8 Treadmill Boleh Lipat Terbaik di Malaysia 2025

Image credit: Odditymall

Aktiviti berlari dan berjoging bukan sahaja membenarkan kita beriadah sambil menghayati keindahan alam malah ia juga bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal seseorang individu. Walau bagaimanapun, sesetengah orang mungkin tidak gemar berlari di luar rumah ekoran cuaca yang tidak menentu. Oleh itu, treadmill lipat boleh menjadi penyelesaian untuk anda yang ingin melakukan aktiviti larian di dalam rumah. 

Treadmill lipat kini menjadi alternatif yang cukup praktikal terutamanya bagi mereka yang tinggal di rumah yang mempunyai ruang yang terhad. Ia juga didatangkan dengan reka bentuk boleh lipat yang memudahkannya dibawa atau disimpan di mana sahaja. Berikut adalah 8 treadmill boleh lipat terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

Bagaimana hendak memilih treadmill boleh lipat yang terbaik?

Memandangkan setiap treadmill didatangkan dengan ciri yang berbeza, jadi anda perlulah mempertimbangkan saiz, beban maksimum dan tahap kelajuan treadmill sebelum melakukan pembelian.

1. Saiz

Memandangkan treadmill boleh lipat mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding treadmill biasa yang lazimnya bersaiz besar. Jadi, anda disarankan untuk memilih treadmill yang bersesuaian dengan ketinggian dan berat anda. 

2. Beban Maksimum

Treadmill boleh lipat biasanya didatangkan dalam bentuk kompak dan tidak mempunyai struktur yang kukuh seperti treadmill biasa. Oleh itu, anda perlu memastikan bahawa berat anda tidak melebihi beban maksimum treadmill.

3. Tahap Kelajuan

Treadmill boleh lipat mempunyai tetapan tahap kelajuan tetap dan tidak boleh diubah. Oleh itu, anda disyorkan untuk memilih tahap kelajuan treadmill yang bersesuaian dengan tahap kecergasan anda.

8 Treadmill Boleh Lipat Terbaik di Malaysia 2023

1. Walking Treadmill

Walking Treadmill
Kredit Gambar: Shopee

Walking Treadmill ini didatangkan dengan ciri penyesuaian kawalan kelajuan yang boleh dilaraskan sekali gus menjadikannya sesuai digunakan untuk orang dewasa yang berumur 50 tahun dan ke atas. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai reka bentuk pemegang ergonomik bagi memberikan anda sokongan tambahan semasa menggunakan treadmill. Treadmill ini juga didatangkan dengan reka bentuk yang agak nipis untuk memudahkan penyimpanan di ruangan kecil.

Spesifikasi:

  • Kawasan larian: 100 cm x 40 cm
  • Beban maksimum: 100 kg
  • Tahap kelajuan: 1 hingga 6

Kelebihan:

Reka bentuk nipis
Alat kawalan jauh

Harga: RM478.99 – RM546.68

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Easy Carry Machine

Easy Carry Machine
Kredit Gambar: Shopee

Easy Carry Machine merupakan produk treadmill bukan elektronik yang beroperasi secara manual. Ia diperbuat daripada keluli dan aloi yang menjadikannya tahan lasak dan ringan. Treadmill ini menggunakan 2 trek larian yang berasingan untuk meningkatkan koordinasi kaki anda. Bukan itu sahaja, ia juga mampu menampung berat sehingga 200 kg.

Spesifikasi:

  • Kawasan larian: 110 cm x 45 cm
  • Beban maksimum: 200 kg
  • Tahap kelajuan: Manual

Kelebihan:

Anti-gelincir
Reka bentuk anti-bunyi

Harga: RM247.00 – RM247.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. GINTELL SporTrek Treadmill

GINTELL SporTrek Treadmill
Kredit Gambar: Shopee

GINTELL SporTrek Treadmill ini mempunyai 14 pilihan tetapan serta dilengkapi dengan permukaan elastik di sepanjang trek larian bagi memberikan keselesaan tambahan semasa anda berlari. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan ciri keselamatan seperti isyarat bahaya, perlindungan anti-beban, kunci perlindungan kanak-kanak dan ciri anti-gelincir.

