10 Taman Terbaik di KL 2025

Taman mempunyai tempat yang istimewa di hati orang ramai. Hal ini kerana ia menawarkan suasana yang damai, pemandangan yang menakjubkan, peluang rekreasi dan cara untuk melepaskan diri daripada kesibukan bandar. Ia juga membantu keluarga mencipta kenangan dan ikatan yang indah dengan mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyeronokkan.

Jika anda tinggal di Kuala Lumpur, anda beruntung kerana terdapat banyak taman yang indah yang boleh anda terokai di sini. Jadi, berikut adalah 10 taman terbaik di Kuala Lumpur yang boleh anda lawati bersama rakan-rakan mahupun keluarga anda. Isilah hujung minggu anda dengan aktiviti bermanfaat di taman-taman ini sambil menikmati alam semula jadi yang indah.

Apakah Yang Dimaksudkan Taman Bandar?

Taman bandar adalah kawasan hijau dalam pusat bandar. Ia menyediakan kemudahan rekreasi untuk kegunaan awam. Biasanya, taman bandar ini terdiri daripada taman komuniti kecil sehinggalah kepada taman bandar besar yang dilengkapi dengan kemudahan seperti taman permainan, padang sukan dan laluan pejalan kaki. Adalah penting untuk menyediakan akses kepada ruang hijau dan aktiviti luar kerana ia dapat menggalakkan kesejahteraan fizikal dan mental seseorang individu.

Adakah Taman Sesuai Untuk Kanak-Kanak?

Ya, taman biasanya sesuai untuk kanak-kanak. Ia mempunyai kawasan terbuka untuk bermain serta kemudahan seperti taman permainan dan kotak pasir yang direka khas untuk kanak-kanak. Selain itu, taman juga menawarkan persekitaran yang selamat dan semula jadi untuk kanak-kanak meneroka dan belajar.

Adakah Terdapat Hidupan Liar Di Taman?

Ya. Hidupan liar selalunya boleh ditemui di taman, terutamanya taman yang lebih besar atau taman pemuliharaan. Burung, tupai, arnab dan haiwan kecil lain adalah antara haiwan biasa yang ada di kebanyakan taman. Taman yang lebih besar pula biasanya menempatkan haiwan liar seperti rusa dan musang.

Baca Lagi:

  1. Zoo dan Taman Hidupan Liar di Malaysia
  2. Taman Negara di Malaysia
  3. Taman di Pulau Pinang
  4. Taman di Shah Alam
  5. Taman di PJ

10 Taman Terbaik di KL 2025

1. KLCC Park

KLCC-Park
Kredit Gambar: Johnny Lee
KLCC-Park-
Kredit Gambar: Hsieh Gordon

Taman KLCC (KLCC Park) yang terletak di Kuala Lumpur adalah destinasi yang terkenal dan digemari kerana mempunyai lanskapnya yang menakjubkan, flora yang berwarna-warni dan laluan pejalan kaki yang berturap dengan baik. Pengunjung boleh berjoging, berbasikal dan berkelah di taman ini sambil menikmati pemandangan yang indah. Bahagian tengah taman ini menempatkan pancutan air yang menakjubkan dan sesuai dijadikan tempat bergambar, terutamanya semasa matahari terbenam.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Taman KLCC, KLCC, Lot No. 241, Level 2, Suria, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-2382 2828

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/SuriaKLCCMall/?_rdc=1&_rdr

Instagram: https://www.instagram.com/suriaklccmall/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Perdana Botanical Garden

Perdana-Botanical-Garden-
Kredit Gambar: Sergio Estrella
Perdana-Botanical-Garden-
Kredit Gambar: Michael Hutt

Sebelum ini, taman ini dikenali sebagai Taman Tasik Perdana atau Taman Tasik. Kini, ia diberi nama Perdana Botanical Garden (Taman Botani Perdana) dan merupakan landskap yang luas dengan banyak koleksi tumbuhan tropika. Para pengunjung boleh menikmati pelbagai tarikan di sini, termasuklah Taman Bunga Raya yang indah dengan air terjun 4 meter, kolam dan pancuran air yang menyegarkan.

