Segelintir daripada kita lebih mengutamakan rutin penjagaan wajah berbanding rambut. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakannya hanya menggunakan syampu dan perapi rambut sahaja. Jika anda ingin merawat masalah rambut dengan berkesan, anda memerlukan produk penjagaan rambut tambahan seperti tonik rambut. Tonik rambut ialah vitamin rambut yang mengandungi bahan berasaskan alkohol, minyak pati dan pewangi. Kebanyakan tonik rambut juga diperkaya dengan vitamin E, vitamin B2, asid laktik, dan bahan semula jadi yang baik untuk kulit kepala.
Tonik rambut boleh membantu menyelesaikan masalah rambut seperti rambut gugur, kulit kepala kering, rambut bercabang dan banyak lagi. Adakah anda berasa kurang pasti produk mana yang sesuai untuk anda? Jangan bimbang, di sini kami senaraikan 10 tonik rambut terbaik di Malaysia.
Adakah tonik rambut baik untuk pertumbuhan rambut?
Tonik rambut sangat baik untuk pertumbuhan rambut kerana ia membantu meningkatkan ketumpatan helaian rambut serta merangsang pengeluaran atau pertumbuhan semula. Tonik rambut disarankan untuk dipakai selepas mencuci rambut bagi kesan yang lebih efektif.
Bolehkah tonik rambut digunakan setiap hari?
Penggunaan tonik rambut yang kerap tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan rambut berminyak. Sebaiknya, tonik rambut dipakai 2 hari sekali bersamaan 3 kali seminggu. Namun, jika anda mempunyai rambut jenis kering, anda boleh menggunakannya lebih kerap daripada biasa.
10 Tonik Rambut Terbaik di Malaysia 2023
1. SOMEBYMI Cica Peptide Anti Hair Loss Scalp Tonic

SOMEBYMI Cica Peptide Anti Hair Loss Scalp didatangkan dalam bentuk semburan bagi memudahkan anda menggunakannya. Tonik ini diformulasikan untuk mengurangkan masalah rambut gugur serta melegakan kulit kepala daripada sebarang kerengsaan. Ia diperkaya dengan 11 jenis peptide, cica, ‘black complex’ dan juga biotin untuk memberikan kelembapan dan nutrien kepada kulit kepala.
Spesifikasi:
- Bahan: Air, Alkohol Denat, Menthol, Tromethamine, Asid Salisilik, Panthenol, Biotin, Butilena Glikol, Ekstrak Daun Mentha Piperita (Pudina), Ekstrak Mentha Viridis (Spearmint), Ekstrak Daun Mentha Rotundifolia, Glycine Max (Ekstrak Soybeed) , Ekstrak Biji Nigella Sativa, Ekstrak Oryza Sativa (Beras), Ribes Nigrum (Kismis Hitam) Ekstrak Buah, Ekstrak Buah Rubus Fruticosus (Blackberry), Ekstrak Biji Sesamum Indicum (Bijan), Ekstrak Biji Salvia Hispanica, Ekstrak Buah Vaccinium Angustifolium (Blueberry) , Copper Tripeptide-1(0.1 Ppb), Hexapeptide-9(0.1 Ppb), Nonapeptide-1(0.1 Ppb), Palmitoyl Tripeptide-5(0.1 Ppb), Palmitoyl Pentapeptide-4(0.1 Ppb), Palmitoyl Tripeptide-1(0.1) Ppb), Palmitoyl Oligopeptide(0.1 Ppb), Palmitoyl Tetrapeptide-7(0.1 Ppb), Tripeptide-1(0.1 Ppb), Acetyl Hexapeptide-8(0.1 Ppb), Acetyl Tetrapeptide-2(0.1 Ppb), Protein Jagung Hidrolisis, Hidrolisis Protein Soya, Protein Gandum Terhidrolisis, Ekstrak Protein Susu, Ekstrak Centella Asiatica(1 0 Ppb), Madecassoside(0.1 Ppb), Madecassic Acid(0.1 Ppb), Asiaticoside(0.1 Ppb), Asiatic Acid(0.1 Ppb), Camellia Sinensis Leaf Extract, Houttuynia Cordata Extract, Leonurus Sibiricus Flower/Daun/Ekstrak Batang, Ekstrak Bunga Nelumbo Nucifera, Ekstrak Artemisia Vulgaris, 1,2-Hexanediol, Ethylhexylglycerin, Caprylyl Glycol, Wangian
- Negara Pengeluar: Korea Selatan
- Saiz: 150 ml
Kelebihan:
✅ Menenangkan kulit kepala
✅ Menggalakkan pertumbuhan semula
✅ Menghalang keguguran rambut
Harga: RM37.63 – RM102.07
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Schwarzkopf Seborin Hair Tonic

