Teh berprestij ikonik ini, juga dikenali sebagai Orange Pekoe, diperoleh daripada daerah teh Sri Lanka di pergunungan. Teh berkualiti tinggi ini boleh dinikmati bersama susu dan gula. Sri Lanka, dahulunya dikenali sebagai Ceylon, terkenal dengan teh hitam. Sri Lanka ialah sebuah negara pulau kecil, tetapi ia mendapat manfaat daripada geografi dan mikroklimat yang sempurna.
Ini kerana mikroklimat mempunyai set suhu, kelembapan dan angin yang kompleks untuk memberikan pelbagai rasa dan karekter dalam teh yang dihasilkan. Kebanyakan teh hitam dari Sri Lanka adalah teh ortodoks, yang bermaksud ia diproses dengan tangan. Teh ini menyegarkan, cerah dan mempunyai sedikit aroma sitrus yang berbeza serta kebaikannya yang hanya boleh anda dapati di Sri Lanka. Kalau anda mau mencuba teh ini, teruskan membaca artikel ini.
Di manakah saya boleh mendapatkan teh Ceylon?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan teh Ceylon di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan teh Ceylon, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya. Selain itu, teh Ceylon seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih teh Ceylon?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli teh Ceylon ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis teh Ceylon yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Teh Ceylon Terbaik di Malaysia 2025
1. Ceylon Black Tea 82

Teh Ceylon yang wangi dan menyegarkan ini pasti dapat menambat selera anda dengan perisanya. Anda boleh menggandingkannya bersama susu segar untuk rasa yang lebih lazat. Jadi, apa kata anda cuba sediakan teh hitam Ceylon ini untuk diri anda?
Bahan-bahan: Teh Hitam Ceylon.
Negara Pengeluar: China
Saiz: 500 g
Harga: RM 26.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Bontea Ceylon Tea

Diperbuat daripada gred tertinggi Broken Orange Pekoe Fannings dari banjaran pergunungan Sri Lanka yang menjulang tinggi, secawan teh hitam yang sangat aromatik dan berperisa lazat ini dijamin dapat membangkitkan selera mereka yang menggemari teh.
Bahan-bahan: Teh Ceylon
Negara Pengeluar: Sri Lanka
Saiz: 200 g
Harga: RM 14.75
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Signature Ceylon Tea Dust

Teman yang sempurna untuk anda! Serbuk teh Ceylon ini boleh bertahan lama di pantri dapur anda. Rasa dan aroma yang baik daripada teh ini akan menarik anda untuk meminumnya. Dengan rasa yang menyegarkan, anda akan berasa tenang dan santai selepas menikmati teh ini.
Bahan-bahan: Serbuk Teh Ceylon.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 1 kg
Harga: RM 18.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. 888 Ceylon Tea Pot Bag

888 Ceylon Tea Pot Bag dipilih dengan teliti sebelum diimport ke luar. Teh gred tinggi ini diadun dengan teliti dan sempurna menerusi pengetahuan yang diturunkan dari generasi ke generasi untuk menghasilkan teh yang terbaik dan mempunyai rasa yang tersendiri.
Bahan-bahan: Teh Ceylon
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 40 g
Harga: RM 2.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Ahmad Tea Ceylon Tea

Ahmad Tea Ceylon Tea ialah contoh terbaik bagi salah satu teh yang paling popular di dunia. Ia mempunyai rasa yang seimbang, hangat dan meriah sekali gus menjadikannya minuman yang bertenaga pada bila-bila masa. Teh ini benar-benar serba boleh kerana anda boleh meletak sedikit jus lemon atau susu ke dalamnya. Oh, sungguh menyegarkan!
Bahan-bahan: Teh Hitam
Negara Pengeluar: United Kingdom, Sri Lanka
Saiz: 40 g
Harga: RM 10.25 (Shopee) | RM 13.90 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Tealive Dimbula Ceylon Tea Blend

Jika anda peminat Tealive dan belum mencuba campuran teh Ceylon klasik mereka, anda patut mencubanya! Teh hitam Sri Lanka yang menjadi pilihan ramai ini adalah kunci untuk mencipta teh susu yang sempurna pada bila-bila masa dan di mana sahaja! Cubalah hari ini!
Bahan-bahan: Tidak dinyatakan
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 100 g
Harga: RM 40.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Village FS Ceylon Tea

Buatkan diri anda secawan teh Ceylon yang hangat pada waktu pagi untuk kekal cergas. Teh Ceylon boleh memberikan rasa yang berbeza dengan ketara walaupun ia terkenal dengan rasa yang kuat. Apa kata anda cuba Village FS Ceylon Tea ini untuk mengetahui sama ada ia teh yang kuat atau ringan.
Bahan-bahan: Teh Ceylon.
Saiz: 500 g
Harga: RM 10.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Cap Televisyen Ceylon Tea Powder

Serbuk teh Ceylon ini akan bertahan lama di rak dapur anda. Ini kerana hanya sedikit sudu sahaja boleh menyediakan secawan teh yang hangat. Nikmati aroma lazat yang diberikan oleh Cap Televisyen Ceylon Tea Powder ini pada bila-bila masa.
Bahan-bahan: 100% Serbuk Teh
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 1 kg
Harga: RM 18.89
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Garden of The Andes Organic Pure Ceylon Tea

Aroma daripada teh ini dapat membangunkan deriabau anda dengan bau adunan organik yang lengkap, ringan dan seimbang. Anda boleh minum teh panas ini pada waktu malam, atau meletakkan ais di dalamnya untuk hari yang lebih menyegarkan. Selain itu, ia juga boleh dicampur dengan susu dan boleh menjadi minuman alternatif kepada kopi. Anda juga boleh meletakkan lemon untuk menonjolkan rasa manis yang semula jadi.
Bahan-bahan: 100% Teh Negro Organico
Negara Pengeluar: Chile
Saiz: 40 g
Harga: RM 15.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Cap Ciku’s Ceylon Tea

Walaupun teh ini mempunyai aroma yang kuat berbanding dengan teh Ceylon yang biasa, rasa Teh Ceylon Cap Ciku ini agak pedas. Jadi, ia tidak sesuai digandingkan dengan krim atau susu segar. Jadi, gunakan susu pekat untuk mengimbangi rasa dalam teh ini kerana ia dapat menonjolkan rasa berkrim dan manis yang anda mahukan.
Bahan-bahan: Teh Ceylon
Negara Pengeluar: Indonesia
Saiz: 1 kg
Harga: RM 16.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.