Sushi maker direka khas untuk penggemar sushi yang berminat untuk mempelajari cara membuat sushi di rumah. Ia membantu anda menghasilkan pelbagai variasi bentuk sushi yang kreatif yang boleh dinikmati bersama orang tersayang. Selain itu, Ia juga meningkatkan kemahiran memotong dadu, menghiris dan menggulung dalam masa yang singkat, bolehlah selepas ini anda menghidangkan sushi kepada tetamu.
Sushi maker mempunyai banyak variasi yang boleh didapati di kedai ataupun dalam talian yang mungkin menyukarkan anda dalam membuat pilihan. Jangan risau, berikut adalah 8 sushi maker terbaik yang boleh anda temui di Malaysia.
Apa Itu Sushi?
Sushi adalah hidangan popular dari Jepun yang terdiri daripada nasi bercuka dengan tambahan gula dan garam, kemudian dicampurkan dengan pelbagai jenis bahan seperti makanan laut dan sayur-sayuran mentah atau telur. Bahan tambahan tersebut boleh ditambah dalam keadaan mentah, dimasak atau diperam. Bahan utama untuk membuat sushi ialah nasi sushi.
Berapa banyak jenis sushi yang ada?
Terdapat 6 jenis sushi utama yang boleh anda dapati di kebanyakan restoran sushi berhampiran anda. Mengetahui jenis sushi dapat membantu anda dalam memilih menu sushi yang anda gemari. Senarai di bawah adalah jenis sushi utama yang boleh anda nikmati bersama keluarga dan rakan anda:
- Sashimi
- Nigiri
- Chirashi
- Maki
- Uramaki
- Temaki
8 Sushi Maker Terbaik di Malaysia 2023
1. Various Shapes Sushi Maker

Sushi maker ini merupakan pembuat sushi paling praktikal dan mudah dikendalikan oleh mereka yang baru mempelajari cara pembuatan sushi. Diperbuat dengan bahan anti-lekat seperti polipropilena gred makanan dapat menghasilkan produk akhir yang sempurna. Terdapat 6 bentuk yang anda boleh pilih mengikut bentuk kesukaan anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Polypropylene
- Bentuk: Plum Blossom, Peppa Pig, Heart, Mickey, Triangle, Bear
Kelebihan:
✅ Pelbagai bentuk comel
✅ Material tidak melekit
Harga: RM1.28
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Sushi Maker Kit Roll Mould

Sushi maker ini sangat sesuai untuk amatur kerana reka bentuknya yang mudah dapat menghasilkan sushi dalam masa yang singkat, anda hanya perlu menambah kesemua bahan dalam cetakan dan ia akan menghasilkan bentuk sushi yang sempurna. Ia juga alatan terbaik yang untuk dibawa ketika berkelah, melancong dan sebagainya. Selamat untuk menggunakan mesin pencuci pinggan.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
Kelebihan:
✅ Mudah digunakan
✅ Bahan kukuh
Harga: RM5.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Sushi Kimbap Mould Maker

Sushi Kimbap Mould Maker membolehkan anda meletakkan semua bahan yang biasa anda temui dalam sushi dan kimbap seperti salmon, timun, lobak merah, acar lobak dan banyak lagi mengikut kesukaan anda. Ia diperbuat daripada plastik fleksibel yang boleh menghasilkan bentuk nasi yang sempurna dan bulat. Ia juga mudah disimpan dan tidak menggunakan ruang yang banyak kerana cirinya yang padat.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
Kelebihan:
✅ Mudah digunakan
✅ Mesra perjalanan
Harga: RM3.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Sushi Mould Nigiri Maker

Sushi Mold Nigiri Maker adalah acuan terbaik untuk membuat sushi jenis Nigiri, ekoran acuan ini membolehkan anda mengisi nasi sushi untuk dijadikan bentuk bujur. Tambahan pula, rekaannya yang mempunyai pemegang panjang dapat memudahkan dan memberi keselesaan kepada anda ketika membuat Nigiri. Apa itu sushi Nigiri? Nigiri adalah timbunan nasi bersaiz gigitan yang lazimnya dihiasi dengan makanan laut mentah seperti salmon, tuna dan sotong.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
Kelebihan:
✅ Bagus untuk membuat Nigiri
✅ Mudah dikendalikan
Harga: RM3.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Sushi Bamboo Mat

Tikar buluh atau juga dikenali sebagai Makisu, diperbuat daripada tali buluh dan kapas mesra alam dan direka bagi tujuan penyediaan sushi. Ia biasanya digunakan untuk membuat Makizushi iaitu sushi gulung Jepun yang terdiri daripada rumpai laut dan beras cuka yang diisi dengan pelbagai inti. Sushi maker jenis ini mudah didapati di pasaran sama ada di pasar raya mahupun di dalam talian.
Spesifikasi:
- Bahan: Bamboo
- Jenis: Normal White, Green Bamboo
Kelebihan:
✅ Tahan lama
✅ Pelbagai jenis
Harga: RM1.20 – RM5.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Rice Ball Sushi Shaker

Ball shaker ini sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai anak kecil kerana ia membolehkan anda membuat pelbagai variasi bebola nasi dengan inti atau “topping” yang menarik. Ia diperbuat daripada bahan mesra alam dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Sekiranya anda membeli set acuan ini anda akan disertakan senduk nasi sebagai item tambahan.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik, Jerami Gandum
- Jenis: Bola, Kartun, Itik
Kelebihan:
✅ Bahan tahan lasak
✅ Cara makan yang menyeronokkan
Harga: RM1.49 – RM2.89
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. 5 Rolls Sushi Maker

5 Rolls Sushi Maker ini didatangkan dengan jumlah petak berbentuk segi empat sama yang membolehkan anda membuat 5 Nigiri sekaligus. Cirinya yang inovatif dapat menjimatkan masa dan memudahkan keseluruhan proses pembuatan sushi untuk dinikmati bersama keluarga anda. Sushi maker ini antara alatan sushi yang paling digemari ekoran kualitinya yang tinggi, konsisten, keupayaan menahan tekanan tinggi dan boleh bertahan lamai.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
Kelebihan:
✅ Belian berbaloi
✅ Mudah dicuci
Harga: RM4.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Multipurpose Sushi Maker

Sushi maker ini diperbuat daripada bahan plastik berkualiti premium yang mudah dicuci. Anda boleh menggunakan pembuat sushi ini untuk menyediakan pelbagai jenis makanan seperti sushi, sandwic dan kek. Ia juga berbaloi untuk dibeli kerana setiap pek akan mengandungi 6 bentuk pembuat sushi yang berbeza pada harga yang berpatutan.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
Kelebihan:
✅ Pelbagai bentuk
✅ Bahan tahan lama
Harga: RM2.07
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.