Schwarzkopf Seborin Hair Tonic ini berkesan dalam mengurangkan kelemumur dan menggalakkan peredaran darah. Tonik rambut buatan Jerman ini juga mengandungi pro-vitamin B5 yang berfungsi untuk melembapkan dan menyuburkan kulit kepala. Tonik rambut ini boleh digunakan setiap hari pada rambut yang dikeringkan dengan tuala.
Spesifikasi:
- Bahan: Aqua, Alcohol Denat., Zingiber Officinalis, Panthenol, Piroctone Olamine, Butylene Glycol, Peg-40 Hydrogenated Castor Oil, Citric Acid, Parfum
- Negara Pengeluar: Jerman
- Saiz: 300 ml
Kelebihan:
✅ Menggalakkan pertumbuhan semula
✅ Mengandungi pro-vitamin B5
✅ Sesuai untuk kegunaan harian
Harga: RM19.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. YANAGIYA Medicated Hair Growth Tonic

YANAGIYA Medicated Hair Growth Tonic ialah tonik rambut tradisional dengan pati rawatan yang diekstrak secara semula jadi daripada tumbuh-tumbuhan. Tonik rambut ini merangsang peredaran darah serta membekalkan nutrien penting kepada helaian rambut dan kulit kepala. Hal ini sekali gus dapat mengatasi masalah kelemumur dan kegatalan. Ia juga dapat mengekalkan kelembapan kulit kepala sepanjang hari.
Spesifikasi:
- Bahan: Tocopheryl Acetate, Menthol, Bahan-bahan Aktif: Tocopheryl Acetate, Menthol Bahan-bahan Lain: Peo Hydrogenated Castor Oil, Bg, Blue 1, Ph Adjuster, Rutin Glucoside, Cerebrum Extract, Perubatan Bahan: Dipotassium Glycyrrhizinate, Perfume. menthol Bahan Pelembap, Terbitan Vitamin E, Minyak Oren, Kuning 203, Air Dimurnikan, Panthenol, Menthol Bahan Lain: Ekstrak Chinpi, Edta-4na, Ekstrak Bunga Raya-1, Asid Glycyrrhizic 2k, Minyak Thyme, Ekstrak Ekstrak Ginseng, Poe Hydrogenated Castor Minyak, Etanol, Tocopheryl Acetate, Biru No. 1 Kuning 4, Camphor, Air, Tocopheryl Acetate, Ekstrak Clara-1, Perisa, Ekstrak Shirakaba, Ekstrak Serebria, Dipotassium Glycinate, Ekstrak Lobak Merah, Air Mawar, Dipotassium Glycyrrhizinate, Peg-40 Hydrogenated Minyak Kastor, Bahan Aktif: Tocopheryl Acetate, Ekstrak Spruce, Asid Sitrik, Dpg, Yellow 4
- Negara Pengeluar: Jepun
- Saiz: 240 ml
Kelebihan:
✅ Meningkatkan peredaran darah
✅ Membekalkan nutrien penting
✅ Mengekalkan kelembapan kulit kepala
Harga: RM49.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Neo Leaf Hair Tonic

