10 Tablet Terbaik untuk Pelajar di Malaysia 2025

Pelajar dari semua peringkat umur menggunakan tablet sebagai alat pendidikan dalam masyarakat pembelajaran moden hari ini. Jika dibandingkan dengan buku teks tradisional dan bahan bilik darjah, tablet adalah cara yang lebih mudah untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran yang indah kerana paparan sentuhan dan aplikasi interaktif. Tablet  merupakan peranti ringan yang dilengkapi dengan Wi-Fi dan juga boleh dijadikan sebagai komputer riba mini apabila digunakan bersama-sama dengan papan kekunci tanpa wayar.

Tablet sangat memberi manfaat kepada pelajar dengan mengakses buku teks digital, mengambil nota dan berinteraksi dengan pelajar lain dalam tugasan sekolah. Oleh kerana kebanyakan bahan kelas adalah berasaskan digital, maka ia menjimatkan wang daripada membayar kos buku teks dan mengurangkan berat beg galas pelajar. Tablet juga membolehkan pelajar menyesuaikan bahan kajian mereka dengan keperluan tertentu dan mengikut keutamaan pembelajaran mereka. Tablet juga boleh digunakan untuk persembahan multimedia dan tugasan penulisan serta penyelidikan. Berikut adalah 10 tablet terbaik untuk pelajar-pelajar di Malaysia.

Saiz Tablet Apakah yang Sesuai Untuk Pelajar?

Hal ini bergantung kepada jenis penggunaan tablet yang diperlukan oleh pelajar. Tablet yang lebih besar, bersaiz 10 hingga 12 inci biasanya mempunyai skrin yang lebih besar untuk memudahkan pelajar melakukan tugasan mereka. Bagi tablet yang lebih kecil, bersaiz antara 7 hingga 8 inci, lazimnya lebih bersifat mudah alih.

Adakah Tablet Saya Memerlukan Pembelian Papan Kekunci?

Papan kekunci boleh membantu jika tablet digunakan terutamanya untuk mengambil nota dan penulisan esei. Walau bagaimanapun, papan kekunci mungkin tidak diperlukan jika tablet digunakan terutamanya untuk ‘browser’ dalam talian dan penggunaan media.

10 Tablet Terbaik untuk Pelajar di Malaysia 2025

1. Samsung Galaxy P20

Samsung-Galaxy-P
Kredit Gambar: Shopee

Samsung Galaxy P20 mempunyai CPU Snapdragon 865, pemproses teras OCTA dan sentuhan 10 mata untuk kemudahan anda. Tablet ini mempunyai proses laminasi penuh sel dengan lapisan Oleophobic dan menyokong kad mikroSD sehingga 2TB. Tablet ini menyokong sensor graviti, cahaya dan jarak.

Spesifikasi:

  • Resolusi: 2560 x 1600
  • RAM: 16 GB
  • Saiz: 12 inci

Kelebihan:

✅ Kamera hadapan 24 MP
✅ Kamera belakang 32 MP
✅ Sentuhan 10 mata

Harga: RM 298.99

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Microsoft Surface 3

Microsoft-Surface-
Kredit Gambar: Shopee

Microsoft Surface 3 ialah tablet pelbagai fungsi dengan OS Windows. Tablet ini dilengkapi dengan pen stylus yang boleh digunakan untuk melukis atau mengambil nota dan penutup papan kekunci boleh tanggal. Ia boleh mengendalikan kerja-kerja pengkomputeran harian seperti mengambil nota dan membaca kerana paparan skrin sentuh 10.8 inci dan keupayaan pemproses Intel Atom.

Spesifikasi:

  • Resolusi: 1920 x 1080
  • RAM: 16 GB
  • Saiz: 10.8 inci

Kelebihan:

✅ Bluetooth ‘built in’
✅ USB 3.0
✅ Slot kad MicroSD

Harga : RM 580.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Samsung Galaxy Tab A7 Lite

Samsung-Galaxy-Tab-A-Lite-
Kredit Gambar: Shopee

Samsung Galaxy Tab A7 Lite adalah tablet kos efektif dengan skrin 8.7 inci dan pemproses ‘quad-core’, menjadikannya sesuai untuk pelajar kolej. Kamera hadapan 2 MP tablet dan kamera belakang 5 MP menjadikannya sesuai untuk fotografi kasual dan membuat panggilan video. Ia mempunyai storan ‘built-in’ 32 GB yang boleh ditingkatkan sehingga 1TB dengan kad mikroSD.

Spesifikasi:

  • Resolusi: 800 x 1340
  • RAM: 3 GB
  • Saiz: 8.7 inci

Kelebihan:

✅ Pemproses teras quad
✅ Kamera belakang 5MP
✅ USB Jenis-C

Harga: RM 599.00 – RM 799.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Samsung Galaxy Tab S6 Lite

Samsung-Galaxy-Tab-S-Lite
Kredit Gambar: Shopee

Bagi pelajar universiti yang mencari tablet berfungsi pada harga yang berpatutan, Samsung Galaxy Tab S6 Lite adalah pilihan yang tepat. Ia dilengkapi dengan paparan 10.4 inci dan pemproses ‘octa-core’. Selain itu, ia mempunyai storan dalaman 64 GB yang boleh ditingkatkan sehingga 1TB dengan kad mikroSD Ia juga mempunyai 4 GB RAM. Pen stylus disertakan dengan Galaxy Tab S6 Lite dan boleh digunakan untuk melukis atau mengambil nota.