Spesifikasi:

  • Kawasan larian: Tidak dinyatakan
  • Beban maksimum: 105 kg
  • Tahap kelajuan: Sehingga 12 km/ j

Kelebihan:

Reka bentuk premium
Tahap kelajuan tinggi
Penyerapan hentakan

Harga: RM1,488.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Kemilng Treadmill M7

Kemilng Treadmill M
Kredit Gambar: Shopee

Treadmill Kemilng M7 merupakan treadmill tahan lasak yang boleh menampung berat sehingga 150 kg. Treadmill ini juga dilengkapi dengan tapak ‘spring’ bagi menghalang gegaran apabila anda berlari pada kelajuan tinggi. Selain itu, ia juga boleh berfungsi sehingga 45 minit untuk satu larian.

Spesifikasi:

  • Kawasan larian: 140 cm x 42 cm
  • Beban Maksimum: 150 kg
  • Tahap kelajuan: Sehingga 12 km/ j

Kelebihan:

Tahan lasak
Skrin digital

Harga: RM690.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Xiaomi Kingsmith Walking Pad C2

Xiaomi Kingsmith Walking Pad C
Kredit Gambar: Shopee

Xiaomi Kingsmith Walking Pad C2 ini diperbuat daripada ABS dan bingkai aluminium yang menjadikannya tahan lasak dan kalis air. Treadmill ini direka dengan ciri senyap yang membolehkan anda menggunakannya tanpa mengganggu orang lain. Selain itu, treadmill ini juga boleh dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh dan aplikasi pintar.

Spesifikasi:

  • Kawasan larian: 120 cm x 40 cm
  • Beban maksimum: 100 kg
  • Tahap kelajuan: Sehingga 6 km/ j

Kelebihan:

Reka bentuk yang elegan
Tidak mengeluarkan bunyi
Alat kawalan jauh

Harga: RM1,239.00 – RM1,568.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. FitExperte Treadmill

FitExperte Treadmill
Kredit Gambar: Shopee

Treadmill FitExperte didatangkan dengan dua versi iaitu versi dengan pemegang dan tanpa pemegang. Treadmill ini sangat berbaloi untuk dibeli kerana ia dilengkapi dengan pelbagai aspek keselamatan dan sistem canggih. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai tetapan kelajuan yang boleh dilaraskan mengikut kehendak anda.

Spesifikasi:

  • Kawasan larian: 110 cm x 35 cm
  • Beban maksimum: 120 kg
  • Tahap kelajuan: Sehingga 6 km/ j

Kelebihan:

Alat kawalan jauh
Reka bentuk kompak
Pemegang boleh ditanggal

Harga: RM695.00 – RM719.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. OneTwoFit Smart Treadmill

OneTwoFit Smart Treadmill
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari treadmill mudah alih, maka OneTwoFit Smart Treadmill ini terbaik untuk anda. Treadmill ini didatangkan dengan 2 mod iaitu berlari dan berjalan. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan reka bentuk yang nipis yang membolehkannya disimpan di tempat atau ruangan yang sempit seperti di bawah katil atau di celah almari anda.

Spesifikasi:

  • Kawasan larian: 104 cm x 42 cm 
  • Beban maksimum: 120 kg
  • Tahap kelajuan: Sehingga 10 km/j

Kelebihan:

Alat kawalan jauh
Tidak mengeluarkan bunyi

Harga: RM829.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Mason Heron Manual Treadmill

Mason Heron Manual Treadmill
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari treadmill yang ringkas dengan fungsi terbaik, maka Treadmill Manual Mason Heron ini sesuai untuk anda. Ia dikendalikan secara manual secara tidak langsung membolehkan anda melaraskan tahap kelajuannya mengikut kehendak anda. Treadmill ini juga boleh didapati dalam 2 warna yang berbeza iaitu hitam dan putih.

Spesifikasi:

  • Kawasan larian: 110 cm x 45 cm 
  • Beban maksimum: 200 kg
  • Tahap kelajuan: Manual

Kelebihan:

Penyerapan hentakan
Bunyi perlahan
Pemegang boleh laras

Harga: RM247.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close