3 Tempat Paintball Terbaik di Pulau Pinang 2025

Adakah anda peminat sukan ekstrem dan mencabar? Anda boleh mencuba sukan paintball yang mengujakan untuk memenuhi waktu terluang anda. Tempat-tempat paintball menawarkan ruang untuk pemain dari pelbagai latar belakang untuk menyertai pertandingan yang penuh cabaran ini. Anda boleh bermain paintball bersama rakan-rakan atau rakan sekerja anda pada waktu hujung minggu. Tempat-tempat paintball ini menyediakan pelbagai persekitaran untuk bermain sukan ini, sekali gus membolehkan anda meneroka senario yang pelbagai seperti kawasan berhutan sehinggalah kepada landskap bandar. Selain itu, anda juga dapat mempelajari dan mempraktikkan taktik peperangan yang berbeza demi memastikan kumpulan anda menang.

Tidak kiralah sama ada anda amatur atau sudah berpengalaman dalam permainan itu, tempat paintball menawarkan peluang untuk mencipta memori bersama rakan-rakan, ahli keluarga mahupun rakan sekerja. Selain itu, ia juga dapat membantu anda melepaskan tekanan sambil menikmati alam sekitar. Anda boleh menavigasi permainan yang menyeronokkan ini dengan menggunakan skill yang ada bagi menjadikan permainan ini lebih menarik. Jadi, persiapkan diri anda dan bersedialah untuk merasai kegembiraan bermain paintball dalam persekitaran yang direka untuk menguji ketahanan dan skil anda. Berikut adalah 3 tempat paintball terbaik di Pulau Pinang.

Apakah Jenis Senario Permainan Yang Terdapat Di Tempat Paintball?

Permainan paintball semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, justeru cara permainannya juga semakin pelbagai. Penyedia paintball yang berbeza menawarkan pelbagai senario di pusat-pusat paintball mereka. Jadi, berdasarkan Delta Force Paintball, berikut adalah 3 permainan paintball yang paling popular:

  1. Attack and Defend

Dalam scenario ini, satu pasukan akan menduduki sebuah istana atau kubu. Objektif mereka adalah untuk menjaga keselamatan kubu mereka. Manakala, objektif pasukan lawan pula adalah untuk menyerang kedudukan musuh dan mengibarkan bendera mereka sebelum permainan tamat. Biasanya, pasukan yang menyerang boleh ‘respawn’, yakni kembali ke starting point dan berkumpul semula bersama pasukan. Teknik ini boleh berlaku dalam beberapa minit pertama atau disepanjang permainan ini berlangsung.

  1. Capture The Flag

Kedua-dua pasukan memiliki bendera yang diletakkan di pangkalan masing-masing. Kedua-dua pangkalan ini terletak di hujung bertentangan kawasan permainan. Objektifnya adalah untuk merebut bendera musuh dari pangkalan mereka dan membawanya ke pangkalan anda sendiri sebelum mereka berjaya menangkap bendera anda. Permainan “Capture the Flag” adalah fleksibel, sekali gus menjadikannya sesuai untuk pemain yang baru bermain permainan paintball ini.

  1. Team Deathmatch

Cara klasik untuk bermain paintball adalah melalui Team Deathmatch. Permainan berdasarkan pasukan ini melibatkan usaha untuk mencapai kemenangan sepenuhnya dengan mengeluarkan setiap ahli pasukan lawan. Untuk meraih kemenangan, setiap pasukan harus mengeluarkan semua ahli pihak lawan.

Adakah Anda Perlu Booking Slot Permainan Ini Terlebih Dahulu Di Pusat Paintball Di Pulau Pinang?

Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu bagi memastikan slot anda ditempah dan memudahkan urusan anda ketika pendaftaran nanti. Pra-tempahan membolehkan pusat paintball, seperti The War Zone, memastikan peralatan disediakan dengan baik dan berfungsi. Selain itu, kakitangan mereka boleh bersedia untuk memberikan anda penerangan secara jelas tentang permainan ini. Proses tempahan juga boleh mengurangkan waktu menunggu, sekali gus memberikan pengalaman yang memuaskan ketika anda bermain di pusat paintball tersebut.

