Mudah dibuat, serba boleh dan lazat. Cuba teka makanan apa yang kami gambarkan? Jika anda meneka pankek, tepat sekali! Pankek ialah sejenis kek leper, nipis dan bulat yang boleh dimakan dengan pelbagai topping dan serba boleh.
Idamkan pankek yang gebu dan enak? Lihat 9 pankek terbaik di Pulau Pinang supaya anda dapat memenuhi keinginan anda bersama keluarga atau rakan-rakan. Jangan risau kerana kami telah sertakan gambar, alamat dan waktu operasi untuk memudahkan anda membuat keputusan.
Adakah Pankek Dikira Sebagai Sarapan?
Pankek adalah antara makanan yang serba boleh kerana ia boleh dihidangkan pada bila-bila masa dengan pelbagai topping pilihan. Walaupun begitu, pankek sering dimakan ketika sarapan dan mempunyai fungsi yang sama seperti wafel.
Topping Apa Yang Sesuai Diletakkan Pada Pankek?
Banyak topping yang anda boleh letakkan pada pankek anda termasuklah sirap mapel klasik, buah-buahan segar, Nutella, kacang, krim putar, cip coklat dan jem. Rasa pankek dapat ditingkatkan dengan menambahkan topping pada pankek. Maka, sarapan pagi anda akan menjadi lebih enak.
9 Pankek Terbaik di Penang 2025
1. WHEELER’S



Bersantai di WHEELER’S dengan ruang yang selesa sambil menikmati Pankek Pisang kelihatan seperti idea yang bernas untuk menghabiskan hujung minggu anda. Rasa beberapa keping pisang dalam pankek ini sangat enak ditambah pula dengan beri segar dan sirap untuk rasa manis tambahan. Kafe ini menawarkan pelbagai pilihan sarapan, makan tengah hari, makan malam dan pencuci mulut. Maka, ia merupakan lokasi terbaik untuk anda bersantai.
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 12:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 67, Lorong Love, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/wheelerspenang/
Instagram: https://www.instagram.com/wheelerspenang/
SEMAK INFO DI LAMAN WEB2. Macallum Connoisseurs



Penduduk tempatan pastinya mengenali Macallum Connoisseurs kerana ia adalah kafe terbesar di Pulau Pinang yang mengetengahkan konsep 4-dalam-1 iaitu roti panggang, restoran, gelato dan akademi, semuanya di bawah satu bumbung. Ia mempunyai ruang sekitar 8,000 kaki persegi dan cukup besar untuk mengadakan acara seperti team building, pameran seni dan makan malam perkahwinan. Ia mempunyai pelbagai pilihan yang pastinya mencukupi untuk pencuci mulut seperti Matcha Pancake. Rasa umami matcha akan membuatkan anda teringat-ingat akan menu ini.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 1, Gat Lebuh Macallum, 10300 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/Macallum/
Instagram: https://www.instagram.com/macallumcoffee/
SEMAK INFO DI LAMAN WEB3. Black Kettle



Black Kettle ialah sebuah kafe yang terletak di tengah-tengah zon UNESCO Pulau Pinang, Beach Street yang bersejarah. Ini menjadikannya salah satu tempat yang dikunjungi oleh ramai orang. Ia mempunyai reka bentuk dalaman desa yang pastinya membangkitkan rasa tenang. Ini menyebabkan ramai pengunjung memilih untuk menyelesaikan kerja di sini. Rasailah Ricotta Cheese Pancake untuk rasa yang unik dan dilengkapi dengan pelbagai topping. Pastinya sesuatu yang sukar ditemui di tempat lain.
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 5:00 petang (Khamis – Selasa)
Tutup pada Rabu
Alamat: 105, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Penang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/blackkettlemy/
Instagram: https://www.instagram.com/blackkettlemy/
SEMAK INFO DI LAMAN WEB4. Let’s Meat



Idamkan makanan Amerika semasa di Pulau Pinang? Kunjungilah Let’s Meat kerana ia merupakan restoran Amerika yang menawarkan pelbagai hidangan Amerika pada harga yang berpatutan. Nikmati sarapan Amerika klasik, pankek atau roti bakar bersama kopi yang baru dibancuh. Pankek akan dihidangkan dalam susunan 3 tingkat bersama sirap maple, mentega dan daging. Ini akan menghasilkan sarapan yang lazat dan mengenyangkan.
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Jumaat)
8:00 pagi – 3:00 petang (Sabtu)
Tutup pada Ahad
Alamat: 18, Lebuh Lembah Permai 4, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/letsmeatpenang/
Instagram: https://www.instagram.com/letsmeatpenang/
SEMAK INFO DI LAMAN WEB5. Urban Daybreak



