10 Sos Stik Terbaik di Malaysia 2025

Siapa yang boleh mengatakan tidak kepada stik? Ia adalah sumber zat besi yang kaya dengan protein dan terbaik untuk badan anda. Selain itu, stik sangat mengenyangkan. Sama ada anda seorang amatur atau pakar dalam masakan, anda boleh menambah sos stik untuk meningkatkan rasa stik anda. Kalau tidak percaya, anda boleh cuba!

Dengan sos stik di pasaran, anda tidak perlu membuatnya daripada awal dan hal ini menjadikan proses masakan anda lebih mudah. Selain itu, anda boleh menggosok atau memerap stik dengan sos stik supaya ia dapat memberi impak yang besar pada rasa stik. Terdapat pelbagai sos stik di luar sana dan patut dicuba. Jadi, tunggu apa lagi, bacalah artikel ini untuk mengetahui 10 sos stik terbaik di Malaysia.

Di manakah saya boleh mendapatkan sos stik?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan sos stik di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan sos stik, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, sos stik seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih sos stik?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli sos stik ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis sos stik yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Menyemak tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Sos Stik Terbaik di Malaysia 2025

1. Heinz Argentinian Style Steak Sauce

Heinz Argentinian Style Steak Sauce
Kredit Gambar: Shopee

Campurkan Heinz Argentinian Style Steak Sauce ini bersama sos lazat anda. Sos gaya Argentina ini pasti meningkatkan rasa keseluruhan stik anda. Rasa ‘smokey’ sebati dengan stik panggang. Padankan dengan kerepek atau kentang goreng untuk melengkapkan hidangan anda.

Spesifikasi

  • Berat: 220 ml 
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Bahan-bahan: Tomatenmark 58%, Zucker, Branntweinessig, Zwiebeln 3.7%, Rote paprika, Modifizierte Stärke, Salz, Malzessig (GERSTE), Petersilie 0.8%, Gewürze (Enthalten SENF, SELLERIE), Knoblauchpulver

Harga: RM23.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Hany Thai ‘Thai Steak Sauce’

Hany Thai ‘Thai Steak Sauce
Kredit Gambar: Shopee

‘Sos Steak Thai’ Hany Thai ini sangat sesuai digandingkan bersama dengan stik. Rasa sos ini akan menjadikan stik anda bertambah lazat kerana anda boleh merasai rasa manis, pedas dan masam dalam satu masa. Anda juga boleh menggunakan sos ini sebagai perapan atau sos pencicah. Sos stik buatan sendiri ini bebas daripada MSG dan bahan pengawet.

Spesifikasi

  • Berat: 350 g
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Harga: RM18.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Brand’s A1 Steak Brown Sauce

Brands A Steak Brown Sauce
Kredit Gambar: Jaya Grocer

Steak Brown Sauce daripada jenama A1 ini diperbuat daripada rempah dan buah-buahan A1. Sos coklat pekat asli ini menjadikan rasa stik lebih kaya dan aromatik. Dengan sos ini, aktiviti memasak stik akan menjadi lebih mudah walaupun untuk mereka yang baru sahaja belajar memasak.

Spesifikasi

  • Berat: 240 g
  • Negara Pengeluar: United Kingdom
  • Bahan-bahan: Tomato, Cuka Malt, Cuka Spirit, Gula, Kurma, Garam, Gula-gula Kacang Carob, Halia, Warna E150C, Serbuk bawang, Pala, Lada hitam, Cayenne. Mengandungi Barli.

Harga: RM9.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Nihon Shokken Kuro Goma Iri Black Pepper Steak Sauce

Nihon Shokken Kuro Goma Iri Black Pepper Steak Sauce
Kredit Gambar: Shopee

Sos Steak Lada Hitam Nihon Shokken Kuro Goma Iri ini diadun dengan setiap bahan sos stik yang anda perlukan seperti bawang, wain, halia, jus epal, dan lain-lain. Apa yang anda perlukan hanyalah mentega dan stik untuk sesi penyediaan hidangan anda. Jadi, selera anda akan mempunyai sensasi yang berbeza, daripada manis kepada pedas apabila anda menggunakan sos ini.

Spesifikasi

  • Berat: 210 g
  • Negara Pengeluar: Jepun  
  • Bahan-bahan: Kicap, Sirap, Gula, Tumis bawang besar, Bawang besar, Wain, Jus epal pekat, Garam, Perasa beras yang ditapai, Ekstrak yis, Cuka yang dibancuh (cuka), Lada, Halia parut, Jus lemon pekat, Bawang putih parut, Serbuk lada, Lada cili / pemekat (xanthan)

Harga: RM17.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Kitchen22 Keto Steak Sauce

Kitchen Keto Steak Sauce
Kredit Gambar: Shopee

Kitchen22 Keto Steak Sauce adalah sos stik mesra keto buatan sendiri kerana ia bebas daripada gluten, laktosa, gula dan lemak trans, menjadikannya pilihan yang lebih sihat. Jika anda berasa membuat sos stik dari awal adalah membosankan, anda harus menggunakan sos stik keto ini. Rasanya sedap pada setiap helaian daging.

