8 Tempat Mendaki dan Merentas Denai Terbaik di Kota Kinabalu 2025

Aktiviti mendaki dan merentas denai adalah salah satu aktiviti paling sihat yang boleh anda lakukan pada masa lapang. Anda dapat menggerakkan badan dengan menavigasi laluan, menikmati alam semula jadi dan bersantai sambil melakukan aktiviti ini. Jika anda sakit atau bosan apabila berada di rumah, anda boleh mencergaskan badan dengan pergi mendaki atau merentas denai untuk mengeluarkan peluh dan menghilangkan tekanan seharian. 

Mungkin anda ingin mengubah gaya hidup anda supaya menjadi lebih sihat dan cergas. Jika begitu, artikel ini sesuai untuk anda. Anda boleh mengetahui 8 tempat mendaki dan merentas denai terbaik di Kota Kinabalu 2025 ini.

Apakah Yang Perlu Saya Bawa Untuk Aktiviti Mendaki?

Nampaknya anda teruja dengan pengembaraan mendaki. Tetapi, sabar dahulu. Pastikan anda mempertimbangkan beberapa perkara berikut sebelum anda bergerak ke destinasi:

1. Kit Pertolongan Cemas, Pelbagai Alat dan Tiang Trekking

Pergi mendaki bukit atau merentas denai laluan hutan boleh mencederakan anda. Anda mungkin boleh tergelincir di laluan berlumpur, terpijak objek tajam, terkehel kaki atau sebagainya. Oleh sebab itu, kit keselamatan penting untuk dibawa semasa pendakian. Ia boleh merawat segala kecederaan yang berlaku.

2. Air dan Makanan Ringan

Dehidrasi adalah perkara yang serius yang tidak boleh dipandang ringan oleh sesiapa pun. Pastikan anda membawa air yang mencukupi untuk pendakian anda kerana mendaki boleh menyebabkan kita berasa sangat penat. Anda mungkin dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Apabila anda mendaki, badan anda akan cepat terhidrat kerana penat dan panas. Oleh sebab itu, air dan snek bar tenaga amat penting untuk memberikan anda tenaga dan kekal hidrasi. Semua ini dapat memastikan anda meneruskan pendakian sehingga ke puncak.

3. Pakai Pakaian dan Kasut yang Betul

Kasut yang anda pakai mestilah kalis air, mempunyai sokongan buku lali serta dan tapaknya tidak licin. Bagi pakaian pula, anda perlu periksa ramalan cuaca terlebih dahulu sebelum mendaki. Berdasarkan info ini, anda boleh memilih pakaian mana yang paling sesuai untuk hari pendakian anda. Secara amnya, anda mahu memakai pakaian yang menyerap kelembapan dan selesa. Jika boleh, pakai baju lengan panjang dan seluar trek.

8 Tempat Mendaki dan Merentas Denai Terbaik di Kota Kinabalu 2025

1. Bukit Kopungit Hiking Trail

Kopungit-Hill-Hiking-Trail-
Kredit Gambar: Apeng Slowcuber
Kopungit-Hill-Hiking-Trail-
Kredit Gambar: Widy Mechor

Bukit Kopungit Hiking Trail adalah antara bukit-bukit yang paling terkenal untuk didaki di Kota Kinabalu. Kedudukannya terletak tidak jauh dari bandar. Tahap pendakian ke bukit ini adalah biasa sehingga sederhana, semuanya bergantung kepada tahap kecergasan anda. Selepas anda mendaki, anda dapat melihat banyak gua dan terowong yang digali oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia ke-2 dahulu. Berikan ganjaran kepada diri anda dengan meneroka pengalaman mendaki yang menyeronokkan di Bukit Kopungit Hiking Trail. 

Alamat: 88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

2. Bukit Janggut

Beard-Hill-
Kredit Gambar: Sun Hoe tey
Beard-Hill
Kredit Gambar: Hazell Light Vlog

Tahap pendakian mengikut laluan Beard Hill atau Bukit Janggut ke puncak boleh dianggap mudah sehingga sederhana, bergantung kepada tahap kecergasan anda. Banyak pokok yang cantik dan menarik seperti pokok hiasan yang tumbuh di sepanjang laluan ke puncak bukit. Oleh sebab itu, ramai orang yang datang untuk mendaki dan mengambil gambar di bukit ini. Pemandangan di puncak bukit ini juga amat memukau. Letih disebabkan mendaki akan hilang sebaik sahaja anda melihat pemandangan di puncak bukit ini.

Alamat: Malawa, Sepanggar Bay Road, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

3. Bukit Tirig

Tirig-Hill
Kredit Gambar: TRAWORLD
Tirig-Hill-
Kredit Gambar: Clarence J Sigam

Terletak di Kampung Lapasan, laluan mendaki ke Bukit Tirig umumnya dianggap mudah bagi pendaki yang baru sahaja berjinak dalam sukan pendakian ini. Hal ini kerana laluan yang menuju ke puncak dipenuhi dengan akar dan tangga yang besar. Akan tetapi, terdapat sesetengah kawasan kelihatan lebih curam. Meneroka bukit ini membolehkan anda menyaksikan flora dan serangga yang pelbagai jenis. Ini adalah cara yang baik untuk menyesuaikan diri dengan alam semula jadi.