Jika anda menggemari kafe minimalis dan selesa, Urban Daybreak adalah lokasi terbaik. Ia merupakan kafe artisan bergaya yang digemari ramai terutamanya golongan muda. Mereka berusaha untuk menggoda deria rasa anda dengan sarapan Australia yang asli dengan kelainan tersendiri. Rasai Prospector Hot Cakes yang gebu bersama beri, sirap maple dan yogurt vanilla untuk pencuci mulut yang enak.
Waktu Operasi: 7:30 pagi – 5:30 petang (Setiap hari)
Alamat: 11, Jalan Telawi 5, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/urbandaybreak/
Instagram: https://www.instagram.com/urbandaybreak/
6. Secawan ‘n’ Such



Secawan ‘n’ Such juga dikenali sebagai Secawan Hutton, ialah kafe tidak halal yang menyajikan pelbagai jenis sarapan, makan tengah hari dan teh di George Town. Ia mempunyai tempat duduk yang luas dengan dinding putih dan hiasan kayu untuk mencipta dalaman yang ringkas serta tidak mengganggu penglihatan anda. Pankek adalah salah satu pencuci mulut yang mesti anda pesan kerana kelazatannya dan persembahan hidangan yang cantik.
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 5:00 petang (Jumaat – Rabu)
Tutup pada Khamis
Alamat: 205, Jalan Hutton, 10050 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/secawanhutton
Instagram: https://www.instagram.com/secawannsuch/
7. Bean Sprout Café



Bean Sprout Café sudah pasti akan menjadi lokasi ideal untuk anda bersantai bersama rakan-rakan. Ia mempunyai persekitaran yang menenangkan dengan hiasan desa yang menarik dan estetik. Pastinya ia akan menjadi latar belakang foto yang luar biasa. Anda bukan peminat penkek yang dihias secara berlebihan? Jangan risau kerana pankek yang dihidangkan di sini sangat ringkas dan enak. Ia dihidangkan bersama mentega, gula dan sedikit sirap. Ringkas namun sedap.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 5:30 petang (Rabu – Isnin)
Tutup pada Selasa
Alamat: 35, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/theBEANsproutcafe/
Instagram: https://www.instagram.com/beansprout_cafe/
8. Matcho Cafe



Panggilan istimewa buat semua peminat matcha dan coklat di luar sana! Matcho Cafe pakar dalam matcha, minuman coklat dan pencuci mulut yang pastinya akan menjadi tempat yang sesuai buat penggemarnya menikmati kedua-dua persia. Kafe ini mempunyai suasana yang cantik dengan dindingnya yang dicat merah jambu, pokok yang menghijau, kerusi rotan dan meja. Jangan lupa untuk memesan Matcha Pancake yang popular. Ia dihidangkan bersama kacang merah dan aiskrim matcha yang lazat.
Waktu Operasi:
2:00 petang – 10:00 malam (Rabu – Isnin)
Tutup pada Selasa
Alamat: 99B, Lebuh Noordin, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/matchocafe/
Instagram: https://www.instagram.com/matchocafe/
9. Brown Pocket Cafe



Brown Pocket Cafe terletak di tingkat 6, Gurney Paragon Mall. Kafe ini dimiliki oleh orang Muslim dan menyajikan makanan yang mesra Muslim. Mereka menggunakan bahan-bahan yang halal, jadi umat Islam boleh menjamu selera dengan yakin. Tidak tahu untuk memesan menu apa di sini? Pesanlah Pankek kerana ia dihidangkan bersama marshmallow, ais krim dan tiga jenis sos yang berbeza. Pastinya dapat memenuhi keinginan anda.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin, Selasa, Khamis – Sabtu)
10:00 pagi – 10:00 malam (Rabu – Ahad)
Alamat: L6, Gurney Paragon, 11, Jalan Kelawai, Georgetown, 10250 George Town, Penang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/brownpocket/
Instagram: https://www.instagram.com/brownpocketcafe/
SEMAK INFO DI LAMAN WEBDapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.