Dalam usaha meningkatkan kesihatan dan jangka hayat, semakin ramai individu yang mencari pendekatan inovatif melalui nicotinamide mononucleotide (NMN). NMN kini menjadi titik fokus dalam kepentingan saintifik. Berdasarkan Healthline, NMN adalah molekul yang wujud secara semula jadi dalam tubuh manusia. Suplemen ini kian mendapat perhatian kerana potensi manfaatnya dalam pelbagai bidang kesihatan.
Saintis terkenal seperti profesor daripada Harvard University dan pakar ‘longevity’ David Sinclair sedang menjalankan siasatan secara aktif tentang implikasi NMN dalam pelbagai bidang seperti ketahanan dan diabetes sehinggalah kepada kondisi hati, kesihatan otak, fungsi jantung dan juga latihan senaman. Dos khusus bagi suplemen NMN ini telah menunjukkan potensi dalam meningkatkan kepekaan insulin, fungsi jantung dan mengurangkan keletihan (dengan kesan sampingan minimal yang direkodkan). Berikut adalah 8 suplemen NMN terbaik di Malaysia.
Apakah Manfaat Pengambilan Suplemen NMN?
Suplemen NMN (Nicotinamide Mononucleotide) mula mendapat perhatian kerana manfaat kesihatannya yang mengagumkan. Sila rujuk gambar di bawah untuk mengetahui kelebihan pengambilan suplemen NMN.

Apakah Dos Yang Dicadangkan Untuk Pengambilan Suplemen NMN?
Berdasarkan NMN.com, anda dinasihatkan untuk memulakan pengambilan suplemen ini dengan dos yang rendah terlebih dahulu. Kemudian, anda boleh meningkatkannya secara berperingkat sambil memantau sebarang kesan yang mungkin dialami semasa anda mengambil suplemen ini. Dapatkan nasihat doktor atau pegawai kesihatan untuk mengetahui jumlah dos yang sesuai buat anda. Cadangan dos ini diberi berdasarkan keadaan kesihatan seseorang individu.
Berikut adalah dos yang dicadangkan berdasarkan umur:
| Kumpulan Umur | Dos Yang Dicadangkan |
|---|---|
| 30 – 60 | 500 mg / sehari |
| Over 65 | 750 mg / sehari |
Jika anda mencari artikel suplemen yang boleh meningkatkan kesihatan, anda boleh baca artikel di bawah:
- Suplemen Kolagen Terbaik di Malaysia
- Suplemen Minyak Ikan terbaik di Malaysia
- Suplemen Kalsium Terbaik di Malaysia
- Suplemen Sendi Terbaik di Malaysia
- Suplemen Untuk Peredaran Darah Terbaik di Malaysia
8 Suplemen NMN Terbaik di Malaysia 2025
1. MotoGene BetAging
MotoGene BetAging menawarkan penyelesaian yang berkesan untuk menangani tanda-tanda penuaan. Suplemen ini dirumus dengan teliti di Jepun dan dihasilkan di Malaysia. Ia diperkaya dengan bahan yang mempunyai elemen anti-penuaan yang berkesan seperti 250 mg NMN yang berkualiti tinggi, Natural Mixed Berry Extract, Acerola Cherry, dan Inulin. Formulasi ini adalah kuasa bagi menentang penuaan.
MotoGene BetAging disahkan oleh HACCP, Halal, dan MeSTI berdasarkan standard kualiti tertinggi bagi memastikan kesahihan dan keselamatan penggunaannya. Selain berkesan melawan proses penuaan, suplemen ini dapat meningkatkan fungsi selular dan menggalakkan kecergasan secara menyeluruh. Ia juga menjadikan kulit lebih sihat, serta meningkatkan metabolisme dan pencernaan melalui manfaatnya yang hebat.
Spesifikasi:
- Jenis: Suplemen (Serbuk)
- Bahan-bahan: Inulin, Mixed Berries Powder, Acerola Powder, Nicotinamide Mononucleotide (NMN)
- Saiz: 30 sachet/ kotak
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Ketulenan NMN Yang Tinggi: Setiap sajian mengandungi 250 mg daripada 99.7% NMN yang tulen. Ia berfungsi sebagai NAD+ booster serta menjadi sebatian penting untuk menghasilkan tenaga selular dan pembaikan DNA.
✅ Kuasa Antioksidan: Diperkaya dengan Natural Mixed Berry Extract, suplemen ini menawarkan sumber antioksidan yang kaya dan penting untuk melindungi sel daripada kerosakan oksidatif serta menjaga kulit agar tetap awet muda.
✅ Kaya Dengan Vitamin C: Penambahan Acerola Cherry yang terkenal dengan kandungan vitamin c yang tinggi boleh membantu pembentukan kolagen, mengurangkan kedutan dan meningkatkan kesihatan kulit.
✅ Sokongan Kesihatan Usus: BetAging NMN mengandungi inulin, iaitu serat prebiotik yang menyokong mikrobioma usus yang sihat. Ia penting untuk penyerapan nutrisi, pencernaan, dan kesejahteraan badan secara menyeluruh.
Harga: RM 350.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Facebook: https://www.facebook.com/MotoGeneBetAgingNMN
Instagram: https://www.instagram.com/motogene_my
2. ProHealth Longevity NMN PRO 500