Spesifikasi:

  • Resolusi: 1200 x 2000
  • RAM: 4 GB
  • Saiz: 10.4 inci

Kelebihan:

✅ Pecutan
✅ Sensor Gyro
✅ Penderia cengkaman

Harga: RM 1,199.00 – RM 1,448.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Huawei Tablet T8

Huawei-Tablet-T
Kredit Gambar: Shopee

Huawei Tablet T8 ialah tablet yang mempunyai paparan 8 inci dan dikuasakan oleh pemproses ‘quad-core’. Ia dilengkapi dengan 2 GB RAM dan storan dalaman 16 GB. Tablet ini juga padat dan ringan, menjadikannya sesuai untuk pelajar universiti atau profesional yang bekerja untuk dibawa ke dalam beg mereka dengan mudah.

Spesifikasi:

  • Resolusi: 800 x 1280
  • RAM: 2 GB
  • Saiz: 8 inci

Kelebihan:

✅ Pemproses teras OCTA
✅ ‘Extended storage’ kad mikroSD
✅ Kamera hadapan fokus tetap

Harga: RM 298.99

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Lenovo Tablet TB-8505X M8 Z

Lenovo-Tablet-TB-X-M-Z
Kredit Gambar: Shopee

Bagi mereka yang mencari tablet yang boleh dipercayai dan berpatutan untuk kegunaan harian, Lenovo Tablet TB-8505X M8 Z adalah pilihan yang tepat. Pemproses ‘quad-core’ dengan paparan 8 inci adalah ciri-ciri Lenovo Tablet TB-8505X M8 Z. Tablet ini juga mempunyai 5.0 Bluetooth dan WiFi Direct ‘dual-band’ untuk sambungan mudah dan pengalaman melayari internet yang lebih lancar.

Spesifikasi:

  • Resolusi: 800 x 1280
  • RAM: 2 GB
  • Saiz: 8 inci

Kelebihan:

✅ Pembesar suara
✅ Bicu 3.5mm
✅ Bateri Li-Po 5000 mAh

Harga : RM 599.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. TECLAST M40 PRO

TECLAST-M-PRO
Kredit Gambar: Shopee

TECLAST M40 PRO ini dilengkapi dengan RAM storan memori dalaman 6 GB dan 128GB. Ia juga boleh ditingkatkan sehingga 256 GB jika menggunakan kad microSD. Tablet ini juga dilengkapi dengan pen stylus yang boleh digunakan untuk mengambil nota atau membuat lukisan. Tablet ini mempunyai paparan 10.1 inci dan dikuasakan oleh pemproses ‘octa-core’.

Spesifikasi:

  • Resolusi: 1920 x 1200
  • RAM: 6 GB
  • Saiz: 10.1 inci

Kelebihan:

✅ Pemproses UNISOC T618’ octa-core’
✅ Momentum sistem II 4 pembesar suara stereo
✅ Pengecas ‘type C’

Harga : RM 779.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Realme Pad

Realme-Pad
Kredit Gambar: Shopee

Realme Pad adalah pilihan tablet yang hebat untuk pelajar yang memerlukan tablet bagi mengambil nota, membaca buku teks dan menonton filem kerana reka bentuknya yang kecil dan ringan. Pemproses ‘octa-core’ memacu paparan 10.4 inci pada Realme Pad. Ia juga mempunyai storan dalaman 32 GB dan 3 GB RAM.

Spesifikasi:

  • Resolusi: 1200 x 2000
  • RAM: 3 GB
  • Saiz: 10.4 inci

Kelebihan:

✅ LCD kapasitif skrin sentuh
✅ SIM tunggal
✅ Pengecasan yang pantas

Harga: RM 749.00 – RM 999.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

9. Xiaomi Redmi Pad

Xiaomi-Redmi-Pad
Kredit Gambar: Shopee

Bagi pelajar yang memerlukan tablet untuk kegunaan ‘on-the-go’ sama ada semasa kuliah atau projek kumpulan, Redmi Pad adalah pilihan yang terbaik. Hal ini kerana ia mempunyai hayat bateri yang panjang dan saiznya juga kecil. Kamera belakang 8 MP tablet dan kamera hadapan 5 MP menjadikannya sesuai untuk mengambil gambar dan membuat panggilan video. Redmi Pad ini mempunyai skrin 10.1 inci dengan pemproses ‘octa-core’.

Spesifikasi:

  • Resolusi: 2000 x 1200
  • RAM: 4 GB
  • Saiz: 10.61 inci

Kelebihan:

✅ Chipset MediaTek Helio G9
✅ CPU ‘octa-core’
✅ Waranti 1 tahun

Harga: RM 869.00 – RM 969.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Lenovo M10 TB-X606X

Lenovo-M-TB-XX
Kredit Gambar: Shopee

Lenovo M10 TB-X606X adalah pilihan yang tepat untuk pelajar yang memerlukan tablet untuk pembelajaran mereka. Tablet ini juga sesuai digunakan pada masa lapang kerana ciri-cirinya yang membantu pelajar dengan mod perlindungan mata. Tablet ini juga termasuk pen stylus yang boleh digunakan untuk melukis atau mengambil nota.

Spesifikasi:

  • Resolusi: 1920×1200
  • RAM: 4 GB
  • Saiz: 10.3 inci

Kelebihan:

✅ Terdapat dua ‘speaker’ sampingan
✅ ‘Accelerometer (G) sensor’
✅ ‘10-point multi-touch’

Harga: RM 755.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close