Selalu rasa sakit belakang? Tahukah anda, tempat tidur memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti hidup kita. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa tilam bukanlah pilihan alas terbaik untuk tidur ekoran harganya yang agak mahal, berat serta memakan ruang yang banyak. Namun, kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana tilam lipat merupakan penyelesaian terbaik untuk isu ini.
Tilam lipat bukan sahaja didatangkan pada harga mampu milik, malah ia juga diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi bagi menjamin keselesaan anda. Tilam lipat juga mempunyai ciri serba guna yang membolehkan anda menggunakannya di rumah atau ketika menjalani aktiviti luar seperti mendaki, berkelah dan sebagainya. Berikut adalah 10 Tilam Lipat terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia 2025.
Apakah Faedah Menggunakan Tilam Lipat?
Tilam lipat merupakan salah satu produk inovatif yang ideal untuk individu yang mempunyai ruang rumah yang kecil. Bukan itu sahaja, buat anda yang menggemari aktiviti luar dan inginkan keselesaan yang maksimum, anda juga boleh mempertimbangkan tilam lipat ini. Hal ini kerana tilam lipat dilengkapi dengan ciri seperti saiz/ penjimatan ruang, mudah alih, dan keselesaan yang memudahkan anda untuk mengendalikannya.
1. Saiz/ penjimatan ruang.
Tilam lipat kini menjadi alternatif yang cukup praktikal terutamanya bagi mereka yang tinggal di rumah yang mempunyai ruangan terhad. Selain ia sangat selesa untuk digunakan, ia juga didatangkan dengan reka bentuk boleh lipat yang memudahkannya dibawa atau disimpan di mana sahaja. Secara tidak langsung, ia juga dapat menjimatkan ruang di rumah anda.
2. Mudah Alih
Tilam ini dilengkapi dengan reka bentuk ergonomik serta ciri boleh dilipat yang membolehkannya dibawa ke mana sahaja.
3. Keselesaan
Kebanyakan tilam lipat diperbuat sepenuhnya daripada bahan ‘foam’ bagi memberikan tahap keselesaan dan sokongan belakang yang unggul. Tilam lipat boleh didapati dalam pelbagai jenis, daripada nipis sehingga tebal. Jadi anda perlulah memilih jenis tilam mengikut keselesaan anda.
10 Tilam Lipat Terbaik di Malaysia 2023
1. Dreamland Easy Storage Premium Foldable Latex Feel Single Mattress

Dapatkan tidur yang lebih berkualiti dengan tilam Dreamland Easy Storage Premium Foldable Latex Feel Single Mattress ini. Tilam ini diperbuat daripada ‘high density foam’ yang berkualiti tinggi serta baik untuk posisi tulang belakang anda. Tilam ini didatangkan dengan saiz ‘single’ sesuai untuk digunakan ketika di rumah, pejabat mahupun berkelah. Bukan itu sahaja, tilam ini juga dilengkapi dengan bahan latex yang menjadikannya tahan lasak serta boleh mengelakkan pembiakan bakteria dan fungus.
Spesifikasi:
- Bahan: High Density Foam
- Warna: Putih
- Sistem Sokongan Tilam: Latex
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 195 CM x 92 CM x 8 CM (Terbuka), 65 CM x 92 CM x 28.5 CM (Dilipat)
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Anti-Habuk
✅ Anti-Bakteria
✅ Anti-Fungus
Harga: RM185-RM189
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Goodnite SpinaHealth Foldable Mattress For Single Bed 3.4k