Selain itu, taman ini juga menempatkan taman terbenam yang direka sebagai taman parterre dan herbarium yang menyimpan tumbuhan berbunga dan berbuah. Di tengah-tengah landskap hijau yang subur, para pengunjung dapat melihat keindahan alam semula jadi dan mengambil gambar untuk dimuatkan dalam media sosial mereka.

Waktu Operasi: 7:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Perdana Botanical Garden, Jalan Kebun Bunga, Perdana Botanical Gardens, 55100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-2276 0432

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/PerdanaBotanicalGarden/?locale=ms_MY

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. KL Bird Park

KL-Bird-Park-
Kredit Gambar: Muhd Afiq Ikhwan
KL-Bird-Park-
Kredit Gambar: Virendra Sehrawat

KL Bird Park diiktiraf sebagai salah satu taman burung yang terbesar di dunia. Taman ini adalah rumah kepada pelbagai spesies burung yang dibiarkan berterbangan bebas. Anda boleh mengambil gambar Burung Merpati, Kuntul dan Ibis yang sedang makan dengan gembira di tempat makan khusus yang terdapat di sekitar taman ini. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk melihat pertunjukan memberi makan kepada Helang atau Flamingo yang menakjubkan. Di taman ini, anda juga boleh melihat spesies burung lain seperti Asian Fairy Bluebird, Silver Pheasant dan Jalak Dada Emas. Sungguh menyeronokkan!

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5:30 petang (Setiap hari)

Alamat: KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-2272 1010

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/KLBirdPark/

Instagram: https://www.instagram.com/klbirdparkmalaysia/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

4. Taman Eko Rimba Kuala Lumpur, Hutan Simpan Bukit Nanas 

Taman-Eko-Rimba-Kuala-Lumpur-Hutan-Simpan-Bukit-Nanas-
Kredit Gambar: Ting Ting
Taman-Eko-Rimba-Kuala-Lumpur-Hutan-Simpan-Bukit-Nanas-
Kredit Gambar: Shakir Shuaib

Taman Eko Rimba Kuala Lumpur, Hutan Simpan Bukit Nanas, adalah destinasi yang popular dalam kalangan pencinta alam semula jadi. Taman ini menampilkan pelbagai flora dan fauna termasuk spesies haiwan yang jarang ditemui dan terancam. Ia juga menawarkan peluang kepada pengunjung untuk mendaki, memerhati burung dan menjalani lawatan pendidikan. Taman ini menempatkan laluan pejalan kaki kanopi yang menyediakan pemandangan latar langit bandar yang menakjubkan dan perspektif hutan yang unik.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 3:00 petang (Sabtu – Khamis) Tutup pada Jumaat

Alamat: Taman Eko Rimba Kuala Lumpur, Hutan Simpan Bukit Nanas, Lot 240, Jalan Raja Chulan, Bukit Kewangan, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-2020 1606

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

5. Taman Tasik Permaisuri

Taman-Tasik-Permaisuri
Kredit Gambar: Samuel Lee
Taman-Tasik-Permaisuri-
Kredit Gambar: Sinlan Chong

Taman Tasik Permaisuri menawarkan pelbagai kemudahan seperti trek jogging, taman permainan, kawasan berkelah dan peralatan senaman yang lengkap. Selain itu, ia juga menempatkan sebuah tasik besar, serta pelbagai pokok dan tumbuhan hijau yang subur. Taman Tasik Permaisuri juga merupakan destinasi popular bagi penduduk tempatan untuk bersenam, berehat dan menikmati alam semula jadi. Suasana taman yang damai dan landskap yang indah ini menjadikannya tempat kegemaran penduduk tempatan dan pelancong untuk bersiar-siar dengan tenang. Ia juga boleh menjadi tempat yang sesuai bagi mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan bandar.

Waktu Operasi: 6:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Taman Tasik Permaisuri, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-2617 6396

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

6. Bukit Jalil Recreational Park 

Bukit-Jalil-Recreational-Park-
Kredit Gambar: Google
Bukit-Jalil-Recreational-Park-
Kredit Gambar: William Ng

Bukit Jalil Recreational Park menyediakan ruang yang selesa untuk ahli keluarga menikmati aktiviti perkelahan di tengah-tengah persekitaran yang indah dan subur. Dikelilingi dengan pelbagai bunga dan pokok yang menjulang tinggi, anda dapat menikmati masa bersama keluarga dengan lebih tenang. Tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa boleh menyegarkan anda semasa anda menikmati pemandangan indah di taman ini. Selain itu, taman ini mempunyai beberapa bangunan dan kemudahan seperti tandas awam, restoran, kolam ikan, taman permainan dan padang.

