10 Tempat Mendaki Terbaik di Selangor 2025

Mendaki telah terbukti memberi kesan positif kepada kesihatan mental kita. Hal ini kerana menyelami alam semula jadi boleh membantu anda mengurangkan tahap tekanan dan meningkatkan fungsi kognitif. Aktiviti mendaki juga merupakan peluang terbaik untuk berhubung dengan individu lain, sama ada bersama keluarga atau aktiviti team-building syarikat anda.

Jika anda sedang mencari tempat mendaki yang bagus di Selangor, lihat 10 tempat mendaki terbaik di sini. Tempat mendaki ini menawarkan pengalaman yang menakjubkan kepada pendaki kerana ia dikelilingi oleh pokok yang menjulang tinggi dan kehijauan yang subur. Pokok-pokok ini membentuk kanopi dan menyebabkan anda terlindung daripada sinaran cahaya yang terik semasa mendaki.

Bagaimanakah Anda Berlatih Untuk Melakukan Pendakian Yang Panjang?

Jika anda ingin berlatih untuk perjalanan mendaki yang panjang, mulakan dengan pendakian yang lebih pendek terlebih dahulu. Kemudian, anda perlu perlahan-lahan meningkatkan jarak dan tahap kesukaran pendakian dari semasa ke semasa. Anda juga boleh menguatkan otot anda dengan mencangkung, lunges dan planks untuk membantu anda mengatasi lereng curam dan rupa bumi yang tidak rata.

Apakah Barangan Penting Yang Perlu Dibawa Semasa Pendakian?

Apabila anda mendaki, anda perlu membawa beberapa barang yang penting seperti makanan dan minuman yang berkhasiat. Hal ini kerana ia akan memberikan anda tenaga dan kekal terhidrat sepanjang pendakian. Selain itu, anda perlu membawa peti pertolongan cemas kerana ia mengandungi kit bantuan cemas yang diperlukan sekiranya berlaku kecederaan. Anda juga perlu membawa peta, kompas atau alat navigasi bagi memastikan anda berada di trek laluan yang betul semasa mendaki.

Bagaimanakah Anda Membuang Sampah Semasa Mendaki?

Untuk melindungi alam sekitar, jangan buang sebarang sampah di sepanjang laluan. Bawa beg sampah semasa mendaki. Hal ini kerana anda boleh membuang sampah di dalam beg itu sehinggalah anda menjumpai tong sampah di kawasan rehat. Hal ii penting bagi menjaga alam sekitar daripada tercemar.

Juga Baca Lagi:

Tempat Mendaki di Sabah
Tempat Mendaki di Sarawak
Tempat Mendaki Berdekatan PJ
Tempat Mendaki Berdekatan Cheras
Tempat Mendaki di Pulau Pinang
Tempat Mendaki Berdekatan Puchong

10 Tempat Mendaki Terbaik di Selangor 2025

1. Hutan Pendidikan Bukit Gasing

Hutan-Pendidikan-Bukit-Gasing--
Kredit Gambar: sanorhizam.blogspot.com
Hutan-Pendidikan-Bukit-Gasing--
Kredit Gambar: Wui Chan

Hutan Pendidikan Bukit Gasing adalah tempat terbaik untuk mendaki dan disyorkan untuk pendaki tahap sederhana. Masa terbaik untuk memulakan pendakian anda adalah awal pagi, kerana ia kurang sesak. Anda boleh melihat tarikan seperti jambatan dan taman kecil di sepanjang pendakian anda. Selain itu, peta di sekitar kawasan ini juga membantu anda menavigasi trek laluan anda. Tempat letak kereta disediakan. Namun jika ia penuh, anda perlu meletak kenderaan anda di tepi jalan.

Waktu Operasi: Setiap hari

Alamat: Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Bukit Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Kota Damansara Community Forest Reserve

Kota-Damansara-Community-Forest-Reserve-
Kredit Gambar: Aik Khong Choo
Kota-Damansara-Community-Forest-Reserve--
Kredit Gambar: Mohd Taufik Ishak

Kota Damansara Community Forest Reserve ditubuhkan untuk melindungi kawasan hutan dan hidupan liarnya. Di sini, anda boleh mendaki dengan santai di bawah lindungan kehijauan yang teduh. Tambahan pula, terdapat laluan berbeza untuk tahap kecergasan yang berbeza. Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM 2. Di puncak, anda boleh menikmati pemandangan NKVE dan Bukit Lanjan di seberang.

