Tikar bilik mandi atau ‘bathroom mat’ merupakan antara item kelengkapan rumah yang tidak boleh diabaikan. Penggunaan tikar ini boleh mendatangkan pelbagai faedah terutamanya dari segi kebersihan dan keselamatan. Selain itu, ia juga dapat memastikan kaki anda sentiasa kering dan yang paling penting ia dapat menghalang anda daripada tergelincir ketika hendak keluar atau masuk ke bilik mandi anda.
Terdapat pelbagai jenis tikar bilik mandi yang terdiri daripada saiz dan bahan berbeza yang boleh didapati di pasaran hari ini. Jadi, di sini kami telah menyenaraikan 8 tikar bilik mandi terbaik di Malaysia pada tahun 2025 yang anda boleh dapatkan hari ini!
Tips untuk memilih tikar bilik mandi yang terbaik untuk anda:
Penggunaan tikar bilik mandi mampu menjadikan bilik mandi anda kelihatan lebih kemas dan bersih. Selain itu, ia mempunyai reka bentuk mudah alih bagi memudahkan anda mencuci dan mengalihkannya. Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ikuti semasa memilih tikar bilik mandi:
1. Warna:
Jika anda ingin menonjolkan suasana bilik mandi yang lebih santai, maka warna alam semula jadi seperti coklat, hijau cair, kuning air atau warna gelap adalah pilihan terbaik untuk anda. Manakala, jika anda inginkan tikar bilik mandi yang boleh digunakan untuk jangka masa yang lama, anda boleh memilih tikar yang berwarna gelap.
2. Bahan:
Memilih tikar bilik mandi dengan bahan yang betul adalah penting untuk mendapatkan tikar yang berkualiti. Tikar bilik mandi perlulah diperbuat daripada bahan seperti kapas dan PVC supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.
3. Saiz:
Tikar bilik mandi didatangkan dalam pelbagai saiz dan fungsi yang berbeza bagi membolehkan anda memilih tikar berdasarkan tempat penggunaannya. Sebagai contoh, untuk tikar bersaiz besar, anda boleh meletakkannya di hadapan tab mandi dan tikar bersaiz kecil boleh diletakkan di hadapan sinki.
8 Tikar Bilik Mandi Terbaik di Malaysia 2023
1. CURO Bath Mat

CURO Bath Mat ini boleh digunakan sebagai tikar bilik mandi dan tikar dapur. Ia dilengkapi dengan bahagian bawah antigelincir dan ‘foam memory’ yang lembut bagi mempercepatkan proses penyerapan air. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencucinya dengan mesin basuh, namun untuk menjaga kualitinya anda disyorkan untuk mencuci dengan tangan.
Spesifikasi:
- Bahan: Fabrik
- Saiz: 40 cm x 60 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Kelabu, Merah, Biru, Kopi, Hijau, Beige
Kelebihan:
✅ Boleh dibasuh dengan menggunakan mesin basuh
✅ Mudah untuk dibersihkan
✅ Pelapik antigelincir
Harga: RM3.79
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. SIMPLYBEST Japan Diatomaceous Earth Mat

Tikar bilik mandi keluaran SIMPLYBEST ini diperbuat daripada bahan diatomit yang mempunyai daya serapan air yang kuat sekali gus dapat mengeringkan kaki anda dengan serta-merta. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pad antigelincir pada bahagian bawah bagi menghalang tikar daripada bergerak. Ia juga boleh dicuci dengan mudah dan mengambil masa hanya 1 jam untuk kering.
Spesifikasi:
- Bahan: Diatomit
- Saiz: 30 cm x 40 cm, 35 cm x 45 cm, 39 cm x 60 cm
- Negara Pengeluar: China
- Warna: Kelabu Muda, Hijau, Kelabu gelap, Merah jambu, Biru
Kelebihan:
✅ Reka bentuk ‘springback’
✅ Penyerapan air yang pantas
✅ Pad antigelincir
✅ Mudah untuk dibersihkan
Harga: RM13.46 – RM20.64
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. HIGHTUNE Anti Slip Bathroom Mat

HIGHTUNE Bathroom Mat ini merupakan tikar bilik mandi bersaiz besar yang boleh anda letakkan di bawah pancuran mandian untuk mengelakkan anda daripada tergelincir. Ia dilengkapi dengan sedutan vakum pada bahagian bawah tikar yang berfungsi untuk menghalang tikar daripada bergerak. Selain itu, ia juga didatangkan dengan lubang kecil yang akan mengalirkan air daripada permukaan tikar supaya ia sentiasa kering dan tidak licin.
Spesifikasi:
- Bahan: PVC
- Saiz: 40 cm x 71 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Putih, Kelabu, Apricot
Kelebihan:
✅ Bahagian bawah mempunyai sedutan vakum
✅ Boleh diletakkan di bawah pancuran mandian
✅ Lubang-lubang kecil untuk saliran air
Harga: RM28.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. SIMPLYBEST Special Design Japan Diatomaceous Earth Mat

