10 Sunscreen Terbaik di Malaysia 2025

Penggunaan sunscreen adalah penting bagi melindungi kulit kita daripada kesan radiasi ultraviolet (UV) matahari yang merosakkan. Sinar UV boleh menyebabkan kulit anda terbakar, cepat menua dan meningkatkan risiko kanser kulit. Sunscreen dihasilkan untuk membentuk penghalang yang boleh menyerap atau memantulkan sinar ray berbahaya, sekali gus mengurangkannya daripada menembusi kulit.

Namun begitu, kesan perlindungan daripada sunscreen berkurang dari semasa ke semasa disebabkan peluh, pendedahan terhadap air dan minyak semula jadi daripada kulit. Oleh sebab itu, adalah penting untuk menggunakan atau menambah sapuan sunscreen pada kulit ada setiap 2 jam, terutamanya jika anda berenang atau kuat berpeluh. Semua ini adalah untuk memastikan perlindungan yang berkesan dan berterusan pada kulit anda. Selain itu, penggunaan sunscreen semula juga dapat membantu mengekalkan keberkesanannya dan meningkatkan pertahanan kulit daripada sinar UV yang merosakkan. Ia juga menyokong kulit agar lebih sihat dalam jangka masa panjang. Berikut adalah 10 sunscreen terbaik di Malaysia untuk anda cuba.

Apakah Bahan Utama Yang Perlu Dicari Dalam Sunscreen?

Apabila memilih sunscreen, adalah penting untuk mempertimbangkan bahan aktif yang melindungi kulit anda daripada sinar UV yang berbahaya. Terdapat dua jenis bahan aktif utama dalam sunscreen, iaitu penapis fizikal (atau mineral) dan penapis kimia (atau organik). Berikut adalah bahan-bahan utama yang perlu diperhatikan:

  1. Fizikal (Mineral) Bahan Sunscreen 
  • Zinc Oxide
    Zinc Oxide adalah bahan penting dalam sunscreen kerana ia menawarkan perlindungan secara menyeluruh terhadap sinar UVA dan sinar UVB. Hal ini menjadikannya pilihan yang sesuai untuk individu yang berkulit sensitif. Secara khususnya, bahan ini memantul dan menyebarkan radiasi UV, sekali gus menyediakan perlindungan matahari yang praktikal dan berkesan untuk pelbagai jenis kulit.
  • Titanium Dioxide
    Titanium Dioxide merupakan bahan utama dalam sunscreen. Bahan ini menawarkan perlindungan terhadap sinar UV dan sinar UVB. Selain itu, ia dikenali kerana toleransinya yang sangat baik terhadap kulit sensitif. Hal ini kerana bahan ini bertindak sebagai penghalang fizikal, sekali gus mencipta lapisan perlindungan yang memantul dan menyebarkan radiasi UV yang berbahaya. Oleh sebab itu, bahan ini menjadi pilihan untuk dirangkumi dalam sunscreen kerana ia memberi perlindungan lembut daripada matahari.
  1. Kimia (Organik) Bahan Sunscreen 
  • Avobenzone
    Bahan ini kerap digunakan bersama penapis lain kerana ia menyumbang kepada pertahanan secara menyeluruh terhadap radiasi UVA dan UVB. Oleh sebab bahan ini mudah rosak akibat cahaya matahari, ia dipadankan dengan agen penstabil untuk mengekalkan keberkesanannya sekali gus kulit anda mendapat perlindungan secara berterusan daripada sinar matahari.
  • Octocrylene
    Bahan ini biasanya digunakan bersama penapis lain dan ia turut meningkatkan keupayaan sunscreen untuk melindungi kulit anda yang terdedah daripada sinar UVB. Octocrylene juga memberikan kestabilan kepada penapis UV lain melalui formulasinya, sekali gus memastikan keberkesanan dan ketahanan perlindungan yang diberikan oleh sunscreen ini. 
  • Octinoxate (Octyl Methoxycinnamate)
    Bahan penting ini biasanya dimasukkan ke dalam sunscreen kerana ia berupaya melindungi kulit anda daripada sinaran UVB. Jadi, perkara ini penting untuk diketahui kerana ada sesetengah individu mendapat iritasi kulit sebagai kesan sampingan akibat penggunaan bahan ini. Jadi, mana-mana individu yang mempunyai kulit sensitif perlu berhati-hati dalam memilih sunscreen anda. Pastikan anda mempunyai sunscreen alternatif untuk perlindungan kulit anda daripada sinaran UV sekiranya bahan ini memberi anda iritasi kulit.
  • Homosalate
    Bahan ini menyerap sinaran UVB dengan cekap, sekali gus menyumbang kepada keupayaan sunscreen untuk melindungi jenis radiasi UV yang khusus ini. Selain itu, bahan ini sering dimasukkan dalam formulasi bersama penapis lain agar ia dapat bertindak bersama untuk meningkatkan perlindungan UVB secara keseluruhannya daripada sunscreen tersebut.
  • Oxybenzone (Benzophenone-3)
    Oxybenzone atau dikenali sebagai Benzophenone-3 merupakan bahan sunscreen yang boleh menyerap sinar UVA dan UVA. Walaupun ia dengan efektifnya dapat memberikan perlindungan daripada matahari, kesannya terhadap alam sekitar, gangguan hormon dan juga keselamatan penggunaannya masih lagi dikhuatiri ramai.

