9 Taman Tema Tertutup Terbaik di Malaysia 2025

Malaysia sangat terkenal dengan tempat tarikan pelancongan yang pelbagai, sama ada di kawasan pulau, pantai peranginan, hutan simpan, tasik, resort penginapan dan tidak lupa juga taman tema. Terdapat pelbagai jenis taman tema tertutup yang terdapat di seluruh Malaysia yang boleh anda kunjungi bersama orang tersayang.

Salah satu taman tema yang popular di Malaysia ialah Skytropolis yang merupakan Taman Tema Tertutup seluas 400,000 kaki persegi yang terletak di Genting Highlands. Taman tema ini menawarkan pelbagai tunggangan yang mendebarkan seperti Spin Crazy dan Top Gun dengan putaran 360 darjah di udara. Selain itu, terdapat juga Escape Petaling Jaya yang menyediakan lebih daripada 50 aneka cabaran dan tunggangan yang menyeronokkan termasuklah Banana Flip. Berikut adalah 9 taman tema tertutup terbaik di Malaysia yang boleh anda kunjungi. 

Apakah sejarah evolusi taman tema?

Taman tema pada mulanya adalah sebuah tempat pameran dunia. Namun, pada abad ke-18 dan ke-19, ia mula berkembang menjadi tempat hiburan di mana orang ramai boleh menonton pertunjukan aneh, akrobatik, silap mata, dan juggling. Kawasan hiburan tertutup yang pertama ialah Taman Singa Laut di Pulau Coney di Brooklyn. Ia juga merupakan tempat hiburan yang pertama mengenakan bayaran untuk tunggangan dan tiket masuk. 

Hari ini, taman tema didatangkan dengan reka bentuk tematik dan moden. Pada setiap taman tema akan dilengkapi dengan pelbagai permainan dengan struktur yang menarik. Taman tema biasanya dibahagikan kepada beberapa kawasan berbeza yang terdiri daripada pelbagai tunggangan dan aktiviti dengan tahap kesukaran dan minat yang berbeza untuk memenuhi keperluan individu dari semua peringkat umur.  

9 Taman Tema Tertutup Terbaik di Malaysia 2023

1. Skytropolis Indoor Theme Park

Skytropolis Indoor Theme Park
Kredit Gambar: klook.com
klook.com
Kredit Gambar: klook.com

Skytropolis Indoor Theme Park yang berkeluasan 400,000 kaki persegi ini menyediakan lebih dari 20 jenis tunggangan untuk hiburan seisi keluarga. Untuk tahap dewasa, anda boleh mencabar diri dengan bermain permainan ekstrem seperti Spin Crazy, Disco, Sky Towers, Power Surge, Power Bumper dan Music Express. Tetapi jika anda memilih untuk mencuba low thrill, anda boleh mencuba Space Cadets, Cooper Express, Balon Space, Royal Carousel, Tea Cups dan Skyscrape. Memandangkan taman tema ini sesuai untuk aktiviti keluarga, jadi setiap permainan yang ada meliputi semua peringkat umur. Untuk anak-anak, anda boleh membelikan tiket untuk mereka bermain permainan seperti Loop de loop, Boo boo bump, Whirly Bugs dan Ride em’ around.

Waktu Operasi: 2 petang hingga 9 malam (setiap hari)

Alamat: Aras 1, First World Plaza Resorts World, 69000 Genting Highlands, Pahang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman Web: https://www.rwgenting.com/en/theme-parks/skytropolis-indoor-theme-park.html

2. i-City Theklook.comme Park

selangor.travel
Kredit Gambar: selangor.travel
Prakash Natarajan
Kredit Gambar: Prakash Natarajan

Taman Tema i-City telah diiktiraf oleh CNN sebagai salah satu daripada 25 Tempat Paling Terang di Dunia ekoran deretan pokoknya dihiasi dengan cahaya fairy lights. i-City juga merupakan pusat hiburan dan taman tema yang dipenuhi dengan hiburan berteknologi. Taman tema berintegrasi digital ini menawarkan pelbagai tunggangan dan tarikan yang menjanjikan keseronokan sepanjang hari. Antara tarikannya ialah The SnoWalk di mana pengunjung boleh menikmati salji. Selain itu, anda juga boleh melawat Muzium Lilin ‘Red Carpet’ di mana anda boleh melihat patung lilin yang menyerupai selebriti dan watak filem seperti Wolverine.

