Sebelum stroller atau kereta sorong bayi dicipta, ibu bapa perlu membawa bayi mereka dengan menggunakan tangan atau bakul ke mana sahaja mereka pergi. Hal ini boleh menyebabkan keletihan dan ketidakselesaan kepada ibu dan bayi. Oleh itu, penggunaan stroller merupakan antara perkara yang sering menjadi pertimbangan oleh ibu bapa apabila keluarga mula berkembang. Ia adalah salah satu cara terbaik untuk mengendalikan bayi yang sedang melalui proses tumbesaran.
Stroller membantu menyediakan kemudahan dan keselesaan bergerak terbaik untuk bayi. Perlukah setiap keluarga yang mempunyai anak kecil untuk membeli kereta sorong? Adakah terdapat panduan untuk membelinya? Ikuti artikel ini untuk mendapatkan kupasan yang lebih mendalam. Berikut adalah 9 stroller bayi terbaik di Malaysia.
Apakah jenis stroller yang dijual dipasaran?
Terdapat pelbagai jenis stroller yang dibuat mengikut keperluan ibu bapa dan juga umur bayi. Stroller juga boleh didapati dalam pelbagai ciri seperti ringan, bersaiz penuh, berkembar dan boleh dijadikan tempat duduk kereta bayi.
Bolehkah anda meletakkan bayi yang baru lahir di dalam stroller?
Jawapannya Ya! Namun, anda perlulah memastikan bahawa stroller yang digunakan boleh dibaringkan. Hal ini kerana bayi yang baru lahir tidak mempunyai kekuatan untuk mengangkat kepala atau duduk dengan sendiri. Oleh itu, anda boleh mendapatkan stroller yang dilengkapi dengan ciri sandaran yang boleh laras sekurang-kurangnya 145 darjah.
9 Stroller Bayi Terbaik di Malaysia 2023
1. Baby Throne Advance Stroller

Baby Throne Advance Stroller boleh dilaraskan sehingga 175 darjah yang menjadikannya sesuai digunakan untuk bayi yang baru lahir. Stroller bayi ini didatangkan dengan aksesori seperti penutup kaki, kelambu, ‘bumper bar’ dan pemegang botol bagi memudahkan anda menggunakannya ketika berada di luar rumah. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan roda hadapan yang mempunyai sistem anti kejutan bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku.
Spesifikasi:
- Bahan: Kain, Logam, Getah
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Boleh dilipat
✅ Didatangkan dengan aksesori
✅ Suspensi roda hadapan
Harga: RM269.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Mikubi Baby Stroller MS8876-BR

Mikubi Baby Stroller MS8876-BR menawarkan tempat duduk dengan putaran 360 darjah serta dilengkapi dengan teknologi ISOFIX bagi memudahkan anda untuk mengendalikannya. Stroller bayi ini mempunyai reka bentuk berbentuk telur yang memberikan keselesaan yang optimum kepada bayi anda. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan 5 sistem keselamatan serta 3 tali pinggang keselamatan utama untuk melindungi bayi anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Kain, Logam, Getah
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ ‘5-point harness’ keselamatan
✅ Reka bentuk berbentuk telur
✅ Putaran 360 darjah
Harga: RM149.88 – RM 289.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Sweet Heart Paris Baby Stroller ST250

Sweet Heart Paris Baby Stroller ST250 merupakan antara stroller yang digemari oleh pengguna. Katil ini diperbuat daripada 100% fabrik serta ia dilengkapi dengan ciri boleh dilipat yang membolehkannya disimpan di tempat atau ruangan yang sempit seperti di bawah katil atau di dalam bonet kereta anda. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan bahagian kepala yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan bayi anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Kain, Mesh, Logam, Getah
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Kanopi boleh dilaraskan
✅ Bar ‘bumper’ boleh tanggal
✅ ‘3 point safety belt’ boleh laras
Harga: RM129.00 – RM 139.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Mikubi Baby Stroller Cabin V6-1/LB6-6A