Goodnite SpinaHealth Foldable Mattress For Single Bed diperbuat daripada ‘rebond foam’ serta dilengkapi dengan ciri anti-bakteria dan kulat. Tilam ini sesuai digunakan ketika ‘overnight’, berkhemah dan juga sebagai alas bilik permainan kanak-kanak. Bukan itu sahaja, tilam ini juga didatangkan dengan beg khas berzip bagi memudahkan penyimpanan sekiranya tidak digunakan. Tilam ini dipasarkan dengan 1 pilihan warna sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: Rebond Foam
- Warna: Putih
- Ketebalan: 2 inci
- Berat: 5 kg
- Saiz: 190 cm (L) X 91 cm (W) X 5 cm (H)
Kelebihan:
✅ Mudah alih
✅ Beg penyimpanan percuma
✅ Anti-bakteria dan kulat
Harga: RM99.93-RM 116.82
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Dazzler Max 3″Inch Three Fold High Density Foam Mattress

Dazzler Max 3″Inch Three Fold High Density Foam didatangkan dengan ciri mudah alih serta beg berzip bagi memudahkan anda untuk menyimpan dan membawanya ke mana sahaja. Tilam ini dilengkapi dengan lapisan fabrik mesh bagi membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Bukan itu sahaja, tilam ini juga diperbuat daripada ‘rebond foam’ dan mampu menampung berat sehingga 120 kg. Tilam ini sesuai untuk anda yang gemar melakukan aktiviti luar.
Spesifikasi:
- Bahan: Rebond Foam, Mesh
- Warna: Putih, Biru
- Berat Maksimum: sehingga 120 kg
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 192 cm x 92 cm x 7.6 cm
Kelebihan:
✅ Mudah untuk dibawa dan disimpan
✅ Breathable
✅ Melegakan tekanan pada badan anda
✅ Anti-Bakteria
✅ Anti-Hama
Harga: RM129
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Dunlopillo Klasik Generasi Z Foldable Mattress

Dunlopillo Classic Generation Z Foldable Mattress mempunyai sistem Oekotex Standard 100 yang membantu dalam memberikan pengudaraan yang baik serta dapat menghapuskan bakteria dan hama pada tilam anda. Tilam ini juga dilengkapi dengan fabrik regangan untuk ketahanan dan fleksibiliti tambahan ketika anda tidur. Bukan itu sahaja, tilam ini diperbuat daripada SilverPro bagi membolehkan penggunaan dalam jangka masa yang lama.
Spesifikasi:
- Bahan: SilverPro
- Warna: Putih
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 190 cm x 91 cm x 10 cm
Kelebihan:
✅ Tidak menyebabkan sebarang kerengsaan pada kulit
✅ Anti-Bakteria
✅ Anti-Hama
✅ SilverPro
Harga: RM209-RM419
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Niki Cains Sun&Fun Multi-purpose Foldable Mattress 1.8k

Anda sedang mencari tilam lipat yang ringan dan sesuai untuk travel dan outstation, maka Niki Cains Multi-Purpose Foldable Tilam ini sesuai untuk anda. Ia didatangkan dengan ciri mudah alih dan boleh dilipat bagi memudahkannya disimpan serta dapat menjimatkan ruang. Tilam ini juga sesuai digunakan untuk pelbagai aktiviti luar termasuklah berkhemah, bersenam dan berjemur. Selain itu, tilam ini diperbuat daripada poliester yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak.
Spesifikasi:
- Bahan: Poliester
- Warna: Pelbagai warna
- Saiz: 91 cm x 183 cm
Kelebihan:
✅ Diperbuat daripada poliester dengan pengudaraan yang baik
✅ Tekstur tilam yang lembut dan selesa
✅ Mudah alih
✅ Mampu milik
Harga: RM69
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. SwanPillow Foldable Mattress (White) 430

