8 Spiralizer Sayuran Terbaik di Malaysia 2025

Adakah anda seorang pencinta sayuran? Sayur-sayuran mengandungi banyak unsur yang sihat dan nutrisi kepada badan kita. Dengan memakan lebih banyak sayur-sayuran ia boleh meningkatkan sistem imun kita dalam kehidupan seharian. Jika anda seorang yang enggan makan sayur, anda boleh mencuba sesuatu yang baru! Sebagai contoh, anda boleh menggunakan sayur-sayuran untuk mencipta beberapa hidangan istimewa dan unik yang anda suka. Dalam situasi seperti ini, spiralizer sayur-sayuran boleh membantu anda mencapai hasrat anda kerana ia adalah alat yang menarik dan berguna, boleh membuat pelbagai hidangan sayuran atau menghias makanan lain.

Sayur-sayuran akan dipotong secara berpusar oleh spiralizer. Anda mungkin gemar akan saat mengendalikan spiralizer untuk memotong semua sayuran anda halus-halus. Di Malaysia, terdapat banyak spiralizer sayuran yang berkualiti dan mudah disimpan. Ia membantu ramai pekerja dan amatur dalam menjimatkan tenaga dan masa semasa membuat hidangan sayur-sayuran. Jadi, saya akan memperkenalkan kepada anda spiralizer sayur yang sedang menjadi trend di Malaysia.

Petua Memilih Spiralizer Sayuran

Berikut adalah beberapa petua untuk anda membeli Spiralizer Sayuran terbaik dan paling sesuai untuk diri anda:

  1. Handheld atau Countertop

Anda harus berfikir dengan teliti sebelum anda membeli spiralizer sayuran. Anda perlu mempertimbangkan keperluan anda. Sebagai contoh, jika anda adalah seorang yang jarang menggulung sayur-sayuran, anda dicadangkan untuk membeli spiralizer ‘handheld’ untuk keselamatan sekali gus dapat menjimatkan wang. Spiralizers ‘countertop’ sangat sesuai untuk suri rumah atau chef yang kerap bekerja di dapur dan menyediakan bahan-bahan. Ia lebih besar daripada spiralizer ‘handheld’ dan sesuai untuk digunakan bagi sejumlah besar sayur-sayuran dalam masa yang sama.

  1. Elektrik atau Manual

Spiralizer manual membolehkan anda mengawal kelajuan apabila anda memutarkan sayur-sayuran anda. Anda boleh mengikuti langkah anda dan memutar sayur mengikut kelajuan yang anda suka. Walau bagaimanapun, untuk spiralizer elektrik, anda tidak dibekalkan dengan banyak alternatif bilah dan lampiran lain. Namun begitu, ia dapat menjimatkan masa dan usaha anda, terutamanya apabila anda ingin memasak dan menghidangkan hidangan anda dalam tempoh yang singkat.

  1. Cara Pembersihan

Perkara penting lain yang perlu anda perhatikan ialah pembersihan. Spiralizer ‘handheld’ mengandungi lebih banyak bilah daripada spiralizers ‘countertop’. Semakin banyak bilah yang ada, maka semakin kerap anda perlu membersihkannya. Perkara yang paling menarik ialah kebanyakan model mempunyai bahagian yang selamat untuk mesin basuh pinggan mangkuk, jadi hal ini perlu anda pertimbangkan sebelum membeli spiralizer.

  1. Cara Penyimpanan

Anda perlu mempertimbangkan storan juga. Kebanyakan spiralizer terdiri daripada banyak bahagian yang bergerak, malah melibatkan beberapa bilah tambahan dan lampiran lain. Sesetengah daripadanya lebih mudah disimpan kerana mempunyai bilah pada badannya.

  1. Versatiliti

Jika anda hanya ingin membuat hidangan ringkas, anda sesuai menggunakan model operasi yang mudah. Sebaliknya, jika anda berminat untuk mencipta pelbagai bentuk atau ketebalan, anda perlu memilih spiralizer ‘countertop’.

8 Spiralizer Sayuran Terbaik di Malaysia 2025

1. OXO Good Grips 3-Blade Tabletop Spiralizer

OXO Good Grips Blade Tabletop Spiralizer
Kredit Gambar: Amazon

OXO Good Grips 3-Blade Tabletop Spiralizer ialah spiralizer sayur-sayuran yang baik untuk mereka yang menggemari sayur-sayuran dan mi. Ia mudah untuk berfungsi dan mempunyai 3 bilah yang boleh ditukar ganti untuk pelbagai jenis mi.

Spesifikasi:

  • Berat: 2 paun
  • Jenama: OXO
  • Jenis Pengupas: Penghiris
  • Bahan: Plastik
  • Warna: Putih

Negara Pengeluar: China

Saiz Tersedia: 24.8 x 21 x 16 cm

Harga: *RM 700

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Mueller Pro Multi-Blade Spiralizer Vegetable Slicer

Mueller Pro Multi Blade Spiralizer Vegetable Slicer
Kredit Gambar: Amazon

Mueller Pro Multi-Blade Spiralizer Vegetable Slicer ialah penghiris manual. Ia mempunyai reka bentuk yang unggul. Walaupun ia diperlukan untuk beroperasi secara manual, kualitinya adalah profesional dan menyediakan 4 bilah untuk anda membuat pasta sayuran dalam bentuk bulat.

