Tarikan Terbaru di Mid Valley, Glow-in-the-dark Bowling Alley!

Surprise! Ada pusat bowling baru yang dibuka di Mid Valley Megamall. Konsepnya sungguh unik sekali. Sekali pandang, pusat bowling ini seakan-akan memberikan Euphoria vibes kepada para pengunjungnya.

Bowling-
Kredit Gambar: brickfree.com

Para pengunjung akan dipersembahkan dengan konsep unik yang seolah-olah berada di dimensi baru melalui pancaran lampu neon yang dihias di seluruh pusat bowling ini. Pusat bowling Supreme Cosmic Bowl ini sebenarnya terletak di tingkat tiga di Mid Valley Megamall.

Ia mempunyai lorong bowling yang dilengkapi dengan dek neon di sepanjang laluan bowling ini. Berikut adalah video Tiktok yang dikongsi oleh eerdeenugh:

Jika anda mencari tempat baru untuk menunjukkan skil bowling anda, Supreme Cosmic Bowl ini adalah tempatnya. Selain di Mid Valley, konsep cosmic seperti ini juga digunakan oleh First World Plaza Resorts World Genting, Genting Highlands pada aras tiga bangunannya.

Bowling-
Kredit Gambar: midvalley.com.my

Dengan tempat duduk bercahaya dan siling LEDnya, pusat bowling ini merupakan salah satu destinasi wajib kunjungi oleh anda dan juga keluarga. Selain keunikannya yang tersendiri, anda juga dapat menikmati suasana seakan-akan disko retro apabila berada di sini.

Bukan sahaja ia berbeza dengan pusat bowling lain, malah suasananya yang diterangi oleh pancaran lampu neon dapat menumpukan perhatian para pengunjung untuk bermain bowling dengan penuh fokus.

Bowling-
Kredit Gambar: midvalley.com.my

Bagi anda yang sedang menunggu giliran anda untuk bermain bowling, anda bolehlah berehat seketika di meja sambil mengisi perut dengan makanan ringan yang boleh didapati di situ. Terdapat pelbagai pilihan makanan dan minuman yang disediakan bagi memenuhi kehendak para pengunjung.

Sebenarnya, konsep unik ini sudah diguna pakai oleh beberapa pusat bowling di seluruh negara. Konsep sebegini lain daripada lain dan boleh menarik perhatian para pengunjung untuk mencubanya. Jika sebelum ini, para pengunjung bermain bowling di dalam keadaan cerah, tetapi konsep ini memberikan pengunjung cuba bermain di dalam suasana yang diterangi lampu-lampu neon yang menarik. Selain itu, para pengunjung juga boleh merehatkan mata dan menikmati permainan bowling bersama rakan-rakan mahupun keluarga.

Bowling-
Kredit Gambar: https://lh3.googleusercontent.com

Jika anda tidak gemarkan aktiviti bowling, pusat ini ada menyediakan arked berserta papan dart, meja air hockey, meja pool dan mesin punch boxing. Riangkan hati anda dengan permainan-permainan ini bersama rakan-rakan atau keluarga tersayang. 

Harga pendaftaran masuk bagi seorang pada hari biasa adalah RM 20 manakala RM25 pula pada hujung minggu. Berbaloi, bukan? Tunggu apa lagi, ajaklah keluarga dan rakan anda untuk datang ke sini! 

Jika anda ingin berkunjung ke sini, berikut adalah alamatnya:

Alamat: Lot T-003, Mezzanine Third Floor, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City Township, 59200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin-Khamis (10.00 pagi hingga 11.00 pagi), Jumaat hingga Ahad (10.00 pagi hingga 12.00 malam)

Luangkan hujung minggu anda bersama keluarga ke sini. Mari menikmati pancaran lampu neon sambil anda bersuka riang menyihatkan badan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan dapat menjadi salah satu rancangan hujung minggu anda!

Sumber: https://lh3.googleusercontent.com / midvalley.com.my / brickfree.com  / instagram/supremecosmicbowl

Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!

Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri. 

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close