Bagaimanakah Memilih Sunscreen Yang Sesuai Untuk Kulit Anda di Malaysia?

Terdapat pelbagai pilihan sunscreen di pasaran, jadi anda perlu mengetahui faktor-faktor yang boleh membantu anda untuk memilih sunscreen yang sesuai. Anda perlu mengambil kira jenis kulit anda, bahan dalam sunscreen tersebut dan juga jumlah SPF yang ditawarkan oleh sunscreen tersebut sebelum membelinya.

  1. Jenis Kulit

Setiap orang mempunyai jenis dan tekstur kulit yang berbeza. Jadi, mencari sunscreen yang sesuai dengan kulit anda adalah sangat penting. Sebagai contoh, sunscreen untuk kulit berminyak tidak sesuai untuk individu yang berkulit kering. Anda perlu mengetahui kondisi kulit anda sebelum membeli sunscreen. Sesetengah sunscreen direka khusus untuk kulit sensitif atau mereka yang mempunyai masalah kulit seperti berjerawat atau berminyak. Jadi, untuk mengelakkan iritasi kulit atau liang kulit tersumbat, anda perlu memilih sunscreen yang sesuai dengan jenis kulit anda.

skin-types
Kredit Gambar: Sublime Life
  1. Bahan

Apabila memeriksa senarai bahan, carilah bahan aktif yang penting seperti Titanium dioxide, Zinc Oxide, Avobenzone, atau Mexoryl SX. Bahan-bahan ini menawarkan perlindungan daripada sinar UVA dan UVB secara berkesan. Jika anda suka menggunakan sunscreen yang lebih semula jadi atau reef-safe sunscreen, anda perlu elakkan bahan seperti Oxybenzone atau paraben.

  1. Jumlah SPF 

Tidak kira sejauh mana perlindungan yang anda perlukan atau lama mana anda berada di luar rumah, perkara penting yang harus anda ambil kira sebelum memilih sunscreen adalah jumlah SPF yang terkandung dalam sunscreen tersebut. Hal ini kerana terdapat beberapa sunscreen yang mempunyai faktor SPF yang lebih tinggi dan khusus diformulasikan untuk aktiviti luar. Jumlah SPF yang paling biasa digunakan di Malaysia adalah SPF 30, SPF 50, dan SPF 50+. Kesemuanya menawarkan perlindungan tambahan, terutamanya semasa kulit anda terdedah kepada matahari secara berpanjangan atau semasa melakukan aktiviti fizikal yang lasak.

Ketahulah produk penjagaan wajah yang berkualiti sebelum anda menggunakan sunscreen:

  1. Pencuci Muka Terbaik di Malaysia
  2. Moisturiser Terbaik di Malaysia
  3. Serum Terbaik di Malaysia
  4. Toner Terbaik di Malaysia