Alamat: Kampung Lapasan, Kota Kinabalu, Sabah.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

4. Bukit Botak

Botak-Hill
Kredit Gambar: Hariz Ihsan
Botak-Hill-
Kredit Gambar: Sim Tze Teck

Sekiranya anda mencari tahap pendakian yang sederhana sehingga mencabar, Bukit Botak adalah salah satu bukit yang boleh anda cuba daki. Beberapa laluan di sini agak curam, jadi anda perlu berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut. Secara purata, aktiviti pendakian akan mengambil masa kira-kira sejam dan 15 minit untuk sampai ke puncak bukit. Apabila anda berada di puncak bukit, anda akan menyaksikan pemandangannya sangat menakjubkan! Pastikan anda menyediakan ruang dalam memori telefon anda kerana pasti anda ingin mengambil banyak gambar di sini sebagai kenang-kenangan.

Alamat: 89200 Kota Kinabalu, Sabah.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

5. Bukit Padang Hiking Trail

Padang-Hill-Hiking-Trail
Kredit Gambar: Candace Goh
Padang-Hill-Hiking-Trail-
Kredit Gambar: Keefoo Lee

Terletak di Taman Tun Fuad Stephens, Bukit Padang Hiking Trail menawarkan peminat kembara pendakian dengan pengalaman yang menakjubkan. Pendakian ke puncak bukit ini agak mudah dan anda pasti mendapat kebaikan daripada aktiviti mendaki ini. Anda semakin menghampiri puncak Bukit Padang jika anda melihat piramid puncak bukit. Pemandangan di puncak bukit ini sangat indah. Anda akan kehilangan kata-kata apabila melihat betapa indahnya pemandangan alam ciptaan Tuhan dari puncak bukit.

Waktu Operasi: 6:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 88300 Kota Kinabalu, Sabah.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

6. Bukit Merah Karambunai

Karambunai-Red-Hill
Kredit Gambar: Kenyi Lee
Karambunai-Red-Hill-
Kredit Gambar: Dyn D’ Pilots

Karambunai Red Hill atau lebih dikenali sebagai Bukit Merah Karambunai sangat popular dalam kalangan para pendaki. Menurut para pendaki, laluan untuk mendaki tidaklah sukar. Ia sesuai untuk mereka yang baru mencuba aktiviti mendaki ini. Selain itu, sama seperti di Bukit Janggut, laluan ini dipenuhi dengan pokok-pokok cantik seperti pokok hiasan, sekali gus  menjadikannya tempat yang terbaik untuk mengambil gambar kenangan.

Alamat: 89200 Kota Kinabalu, Sabah.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

7. Bukit Helang

Eagle-Hill-
Kredit Gambar: Japar Osman
Eagle-Hill-
Kredit Gambar: TRAWORLD

Bukit Helang terletak di Kampung Kebagu. Bukit ini mudah ditawan namun bagi sesetengah pendaki yang belum lagi biasa dengan bukit ini, anda mungkin berasa sukar untuk sewaktu melakukan pendakian. Terdapat dua puncak di bukit ini. Puncak pertama adalah pada ketinggian 0.87 kilometer dari aras laut dan puncak kedua pula adalah pada ketinggian 1.5 kilometer. 

Bukit Helang kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna, jadi mendaki di sini membolehkan anda menerokai alam semula jadi yang indah. Di puncak kedua, anda akan melihat pemandangan yang memukau di mana satu sisi anda boleh melihat ke arah pantai barat dan sisi lain pula, anda boleh melihat Gunung Kinabalu yang tersergam indah. Jika anda berminat untuk melakukan pendakian di sini, anda boleh menghubungi krew Bukit Helang untuk bertanya lebih lanjut mengenai Bukit Helang.

Waktu Operasi: 6:00 pagi – 6:30 petang (Setiap hari)

Alamat: 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

No. Telefon: 019-980 9090

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Bukithelang/?locale=ms_MY

8. Bukit Signal – Bawah

Signal-Hill-Trail-–-Bottom-
Kredit Gambar: Vonn Voyage
Signal-Hill-Trail-–-Bottom-
Kredit Gambar: Blue Kinabalu Travel Agency

Menakluki Bukit Signal Trail – Bawah membolehkan anda sampai ke Menara Balai Cerap Bukit Signal yang terletak di titik tertinggi Kota Kinabalu. Laluan menuju ke menara ini tidak sukar sama sekali. Hal ini kerana pendakian tangga secara berterusan di hutan membolehkan anda tiba ke puncak dengan mudah. Sebaik sahaja anda sampai di menara, nikmatilah pemandangan panorama Kota Kinabalu dan matahari terbenam atau matahari terbit. Anda akan kehilangan kata-kata apabila menikmati pemandangan alam yang indah ciptaan Tuhan ini.

Alamat: Jalan Dewan, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini


Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close