Tali pinggang ialah tali atau jalur fleksibel yang biasanya diperbuat daripada plastik, kulit atau kain yang tahan lama. Ia dipakai di pinggang atau berhampiran dengannya untuk memegang sehelai pakaian seperti seluar jeans dan gaun untuk tujuan estetik. Wanita kini telah menjadi kreatif dan inovatif dalam memartabatkan pakaian mereka. Oleh itu, anda boleh melihat ramai wanita memakai tali pinggang sebagai hiasan.
Memandangkan permintaan yang banyak dan trend fesyen yang sentiasa berubah, pasaran Malaysia kini mempunyai pelbagai jenis tali pinggang. Sesetengahnya ialah buckle, suspender, jalinan, logam, tali pinggang buckle ladam kuda dan banyak lagi. Orang ramai boleh memilih mana-mana yang sepadan dengan personaliti dan pakaian mereka berdasarkan pilihan ini. Di sini ialah 10 tali pinggang wanita terbaik di Malaysia.
Bolehkah Wanita Memakai Tali Pinggang Lelaki?
Tali pinggang boleh dipakai oleh wanita dan lelaki untuk pelbagai fungsi seperti fesyen dan utiliti. Ya, wanita juga boleh memakai tali pinggang lelaki. Sebelum membeli tali pinggan dari bahagian lelaki, sila pastikan ukuran tali pinggang yang sesuai untuk anda untuk mengelakkan pembaziran.
Bagaimana Untuk Mengukur Saiz Tali Pinggang Anda?
Tertanya-tanya bagaimana untuk mengukur tali pinggang anda? Di sini terdapat beberapa petua untuk diikuti sebelum anda memilih tali pinggang.
- Letakkan tali pinggang anda pada permukaan yang rata.
- Mulakan mengukur dengan menggunakan pita ukuran pada lubang yang anda gunakan hingga ke hujung.
- Bundarkan kepada inci terdekat.
- Kemudian, anda akan dapat saiz tali pinggang!
10 Tali Pinggang Wanita Terbaik di Malaysia 2023
1. Women All-Match Round Buckle Belt

Women All-Match Round Buckle Belt ialah tali pinggang wanita yang popular dengan reka bentuk yang minimum. Ia diperbuat daripada kulit PU dengan kepala tali pinggang bulat untuk fesyen. Anda boleh memakai tali pinggang ini untuk pelbagai jenis majlis, seperti berjanji temu, perjumpaan keluarga dan banyak lagi.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit PU
- Warna tersedia: Hitam
Kelebihan:
✅ Serba boleh
✅ Reka bentuk yang ringkas
✅ Boleh dipakai untuk pelbagai acara
Harga: RM6.31
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Square-Shaped Women Belt No Holes

Square-Shaped Women Belt No Holes ialah tali pinggang luar biasa yang direka tenpa lubang. Tali pinggang jenis ini amat berguna untuk mereka yang tidak pasti ukuran tali pinggang mereka. Ia boleh dilaraskan dan tahan lama kerana diperbuat daripada bahan yang kukuh.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit PU, Zinc Alloy
- Warna tersedia: Hitam, Coklat, Coklat Gelap, Putih
Kelebihan:
✅ Bahan tahan lama
✅ Mudah digayakan
✅ Ciri yang boleh laras
Harga: RM3.67 – RM4.68
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. PU Leather Casual Buckle Belt

PU Leather Casual Buckle Belt ialah tali pinggang yang ringkas namun bergaya tanpa hiasan mewah. Tali pengikatnya yang kuat sesuai untuk dipadankan dengan pakaian yang berbeza dan membantu meningkatkan keseluruhan penampilan anda dengan sentuhan yang klasik. Ia juga boleh dipakai dengan seluar jeans, gaun dan sebagainya untuk sebarang acara.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit PU, Alloy
- Warna tersedia: Hitam, Coklat, Perak, Kuning, Putih, Biru, Merah, Emas, Merah Jambu
Kelebihan:
✅ Bahan yang kukuh
✅ Sesuai dengan pelbagai jenis pakaian
✅ Saiz yang fleksibel
Harga: RM4.49 – RM6.29
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Seamless Elastic Lazy Belt