10 Sunscreen Terbaik di Malaysia 2025

1. Kiehl’s Ultra Light Daily UV Defense Aqua Gel

Kiehls-Ultra-Light-Daily-UV-Defense-Aqua-Gel
Kredit Gambar: Kiehl’s Malaysia

Kiehl’s Ultra Light Daily UV Defense Aqua Gel merupakan sunscreen non-comedogenic yang menawarkan perlindungan tinggi serta tekstur sapuan yang ringan dan terbaik bagi sunscreen yang ada di Malaysia. Ia diformulasi khusus untuk kulit berminyak, jadi sunscreen yang bertekstur ringan seperti air ini diuji dalam keadaan lembap untuk memberikan kelembapan kepada kulit anda, serta melindungi kulit anda daripada sinar UV yang berbahaya agar wajah anda bebas minyak, licin dan dilindungi. Dengan SPF 50 PA++++ dan perlindungan daripada pencemaran, sunscreen aqua gel ini  membantu menyegarkan dan melindungi kulit anda secara berkesan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua/Water, Alcohol Denat., DiisopropylSebacate, Isopropyl LauroylSarcosinate, Ethylhexyl Triazone, Propylene Glycol, Bis-Ethylhexyloxyphenol Methoxyphenyl Triazine, Diethylamino HydroxybenzoylHexyl Benzoate, Titanium Dioxide, Glycerin, Methyl Methacrylate Crosspolymer, Drometrizole Trisiloxane, Tocopherol, Stearic Acid, Phenoxyethanol, Cetyl Alcohol, Palmitic Acid, Styrene/Acrylates Copolymer, Ceteth-10, Caprylyl Glycol, Menthoxypropanediol, Dextrin Palmitate, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Aluminum Hydroxide, Ammonium Polyacryloyldimethyl Taurate, Butylene Glycol, Potassium Hydroxide, PEG-8 Laurate, Disodium EDTA, Adenosine, Myristic Acid, Gentiana Lutea Root Extract, Pentylene Glycol, Mentha Piperita Extract/Peppermint Extract, Butyrospermum Parkii Seedcake Extract/Shea Seedcake Extract, Rosa Gallica Flower Extract, Sorbitol, Moringa Oleifera Seed Extract, Disodium Phosphate, Citric Acid
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 30 ml 

Kelebihan:

Sunscreen non-comedogenic
Meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit
Menggalakkan perlindungan antioksidan

Harga: RM172.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Shiseido The Perfect Protector Suncare SPF50+ PA++++

Shiseido-The-Perfect-Protector-Suncare-SPF50-PA
Kredit Gambar: Shiseido

Shiseido The Perfect Protector Suncare SPF50+ PA++++ telah mengalami reformulasi dengan teknologi inovatif SynchroShield™ yang menyesuaikan produk ini dengan perubahan persekitaran. Sunscreen ini menggunakan teknologi Wetforce, yakni ia meningkatkan perlindungannya saat kulit anda bersentuhan dengan air atau peluh. Sementara itu, teknologi HeatForce yang baru pula memberi respon yang sama terhadap panas matahari. Diaktifkan oleh panas, air dan peluh, teknologi eksklusif SynchroShield™ SHISEIDO ini memperkuat lapisan pelindung UV sementara bahan-bahan penjagaan kulit yang terinfus di dalamnya membantu mencegah kedutan, garis halus ataupun tona kulit tidak sekata pada kulit anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Dimethicone, Water (Aqua), Zinc Oxide, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Alcohol, Cyclopentasiloxane, Methyl Methacrylate Crosspolymer, Diisopropyl Sebacate, Talc, Ethylhexyl Salicylate, Isododecane, Octocrylene, Peg/ppg-9/2 Dimethyl Ether, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, Titanium Dioxide, Peg-9 Polydimethylsiloxyethyl Dimethicone, Dextrin Palmitate, Glycerin, Silica, Vinyl Dimethicone/methicone Silsesquioxane Crosspolymer, Xylitol, Ppg-17, Trimethylsiloxysilicate, Bis-ethylhexyloxyphenol Methoxyphenyl Triazine, Phenylbenzimidazole Sulfonic Acid, Isostearic Acid, Bis-butyldimethicone Polyglyceryl-3, Disteardimonium Hectorite, Aluminum Hydroxide, Stearic Acid,  Aminomethyl Propanediol, Hydrogen Dimethicone, Fragrance (Parfum), Trisodium Edta, Peg-6, Distearyldimonium Chloride, Bht, Tocopherol, Butylene Glycol, Peg/ppg-14/7 Dimethyl Ether, Isopropyl Alcohol, Saxifraga Sarmentosa Extract, Iron Oxides (Ci 77491), Sodium Metabisulfite, Camellia Sinensis Leaf Extract, Syzygium Jambos Leaf Extract, Sophora Angustifolia Root Extract
  • Negara Pengeluar: Jepun
  • Saiz: 50 ml 

Kelebihan:

Mudah disapu rata pada kulit.
Melindungi kulit daripada pencemaran
Mengelak terjadinya kedutan pada kulit wajah

Harga: RM195.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. ANESSA Perfect UV Sunscreen Skincare Milk

ANESSA-Perfect-UV-Sunscreen-Skincare-Milk
Kredit Gambar: eBay

ANESSA Perfect UV Sunscreen Skincare Milk merupakan sunscreen yang mempunyai pertahanan UV terbaik dengan SPF50+ PA++++ untuk perlindungan secara menyeluruh sekali gus memberi manfaat kepada penjagaan kulit yang berkesan. Selain melindungi kulit daripada sinar UV, sunscreen ini juga memberi manfaat penjagaan kulit yang efektif kepada anda. Teknologi AQUA BOOSTER mereka yang terkenal telah berevolusi menjadi AQUA BOOSTER EX yang mana meningkatkan persembahan keberkesanan produk ini. Ia diinfuskan dengan 50% bahan kecantikan serta menghidrasi cepat dan memperbaiki kulit. Tekstur sunscreen ini lembut dan terasa nyaman apabila dipakai. Selain itu, ia memperkuat penghalang UV apabila kulit terdedah kepada peluh atau air agar kulit dilindungi secara menyeluruh. Teksturnya yang ringan tidak meninggalkan kesan putih atau tompokan manakala aroma wangian sabun citrusnya menambah kesegaran pada rutin harian anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Water (Aqua), Dimethicone, Zinc Oxide, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Cyclopentasiloxane, Talc, Methyl Methacrylate Crosspolymer, Alcohol, Diisopropyl Sebacate, Isododecane, Octocrylene, PEG/PPG-9/2 Dimethyl Ether, Zea Mays (Corn) Starch, Ethylhexyl Salicylate, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, Titanium Dioxide, PEG-9 Polydimethylsiloxyethyl Dimethicone, Glycerin, Isopropyl Myristate, Sucrose Tetrastearate Triacetate, Silica, Polysilicone-15, PPG-17, Dextrin Palmitate, Trimethylsiloxysilicate, BIS-Ethylhexyloxyphenol Methoxyphenyl Triazine, Isostearic Acid, Triethoxycaprylylsilane, Disteardimonium Hectorite, Aluminum Hydroxide, Stearic Acid, Sodium Chloride, PEG-6, Fragrance (Parfum), BHT, Tocopherol
  • Negara Pengeluar: Jepun
  • Saiz: 60 ml

Kelebihan:

Tidak meninggalkan kesan putih
Membaiki kulit
Wangian sabun citrus yang menyegarkan

Harga: RM229.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Heliocare Ultra 90 Gel SPF50+

Heliocare-Ultra-90-Gel-SPF50
Kredit Gambar: Care to Beauty

Heliocare Ultra 90 Gel SPF50+ diformulasikan dengan Fernblock®, iaitu bahan tambahan hebat yang terkenal dengan keberkesanannya dalam menyediakan perlindungan imun terhadap sinar UV yang berbahaya. Ia bertindak sebagai antioksidan yang melindungi kulit anda daripada cahaya biru, bahaya inframerah, serta sinar UVB dan sinar UVA secara dari dalam. Ia juga mengandungi Phytosphingosine, iaitu bahan antimikrobial dan anti-radang yang berkesan dalam memerangi jerawat serta meningkatkan keadaan masalah kulit anda seperti Atopic Dermatitis agar produk ini lebih berkesan terutamanya untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Octocrylene, Peg/ppg-20/6 Dimethicone, Cyclopentasiloxane, Glycerin, Hexylene Glycol, Ethylhexyl Triazone, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Zinc Oxide (Nano), Polyacrylamide, Styrene/acrylates Copolymer, Phenoxyethanol, Polypodium Leucotomos Leaf Extract, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, C13-14 Isoparaffin, Titanium Dioxide (Nano), Camelia Sinensis Extract, Cetyl Dimethicone, Laureth-7, Tocopheryl Acetate, Dichlorobenzyl Alcohol, Plankton Extract, Parfum, Alumina, Phytosphingosine HCL, BHT, Simethicone, Lecithin, Linalool, Triethoxycaprylylsilane, Lactic Acid, Limonene
  • Negara Pengeluar: Sepanyol
  • Saiz: 50 ml

Kelebihan:

Menawarkan perlindungan imun bagi melawan sinar UV
Mengurangkan jerawat secara berkesan
Sesuai untuk jenis kulit berjerawat

Harga: RM124.95

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. La Roche-Posay Anthelios UVMune 400 Oil Control Gel Cream SPF50+

La-Roche-Posay-Anthelios-UVMune-400-Oil-Control-Gel-Cream-SPF50
Kredit Gambar: La Roche-Posay

La Roche-Posay Anthelios UVMune 400 Oil Control Gel Cream SPF50+ menawarkan perlindungan terhadap sinar ultra-long UVA yang diinovatifkan daripada penapis UV Mexoryl 400. Penapis ini secara berkesannya melindungi kulit anda daripada sinar ultra-long UVA, yang sebenarnya adalah sebahagian daripada sinar UV yang boleh merosakkan kulit anda. Formula ini mengandungi Teknologi Oil-Control dengan menggunakan mikro-partikel Airlicium™ untuk menyerap lebihan sebum dan mengawal sumber kilatan yang ada pada kulit seperti sebum, peluh dan kelembapan. Produk ini mempunyai tekstur krim gel yang ultra-invisible, selain ringan dan tidak meninggalkan kesan putih atau tompokan pada kulit. Semua ini adalah untuk memastikan anda selesa menggunakan produk ini sekali gus mendapat perlindungan daripada matahari secara berkesan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua / Water, Diisopropyl Sebacate, Silica, Alcohol Denat., Ethylhexyl Salicylate, Ethylhexyl Triazone, Bis-Ethylhexyloxyphenol Methoxyphenyl Triazine, Diisopropyl Adipate, Peg-8, Dipropylene Glycol, C12-22 Alkyl Acrylate / Hydroxyethylacrylate Copolymer, Glycerin, Drometrizole Trisiloxane, Aluminum Starch Octenylsuccinate, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Methoxy Propyl Amino Cyclohexen Ylidene Methyl Ethyl Cyanoacetate, Tocopherol, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, Acrylates Copolymer, Acrylates/c10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Bixa Orellana Seed Extract, Caprylyl Glycol, Citric Acid, Hydroxyacetophenone, Maltodextrin, Pentaerythrityl Tetra-di-t-butyl Hydroxyhydrocinnamate, Pentylene Glycol, Silica Silylate, Sodium Polyacrylate, Terephthalylidene Dicamphor Sulfonic Acid, Triethanolamine, Trisodium Ethylenediamine Disuccinate, Zinc PCA
  • Negara Pengeluar: Perancis
  • Saiz: 50 ml

Kelebihan:

Melindungi kulit daripada sinar ultra- long UVA
Menyerap sebum yang berlebihan
Mempunyai tekstur ultra-invisible

Harga: RM132.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Paula’s Choice Extra Care Non-Greasy Sunscreen SPF 50

Paulas-Choice-Extra-Care-Non-Greasy-Sunscreen-SPF-50
Kredit Gambar: Ubuy

Paula’s Choice Extra Care Non-Greasy Sunscreen SPF 50 mempunyai formula yang hebat dan water-resistant. Produk yang hebat ini diperkaya dengan antioksidan sekali gus menawarkan perlindungan matahari yang optimum untuk kulit anda sewaktu anda beraktiviti di luar atau bersukan. Tekstur losyen sunscreen ini ringan dan melembutkan kulit. Ia mudah disapu pada wajah dan badan, sekali gus memberi penampilan yang halus dan matte yang terasa ringan pada kulit. Ia juga mengandungi Kaolin yang memberikan manfaat berganda kepada kulit anda kerana bahan ini dapat mengeluarkan kotoran dengan lembut sambil mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit. Ia juga membantu menyerap minyak yang berlebihan pada kulit serta menjadikan kulit lebih segar dan berseri.