Spesifikasi:

  • Berat: 1.4 kg
  • Jenama: Mueller Austria
  • Warna: Putih

Negara Pengeluar: Produk ini akan diimport dari Amerika Syarikat

Saiz Tersedia: 24.1 x 14.5 x 14.5 cm

Harga: *RM 360

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. 4-Blade Folding Vegetable Slicer

Blade Folding Vegetable Slicer
Kredit Gambar: Lazada

4-Blade Folding Vegetable Slicer ialah alat pengisar sayuran yang memberikan keselamatan kepada anda. Pengilang menggunakan bahan gred makanan berkualiti tinggi untuk membuatnya dan ia tidak akan membahayakan kesihatan anda. Anda perlu menggunakan dan membersihkan bilah dengan berhati-hati kerana ia sangat tajam dan diperbuat daripada keluli tahan karat. Selain itu, anda akan berasa selesa kerana operasinya yang mudah.

Spesifikasi:

  • Berat: 1.4 kg
  • Jenama: Mueller Austria
  • Bahan: ABS + keluli tahan karat
  • Warna: Putih

Negara Pengeluar: Produk ini akan diimport dari Amerika Syarikat

Saiz Tersedia: 24 x 10.5 x 17 cm

Harga: *RM 43.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. 10-Blade Spiralizer Vegetable Slicer

Blade Spiralizer Vegetable Slicer
Kredit Gambar: gdemart

10-Blade Spiralizer Vegetable Slicer ialah perkakas dapur yang berguna dan inovatif. Anda boleh meletakkan sayur-sayuran di dalam dan ia akan melalui 10 bilah dan menjadi bentuk mi. Bilahnya sangat tajam dan mudah dibersihkan.

Spesifikasi:

  • Berat: 1.58 kg
  • Jenama: Brieftons
  • Waranti: 2 Bulan
  • Bahan: Plastik ABS Selamat Makanan, Keluli Tahan Karat Jepun, Keluli Tahan Karat (bilah)
  • Warna: Putih

Negara Pengeluar: China

Saiz Tersedia: 30 x 15.2 x 21.1 cm

Harga: *RM 319/ RM 329

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. OXO Good Grips Handheld Spiralizer

OXO Good Grips Handheld Spiralizer
Kredit Gambar: XOX

OXO Good Grips Handheld Spiralizer ialah spiralizer manual. Ia ringan dan mudah untuk anda bawa. Selain itu, ia mempunyai cengkaman lembut yang tidak licin dan mudah untuk dibersihkan. Anda tidak perlu bimbang tentang kualiti kerana ia dihasilkan daripada bahan berkualiti dan baik serta sesuai untuk kegunaan individu.

Spesifikasi:

  • Berat: 0.12 kg
  • Jenama: OXO
  • Waranti:
  • Jenis Pengupas: Penghiris
  • Bahan: Keluli tahan karat
  • Warna: Hijau

Negara Pengeluar: China

Saiz Tersedia:  8 x 8 x 9.1 cm

Harga: *RM 58

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Benriner Professional Japanese spiralizer

Benriner Professional Japanese spiralizer
Kredit Gambar: Lazada

Spiralizer Benriner Professional Japanese dipuji oleh ramai pembeli. Ia mengandungi 4 pelbagai bilah keluli tahan karat dan beroperasi mudah. Anda mungkin menikmati potongan lingkaran kemas yang dibuat secara automatik oleh spiralizer. Ia sangat tahan lama dan mudah disimpan di dapur anda.

Spesifikasi:

  • Berat: 0.54 kg
  • Jenama: Benriner
  • Bahan: Plastik Polipropilena, Plastik ABS, Keluli Tahan Karat
  • Warna: Putih

Negara Pengeluar: Jepun

Saiz Tersedia: 11.4 x 27.3 x 17.1 cm

Harga: *RM 278

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Adoric 3-in-1 Handheld Vegetable Spiralizer

Adoric in Handheld Vegetable Spiralizer
Kredit Gambar: Shopee

Adoric 3-in-1 Handheld Vegetable Spiralizer adalah salah satu spiralizer sayuran 3 dalam 1 terbaik. Perkara yang menarik ialah ia tidak rumit untuk digunakan dan mempunyai reka bentuk yang padat. Kualiti premium dan waranti satu tahun menarik ramai orang untuk memilikinya.

Spesifikasi:

  • Berat: 0.16 kg
  • Jenama: Adoric
  • Waranti: 1 tahun
  • Bahan: Keluli tahan karat
  • Warna: Hijau

Negara Pengeluar: China

Saiz Tersedia: 9.9 x 9.1 x 9.1 cm

Harga: *RM 21.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Veggetti Spiral Vegetable Slicer

Veggetti Spiral Vegetable Slicer
Kredit Gambar: Pinterest

Veggetti Spiral Vegetable Slicer ialah alat penghiris moden dan kreatif. Anda boleh membuat sayur tumis atau hidangan pasta dengan menggunakannya. Hirisan sayuran boleh digunakan untuk menghias hidangan. Sayuran masih berkualiti baik selepas dipotong dalam bentuk lingkaran dan ia paling sesuai untuk lobak merah dan kentang. Memiliki alat penghiris sayur lingkaran veggetti boleh menjimatkan masa dan usaha anda.

Spesifikasi:

  • Berat: 150 g
  • Jenama: OEM
  • Waranti: 1 bulan
  • Warna: Putih
  • Bahan: Keluli tahan karat

Negara Pengeluar: China

Saiz Tersedia: 2 x 3mm dan 3.5 x 5mm

Harga: *RM 5.55/ RM 6.44

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Ringkasnya, ini adalah 8 spiralizer sayur terbaik di Malaysia yang diiktiraf oleh ramai orang. Spiralizer sayuran berguna kepada semua orang, terutamanya kepada suri rumah dan pencinta sayuran. Ia juga membantu anda mencipta corak dan gaya hidangan yang berbeza di rumah. Oleh itu, anda harus membelinya dari kedai dalam talian atau pasar raya untuk anda atau ibu tersayang anda yang rajin memasak dalam kehidupan seharian!

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close