Mikubi Baby Stroller Cabin V6-1/LB6-6A merupakan stroller bayi serba guna yang didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas dan ringan. Hal ini memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan bumbung penutup yang mampu menghalang cahaya UV daripada terkena kulit bayi anda. Stroller ini mampu menampung berat sehingga 20 kg.
Spesifikasi:
- Bahan: Kain, Kulit, Logam, Getah
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Tempat duduk boleh baring
✅ Pemegang tahan haba
Harga: RM199.98 – RM349.88
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. AMGO Premium Baby Stroller

AMGO Premium Baby Stroller mempunyai ciri penyerapan hentakan berkualiti tinggi. Ia dilengkapi dengan dwi spring pada bahagian roda hadapan yang berfungsi untuk meminimumkan gegaran apabila stroller berada di atas jalan yang tidak rata. Stroller bayi ini mempunyai permukaan yang luas bagi membolehkan peredaran udara berlaku dengan baik. Selain itu, ia juga mempunyai ruang penyimpanan di bahagian bawah bagi membolehkan anda meletakkan barangan keperluan bayi.
Spesifikasi:
- Bahan: Aluminium, Lycra, Fabrik
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Mempunyai ciri penyerapan hentakan
✅ Permukaan lebar
✅ Reka bentuk ‘bassinet’
Harga: RM348.88
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Mikubi 2 Way Baby Stroller

Stroller Bayi Mikubi 2 Way boleh dilaraskan dalam pelbagai sudut mengikut kesesuaian dan keselesaan bayi anda. Stroller ini dilengkapi dengan tingkap belakang yang boleh dibuka dan ditutup dengan mudah bagi membolehkan anda memantau bayi anda dengan jelas. Bukan itu sahaja, ia juga boleh dilipat selepas digunakan sekali gus memudahkan penyimpanan dan tidak memakan banyak ruang.
Spesifikasi:
- Bahan: Fabrik, Logam, Getah
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Tayar belakang dengan kunci keselamatan
✅ Pelapik tempat duduk boleh tanggal
✅ Mempunyai tempat letak botol
Harga: RM189.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Chicco Goody Plus Stroller

Chicco Goody Plus Stroller merupakan stroller dengan reka bentuk yang ringan dan padat serta mudah untuk digunakan semasa berjalan-jalan di taman atau urusan harian. Stroller ini mempunyai ciri lipat automatik, di mana ia boleh melipat stroller secara automatik dengan hanya satu sentuhan. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kusyen yang tebal bagi memberikan keselesaan yang maksimum kepada anak anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Kain, Aluminium, Getah
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Pemegang & bar ‘bumper’ berkualiti
✅ Tempat duduk dengan tali bahu dan kusyen empuk
✅ Kalis air dan kanopi UV 50+
Harga: RM1,099.00 – RM1,199.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Joie Aire Twin Stroller

Joie Aire Twin Stroller merupakan stroller yang sesuai digunakan oleh keluarga yang mempunyai lebih daripada seorang bayi atau bagi mereka yang mempunyai anak kembar. Stroller bayi ini agak ringan dan mempunyai struktur yang utuh dan mantap bagi melancarkan penggunaan ketika berada di atas jalan yang tidak rata. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai tempat duduk yang boleh disesuaikan dan dilaraskan secara individu untuk memenuhi keperluan serta keselesaan kedua-dua bayi anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Fabrik, Aluminium, Getah
- Negara Pengeluar: United Kingdom
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Tempat duduk boleh dilaraskan
✅ Ringan
✅ Fleksibel
Harga: RM899.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Graco Modes 3 in 1 Click Connect Travel System, Dayton

Graco Modes 3 in 1 Click Connect Travel System, Dayton merupakan antara stroller bayi pilihan ramai. Stroller ini didatangkan dengan kusyen boleh tanggal bagi memudahkan anda untuk meletakkanya mengikut keselesaan anak anda. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri penyerapan impak (shock absorption) dan kusyen perlindungan impak di bahagian sisi serta tali pinggang keledar. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai ‘SnugLock’ bagi memberikan perlindungan tambahan kepada bayi anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Fabrik, Aluminium, Getah
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Sarung ‘harness’ boleh ditanggal
✅ Tempat duduk boleh dilaras
✅ Mudah untuk dilipat
Harga: RM1,990.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.