Anda boleh membaca artikel di bawah untuk mengetahui tempat yang menyeronokkan di Pulau Pinang:

  1. Aktiviti Terbaik Yang Boleh Dilakukan di Pulau Pinang
  2. Taman Tema Terbaik di Pulau Pinang
  3. Tempat Hiking Terbaik di Pulau Pinang

3 Tempat Paintball Terbaik di Pulau Pinang 2025

1. The War Zone

The-War-Zone
Kredit Gambar: Nurrahman Johari (Google Reviews)
The-War-Zone-
Kredit Gambar: Nurrahman Johari (Google Reviews)

The War Zone merupakan tempat bermain paintball yang terletak di Muzium Perang Pulau Pinang. Tempat permainan paintball ini menawarkan peluang kepada anda dan rakan-rakan untuk bermain permainan paintball dalam persekitaran Medan Pertempuran Perang Dunia II yang sebenar. Ciri istimewa ini menjadikannya sesuai untuk anda memupuk skil seperti membina pasukan, mengetahui fungsi dan kekuatan anda, serta membentuk cara komunikasi yang berkesan antara ahli pasukan.

Selain itu, permainan ini juga boleh memupuk hubungan yang sihat antara individu yang bermain. Persekitaran medan tempur semula jadi juga berupaya meningkatkan pengalaman bermain selain disokong oleh kakitangan yang mahir dalam membantu pemain, tidak kiralah sama ada pemain profesional ataupun baru.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 12:00 tengah hari, 2:00 petang – 4:00 petang (Setiap hari) 

Alamat: Penang War Museum, Jalan Batu Maung, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang

No. Telefon: 012-436 0698

Google Map:  Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/pwmwarzone/ 

Instagram: https://www.instagram.com/thewarzonepenang/ 

2. Combat Gel Ball Outdoor

Combat-Gel-Ball-Outdoor
Kredit Gambar: Gary Syl (Google Review)
Combat-Gel-Ball-Outdoor-
Kredit Gambar: kenny tan (Google Review)

Combat Gel Ball Outdoor menawarkan harga yang kompetitif bagi permainan paintball ini. Ia juga menyediakan lokasi permainan yang luas bagi membolehkan anda menikmati masa berkualiti bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan anda ketika bermain. Walaupun permainan di sini sedikit berbeza dengan paintball tradisional, namun ia tetap mengekalkan konsep asas dengan menggunakan gel balls sebagai peluru. Adaptasi ini memberikan pengalaman permainan yang lebih selesa bagi mereka yang bimbang akan sakit akibat terkena tembakan daripada paintball. Gel balls juga merupakan pengganti yang sangat baik bagi paintball.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 malam (Setiap hari) 

Alamat: 1736, Kampung Tongkang, Permatang Tinggi, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

No. Telefon: 016-353 5755

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/combatgelballsportcentre/ 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. Kaizer Paintball

Kaizer-Paintball
Kredit Gambar: John Bridges (Google Reviews)
Kaizer-Paintball-
Kredit Gambar: Cikgu Rizal (Google Reviews)

Kaizer Paintball merupakan destinasi untuk peminat paintball gaya bandar. Tempat bermain paintball ini dilengkapi dengan penanda paintball Planet Eclipse Emek dan Smartparts GoG Enmey yang canggih. Medan pertempuran diatur dalam arena terbuka dengan halangan yang diletakkan secara strategik untuk meningkatkan keseronokan semasa anda bermain. Selain paintball, tempat ini juga menawarkan permainan gel blaster.

Ia menjadi pilihan yang ideal untuk individu dari pelbagai peringkat umur, termasuklah mereka yang mencari cara untuk menghabiskan masa bersama ahli keluarga. Tempat permainan ini boleh menjadi lokasi perhimpunan yang menyeronokkan apabila anda dan keluarga mengambil bahagian dalam pelbagai permainan yang anda. Secara tidak langsung, ia boleh mengukuhkan hubungan kekeluargaan.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 7:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 46, Lorong Nangka 9, Taman Desa Damai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

No. Telefon: 018-400 1677

Google Map:  Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/KaizerPaintball/ 


Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di Sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close