ProHealth Longevity NMN PRO 500 memastikan penyerapan khasiat yang optimal dapat dilakukan dengan menyasarkan tapak Slc12a8 NMN transporter dalam usus kecil anda. Hal ini dapat meningkatkan penyerapan NMN lebih 100 kali ganda, sekali gus menghasilkan peningkatan dalam bioavailabiliti. Setiap botol mengandungi 60 kapsul, yakni setiap sajian adalah 5,000 mg bagi sekali pengambilan. Suplemen ini boleh diambil sebiji sehari untuk kesihatan secara menyeluruh.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Uthever™ β-Nicotinamide Mononucleotide 500 mg, Cellulose, Tepung beras perang organik
- Saiz: 60 kapsul
- Negara Pengeluar: USA
Kelebihan:
✅ Meningkatkan penyerapan sebanyak 100 kali ganda
✅ Penggunaan harian yang mudah
✅ Melindungi dari asid perut yang berbahaya
Harga: RM 286.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. NMN PLUS

NMN PLUS menampilkan NMN (beta-nicotinamide mononucleotide) yang berkualiti tertinggi dan tulen dalam setiap dos. Suplemen penting ini mengandungi NAD, iaitu sumber sel penting yang menyokong pelbagai fungsi penting dalam badan. Ia membantu meningkatkan kognisi dan mengoptimumkan tenaga selular. Ia mengandungi 60 kapsul enterik yang tiada rasa dan mudah untuk ditelan. Ia juga sesuai untuk vegetarian.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: β-Nicotinamide Mononucleotide 500 mg, Cellulose
- Saiz: 60 kapsul
- Negara Pengeluar: UK
Kelebihan:
✅ Tiada rasa
✅ Kapsul enterik mudah untuk ditelan
✅ Meningkatkan kognisi
Harga: RM 179.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. LIVEMAX NMN

LIVEMAX NMN adalah youth booster untuk belia. Ia berfungsi untuk meningkatkan tahap tenaga, daya otak dan fungsi ingatan. Selain itu, suplemen ini menyokong sistem imun anda sepanjang tahun dengan menawarkan pendekatan yang komprehensif kepada kesejahteraan anda secara menyeluruh. Ia juga boleh menjadi pelengkap yang bermanfaat dalam rutin harian anda bagi meningkatkan kecergasan dan prestasi kognitif, sekali gus menangani pelbagai aspek kesihatan untuk gaya hidup yang lebih sihat dan lasak.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: β-Nicotinamide Mononucleotide 500 mg, Cellulose
- Saiz: 60 kapsul
- Negara Pengeluar: USA
Kelebihan:
✅ Meningkatkan tahap tenaga
✅ Menyokong sistem imun
✅ Youth booster
Harga: RM 179.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. BeNourish NMN