Waktu Operasi: 6:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Bukit Jalil Recreational Park, Jalan 13/155c, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

No. Telefon: 017-395 6714

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

7. Taman Metropolitan Kepong

Taman-Metropolitan-Kepong-
Kredit Gambar: Mukhalillullah Mohamad Nawi
Taman-Metropolitan-Kepong-
Kredit Gambar: Pavithren

Taman Metropolitan Kepong adalah taman terluas yang menawarkan pelbagai kawasan rekreasi, termasuklah padang untuk bermain layang-layang, dua tasik yang dikelilingi trek jogging, dan trek lumba kereta kawalan jauh. Taman ini mempunyai struktur pelangi yang menakjubkan. Ia sesuai untuk penggambaran perkahwinan atau gambar untuk dimuat naik ke Instagram. Pengunjung juga boleh merakam gambar cantik di tepi tasik atau di trek jogging yang berwarna-warni.

Waktu Operasi: 6:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Taman Metropolitan Kepong, Jalan Lingkaran Tengah 2, 7, Pavement, Taman Metropolitan Kepong, 52100 Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

8. Kuala Lumpur Butterfly Park

Kuala-Lumpur-Butterfly-Park-
Kredit Gambar: Vaibhav Bhave
Kuala-Lumpur-Butterfly-Park-
Kredit Gambar: klbutterflypark.com

Kuala Lumpur Butterfly Park terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur. Taman ini adalah tempat perlindungan rama-rama yang terdiri daripada lebih 120 spesies yang berbeza. Ia menawarkan pengalaman pendidikan kepada pengunjung untuk menyaksikan dunia berwarna-warni makhluk yang cantik ini. Anda boleh melihat terdapat pelbagai jenis warna dan bentuk rama-rama yang berterbangan bebas dalam persekitaran semula jadi ini. Taman ini adalah simulasi habitat asal rama-rama yang dilengkapi dengan ciri air dan kehijauan yang subur.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 4:30 petang (Setiap hari)

Alamat: Kuala Lumpur Butterfly Park, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-2693 4799

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

9. Taman Tasik Ampang Hilir 

Taman-Tasik-Ampang-Hilir-
Kredit Gambar: Nura Hussin
Taman-Tasik-Ampang-Hilir-
Kredit Gambar: Jerry Cao

Taman Tasik Ampang Hilir adalah taman yang indah di dalam bandar. Ia menyediakan ruang yang tenang untuk berkelah di tengah-tengah persekitaran alam semula jadi. Pengunjung boleh mengambil gambar pemandangan tasik yang menakjubkan serta melihat ikan dan penyu berenang bebas di dalma tasik. Anda boleh mengambil gambar imej matahari terbenam dan latar langit Kuala Lumpur yang berwarna oren di permukaan air tasik yang tenang. Pastinya gambar tersebut akan menjadi salah satu gambar menarik dalam koleksi fotografi anda.

Waktu Operasi: 6:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Taman Tasik Ampang Hilir, 115, Jalan Ampang Hilir, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-26117 6289

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

10. The Central Park

The-Central-Park
Kredit Gambar: Titus Anand
The-Central-Park-
Kredit Gambar: Raymond Lee

The Central Park menyediakan suasana yang tenang untuk anda bersiar-siar atau berjoging di tengah-tengah kehijauan yang subur ini. Selain mempunyai tasik biru yang memantulkan imej bangunan tinggi, taman ini juga mempunyai kemudahan seperti taman berlandskap, taman permainan mesra kanak-kanak dan bangku santai. Laluan jogging yang dikelilingi pokok sepanjang 9 kaki dan berpanjangan dari 1 km hingga 2.3 km menyediakan peluang bergambar buat para pengunjung yang ingin memotretkan kenangan di sini. Nikmati udara segar dan persekitaran yang indah sambil menerokai taman ini.

Waktu Operasi: 6:00 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat: The Central Park, C-3-1 Plaza Arkadia, 3, Persiaran Residen, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-6280 8181

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close