Waktu Operasi: 5 Petang hingga 12 Pagi (setiap hari)

Alamat: i-Gallery, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman Web: https://iticket.i-city.my/

3. Berjaya Times Square Theme Park

klook.com
Kredit Gambar: klook.com
klook.com
Kredit Gambar: klook.com

Berjaya Times Square Theme Park merupakan taman tema di dalam mall yang mula  beroperasi pada tahun 2003. Taman tema tertutup ini berjaya menempah nama dalam Malaysia Book of Records: The Largest Indoor Theme Park in Malaysia. Ia berkeluasan 133,000 kaki persegi dengan tarikan 2 buah stesen yang menyeronokkan iaitu Galaxy Station di tingkat 5, dan Fantasy Garden di tingkat 7.  Di Galaxy Station, anda boleh mencuba permainan seperti Supersonic Odyssey (roller coaster multiple-inverted) terpanjang di Asia Pasifik dengan panjang 800 meter dan berkelajuan 80Km/H. Manakala untuk Fantasy Garden pula, ia dibina khas untuk kanak-kanak melakukan aktiviti yang sesuai dengan usia mereka. Lebih kurang 13 aneka permainan yang menjadi tarikan utama di stesen ini, antaranya ialah Honey Bump dan Beat Saber.

Waktu Operasi:

12 malam hingga 8 malam (Isnin – Jumaat)

11 pagi hingga 8 malam (Sabtu – Ahad)

Alamat: Berjaya Times Square, Tingkat 5 dan 7, 1, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman Web: https://berjayatimessquarethemeparkkl.com/

Semak Harga di klook

4. Escape Petaling Jaya

klook.com
Kredit Gambar: klook.com
klook.com
Kredit Gambar: klook.com

Jika anda peminat Taman Tema Escape di Penang, pasti anda teruja kerana kini, aktiviti-aktiviti mencabar yang mereka sediakan di sana telah dibawa ke Lembah Klang di Escape Challenge Adventure Park. Taman tema ini terletak di dalam Paradigm Mall, Petaling Jaya. Terdapat lebih daripada 50 aneka permainan dan tunggangan yang menyeronokkan. Antaranya termasuklah cabaran bertali, wall climbing, zip-lining, dan banyak lagi. Taman tema tertutup ini memang sesuai untuk anda, keluarga dan rakan-rakan berkunjung pada hujung minggu. Anda juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti ini mengikut tahap kesusahan yang bersesuaian dengan kehendak anda.

Waktu Operasi: 10 pagi hingga 8 malam (Selasa – Ahad) Ditutup pada hari Isnin

Alamat: No.1, Jalan SS7/ 26A GB-07, Boulevard, Aras G, Paradigm Mall, Ss 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman Web: https://www.escape.my/pj

Semak Harga di klook

5. KidZania Kuala Lumpur

klook.com
Kredit Gambar: klook.com
klook.com
Kredit Gambar: klook.com

KidZania merupakan taman tema berbentuk pendidikan dan hiburan yang interaktif atau ‘education indoor theme park’ yang pertama dan satunya-satunya di Malaysia. Di sini, kanak-kanak dari usia 4 hingga 14 tahun akan merasai pengalaman bekerja sebenar melalui aktiviti yang disediakan. Apabila anda masuk sahaja di dalam Kidzania, anda akan merasakan seperti berada di dalam satu bandar yang sebenar yang berskala lebih 7,000 meter persegi dengan lebih daripada 100 kerjaya menarik yang boleh mereka cuba. Setiap pekerjaan yang anak anda pilih, mereka akan dipakaikan dengan uniform yang seakan-akan dengan pekerjaan itu. Habis sahaja bekerja, mereka juga akan dibayar gaji. Duit daripada gaji tersebut boleh dimasukkan ke dalam atm khas dan duit itu juga boleh digunakan untuk membeli cenderahati di dalam kedai tersebut. Namun harus diingati bahawa duit “kidZos” hanya boleh digunakan ketika anda berada di dalam kawasan KidZania.