SwanPillow Foldable Mattress didatangkan dengan ciri ringan, mudah alih, dan mudah disimpan. Ia diperbuat daripada foam latex sintetik yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Selain itu, tilam ini juga mempunyai reka bentuk yang menawarkan sokongan seluruh badan, jadi anda boleh mengiring ke kiri atau ke kanan tanpa membuatkan badan terasa sengal.
Spesifikasi:
- Bahan: 100% foam latex sintetik
- Warna: Putih
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 183 cm x 92 cm x 6.5 cm
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Disertakan dengan beg khas penyimpanan
✅ Diperbuat daripada Latex Sintetik
✅ Berasaskan Produk Bio Hijau
✅ Bebas bakteria, hama dan kerengsaan kulit
Harga: RM192.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Sunpillo Cassa Nano Foldable 6 Inch Thick Foam Single Mattress / 1 Seater Sofa Bed 4 In 1 (Blue/Red/Green Stripe)

Sunpillo Cassa Nano Foldable 6 Inch Thick Foam Single Mattress ini didatangkan dengan reka bentuk 4 dalam 1. Tilam ini bukan sahaja sesuai untuk dijadikan sebagai tilam tidur, malah ia juga boleh digunakan sebagai sofa di rumah anda. Tilam ini mempunyai ketebalan 6 inci mampu menampung berat sehingga 200 kg. Bukan itu sahaja, tilam ini juga diperbuat daripada rubber foam yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak.
Spesifikasi:
- Bahan: Rubber foam dan fabrik quilted
- Warna: Biru, Hijau, Merah
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: : 36″ x 74″ x 6″
Kelebihan:
✅ Reka bentuk serba guna 4 dalam 1
✅ Fabrik quilted
Harga: RM222.60-RM 229.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Vono Zen Single Foldable Mattress 188

Vono Zen Single Foldable Mattress ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi serta dilengkapi dengan ciri anti-bakteria dan hama sekaligus dapat mengelakkan kerengsaan pada kulit. Selain itu, tilam ini mempunyai reka bentuk pengudaraan 360 darjah bagi memberikan sokongan dan keselesaan tambahan ketika anda tidur. Ia juga mempunyai reka bentuk ringan dan praktikal yang membolehkannya dibawa ke mana sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: Vono premium quality high density original foam
- Warna: Putih
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 92 cm x 190 cm x 7 cm
Kelebihan:
✅ Anti- Hama
✅ Ringan dan selesa
✅ Pengudaraan yang baik
✅ Mudah untuk dibawa ke mana sahaja
✅ Disertakan beg penyimpanan
Harga: RM266-RM280
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Squirrel Tri-Fold Mattress- Single Foldable Mattress

Squirrel Tri-Fold Mattress ini dilengkapi dengan fabrik regangan yang diimport khas dari Belgium bagi memberikan keselesaan yang optimum ketika anda tidur. Tilam ini juga mempunyai sistem aliran udara 2D pada bahagian sisi tilam yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Bukan itu sahaja, tilam ini juga didatangkan dengan sarung tilam yang boleh ditanggalkan dan dibasuh.
Spesifikasi:
- Bahan:High Durable Foam
- Warna: Putih
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 92 cm x 195 cm x 6.35 cm
Kelebihan:
✅ Tahan Lama
✅ Sistem aliran udara 2D
✅ Boleh dibasuh
✅ Beg penyimpanan (non-woven)
Harga: RM199.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. HONEY Anti Dust Mite Folding Mattress / Single Size

HONEY Anti Dust Mite Folding Mattress / Single Size diperbuat daripada foam dan fabrik berkualiti tinggi yang dapat mengelakkan pembiakan bakteria dan fungus. Mempunyai tekstur fabrik yang lembut dan halus, tilam ini sesuai untuk digunakan bagi penghidap hypoalergik. Bukan itu sahaja, tilam ini juga boleh dilipat untuk memudahkan penyimpanan jika tidak digunakan.
Spesifikasi:
- Bahan: Foam
- Warna: Putih
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 76 mm x 920 mm x 1920 mm
Kelebihan:
✅ Reka bentuk Pengudaraan 360°
✅ Tidak akan menyebabkan sebarang kerengsaan pada kulit anda
✅ Anti -Bakteria
✅ Anti- Hama
Harga: RM178
*Harga mungkin berbeza pada masa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.