BeNourishTM NMN mengandungi formula yang terdiri daripada UtheverTM NMN, Elderflower, dan L-Cystine yang berfungsi untuk menentang penuaan secara berkesan. Suplemen ini merupakan satu-satunya NMN berjenama yang berdaftar dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ia telah terbukti dapat meningkatkan tahap NAD+ dalam tubuh manusia secara efektif. Selain berfungsi meningkatkan tahap NAD+, suplemen ini juga mengaktifkan gen Sirtuin agar kekal lama, merangsang pembaikan DNA, dan menyumbang kepada pembaharuan kulit. Ia menawarkan pendekatan pelbagai aspek terhadap kesihatan dan kecergasan secara menyeluruh.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Elderflower (42.5%), Dextrose Anhydrous, Beta-Nicotinamide Mononucleotide (NMN) (7.5%), Vitamin C (5%), L-Cystine (5g/100 g)
- Saiz: 30 sachet
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Meningkatkan tahap NAD+
✅ Merangsang pembaikan DNA
✅ Mengaktifkan gen Sirtuin agar kekal lama
Harga : RM 199.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Herbs of Gold NMN+

Herbs of Gold NMN+ merupakan suplemen yang diperkaya dengan RiaGev™. Suplemen ini terbukti secara klinikal dan dihasilkan untuk meningkatkan pengeluaran semula jadi NMN dan NAD+. Suplemen ini berperisa peach yang menyegarkan dan dibungkus dalam sachet bagi memudahkan penggunaannya. Ia bukan sahaja sedap diminum bahkan boleh dijadikan pelengkap dalam rutin harian anda. Suplemen ini sesuai untuk vegetarian dan individu yang berusia 35 tahun ke atas yang sibuk dan sering letih atau lesu. Selain itu, ia juga sesuai untuk mereka yang ingin mengatasi tanda-tanda penuaan sambil menjaga kecergasan fizikal.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: RiaGev™ 500 mg
- Saiz: 30 sachet
- Negara Pengeluar: Australia
Kelebihan:
✅ Meningkatkan pengeluaran semula jadi NMN
✅ Perisa peach
✅ Sesuai untuk mereka yang cepat letih atau lesu
Harga: RM 199.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. LIFE FACTOR® La Jeunifique™ NMN+

La Jeunifique NMN+™ mengandungi dos NMN grade farmaseutikal yang berkesan dengan ketulenan 99%. Suplemen ini terbukti secara klinikal untuk meningkatkan tahap NAD+. Formula ini diperkaya dengan Belight³™, iaitu dark-spot corrector yang memutihkan kulit dan telah diuji secara berkesan oleh pakar dermatologi di Perancis. Suplemen ini merupakan minuman campuran botani yang dilesenkan dalam bungkusan sachet bagi membolehkan pengguna mencampurkannya ke dalam minuman kegemaran mereka dengan mudah.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Uthever™ NMN (300 mg), Belight³™ (300 mg)
- Saiz: 15 sachet
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Mengatasi penuaan pramatang
✅ Tona kulit sekata
✅ Mudah dicampur dalam minuman
Harga: RM 159.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Kordel’s NM-YoUTH

Kordel’s NM-YOUTH menawarkan minuman campuran beri ‘premix infused’ dengan NMN sebagai penyelesaian untuk masalah anti-penuaan. Minuman ini dibuatkan untuk menyokong pembahagian sel yang sihat dalam badan anda. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menghasilkan kulit baharu yang lebih halus dan tahan lasak.
Minuman ini juga telah menunjukkan keberkesanannya dalam meningkatkan tempoh tidur yang berkualiti dan mengoptimumkan nisbah tidur REM dalam kalangan individu berumur 45 hingga 75 tahun. Tambahan pula, suplemen ini juga membantu meningkatkan sensitiviti insulin otot, sekali gus menangani masalah secara keseluruhan bagi mereka yang mencari manfaat anti-penuaan yang komprehensif.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Isomaltulose, Mixed Berries Juice Powder (20.0%), UtheverTM Nicotinamide Mononucleotide 600 mg (NMN) (20.0%), Cherry Blossom Flavour, Anticaking Agent (Silicon Dioxide), Pemanis (Sucralose)
- Saiz: 30 sachet
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Menyokong pembahagian sel yang sihat
✅ Membantu tidur nyenyak
✅ Meningkatkan sensitiviti insulin otot
Harga: RM 258.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.