Spesifikasi:

  • Bahan: Water, Butylene Glycol, PEG-8, Polyethylene, Silica, Dimethicone, Picea Excelsa Wood Extract, Sodium Ascorbyl Phosphate, Retinyl Palmitate, Tocopherol, Tocopheryl Acetate, Titanium Dioxide, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Bentonite, Methyl Glucose Sesquistearate, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Sodium Polyacrylate, Kaolin, Ethylhexylglycerin, Disodium EDTA, Sodium Hydroxide, Phenoxyethanol, Chlorphenesin
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat 
  • Saiz: 148 ml

Kelebihan:

Mudah digunakan di atas kulit muka dan badan
Menyimbangi kelembapan kulit
Memperkaya kulit dengan antioksidan

Harga: RM130.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Laneige Radian-C Sun Cream SPF50+ PA++++

Laneige-Radian-C-Sun-Cream-SPF50-PA
Kredit Gambar: Laneige

Laneige Radian-C Sun Cream SPF50+ PA++++ menyediakan perlindungan matahari dan manfaat kawalan cela yang berkesan. Ia menampilkan sebatian pencerahan yang dipatenkan, iaitu Melasolv, yang aktif melawan dan mengurangkan pigmentasi yang disebabkan oleh sinar UV dan pendedahan kepada zarah. Sunscreen ini melindungi kulit daripada matahari dan menguatkan skin barrier dengan adanya Panthenol dan Ceramide. Kedua bahan ini melegakan iritasi kulit serta menggalakkan kesihatan kulit. Dengan adanya Ceramides, Panthenol dan derivatif VC, bahan-bahan ini dapat meningkatkan ketahanan kulit, menguatkan mekanisma pertahanan kulit dan menjadikan kulit lebih sihat dan berseri.

Spesifikasi:

  • Bahan: Water / Aqua / Eau, 3-o-ethyl Ascorbic Acid, Glycerin, Cetearyl Alcohol, Caprylic/capric Triglyceride, Propanediol, Methyl Trimethicone, Hydrogenated Poly(C6-14 Olefin), Pentaerythrityl Tetraethylhexanoate, Cetearyl Olivate, Potassium Cetyl Phosphate, 1,2-hexanediol, Sorbitan Olivate, Hydroxyethyl Acrylate/sodium Acryloyldimethyl Taurate Copolymer, Limonene, Polymethyl Methacrylate, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/beheneth-25 Methacrylate Crosspolymer, Citric Acid, Fragrance / Parfum, Thymoltrimethoxycinnamate, Disodium Edta, Ethylhexylglycerin, Sorbitan Isostearate, Sodium Citrate, Linalool, Tocopherol, Madecassoside, Citral, Geraniol
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan
  • Saiz: 50 ml

Kelebihan:

Mengurangkan pigmentasi
Menguatkan skin barrier
Meningkatkan daya tahan kulit

Harga: RM128.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Huxley Secret of Sahara Sun Essence: Stay Sun Safe SPF50+ PA++++

Huxley-Secret-of-Sahara-Sun-Essence-Stay-Sun-Safe-SPF50-PA
Kredit Gambar: Kosmetics Beauty

Huxley Secret of Sahara Sun Essence: Stay Sun Safe SPF50+ PA++++ direka secara unik tanpa bahan sunscreen yang boleh menyebabkan iritasi pada mata. Ia cepat menembusi kulit, memberikan kelembapan dan melegakan kulit kering. Formula sunscreen kimia ini tidak meninggalkan kesan putih, mudah digunakan dan memberikan kesan yang menyegarkan apabila anda memakainya. Diperkaya dengan Ceramides yang berasal dari kaktus dan air kaktus, sunscreen ini dapat mengembalikan kelembapan dan sensasi menenangkan pada kulit. Produk ini diperkaya dengan pengemulsi berasaskan minyak sayuran (PEG-FREE), sunscreen yang hypoallergenic ini sangat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif kerana ia memberikan kesan kelembapan yang mengagumkan

Spesifikasi:

  • Bahan: Purified Water, Bogum Cactus Stem Extract, Dibutyl Adipate, Propanediol, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, Polymethylsilsesquioxane, Ethylhexyltriazone, Niacinamide, Methylenebis-benzotriazolyltetramethyl Butylphenol, Coco-caprylate/caprate, Caprylyl Methicone, Diethylhexylbutamidotriazone, 1,2-hexanediol, Glycerin, Butylene Glycol, Bogum Cactus Seed Oil, Ceramide Np, Phytose Phingosine, Hydrogenated Lecithin, Pentylene Glycol, Behenyl Alcohol, Poly C10-30 Alkyl Acrylate, Polyglyceryl-3 methylglucose Distearate, Decyl Glucoside, Tromethamine, Carbomer, Acrylate/c10 -30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Sodium Stearoyl Glutamate, Polyacrylate Crosspolymer-6, Ethylhexylglycerin, Adenosine, Xanthan Gum, T-butyl Alcohol, Tocopherol, Fragrance, Benzyl Salicylate, Hexylcinnamal, Sheet Ronelol, Eugenol, Amylcinnamal
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan
  • Saiz: 50 ml

