8 Tempat Penginapan Terbaik di Pulau Pangkor 2025

Pulau Pangkor merupakan salah satu pulau terbaik untuk dikunjungi semasa anda bercuti. Pulau Pangkor telah menjadi destinasi percutian yang paling digemari oleh penduduk tempatan mahupun pelancong asing. Pantainya yang indah serta mempunyai pelbagai aktiviti sukan air yang menyeronokkan adalah antara perkara yang menjadi tarikan di Pulau Pangkor.

Terdapat pelbagai resort dan chalet yang telah dibangunkan berhampiran dengan pantai untuk dijadikan sebagai tempat penginapan para pelancong. Anda boleh menikmati pemandangan laut secara terus dari tempat penginapan anda. Jadi, berikut adalah 8 tempat penginapan terbaik yang boleh anda pilih apabila anda berkunjung ke Pulau Pangkor.

Apakah Aktiviti Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Di Pulau Pangkor?

Terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di Pulau Pangkor. Antara aktiviti air yang boleh anda lakukan adalah berkayak, snorkeling dan menyelam. Anda juga boleh mendaki Bukit Pangkor yang terletak di pulau ini. Jika anda sukakan sejarah dan seni bina, anda boleh melawat kuil Foo Lin Kong yang merupakan kuil terbesar di Pulau Pangkor. 

Bagi memenuhi perut anda yang lapar, anda boleh menikmati makanan laut yang dikukus segar serta kaya dengan rasa umami pada harga yang berpatutan. Sebelum anda pulang, jangan lupa untuk membeli cenderahati yang murah dan bebas cukai untuk ahli keluarga anda.

8 Tempat Penginapan Terbaik Di Pulau Pangkor 2024

1. AVI Pangkor Beach Resort

AVI Pangkor Beach Resort
Kredit Gambar: AVI Pangkor Beach Resort
AVI Pangkor Beach Resort
Kredit Gambar: AVI Pangkor Beach Resort

AVI Pangkor Beach Resort merupakan antara resort yang terkenal di Pulau Pangkor. Ia terletak berhampiran dengan Pantai Bogak dan hanya memerlukan 10 minit perjalanan dari jeti. Resort ini menggunakan tema seperti pelayaran di laut serta mempunyai reka bentuk bangunan dengan gabungan konsep moden dan kontemporari. Setiap bilik penginapan di resort ini turut dilengkapi dengan balkoni, Wi-Fi, penghawa dingin dan juga ruang untuk bersantai.

Alamat: PT1130, Jalan Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Pangkor Laut Resort

Pangkor Laut Resort
Kredit Gambar: Pangkor Island Resort
Pangkor Laut Resort
Kredit Gambar: Pangkor Island Resort

Tempat ini sangat sesuai untuk anda yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi dan melepaskan stress daripada kesibukan di bandar. Selain dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi, anda juga boleh melakukan aktiviti rekreasi yang menyeronokkan. Pangkor Laut Resort menyediakan kira-kira 5 tempat penginapan yang unik dan cantik untuk anda pilih. Bukan itu sahaja, ia juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti pakej spa, ruang makan persendirian, aktiviti sukan air, memancing dan banyak lagi untuk anda terokai. Pastinya percutian anda di sini tidak akan membosankan!

Alamat: Pulau Pangkor Laut Pangkor Laut, 32200 Lumut, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. Anjungan Beach Resort

Anjungan Beach Resort
Kredit Gambar: Anjungan Beach Resort
Anjungan Beach Resort
Kredit Gambar: Anjungan Beach Resort

Jika anda seorang pencinta pantai, resort ini sangat sesuai untuk anda. Hal ini kerana lokasinya terletak di antara 2 pantai, iaitu Pantai Teluk Nipah dan Pantai Coral. Anda hanya perlu berjalan kaki selama beberapa minit sahaja untuk sampai ke pantai tersebut. Setiap bilik penginapan dilengkapi dengan Wi-Fi, televisyen berserta Astro, peti sejuk kecil dan pelbagai lagi keperluan asas. Yang pasti, pemandangan panorama di resort ini akan memikat hati sesiapa sahaja yang memandangnya.