SIMPLYBEST ialah tikar bilik air yang diperbuat daripada bahan diatomit berkualiti tinggi yang mempunyai daya serapan air yang sangat pantas. Tidak seperti tikar bilik mandi yang lain, ia didatangkan dengan ciri antibakteria yang mampu membasmi 99% kuman dan bakteria. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan dengan bahan ‘springback’ yang menjadikannya tahan lama dan tidak leper walaupun selepas dipijak banyak kali.
Spesifikasi:
- Bahan: Diatomit
- Saiz: 39 cm x 60 cm
- Negara Pengeluar: Jepun
- Variasi: Blue Secret, Rama-rama, Daun Hijau, Daun Rimbun, Marmar, Tanaman Pasu, Bot Layar, Flamingo Tropika, Fresh Melody, Taman Hijau
Kelebihan:
✅ Membasmi bakteria
✅ Penyerapan air yang pantas
✅ Bahagian bawah antigelincir
✅ ‘Springback’
Harga: RM23.28
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. HOME Super Fast Absorbent Floor Mat

HOME Super Fast Absorbent Floor Mat ini mampu menyerap air sepantas 0.5 saat sekali gus boleh mengeringkan kaki anda dengan cepat. Ia diperbuat daripada PVC berkualiti tinggi dan baldu yang membolehkan air kering dengan lebih cepat berbanding tikar bilik mandi yang lain. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan pad getah pada bahagian bawah tikar bagi mengelakkan tikar daripada bergerak apabila anda menggunakannya.
Spesifikasi:
- Bahan: PVC, Baldu
- Saiz: 40 cm x 60 cm
- Negara Pengeluar: Jepun Warna: Kelabu, Biru, Kelabu Gelap, Hijau
- Variasi: Bujur, Hemisfera
Kelebihan:
✅ Daya serapan air yang sangat kuat
✅ Penyerapan sepantas 0.5 saat
✅ Pad antigelincir
Harga: RM9.85 – RM21.95
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. HomeShop Cotton Fibre Bath Mat

Anda sedang mencari tikar bilik mandi yang unik? maka Fiber Bath Mat ini pilihan terbaik untuk anda. Ia didatangkan dengan reka bentuk yang tebal dan berbulu sekali gus membolehkan kaki anda kering dengan cepat. Tambahan pula, tikar ini juga mempunyai ciri antigelincir bagi memberikan perlindungan tambahan ketika anda menggunakannya. Selain itu, ia juga dipasarkan dalam pelbagai warna untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Serat Kapas
- Saiz: 40 cm x 60 cm, 60 cm x 90 cm
- Negara Pengeluar: China
- Warna: Coklat, Kelabu Gelap, Hijau, Kelabu Muda, Pic, Merah
Kelebihan:
✅ Selesa
✅ Daya penyerapan air yang kuat
✅ Bahan tebal dan padat
✅ Boleh dibasuh dengan menggunakan mesin basuh
Harga: RM14.87 (40 x 60cm), RM34.87 (60 x 90cm)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Savepee Bathroom Non-Slip Floor Mat

Tikar bilik mandi berbentuk bujur ini dilengkapi dengan pad antigelincir pada bahagian bawah dan mempunyai daya serap air yang kuat. Ia didatangkan dalam reka bentuk yang mewah serta memberikan rasa ultra lembut pada kaki anda setiap kali anda memijaknya. Ia dipasarkan dalam 2 saiz yang berbeza untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Plush, Spandex
- Saiz: 30 cm x 50 cm, 50 cm x 80 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Merah Wain, Merah Tembikai, Coklat Tua, Ungu, Kelabu, Hijau Epal, Coklat Muda
Kelebihan:
✅ Selesa
✅ Daya penyerapan air yang kuat
Harga: RM4.90 (30 x 50 cm) | RM9.90 (50 x 80 cm)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Kun High Absorption Anti-Slip Floor Mat

Kun High Floor Mat diperbuat daripada microfiber dan getah berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama. Ia juga mampu menyerap air dengan pantas dan memastikan lantai anda sentiasa kering. Selain itu, ia juga mudah untuk dibersihkan dan boleh dicuci menggunakan mesin basuh.
Spesifikasi:
- Bahan: Microfiber
- Saiz: 40 cm x 60 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Khaki, Merah, Hijau, Coklat, Biru, Kelabu
Kelebihan:
✅ Daya penyerapan air yang kuat
✅ Bahagian bawah antigelincir
✅ Boleh dibasuh dengan menggunakan mesin basuh
Harga: RM10.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.