8 Tapak Perkhemahan Menakjubkan di Cameron Highland 2025

Cameron Highlands merupakan tempat yang dicari untuk para peminat perkhemahan kerana cuacanya yang sejuk dan pemandangan yang indah. Kawasan ini terkenal dengan bukit-bukau, ladang teh yang luas dan panorama lembah-lembah bukit terdekat yang menakjubkan. Ini menjadikannya lokasi yang ideal untuk berkhemah. Oleh sebab itu, tidak hairanlah ramai peminat alam semula jadi ke rantau ini untuk menikmati pengalaman perkhemahan yang tidak dapat dilupakan dengan suhu waktu malam menjunam hingga serendah 10°C. 

Jika anda seorang yang suka menerokai alam semula jadi, maka anda pasti perlu berkunjung ke tapak perkhemahan di Cameron Highlands. Tapak perkhemahan yang indah ini menawarkan cuaca sejuk, hutan tebal dan laluan air yang menakjubkan untuk anda nikmati sepanjang perjalanan anda. Berikut adalah 8 tempat menarik untuk perkhemahan yang menakjubkan di Cameron Highland.

Mengapakah Cameron Highlands Sesuai Untuk Berkhemah?

Terdapat banyak kawasan perkhemahan yang diselenggara dengan baik di Cameron Highlands. Kebanyakannya terletak di lokasi yang mudah serta berhampiran dengan bandar-bandar utama seperti Brinchang dan Tanah Rata. Tapak perkhemahan ini biasanya menawarkan kemudahan penting seperti tandas yang bersih, pancuran mandian dan kedai elektrik. Sesetengah tapak juga mempunyai pemanas air di kemudahan dalaman atau luaran mereka kerana keadaan cuaca sejuk di kawasan itu.

Adakah Saya Perlu Menempah Tapak Perkhemahan Cameron Highlands Terlebih Dahulu?

Ya, anda disarankan agar menempah tapak perkhemahan lebih awal terutamanya jika anda merancang untuk menginap di salah satu tempat perkhemahan yang popular di Cameron Highlands seperti Kem Sg Pauh, Tapak Perkhemahan Oka dan sebagainya. Laman-laman ini mempunyai bilangan lot yang terhad. Oleh sebab itu, anda perlu membuat tempahan lebih awal bagi memastikan anda mempunyai tempat yang dikhaskan untuk aktiviti perkhemahan anda.

8 Tapak Perkhemahan Menakjubkan di Cameron Highland 2025

1. A’moss

Amoss
Kredit Gambar: PTT Outdoor
Amoss--
Kredit Gambar: PTT Outdoor

A’moss Farmstay adalah tapak ‘glamping’ yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan dan penginapan yang selesa di Cameron Highlands. Tapak perkhemahan ini dilengkapi dengan semua keperluan asas untuk anda menyediakan makanan yang anda inginkan di pantri. Selain itu, mereka juga menyediakan pengalaman pertanian yang unik di mana pasukan mereka akan mengajar anda pengetahuan teknik asas pertanian. Menarik, bukan?

Alamat: Jalan Amoss, Kampung Gerak Sepadu,39000, 39000 Brinchang, Pahang.

No. Telefon: 019-555 0356

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/people/Amoss-Farmstay/100057312194996/ 

Instagram: https://www.instagram.com/amoss_farmstay/ 

SEMAK HARGA DI SHOPEE

2. Kem Sg Pauh

Kem-Sg-Pauh
Kredit Gambar: Jomjalan
Kem-Sg-Pauh-
Kredit Gambar: Muhd Azuan

Kem Sg Pauh terletak di kawasan terpencil dalam hutan pain. Ia menyediakan kemudahan penting seperti tandas, ruang solat dan elektrik. Tapak perkhemahan di sini bersih dan cuaca menjadi sangat sejuk pada waktu malam. Oleh sebab itu, anda perlu membawa jaket jika anda tidak tahan sejuk. Kem ini juga merupakan tapak perkhemahan yang mesra keluarga. Oleh yang demikian, anda boleh membawa keluarga anda untuk menikmati percutian yang menyeronokkan. Walau bagaimanapun, anda perlu membawa khemah anda sendiri serta soket palam sambungan dan tilam tidur kerana mereka tidak menyediakannya.

Alamat: Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang.

No. Telefon: 05-491 1384

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

3. Zakka Campsite

Zakka-Campsite
Kredit Gambar: Malaysia Camping
Zakka-Campsite-
Kredit Gambar: Danny Lee

Zakka Campsite merupakan tapak perkhemahan ladang teh yang pertama dan satu-satunya terdapat di Cameron Highlands. Tapak perkhemahan ini menyediakan kemudahan yang sangat baik termasuk kawasan umum, peti sejuk dan 14 tandas yang dilengkapi dengan pemanas air. Selain itu, tandas di sini dijaga dengan baik dan menerima penarafan lima bintang. Mereka juga menyediakan zon khas untuk perkhemahan kereta dan perkhemahan mesra haiwan peliharaan. Nikmatilah keindahan tapak perkhemahan Zakka yang tenang dan damai sambil dikelilingi oleh kehijauan yang subur serta kabus yang tebal. Secara tidak langsung, anda boleh mengurangkan stress dan menghirup udara yang segar.

Alamat: Lot 32A, Jalan, Habu, 39200 Ringlet, Pahang.

No. Telefon: 019-723 3188

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/zakkacampsite/  

Instagram: https://www.instagram.com/zakkacampsite/

4. Hola Campsite, Cameron Highlands

Hola-Campsite-Cameron-Highlands
Kredit Gambar: Malaysia Camping
Hola-Campsite-Cameron-Highlands-
Kredit Gambar: Hola Campsite, Cameron Highlands 金马仑冷空气.