Seamless Elastic Lazy Belt, sesuai dengan namanya kerana langkah pemakaiannya yang unik dan mudah. Tali pinggang ini mempunyai nisbah keanjalan yang sangat baik dengan ketebalan sebanyak 2 mm. Jadi, anda tidak perlu risau tentang keadaannya. Ia juga tidak berkarat dengan mudah berbanding tali pinggang lain di pasaran.
Spesifikasi:
- Bahan: Kain Tenunan
- Warna tersedia:Pelbagai warna
Kelebihan:
✅ Keanjalan yang bagus
✅ Tidak mudah berkarat
✅ Mudah digunakan
Harga: RM1.31 – RM3.48
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Minimalist Belt Without Holes

Minimalist Belt Without Holes ialah tali pinggang tanpa lubang. Dengan panjang 100 cm dan lebar 2.3 cm, tali pinggang yang kelihatan retro ini sesuai untuk wanita dan tersedia dalam 4 warna yang cantik seperti coklat, hitam dan banyak lagi.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit PU
- Warna tersedia: Hitam, Coklat, Coklat Gelap, Putih
Kelebihan:
✅ Penampilan retro
✅ Mempunyai 4 pilihan warna
✅ Sesuai untuk semua jenis fesyen
Harga: RM5.43 – RM5.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Adjustable Dress Belt

Adjustable Dress Belt boleh dipadankan dengan pelbagai jenis gaun kerana hiasan kepala tali pinggang yang mewah. Terdiri daripada warna hitam dan putih, tali pinggang ini sesuai untuk digunakan sebagai hiasan pakaian anda. Terdapat banyak corak kepala tali pinggang yang anda boleh pilih berdasarkan majlis atau acara anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit sintetik
- Warna tersedia: Hitam, Putih
Kelebihan:
✅ Pelbagai reka bentuk kepala tali pinggang
✅ Sesuai sebagai kemasan terakhir
✅ Sesuai dipakai bersama gaun
Harga: RM9.87
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Knitted Belts Canvas Casual Belt

Knitted Belts Canvas Casual Belt mempunyai rupa klasik dan boleh dipakai dengan seluar dan gaun. Tali pinggang ini mempunyai ketahanan yang tinggi jika dijaga dengan rapi. Ia ditawarkan dengan harga yang rendah dan membolehkan anda untuk membeli beberapa warna berbeza sekali gus.
Spesifikasi:
- Bahan: Kanvas
- Warna tersedia: Hitam, Coklat, Kopi, Putih
Kelebihan:
✅ Corak rajutan yang kukuh
✅ Tahan lama
✅ Rupa yang klasik
Harga: RM3.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Small Chains Dress Belt

Small Chains Dress Belt merupakan pilihan yang luar biasa buat mereka yang ingin meningkatkan siluet mereka dan mencipta rupa bentuk yang menarik. Ia membantu untuk memegang pakaian anda sambil memberikan bentuk untuk penampilan yang lebih menarik. Ia juga dihiasi dengan rantai kecil di bahagian hadapan untuk tujuan estetik.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit PU
- Warna tersedia: Hitam, Coklat, Putih
Kelebihan:
✅ Meningkatkan siluet
✅ Mencipta bentuk badan yang menarik
✅ Penampilan yang cantik
Harga: RM5.78
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. PU Leather Dress Belt

PU Leather Dress Belt ialah satu lagi tali pinggang dengan reka bentuk yang ringkas namun canggih yang pastinya berbaloi dengan wang anda. Ia bukan sahaja terdapat dalam pelbagai warna, namun tali pinggang ini juga mampu meningkatkan penampilan anda. Hanya tambahkan tali pinggang ini pada gaun atau blazer panjang anda untuk penampilan yang lebih bergaya.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit PU
- Warna tersedia: Hitam, Coklat, Coklat Gelap, Merah, Putih
Kelebihan:
✅ Sesuai untuk blazer labuh
✅ Penampilan berkelas
✅ Harga berpatutan
Harga: RM7.36 – RM7.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Punk Style Decorative Belt

Punk Style Decorative Belt sememangnya menarik dengan gaya punk atau fesyen jalanan. Terdapat beberapa lubang kecil yang ditebuk untuk pelarasan yang mudah. Anda masih boleh memakai tali pinggang ini walaupun saiz pinggang yang kecil. Sudah pasti ia merupakan pilihan yang terbaik untuk anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit PU, Keluli tahan karat
- Warna tersedia: Hitam
Kelebihan:
✅ Sesuai untuk fesyen jalanan
✅ Mudah dilaraskan
✅ Sesuai sebagai fesyen terkini
Harga: RM4.90 – RM5.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.