17%) (Capsicum Merah, Capsicum Hijau), Gula, Pemekat (1422) (daripada Jagung), Pengatur Keasidan (Sitrik Asid, Asid Asetik), Serbuk Cili, Garam, Serbuk Bawang Putih, Agen Penganjal (509)
Negara Pengeluar: Australia
Saiz: 375 g
Harga: RM 14.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Mexican Santa Maria Salsa

Mexican Santa Maria Salsa merupakan sos salsa Mexico yang berapi-api. Mereka telah mengadun ketulan tomato masak, bawang masam dan jalapeño yang dipetik tangan dengan rempah asli dan perahan limau nipis yang banyak bagi membangkitkan rasa. Sesuai untuk ditambah pada hidangan Mexico seperti Fajitas serta menjadikan sos salsa ini sebahagian daripada acara BBQ.
Bahan-bahan: Tomato (58%), bawang (18%), tomato puree(12%), lada jalapeno(4%), gula, kanji jagung diubah suai, garam, daun ketumbar, pengatur keasidan (asid sitrik), pengawet (E202) , puree bawang putih, ekstrak bawang putih, jintan manis, perasa, jus limau nipis pekat, lada hitam
Negara Pengeluar: United Kingdom
Saiz: 235 g
Harga: RM 19.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Molli Tomato Salsa Mexican Salsa Dip

Jika anda mencari sesuatu yang manis, masam dan sedap, Molli Tomato Salsa Mexican Salsa Dip adalah sos yang sesuai untuk anda. Sos asas ini adalah untuk kebanyakan hidangan Mexico seperti sup tortilla, saus jagung, nachos, quesadilla dan burrito. Sos yang lazat ini juga paling sesuai digandingkan dengan nasi goreng, ramen, pizza, kentang, dan telur goreng.
Bahan-bahan: Cili merah segar, tomato, bawang putih, bawang putih, minyak masak, garam dan air.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 180 g
Harga: RM 12.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Tostitos Chunky Salsa Mild

Penuh dengan rasa! Resipi sos salsa ini dibuat daripada bahan-bahan yang segar dan berkualiti. Ia adalah sos yang sempurna untuk semua hidangan kerepek tortilla dan tambahan resipi makanan di rumah anda. Tostitos Chunky Salsa Mild ini disediakan menggunakan tomato segar yang dipetik, bawang, lada jalapeno dan sedikit bawang putih. Semua bahan ini memberikannya rasa yang sungguh lazat. Sos ini tersedia dalam perisa kurang pedas, sederhana pedas dan sangat pedas.
Bahan-bahan: Tulen Tomato (Air Dan Pes Tomato), Tomato Dipotong dadu Dalam Jus Tomato, Lada Jalapeno, Bawang Besar, Cuka, Garam, Serbuk Bawang Putih dan Perisa Semulajadi
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 439 g
Harga: RM 43.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI UBUY7. 365 by WFM, Salsa Mild Thick Chunky Organic

Kadangkala, mencipta nama yang sesuai untuk sos salsa adalah semudah mencelupkan cip ke dalam mangkuk tomato dadu, jalapenos dan bawang. Dengan konsistensi rasa yang enak dan pedas yang sederhana, Salsa Mild Thick Chunky Organic ini memberikan anda rasa yang anda mahukan! Sajian yang sempurna ini adalah untuk penggemar salsa. Bahkan, ia juga sangat sesuai untuk semua hidangan Mexico kegemaran anda.
Bahan-bahan: Tomato Dadu Organik (Tomato Organik, Jus Tomato Organik), Puree Tomato Organik (Air, Pes Tomato Organik), Lada Jalapeno Organik (Lada Jalapeno Organik, Cuka Putih Suling Organik, Garam), Bawang Organik, Bawang Dadu Organik, Garam, Serbuk Bawang Putih Organik, Perisa Semulajadi Organik, Serbuk Lada Cayenne Organik.
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 454 g
Harga: RM 41.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI UBUY8. Old El Paso Chunky Tomato Salsa Dip

Lengkapkan jamuan Mexican anda dengan Old El Paso Chunky Tomato Salsa Dip ini! Sos ini mempunyai adunan tomato berjus yang segar, bawang yang lazat dan lada guajillo yang lembut. Semua bahan ini akan menambah rasa Mexican kepada apa-apa sahaja hidangan anda. Tidak kiralah sama ada ia ditambah pada fajitas ayam yang menyelerakan, burrito daging atau Nachips yang rangup, sos ini memang akan membangkitkan selera anda!
Bahan-bahan: Tomato (50%), Air, Capsicum, Bawang, Pati Jagung Ubahsuai (1422), Cuka, Garam, Gula, Paprika, Oregano, Jintan, Asid Makanan (330), Serbuk Cili (0.03%), Garam Mineral (509). ).
Negara Pengeluar: Sepanyol
Saiz: 300 g
Harga: RM 27.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.