Waktu Operasi:
7:30 pagi – 3:00 petang (Isnin – Jumaat)
7:00 pagi – 3:00 petang (Hujung minggu)

Alamat: Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara, Jalan Merbah 10/1, Seksyen 10 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/KDCFSociety/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. Broga Hill 1st Hilltop

Broga-Hill-st-Hilltop
Kredit Gambar: @raghavsidd11
Broga-Hill-st-Hilltop-
Kredit Gambar: Karima Kalil

Bukit Broga menawarkan pengalaman yang menyeronokkan kepada para pendaki kerana ia mempunyai landskap laluan berturap, bertangga dan denai yang tidak rata. Trek laluan di sini juga menyediakan tali bersimpul yang memandu pendaki melalui kawasan berbatu dan curam. Puncak bukit ini adalah kawasan terbuka yang luas dengan pemandangan panoramik 360 darjah. Jadi, anda boleh bergambar di sini kerana ia menyediakan pemandangan yang indah. Biasanya, Bukit Broga sesak pada hujung minggu jadi anda boleh merancang pendakian anda pada waktu awal pagi supaya tidak bersesak dengan pendaki lain.

Waktu Operasi: Setiap hari

Alamat: Broga Hill 1st Hilltop, 43500 Semenyih, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

4. Bukit Saga via Taman Saga

Bukit-Saga-via-Taman-Saga-
Kredit Gambar: hamydy.files.wordpress.com
Bukit-Saga-via-Taman-Saga--
Kredit Gambar: Ahmad Zaelani

Laluan mendaki Bukit Saga melalui Taman Saga adalah mencabar. Hal ini kerana ia menyediakan lereng yang curam, cerun yang licin dan halangan seperti akar dan dahan pokok di sepanjang laluan. Kira-kira dua jam selepas anda mendaki Bukit Saga, anda akan melalui air terjun yang menyegarkan. Anda boleh berehat dan mendengar bunyi air mengalir ke sungai tanpa sebarang gangguan. Memandangkan trek mendaki ini adalah laluan yang mencabar, anda boleh membungkus makanan ringan dan air secukupnya untuk mengekalkan tenaga anda sepanjang pendakian.

Waktu Operasi: Setiap hari

Alamat: Bukit Saga melalui Taman Saga, 86a, Jalan Saga 28, Taman Saga, 68000 Ampang Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

5. Denai Tiga Puteri Peak @ Bukit Permatang Resam

Denai-Tiga-Puteri-Peak-@-Bukit-Permatang-Resam--
Kredit Gambar: Sharifah Hanim
Denai-Tiga-Puteri-Peak-@-Bukit-Permatang-Resam--
Kredit Gambar: Ayu Idayu

Denai Tiga Puteri Peak @ Bukit Permatang Resam sesuai untuk amatur kerana ia mempunyai trek pendakian yang mudah. Anda hanya perlu mengikut laluan yang luas dan papan tanda menuju ke puncak sahaja. Laluan itu mudah kerana anda boleh mengikut laluan yang luas dan papan tanda ke puncak. Tambahan pula, 90% daripada trek laluan ini rata dengan kecondongan yang minimum. Hal ini menjadikannya lokasi yang sesuai untuk kanak-kanak mendaki. Tempat letak kereta di sini agar terhad, jadi anda perlu datang awal untuk mendapatkan tempat letak kereta yang selamat dan selesa. Sebelum memulakan pendakian, anda perlu menjelaskan bayaran masuk terlebih dahulu. Hal ini kerana mereka mengenakan bayaran bagi setiap kemasukan.

