Apabila bayi mencapai usia tertentu, mereka akan mula tumbuh gigi. Ini kemudian akan memulakan tempoh tumbuh gigi si kecil anda. Tempoh tumbuh gigi yang berlaku boleh menyakitkan dan tidak selesa untuk bayi anda, itulah sebabnya mereka akan mula menghisap semua yang mereka pegang.
Ini boleh membahayakan si kecil anda kerana mereka secara tidak sengaja boleh menghisap objek bukan makanan dan mungkin akhirnya tercekik atau menelan barang tersebut. Oleh itu, apabila tempoh tumbuh gigi bayi bermula, adalah baik bagi ibu bapa untuk mendapatkan ‘teethers’ untuk bayi mereka. Berikut adalah 9 ‘teethers’ terbaik di Malaysia.
Bilakah Saya Perlu Membeli ‘Teethers’ Bayi?
Masa terbaik untuk membeli ‘teethers’ ialah sebelum bayi anda tumbuh gigi. Tempoh tumbuh gigi biasanya bermula apabila si manja anda berumur sekitar empat bulan hingga sepuluh bulan. Walau bagaimanapun, jika anak anda yang berumur tiga bulan mula tumbuh gigi lebih awal, anda masih boleh mendapatkan ‘teethers’ kerana ia akan menjadi selamat untuk digunakan.
Apakah Tanda-tanda Awal Tumbuh Gigi?
Tanda-tanda pertama tumbuh gigi berbeza dari bayi ke bayi yang lain Terdapat beberapa tanda biasa yang akan anda perhatikan seperti gusi bengkak dan lembut, ingin mengunyah barang-barang dan banyak ‘drooling’. Beberapa tanda lain boleh menunjukkan diri mereka sebagai tanda-tanda tumbuh gigi seperti membawa tangan mereka ke mulut, kekecohan dan batuk.
9 Teethers Bayi Terbaik di Malaysia
1. MAM Cooler Teether

MAM Cooler Teether ialah ‘teethers’ penyejuk yang mengandungi air pada bahagian dalamnya. ‘Teethers’ boleh disimpan di dalam peti sejuk kerana kesan penyejukan akan membantu bayi anda berasa selesa dan tenang semasa menggigitnya. ‘Teethers’ ini mempunyai lima struktur yang terletak pada bahagian utamanya untuk membantu mengurut gusi bayi sambil memberikan tekstur menggigit yang berbeza.
Spesifikasi:
- Bahan: Silikon
- Negara Pengeluar: Hungary
- Saiz: Satu saiz sahaja
Kelebihan:
✅Ringan
✅Mengandungi air pada bahagian dalamnya
✅Mempunyai lima struktur yang pelbagai
Harga: RM35.55
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Pureen Water Filled Teether with Detachable Ring

Pureen Water Filled Teether dengan ‘Detachable Ring’ didatangkan dalam reka bentuk ‘rattle’ dengan tiga ‘teethers’ yang dilekatkan pada gelung cincin. ‘Teethers’ ini mengandungi air pada bahagian dalamnya supaya anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk untuk menyejukkan. Kesan penyejukan akan melegakan kesakitan pada gusi bayi anda apabila bayi mengunyah ‘teethers’ ini. ‘Teethers’ ini dilengkapi dengan cincin boleh tanggal sekiranya bayi anda mahu menggigit satu ‘teethers’ sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik bukan toksik
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu saiz sahaja
Kelebihan:
✅Dilengkapi dengan cincin boleh tanggal
✅Mengandungi air
✅Dilengkapi dengan 3 ‘teethers’
Harga: RM17.30
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Comotomo Silicone Baby Teether

Comotomo Silicone Baby Teether ialah ‘teethers’ bayi yang sangat lembut dan fleksibel. ‘Teethers’ ini dibuat untuk menahan haba supaya anda boleh didihkannya atau mensterilkan ‘teethers’ ini supaya dapat menggunakannya semula berulang kali. ‘Teethers’ ini mempunyai pelbagai sisi dan mata yang membolehkan bayi anda memegang atau mengunyahnya untuk pengalaman menggigit yang berbeza.
Spesifikasi:
- Bahan: Silikon gred perubatan
- Negara Pengeluar: Korea
- Saiz: Satu saiz sahaja
Kelebihan:
✅Fleksibel
✅Tahan kepada haba
✅Pelbagai mata
Harga: RM38.90
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Mombella Doo Octopus Baby Teether

