10 Tepung Jagung Terbaik di Malaysia 2025

Apakah tepung jagung? Tepung jagung ialah sejenis tepung yang dikisar daripada biji jagung kering. Ia mengandungi badan, kuman, dan endosperm jagung serta dianggap sebagai tepung bijirin penuh. Teksturnya halus dan licin, sama seperti tepung gandum. Ia merupakan pemekat biasa dalam sup, rebusan, sos dan hidangan lain.

Untuk pengetahuan anda, tepung jagung dibuat dengan mengisar biji jagung secara keseluruhan dengan halus, manakala ‘cornstarch’ pula dibuat hanya daripada bahagian berkanji jagung. Oleh sebab itu, tepung jagung mengandungi protein, serat, kanji, vitamin, dan mineral, manakala ‘cornstarch’ kebanyakannya adalah karbohidrat.

Di manakah saya boleh mendapatkan tepung jagung?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan tepung jagung di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan tepung jagung, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, tepung jagung seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih tepung jagung?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli tepung jagung ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis tepung jagung yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Tepung Jagung Terbaik di Malaysia 2025

1. Tesco Everyday Corn Flour

Tesco Everyday Corn Flour
Kredit Gambar: Tesco

Tesco’s Everyday Corn Flour adalah tepung jagung yang halus dan serba boleh. Dibuat untuk memasak dan membakar. Ia juga memekatkan sebarang kuah dan sup yang anda buat. Gunakanlah tepung jagung ini untuk menyedapkan masakan anda. Ia juga mudah digunakan dan senang didapati di pasaran.

Bahan-bahan: Tepung Jagung

Saiz: 300 g

Harga: RM 1.39

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Gemini Pure Corn Flour

Gemini Pure Corn Flour
Kredit Gambar: Tesco

Gemini Pure Corn Flour menyediakan tepung jagung yang berkualiti. Ia sesuai untuk membakar dan memasak. Tekstur lembut menjadikannya lebih mudah untuk digabungkan dengan mana-mana resipi. Selain itu, ia juga menjimatkan masa mengadun anda semasa memasak atau membakar.

Bahan-bahan: Tepung Jagung Tulen

Saiz: 350 g

Harga: RM 1.49

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Masaku Corn Flour

Masaku Corn Flour
Kredit Gambar: Lazada

Masa adalah wang dan Masaku mempunyai cukup emas di tangan mereka dengan tepung jagung yang mereka hasilkan. Tepung jagung ini sesuai untuk apa-apa jenis masakan dan baking. Selain ia menyedapkan masakan anda,  tepung jagung ini pastinya berbaloi untuk dimiliki kerana ia berpatutan.

Bahan-bahan: Tepung Jagung

Saiz: 350 g

Harga: RM 1.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Mak Nona Tepung Jagung

Mak Nona Tepung Jagung
Kredit Gambar: Shopee

Mak Nona Corn Flour adalah pilihan terbaik untuk hidangan dan makanan bakar anda. Ia sesuai untuk menyediakan semua jenis makanan seperti hidangan yang lebih rangup, kek dan biskut, sos dan juga kuah berkrim. Cuba tepung jagung Mak Nona dan rasai perbezaannya.

Bahan-bahan: Tepung Jagung

Saiz: 350 g

Harga: RM 1.70

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Cap Tangan Corn Flour

Cap Tangan Corn Flour
Kredit Gambar: Lazada

Uli tangan? Tepung Jagung Cap Tangan dengan senang hati akan membantu anda! Cuba buat roti jagung atau apa-apa hidangan yang memerlukan bantuan tepung jagung dengan Tepung Jagung Cap Tangan. Selain itu, ia juga boleh memekatkan masakan anda agar menjadi lebih sedap dan enak.

Bahan-bahan: Tepung Jagung

Saiz: 400 g

Harga: RM 1.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Bunga Raya Fine Corn Flour

Bunga Raya Fine Corn Flour
Kredit Gambar: Tesco

Bunga Raya’s Fine Corn Flour menyelesaikan tugas untuk sebarang hidangan yang memerlukan tepung jagung. Cuba gunakannya semasa membakar hidangan manis anda atau gunakannya untuk membuat kuah yang lazat dan pekat. Percayalah, anda pasti kagum dengan hasilnya.

Bahan-bahan: Tepung Jagung Halus

Saiz: 350 g

Harga: RM 2.35

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Pak Long Corn Flour

Pak Long Corn Flour
Kredit Gambar: Shopee

Datanglah melawat Pak Long dengan menggunakan tepung jagung mereka. Tepung jagung berkualiti ini dibuat untuk memasak dan membakar. Gunakan tepung jagung Pak Long untuk hidangan anda dan lihatlah perbezaannya. Hasilnya pasti akan menggembirakan anda. Masakan anda juga akan menjadi bertambah enak.

Bahan-bahan: Tepung Jagung

Saiz: 500 g

Harga: RM 2.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Brown & Polson Corn Flour

Brown Polson Corn Flour
Kredit Gambar: Tesco

Brown & Polson ialah kanji jagung putih halus dan tulen yang dikisar daripada bijirin jagung yang daripadanya badan luar, kuman dan gluten yang telah dikeluarkan melalui proses pengilangan yang dipatenkan. Kerana ia bebas gluten dan dikisar halus, ia secara semula jadi lebih halus daripada tepung biasa. Ini adalah untuk memberikan hasil yang lebih baik untuk masakan dan membakar.

Bahan-bahan: Tepung Jagung

Saiz: 250 g

Harga: RM 8.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Bob’s Red Mill Golden Corn Flour

Bobs Red Mill Golden Corn Flour
Kredit Gambar: Shopee

Bob’s Red Mill Organic Whole Grain Corn Flour yang dikisar halus sangat bagus untuk membuat roti dan digabungkan dengan tepung lain dalam makanan yang dibakar. Cuba buat resipi roti jagung kegemaran anda dengan menggunakan tepung jagung ini, bukannya ‘cornmeal’. Roti jagung anda akan menjadi lebih kaya dan kurang rapuh apabila menggunakan cara ini.

Bahan-bahan: Jagung Bijirin Penuh

Saiz: 624 g

Harga: RM 15.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. P.A.N Pre-cooked Corn Flour

P.A.N Pre cooked Corn Flour
Kredit Gambar: Shopee

Tepung jagung putih pra-masak P.A.N. daripada Empresas Polar dibuat dengan 100% Jagung Putih terpilih. Ini menyebabkan ia  memperoleh doh lembut yang sesuai untuk penyediaan hidangan berasaskan jagung. Ia telah menjadi salah satu jenama tepung jagung pra-masak yang paling popular dan dihargai oleh ramai suri rumah.

Bahan-bahan: Jagung putih pra-masak diperkaya dengan Vitamin D, Kalsium, Zat Besi, Kalium, Thiamin, Riboflavin, Niasin, Folat.

Saiz: 1 kg

Harga: RM 32.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close