Waktu Operasi: 7:00 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)

Alamat: Denai Tiga Puteri Peak (Bukit Permatang Resam), Jalan Merbah 10/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

6. Gunung Nuang

Gunung-Nuang
Kredit Gambar: @nevespugly
Gunung-Nuang-
Kredit Gambar: Faa Abdull

Gunung Nuang merupakan titik ketiga tertinggi di Selangor. Anda memerlukan permit daripada Jabatan Perhutanan sebelum anda memulakan pendakian. Penggunaan perkhidmatan malim gunung berdaftar adalah wajib bagi mereka yang ingin mendaki Gunung Nuang. Terdapat tiga laluan mendaki ke puncak dan semuanya dibina oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Malaysia. Dua laluan bermula di Selangor, iaitu satu di Kuala Pangsoon di Hulu Langat dan satu lagi di Kampung Kemensah di Gombak.

Alamat: Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

7. Bukit Kutu

Bukit-Kutu-
Kredit Gambar: afiqhalid.com
Bukit-Kutu-
Kredit Gambar: afiqhalid.com

Bukit Kutu bermula sebagai stesen bukit pada tahun 1935. Kini, ia telah menjadi destinasi mendaki yang popular dan paling sibuk pada hujung minggu. Bukit Kutu mempunyai biodiversiti yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Selain itu, Bukit Kutu mempunyai bentuk muka bumi bergunung-ganang, sungai dan air terjun. Secara keseluruhan, Bukit Kutu adalah laluan mencabar yang disyorkan untuk pendaki yang lebih berpengalaman.

Alamat: Bukit Kutu, 44000, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

8. Apek Hill

Apek-Hill-
Kredit Gambar: hamydy.files.wordpress.com
Apek-Hill--
Kredit Gambar: KK L

Bukit Apek adalah denai gelung sepanjang 6.9 km yang berhampiran Cheras. Secara umumnya, ia dianggap sebagai laluan yang mencabar kerana mengambil masa sekitar 3 jam 5 minit untuk sampai ke puncak. Trek laluan di sini juga mempunyai banyak cerun yang curam. Di sepanjang laluan ini, anda akan menikmati pemandangan semula jadi yang indah. Selain itu, terdapat beberapa tali simpul yang disediakan untuk membantu anda mendaki. Jika anda berkunjung ke sini selepas hujan, aktiviti pendakian anda boleh menjadi sukar dan berbahaya kerana tanah menjadi licin dan berlumpur. Jadi pastikan anda membawa hiking stick dan pakai kasut yang sesuai semasa melakukan pendakian di sini.

Alamat: Bukit Apek Station 2, 43200 Cheras, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

9. Chiling Waterfall

Chiling-Waterfall
Kredit Gambar: maivan.blog
Chiling-Waterfall-
Kredit Gambar: maivan.blog

Chiling Waterfall adalah denai kembara yang menarik kerana ia membawa anda ke salah satu air terjun yang paling menakjubkan dan mengagumkan di Selangor. Chiling Waterfall terletak dalam rizab yang dipanggil Santuari Ikan Sungai Chiling. Anda perlu mendaki selama sejam dan mengharungi Sungai Chiling untuk sampai ke air terjunnya. Semasa anda mendaki lebih tinggi di atas denai, anda akan bertemu dengan bunga liar dan rama-rama yang cantik. Hal ini akan menjadikan pengalaman mendaki anda lebih menyeronokkan.

Waktu Operasi:
8:00 pagi – 6:00 petang (Jumaat – Ahad)
Tutup pada Isnin – Khamis

Alamat: Chiling Waterfalls, 44000, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

10. Bukit Sapu Tangan

Bukit-Sapu-Tangan-
Kredit Gambar: prettilyrare.com
Bukit-Sapu-Tangan-
Kredit Gambar: kyension.com

Pendakian di Bukit Sapu Tangan akan bermula dari Taman Pertanian Malaysia. Di puncak bukit, anda akan melihat menara pengawas terbiar yang kelihatan seperti pondok. Ia merupakan lokasi fotografi yang popular untuk para pendaki. Malangnya, anda hanya boleh melihatnya dari luar kerana pengunjung dilarang masuk. Tangga kayunya telah dialihkan kerana rosak. Trek laluan sepanjang 6.6 km ini dianggap sebagai laluan sederhana mencabar. Ia mengambil masa sekitar 2 jam untuk tiba ke puncak. Tambahan pula, laluan ini diselenggara dengan baik. Selain itu, trek laluan ini juga sesuai untuk aktiviti mountain biking.

Alamat: Bukit Sapu Tangan, 40170 Shah Alam, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini



Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close