Neo Leaf Hair Tonic merupakan tonik rambut terbaik untuk anda yang memiliki rambut halus dan gugur. Tonik ini mengandungi bahan yang berfungsi sebagai pelindung kepada folikel rambut. Selain itu, ia juga mengandungi asid salisilik yang membantu melegakan kerengsaan dengan cepat. Ia juga berfungsi untuk melembapkan kulit kepala dan rambut anda. Tonik ini boleh digunakan setiap hari.
Spesifikasi:
- Bahan: Sodium Mono Nitro Guaiacol (mng), Hexaplant Complex, Bahan Pewarna Sensitif T7, Ca-pantothenate, Salicylic Acid
- Negara Pengeluar: Jepun
- Saiz: 240 ml
Kelebihan:
✅ Meningkatkan kualiti rambut dan kulit kepala
✅ Melegakan kegatalan kepala
✅ Mengekalkan kelembapan kulit kepala
Harga: RM83.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Moremo Revitalizing Hair Tonic

Moremo Revitalizing Hair Tonic merupakan salah satu tonik rambut pilihan pengguna. Ia juga tidak meninggalkan sisa berminyak dan sangat mudah untuk digunakan. Tonik rambut ini mengandungi 7 jenis ekstrak akar yang membekalkan nutrien penting kepada rambut anda. Tonik rambut ini juga diformulasikan dengan ‘marine stem cells’ yang menggalakkan pertumbuhan semula rambut. Hasilnya, rambut kelihatan lebih bermaya dan sihat.
Spesifikasi:
- Bahan: Alkohol Denat, Gliserin, Ekstrak Akar Oenothera Biennis, Ekstrak Akar Nelumbo Nucifera, Ekstrak Akar Centella Asiatica, Ekstrak Akar Acorus Calamus, Ekstrak Akar Polygonum Multiflorum, Ekstrak Mawar, Ekstrak Akar Acralus, Ekstrak ButterflythystleRoot, ButterflythraustleRoot -25, Minyak Daun PCAI Pinus Sylvestris, Minyak Buah Citrus Aurantium Bergamia, Caprylyl Glycol, Hinokitiol, Tropolone, Minyak Kulit Citrus Aurantium Dulcis, Niacinamide, Crithmum maritimum Callus Culture Filtrate; Ekstrak Buah Diospyros Kaki, Ekstrak Daun Camellia Japonica.
- Negara Pengeluar: Korea Selatan
- Saiz: 115 ml
Kelebihan:
✅ Reka bentuk semburan
✅ Membekalkan nutrien penting
✅ Menggalakkan pertumbuhan semula rambut
Harga: RM59.00 – RM100.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Kerastase Specifique Stimuliste

Kérastase merupakan jenama yang cukup sinonim dengan produk penjagaan rambut. Kérastase Spécifique Stimuliste ini diformulasikan untuk mencegah tanda-tanda rambut gugur bagi wanita dan juga lelaki. Tonik rambut ini bukan sahaja membantu melebatkan rambut malah, ia juga menghalang rambut daripada rosak serta merangsang pembentukan rambut baru. Anda hanya perlu semburkannya pada rambut anda sebagai rutin penjagaan rambut terakhir.
Spesifikasi:
- Bahan: Aqua , Air, Alkohol Denat, Diaminopyrimidine Oxide, Arginine, Asid Sitrik, Peg-40, Minyak Jarak Terhidrogenasi, Menthoxypropanediol, Safflower Glucoside, Niacinamide, Hexyl Cinnamal,Linalool, Citroncollol, Benzogranil
- Negara Pengeluar: Perancis
- Saiz: 125 ml
Kelebihan:
✅ Menguatkan gentian rambut
✅ Menghalang rambut daripada rapuh
✅ Reka bentuk semburan
Harga: RM125.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Nature’s Organic Sense Anti Hair Loss Tonic