Kelebihan:

Memberikan keselesaan pada kulit kering
Tidak meninggalkan kesan putih atau white cast
Memberikan kesan yang menenangkan

Harga: RM134.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Uriage Bariésun Silky Lotion SPF50+

Uriage-Bariesun-Silky-Lotion-SPF50
Kredit Gambar: Lyko

Uriage Bariésun Silky Lotion SPF50+ menawarkan perlindungan sinar UV yang hebat untuk semua jenis kulit. Produk ini diperkaya dengan Anti-UVA-UVB Filtering Complex yang mengagumkan bagi memastikan kestabilan fotostabiliti dan perlindungan secara meluas terhadap sinar UVB dan sinar UVA. Selain itu, produk ini juga diperkaya dengan Uriage Thermal Water yang kaya dengan garam mineral dan unsur surih bagi memberikan keselesaan kepada kulit apabila anda menggunakannya. Dengan formulasi losyen yang ringan, tidak berminyak dan wangian yang menyenangkan, anda akan berpuas hati dengan produk ini setiap kali anda menggunakannya. Losyennya yang cepat menyerap juga dapat meningkatkan penggunaan produk ini untuk pengguna yang lebih muda, sekali gus menjanjikan tekstur yang sesuai dengan keperluan mereka.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua (Water, Eau), Dicaprylyl Carbonate, Methylene Bis-Benzotriazolyl Tetramethylbutylphenol[Nano], Ethylhexyl Triazone, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Diisopropyl Sebacate, Propylene Glycol Dicaprylate/Dicaprate, Silica, C12-15 Alkyl Benzoate, Diisopropyl Adipate, Bis-Ethylhexyloxyphenol Methoxyphenyl Triazine, Triacontanyl Pvp, Glycerin, C20-22 Alkyl Phosphate, C20-22 Alcohols, Decyl Glucoside, Butylene Glycol, Glucose, Xanthan Gum, Parfum (Fragrance), Coco-Glucoside, Benzoic Acid, Tetrasodium Edta, Coconut Alcohol, Hydrogenated Polydecene, Tocopheryl Acetate, O-Cymen-5-Ol, Trehalose, Propylene Glycol, Sodium Hydroxide, Citric Acid, Ascorbyl Tetraisopalmitate, Tocopherol, Spirulina Platensis Extract, Polyquaternium-51
  • Negara Pengeluar: Perancis
  • Saiz: 100 ml

Kelebihan:

Finishing tidak berminyak
Menawarkan perlindungan tambahan bagi melawan sinar UV
Memberikan manfaat kulit yang menenangkan

Harga: RM118.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. MooGoo Clear Zinc Sunscreen SPF 40

MooGoo-Clear-Zinc-Sunscreen-SPF-40
Kredit Gambar: MooGoo Skin Care

MooGoo Clear Zinc Sunscreen SPF 40 memberikan penyelesaian semula jadi yang tahan air dengan formula SPF 40 berasaskan Zinc. Bahan aktifnya, iaitu Zinc Oxide, memantulkan sinar UV serta memberi perlindungan meluas tanpa penapis UV kimia. Sunscreen ini boleh digunakan pada wajah dan badan. Selain itu, ia sesuai untuk individu dari pelbagai peringkat umur, seperti bayi, orang dewasa, bayi baru lahir dan sesuai untuk semua jenis kulit, walaupun kulit anda sensitif. Dengan sifat pelembap, ia cukup lembut untuk disapu semula mengikut keperluan anda sepanjang hari.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua, Zinc Oxide, Coco Caprylate, Simmondsia Chinensis Seed Oil, Sorbitan Olivate, Glycerin, Lecithin, Cera Alba, Polyglyceryl-2 Dipolyhydroxyystearate, Galactoarabinan, Polyglyceryl-3 Polyricinoleate, Polyhydroxystearic Acid, 1,2-Hexanediol, Caprylyl Glycol, Tropolone, Cetyl Phosphate, Sodium Chloride, Oleic Acid
  • Negara Pengeluar: Australia
  • Saiz: 120 g

Kelebihan:

Memantulkan sinar UV
Formula ‘water-resistant’
Sesuai untuk semua umur dan jenis kulit

Harga: RM120.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian


Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close