Spesifikasi

  • Berat: 150 ml
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Bahan-bahan: Tomato, Cuka, Bawang, Pemanis Monkfruit, Stevia Cecair, Minyak Zaitun Dara Tambahan, Mentega yang diberi makan rumput, Amino Cecair, Amino Kelapa, Sos Kitchen22 Keto Worcestershire (Cuka Epal, Amino Kelapa, Sos Ikan Tanpa Gula), Bawang Putih , rempah ratus

Harga: RM16.76

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Ottogi Steak Sauce

Ottogi Steak Sauce
Kredit Gambar: Shopee

Sos Steak Ottogi dilengkapi dengan banyak perasa. Namun, anda boleh merasai rasa sosnya yang seimbang. Wain merah boleh menambah rasa yang mendalam dan kuat pada stik anda. Ia menjadikan kerja anda lebih mudah kerana anda hanya memerlukan 30 minit daripada proses penyediaan untuk memasak stik. Oleh sebab itu, sos ini boleh dikatakan sebagai bahan perasa utama di dapur anda.

Spesifikasi

  • Berat: 150 ml 
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan 
  • Bahan-bahan: Air ditapis, Gula, Cuka Suling, Garam, Pes Tomato, Puree Epal, Serbuk Molase, Wain Merah, Gam Tamarind, Warna Karamel, Rempah-rempah (Cengkih, Lada, Likuoris), Pati Jagung, Protein Sayur-sayuran Hidrolisis, Ekstrak Bawang Putih, Xanthan Gum, Ekstrak Bawang, Ekstrak Cendawan, Serbuk Lada Merah

Harga: RM11.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Fountain Pepper Steak Sauce

Fountain Pepper Steak Sauce
Kredit Gambar: Shopee

Fountain Pepper Steak Sauce yang sedap dan pedas ini adalah salah satu iringan terbaik untuk hidangan stik anda. Anda boleh menukar stik mentah anda kepada stik lada hitam dengan menggunakan sos stik ini. Bayangkan, anda akan merasai setiap gigitan yang lazat dan aromatik dengan sos ini. Oleh sebab itu, anda boleh menggunakan sos ini sebagai sos pencicah atau membuat bahan perapan.

Spesifikasi

  • Berat: 250 ml 
  • Negara Pengeluar: Australia 
  • Bahan-bahan: Pes epal (38%), Gula, Tomato puree (20%), Bawang, Asid makanan (260), Molase, Sirap emas, Garam, Kismis, Kismis, Sultanas, Pemekat jagung (1422), Rempah-rempah, Pemekat (415 ), Perisa Semulajadi. Mungkin Mengandungi: Soya, Kacang Tanah, Gandum, Gluten

Harga: RM29.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Primal Kitchen Organic Steak Sauce

Primal Kitchen Organic Steak Sauce
Kredit Gambar: Shopee

Sos Steak Organik Primal Kitchen adalah sos stik organik yang diperakui USDA, dan semua sos lazatnya diperbuat daripada bahan makanan sebenar yang berkualiti tinggi. Paling penting, ia bebas daripada gula dan gluten. Jadi, mereka yang menjalani diet keto boleh menggunakan sos ini ke dalam rejim diet mereka.

Spesifikasi

  • Berat: 240 g
  • Negara Pengeluar: California, Amerika Syarikat 
  • Bahan-bahan: Air, Cuka Balsamik Organik (Cuka Wain Organik, Anggur Pekat Organik Mesti), Pes Tomato Organik, Cuka Suling Organik, Garam Laut, Tamarind Organik, Pati Tapioka Organik, Pekat Jus Oren Organik*, Halia Kisar Organik, Serbuk Bawang Organik, Serbuk Bawang Putih Organik, Tepung Mustard Organik, Biji Organik, Lada Hitam Organik, Allspice Organik, Cengkih Organik, Biji Saderi Organik

Harga: RM32.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. American Garden Classic Steak Sauce

American Garden Classic Steak Sauce
Kredit Gambar: Shopee

American Garden Classic Steak Sauce dicipta dengan resipi sos barbeku tradisional Amerika. Rasa klasik dan ‘smokey’ akan menambah kelainan pada setiap resipi ringkas anda. Anda boleh menggunakannya sebagai perapan, sos celup dan topping kepada hidangan ikan kukus atau dijadikan bahan untuk menggoreng.

Spesifikasi

  • Berat: 284 g
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat 
  • Bahan-bahan: Pekatan tomato, cuka suling, sirap jagung, kismis, molase, rempah ratus dan herba, garam, oren hancur, bawang putih dan serbuk bawang, pewarna karamel dan perasa semula jadi

Harga: RM11.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Chung Jung One Classic Steak Sauce

Chung Jung One Classic Steak Sauce
Kredit Gambar: Shopee

Chung Jung One Classic Steak Sauce akan memberi inspirasi dan motivasi kepada anda untuk mencipta lebih banyak resipi yang lazat. Sos stik ini boleh digandingkan dengan mana-mana hidangan seperti telur dadar, ayam, kambing, ikan dan kentang tumbuk. Selain itu, bahan-bahan yang kompleks akan memberi anda idea yang baik dalam membentuk cita rasa anda.

Spesifikasi

  • Berat: 284 g
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat 
  • Bahan-bahan: Air, Asas Sos Demi-glace, Cuka, Sos Kacang Soya (Kacang Soya Dinyah Lemak, Gandum, Garam, Fruktosa, Spirits), Fond de Veau, Gula, Ekstrak Anggur, Wain Merah, Bawang Panggang, Tumis Pes Bawang, Ubi kayu diubah suai Pati, Tomato Seluruh, Perasa Daging, Sos Worcestershire (Serbuk Pala), Ekstrak Yis, Natrium Sitrat, Ekstrak Bawang Putih, Gula Xanthan, Serbuk Lada Hitam, Ekstrak Biji Grapefruit, Thyme Kisar, Cuka, Stevioside

Harga: RM24.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close