Mombella Doo Octopus Baby Teether datang dalam reka bentuk sotong yang menyeronokkan sambil dapat dipraktikan pada masa yang sama. ‘Teethers’ bayi yang ringan ini memudahkan si kecil anda memegangnya. ‘Teethers’ ini mempunyai pelbagai tekstur di seluruh badannya. Oleh itu, bayi anda boleh mengunyah dan mengalami pelbagai tekstur yang berbeza. ‘Teethers’ ini juga boleh menjadi mainan kerana ia boleh dilipat menjadi bola mainan.
Spesifikasi:
- Bahan: Silikon
- Negara Pengeluar: Amerika
- Saiz: Satu saiz sahaja
Kelebihan:
✅Ringan
✅Boleh diubah menjadi bola mainan
✅Pelbagai tekstur
Harga: RM58.65
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. HaaKaa Fresh Food Feeding Teether

HaaKaa Fresh Food Feeding Teether bukan sahaja ’teethers’ bayi tetapi juga menjadi penyuap bayi. Oleh itu, menjadikan produk ini pelbagai guna. ‘Teethers’ ini boleh digunakan sebagai penyuap yang boleh membantu memperkenalkan makanan pepejal kepada si manja anda. ‘Teethers’ berbilang tugas ini akan mengurangkan gigitan bayi anda kerana bayi akan mengunyah pepejal mereka dengan selesa.
Spesifikasi:
- Bahan: Silikon
- Negara Pengeluar: Amerika
- Saiz: Satu saiz sahaja
Kelebihan:
✅Bebas daripada BPA dan PVC
✅Pelbagai guna sebagai penyuap
✅Menenangkan gusi
Harga: RM20.80 – RM79.90
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Hegen Soothing Teether

Hegen Soothing Teether mudah dicengkam dan merupakan ‘teethers’ bayi yang mudah. ‘Teethers’ ini membantu menenangkan gusi bayi anda daripada kesakitan dan meningkatkan deria si kecil anda kerana tekstur yang berbeza yang mengelilingi ‘teethers’ tersebut. ‘Teethers’ ini ringan dan boleh diletakkan di dalam peti sejuk untuk disejukkan.
Spesifikasi:
- Bahan: Silikon
- Negara Pengeluar: Singapura
- Saiz: Satu saiz sahaja
Kelebihan:
✅Mudah dicengkam
✅Ringan
✅Boleh mengurut gusi bayi
Harga: RM32.90
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Marcus & Marcus Sensory Baby Teether

Marcus & Marcus Sensory Baby Teether adalah ‘teethers’ bayi yang sesuai untuk bayi yang pemilih apabila mereka makan. ‘Teethers’ bayi ini mempunyai lima permukaan bertekstur. Lima permukaan ini boleh membantu si manja anda membiasakan diri dengan tekstur makanan yang berbeza ketika mereka meneroka tekstur yang berbeza pada ‘teethers’. ‘Teethers’ bayi ini boleh digunakan hangat atau sejuk untuk kesesuaian si manja anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Getah silikon
- Negara Pengeluar: Kanada
- Saiz: Satu saiz sahaja
Kelebihan:
✅Lima permukaan bertekstur
✅Ringan
✅Boleh digunakan hangat atau sejuk
Harga: RM42.90
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Chicco Fresh Relax Teether

Chicco Fresh Relax Teether adalah ‘teethers’ bayi yang hebat yang akan mengurut gusi semasa bayi anda tumbuh gigi. Selain itu, ia akan melegakan gusi bayi anda. ‘Teethers’ bayi ini berfungsi sebagai mainan bayi kerana ia mempunyai fungsi ‘rattle’ dengan kesan yang boleh didengar dan sentuhan. ‘Teethers’ bayi ini didatangkan dalam bentuk ‘cute lady bird’ yang akan menghiburkan bayi anda ketika mereka mengunyah ‘teethers’.
Spesifikasi:
- Bahan: Silikon
- Negara Pengeluar: Itali
- Saiz: Satu saiz sahaja
Kelebihan:
✅Menenangkan gusi bayi
✅Boleh dijadikan sebagai mainan bayi
✅Reka bentuk ‘cute lady bird’
Harga: RM55.92
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Sophie La Girafe

Sophie La Girafe ialah ‘teethers’ bayi yang membantu merangsang deria bayi anda semasa mereka menggigit ‘teethers’. Ia diperbuat daripada getah asli yang tidak toksik dan selamat digunakan oleh bayi anda. Bahagian badan zirafah ini lembut pada gusi bayi anda. Ia merangsang secara visual dan ‘audibly’ kerana bintik-bintik zirafah dan pencicit yang akan berbunyi apabila ia ditekan.
Spesifikasi:
- Bahan: Getah asli
- Negara Pengeluar: Perancis
- Saiz: Satu saiz sahaja
Kelebihan:
✅Merangsang deria bayi
✅Gemuk dan lembut
✅Diperbuat daripada getah asli
Harga: RM155.10
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.