Hola Campsite terletak di puncak Golden Hills, iaitu antara Tanah Rata dan Brinchang. Suhu di sini adalah antara 13°C hingga 26°C. Anda dapat menikmati keindahan pemandangan bukit, kabus dan cuaca sejuk di sini. Tambahan pula, tapak perkhemahan ini sangat bersih. Ini menjadikannya sempurna untuk mereka yang ‘germophobic’. Tapak perkhemahan ini juga dilengkapi dengan pintu pagar yang selamat untuk memastikan keselamatan pengunjung.

Alamat: Lot 28A, Taman Cameron Golden Hills, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang.

No. Telefon: 012-384 4299

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/holacampsite/ 

Instagram: https://www.instagram.com/holacampsite_cameronhighlands/

5. Tapak Perkhemahan, Masjid Long Tan, Lojing Highlands

Tapak-Perkhemahan-Masjid-Long-Tan-Lojing-Highlands
Kredit Gambar: Malaysia Camping
Tapak-Perkhemahan-Masjid-Long-Tan-Lojing-Highlands-
Kredit Gambar: Abang Hazim

Tapak Perkhemahan, Masjid Long Tan, Lojing Highlands mempunyai semua kemudahan yang anda perlukan untuk pengalaman perkhemahan yang selesa dan menyeronokkan. Bagi mereka yang perlu solat, anda boleh berjalan kaki ke masjid yang hanya terletak kira-kira 20 meter sahaja dari tapak perkhemahan ini. Pada waktu malam, anda boleh berkumpul di sekitar unggun api dan menikmati malam yang selesa di bawah bintang bersama orang tersayang. Jika anda ingin melakukan BBQ, lubang BBQ disediakan untuk memudahkan urusan anda.

Alamat: HCWM+W2 Kampung Lojing, 18300 Gua Musang, Kelantan.

No. Telefon: 010-244 9996

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100082981969794   

6. The Backyard Glamping Cameron Highlands

The-Backyard-Glamping-Cameron-Highlands
Kredit Gambar: Jelajah Maya
The-Backyard-Glamping-Cameron-Highlands-
Kredit Gambar: Jelajah Maya

Sekiranya anda baru mula menyertai aktiviti perkhemahan, The Backyard Glamping Cameron Highlands adalah pilihan yang sesuai untuk anda. Tapak perkhemahan yang terletak di kawasan tinggi ini sangat popular kerana persekitarannya berhutan dan diselenggara dengan baik. Jika anda ingin berkhemah di sini, anda perlu membuat tempahan lebih awal agar aktiviti perkhemahan anda berlangsung dengan lancar. Walau bagaimanapun, jika anda menempah tapak perkhemahan di kawasan yang lebih rendah, anda boleh berjalan kaki ke sana kerana treknya tidak curam dan ia berdekatan dengan tandas. Selain itu, anda juga boleh meminta makanan gril steamboat dan BBQ semasa anda membuat tempahan.

Alamat: Jalan Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang.

No. Telefon: 011-2884 1886

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100038428163361  

Instagram: https://www.instagram.com/thebackyardglamping  

7. Cozy Leisure Farm (Bertam Valley)

Cozy-Leisure-Farm-Bertam-Valley
Kredit Gambar: Cozy Leisure farm Bertam Valley
Cozy-Leisure-Farm-Bertam-Valley-
Kredit Gambar: Cozy Leisure farm Bertam Valley

Cozy Leisure Farm adalah tapak perkhemahan taman yang subur dan indah. Tapak perkhemahan ini menawarkan pemandangan Lembah Bertam yang menakjubkan. Selain ia diselenggara dengan baik, pihak pengurusan di sini menyediakan pelbagai kemudahan seperti tandas, bilik mandi dan kawasan barbeku untuk memudahkan urusan harian para pengunjung. Anda boleh memilih sama ada pilihan perkhemahan indoor atau outdoor mengikut kehendak anda. Sekiranya anda tidak boleh hidup tanpa internet, jangan risau kerana terdapat sambungan Wi-Fi yang baik di sini. Walaupun kadar harganya sedikit tinggi, namun anda akan berasa berbaloi kerana dapat menyaksikan pemandangan matahari terbenam dan terbit yang mengasyikkan dari khemah anda.

Alamat: Mdch 1, Jalan Lembah Bertam, Jalan Ringlet – Sungai Koyan, 39200, Pahang.

No. Telefon: 012-577 3639

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/@Cozy-Leisure-farm-Bertam-Valley-100063643505262/ 

8. Pine Valley Villa & Camper Site

Pine-Valley-Villa-Camper-Site
Kredit Gambar: Pine Valley Villa & Camper Site
Pine-Valley-Villa-Camper-Site-
Kredit Gambar: Rozaimi Ariff

Sekiranya anda seorang baru ingin memulakan aktiviti perkhemahan atau lebih suka mempunyai kemudahan moden semasa anda berkhemah, anda boleh mencuba tapak perkhemahan Pine Valley Villa yang terletak di pinggir Tanah Rata. Nikmatilah pengalaman berkhemah tanpa perlu mengorbankan tenaga elektrik dan sambungan internet. Selain itu, terdapat beberapa kedai serbaneka yang berdekatan dengan tapak perkhemahan ini. Jadi, anda boleh mendapatkan snek atau minuman segera dengan mudah. Tapak perkhemahan ini menawarkan tandas yang mencukupi, bilik mandi dan kawasan barbeku. Ia cukup luas untuk menampung beberapa van perkhemahan di kawasan ini dalam satu masa.

Alamat: Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang.

No. Telefon: 014-706 3682

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/pinevalleyvilla/  


Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di Sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close