Waktu Operasi: 10 pagi hingga 6 petang (Rabu – Isnin) Ditutup pada hari Selasa

Alamat: Curve Nx, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman Web: https://www.kidzania.com.my/

Semak Harga di klook

6. SuperPark Malaysia

klook.com
Kredit Gambar: klook.com
klook.com
Kredit Gambar: klook.com

SuperPark merupakan satu lagi taman tema yang menawarkan permainan berbentuk fizikal, interaktif, intelektual, dan mencabar. Sebagai ibu bapa, anda pasti inginkan yang terbaik untuk anak anda terutamanya dari aspek keselamatan. Namun di SuperPark, anda tidak perlu risau kerana hampir 90 peratus permainan di SuperPark dijamin selamat. Selain itu, SuperPark mempunyai dua tingkat. Ia terbahagi kepada 3 kawasan seperti Adventure Area yang menawarkan permainan seperti iwall, Flying Fox, Tube Slide, Pedal Car track dan banyak lagi. Game Arena pula dibahagikan kepada permainan seperti Baseball, Street Basketball dan Robokeeper  Manakala, Freestyle Hall terdiri daripada permainan seperti Superclimb, Ninja Track, Skate and Scoot World, Trampolin Platform dan Skate Rink. 

Waktu Operasi: 10 pagi hingga 7.30 malam (Selasa – Ahad) Ditutup pada hari Isnin

Alamat: Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman Web: https://www.superpark.com.my

Semak Harga di klook

7. District 21

klook.com
Kredit Gambar: klook.com
klook.com
Kredit Gambar: klook.com

District 21 merupakan taman tema tertutup dengan rekaan yang bertemakan post-apocalyptic yang ditetapkan dalam tahun 2066, di mana kelangsungan hidup manusia bergantung pada keseimbangan. Kawasan seluas 70 ribu kaki persegi ini membawa 10 tarikan menarik dengan tahap-tahap yang berbeza untuk para pengunjung yang hadir. Aktiviti yang ditawarkan diasingkan mengikut 3 peringkat. Permainan di peringkat paling senang ialah Launch Pad, Carousel, dan Tubby Ride. Aktiviti yang ditawarkan di peringkat sederhana pula ialah Power Station, The Maze, Pump Track. Free Fall, Go Pedal, dan Low Ropes. Manakala untuk aktiviti di peringkat paling susah ialah Sky Trail, dan Roller Glider.

Waktu Operasi: 

12 tengahari hingga 8 malam (Isnin – Jumaat) 

10 pagi hingga 8 malam (Sabtu – Ahad) 

Alamat: AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman Web: https://www.facebook.com/district21park

Refer Price at klook

8. TS Wonderland Indoor Water Theme Park

TS Wonderland Indoor Water Theme Park
Kredit Gambar: tempatmenarik.my
TS Wonderland Indoor Water Theme Park
Kredit Gambar: tempatmenarik.my

Taman tema ini sesuai untuk semua lapisan umur bagi menghabiskan masa berseronok sepanjang hari. Taman tema ini mempunyai pelbagai gelongsor dan permainan yang akan membuatkan pengunjung sibuk dan teruja sepanjang masa untuk mencuba kesemuanya. Walaupun masih baru, taman tema ini semakin dikenali kerana mempunyai konsep yang berbeza dengan taman tema yang lain. Terletak di dalam kawasan bertutup dan berbumbung pastinya menjadi satu tarikan yang mengujakan untuk dicuba oleh pengunjung. Hal in kerana mereka masih boleh terus bermain walaupun dalam cuaca hujan atau panas.

Waktu operasi: 10 pagi hingga 6 petang (setiap hari)

Alamat: 6015-C, Jalan Ciku Utama 2, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman Web: http://www.tsgroup.com.my/tswonderland

9. The Top Penang, Theme Park Penang 

The Top Penang Theme Park Penang
Kredit Gambar: klook.com
klook.com
Kredit Gambar: klook.com

The Top Penang merupakan taman tema tertutup yang terletak di Menara Hiburan Ikon Tertinggi di Pulau Pinang. Anda boleh bermain, belajar dan makan di puncak menara tertinggi di Pulau Pinang. Bunyinya agak pelik, bukan? Tetapi itulah keistimewaan taman tema tertutup yang terbesar dan terbaik yang terletak di puncak menara KOMTAR ini. Di sini terdapat 18 tarikan yang boleh anda cuba. Antaranya, akuarium, Pusat Penyelidikan Jurassic, Tech Dome, Rainbow Skywalk dan banyak lagi. Terdapat juga pelbagai pameran berkaitan sains dan teknologi yang boleh dinikmati oleh anda sekeluarga. 

Waktu operasi: 11 pagi hingga 7 malam (Rabu – Isnin) Ditutup pada hari Selasa

Alamat: 1, Jln Penang, Georgetown, 10000 George Town, Penang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman Web: https://thetop.com.my

Semak Harga di klook

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close