Alamat: 6610 Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

4. Pangkor Sandy Beach Resort

Pangkor Sandy Beach Resort
Kredit Gambar: Pangkor Sandy Beach Resort
AVI Pangkor Beach Resort
Kredit Gambar: Cuti Cuti Malaysia

Pangkor Sandy Beach Resort terletak hanya beberapa minit sahaja dari jeti. Resort ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti kolam renang dan kolam kanak-kanak untuk dinikmati oleh para pengunjung. Selain kolam renang dan pemandangan pantai yang indah, resort ini juga mempunyai fasiliti bilik persidangan yang boleh memuatkan sehingga 60 orang dalam satu masa.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah berkayak, BBQ, berkelah, menaiki banana boat dan banyak lagi. Resort ini merupakan salah satu lokasi matahari terbenam yang indah di Malaysia. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk melihat panorama alam ini jika anda bercuti di sini!

Alamat: Lot 30, Jalan Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

5. Puteri Bayu Beach Resort

Puteri Bayu Beach Resort
Kredit Gambar: Agoda
Puteri Bayu Beach Resort
Kredit Gambar: Agoda

Bagi anda yang menginginkan penginapan dengan pemandangan semula jadi serta pakej sarapan yang menyelerakan, Puteri Bayu Beach Resort ini adalah tempat penginapan yang terbaik untuk anda. Dikelilingi dengan bukit-bukau, sungai, dan hutan yang menghijau, resort ini menjadi tempat percutian yang sempurna untuk mereka yang ingin bersantai bersama rakan-rakan atau keluarga. Walaupun resort ini dikelilingi bukit dan pokok-pokok, namun anda masih boleh melayari Internet kerana mereka menyediakan kemudahan Wi-Fi di setiap villa.

Alamat: Pantai Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

6. Joe Fisherman Inn

Joe Fisherman Inn
Kredit Gambar: planetofhotels.com
Joe Fisherman Inn
Kredit Gambar: Agoda

Joe Fisherman Inn terletak di Teluk Nipah dan hanya mengambil masa 10 minit sahaja dari jeti. Setiap bilik penginapan dibina dengan panel kayu dan mempunyai gabungan elemen kemewahan dan keunikan eksotik. Joe Fisherman Inn menawarkan 32 bilik penginapan yang selesa dan dilengkapi pelbagai kemudahan. Selain itu, terdapat juga sebuah restoran Jepun, iaitu Jamu Bar yang berdekatan dengan resort ini. Anda boleh menikmati hidangan yang lazat di restoran ini.

Alamat: Lot 4452, Pangkor, 32300 Kampung Teluk Nipah, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

7. Casuarina @ Pangkor

Casuarina @ Pangkor
Kredit Gambar: Casuarina Pangkor
Casuarina @ Pangkor
Kredit Gambar: OH MY PERAK

Casuarina @ Pangkor terletak di hujung utara Pulau Pangkor. Ia sangat sesuai untuk anda yang inginkan percutian mewah pada harga yang berpatutan. Setiap bilik penginapan dilengkapi dengan kemudahan tempat makan, bancuhan air kopi atau teh, Wi-Fi dan pelbagai keperluan lain. Anda boleh menjamu selera di Ombak Kafe dan merasai kari ikan serta Nasi Lemak Sambal Ikan yang sering dipesan oleh para pelanggan yang menginap di sini.

Alamat: Jalan Rpa Pangkor 3, Taman Desa Pangkor, 32300 Pulau Pangkor, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

8. Pangkor Coral Bay Resort

Pangkor Coral Bay Resort
Kredit Gambar: Coral Bay Resort
Pangkor Coral Bay Resort
Kredit Gambar: Coral Bay Resort

Walaupun bangunan Pangkor Coral Bay Resort kelihatan agak lama jika dibandingkan dengan beberapa resort yang lain, namun ia masih mampu menawarkan keselesaan kepada anda. Setiap bilik penginapan mempunyai ruang yang luas serta dilengkapi dengan pelbagai keperluan yang terkini. Antara kemudahan yang disediakan adalah bilik gim, sauna, bilik permainan, kawasan permainan kanak-kanak, kedai serbaneka dan banyak lagi. Anda pasti berpuas hati dengan perkhidmatan pelanggan di sini.

Alamat: Jalan Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close