Nature’s Organic Sense Anti Hair Loss Tonic amat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kepala yang sensitif, berminyak dan juga kering. Tonik ini diperkaya dengan minyak pati ‘rosemary’, ekstrak kafein dan ekstrak chamomile untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Ia juga melembapkan dan melembutkan rambut secara intensif untuk memudahkan anda menggayakannya. Tonik ini sesuai untuk semua jenis rambut termasuk yang berwarna.
Spesifikasi:
- Bahan: Ekstrak Bunga Chamomile, Aloe Vera, Ekstrak Rosemary, Kafein.
- Negara Pengeluar: Singapura
- Saiz: 100 ml
Kelebihan:
✅ Melembutkan dan melembapkan rambut
✅ Merangsang pertumbuhan rambut semula jadi
✅ Menyahtoksin kulit kepala dan rambut
Harga: RM161.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Legitime Scalp Air Tonic

Legitime Scalp Air Tonic didatangkan dengan pengurut kepala yang direka khas untuk menyalurkan produk ke dalam kulit kepala secara intensif. Tonik rambut ini juga membantu dalam mengurangkan masalah kelemumur dan kegatalan. Dengan penggunaan yang konsisten, rambut anda pasti tampak lebih lebat dan bersinar.
Spesifikasi:
- Bahan: Hinokitiol, Minyak Bergamot
- Negara Pengeluar: Korea Selatan
- Saiz: 200 ml
Kelebihan:
✅ Didatangkan dengan pengurut kepala
✅ Mengurangkan kelemumur
✅ Rambut kelihatan berkilat dan lembut
Harga: RM122.40
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Naturals By Watsons Coffee Hair & Scalp Tonic

Jika anda mengalami masalah rambut berminyak atau kelemumur, Cubalah Naturals By Watsons Coffee Hair & Scalp Tonic ini. Ia diperkaya dengan kopi Arabica yang membantu menguatkan rambut yang rapuh serta mengawal pengeluaran sebum. Gunakan tonik rambut ini selepas membasuh rambut dengan syampu dan perapi untuk membuatkan rambut anda lebih bermaya dan kelihatan bersinar.
Spesifikasi:
- Bahan: Aqua, Gliserin, Propylene Glycol, Polysorbate 20, Parfum, Chlorphenesin, Piroctone Olamine, Asid Sitrik, Minyak Biji Kopi Arabica (Kopi), Minyak Biji Crambe Abyssinica (Abyssinian), Panthenol, Minyak Sesamum Indicum (Bijan) Propanediol, Arginine, Asid Laktik, Ekstrak Laminaria Digitata (Alga Coklat), Glycine Soja (Kacang Soya) Ekstrak Kuman, Triticum Vulgare (Gandum), Germ Extract, Coffea Arabica (Kopi) Ekstrak Biji*, Phenoxyethanol, Gluconolactoneensis Skull ) Ekstrak Akar, Sodium Benzoate, Potassium Sorbate, Kalsium Glukonat, Linalool, D-Limonene
- Negara Pengeluar: Hong Kong
- Saiz: 120 ml
Kelebihan:
✅ Melembapkan rambut
✅ Mengawal pengeluaran sebum
✅ Mengelakkan rambut bercabang
Harga: RM24.57
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Good Virtues Co Hair Fall Control Tonic

Rambut anda mudah kusut? Good Virtues Co Hair Fall Control Tonic ini mampu mengatasi masalah tersebut. Ia diperkaya dengan ‘loquat leaves’ untuk melembutkan rambut yang kasar dan kusut serta memberi kelembapan sepanjang hari. Tonik rambut ini juga mengandungi ‘red clover’ yang berfungsi untuk menguatkan folikel rambut dan merangsang pertumbuhan rambut.
Spesifikasi:
- Bahan: Air (Aqua), Gliserin, Minyak Kastor Terhidrogenasi PEG-40, Butilena Glikol, Betaine, Acetyl Tetrapeptide-3, Ekstrak Bunga Trifolium Pratense (Semanggi), Pewangi (Parfum), Bisabolol, Minyak Habbatus Sauda Organik (Nigella Sativa). Minyak Biji), Propanediol, Centella
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 75 ml
Kelebihan:
✅ ‘Travel friendly’
✅ Menguatkan folikel rambut
✅ Melembapkan kulit kepala
Harga: RM17.52
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.