8 Tuala Mandi Terbaik di Malaysia 2025

Tuala adalah sejenis fabrik penyerap yang digunakan untuk mengelap atau mengeringkan tubuh badan. Ia dapat menyahkan kelembapan melalui sentuhan dengan gerakan memedap atau mengelap. Memilih tuala mandi yang berkualiti bukan sahaja dapat mempercepatkan proses pengeringan, malah ia juga dapat menjamin kebersihan tubuh badan. Terdapat banyak tuala mandi yang didatangkan dengan variasi yang berbeza mengikut keperluan dan tujuan pemakaiannya. Berikut adalah 8 tuala mandi terbaik yang anda boleh dapati di Malaysia.

Bagaimanakah cara untuk memilih tuala mandi yang sesuai? 

Tidak dinafikan memilih tuala mandi yang sesuai dengan anda boleh mengelirukan apatah lagi terdapat ratusan jenis tuala ditawarkan di pasaran. Sebelum anda membuat pembelian atau pilihan, terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu mengambil kira seperti saiz, dan penyerapan air dan tekstur tuala. 

1. Saiz: 

Sama seperti pakaian biasa, tuala mandi juga didatangkan dalam pelbagai saiz termasuk saiz kanak-kanak dan dewasa. Jadi, anda perlu mengetahui saiz yang tepat untuk anda sebelum membuat pembelian.

2. Penyerapan air: 

Semasa membeli tuala mandi, kadar serapan air merupakan antara faktor penting yang perlu dipertimbangkan. Hal ini kerana kain tuala yang tebal dan mempunyai penyerapan yang bagus dapat mempercepatkan proses pengeringan.

3. Tekstur:

Memilih tuala yang lembut dapat memberikan anda keselesaan dan tidak akan menyebabkan kerengsaan pada kulit. 

8 Tuala Mandi Terbaik Di Malaysia 2023

1. CottonHome Airlight Bath Towel

CottonHome Airlight Bath Towel
Kredit Gambar: Shopee

Tuala mandi ini diperbuat daripada kapas semula jadi serta didatangkan dalam saiz yang besar. Tuala ini sesuai digunakan untuk orang dewasa. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai daya serapan yang tinggi sekali gus mempercepatkan proses pengeringan badan anda. Tuala ini dipasarkan dengan 9 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas
  • Saiz: 70 cm x 140 cm 
  • Berat: 310 g
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Merah Garnet, Kelabu Gelap, Ungu Plum, Coklat, Hijau Zaitun, Biru Laut, Putih Optik, Peach, Jet Black 

Kelebihan & Keburukan:

Diperbuat daripada kapas semula jadi
Kadar penyerapan air yang tinggi
Tidak boleh digunakan dengan mesin pengering
Tidak boleh dicampur dengan pakaian lain semasa mencuci

Harga: RM12.47

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

2. Akemi Dry Tech Cotton Bath Towel

Akemi Dry Tech Cotton Bath Towel
Kredit Gambar: Shopee

Bagi anda yang gemar menggunakan barangan yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan tidak menggunakan bahan kimia dalam proses pembuatannya, Tuala Mandi Akemi Dry Tech ini sesuai untuk anda. Tuala ini diperbuat daripada kapas semula jadi yang menjadikannya gebu dan lembut. Ia juga dilengkapi dengan daya serap air yang tinggi. Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan pelbagai pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas 
  • Saiz: 68 cm x 138 cm 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Biru laut, Butter Cream, Putih susu, Dream Blue, Granite, Haze Purple, Light Latte, Peach Rose, Silver Peony, Warm Grey, Wood, Putih, Rosette, Zinc Grey, Grey Mist, Coklat Portabella, Oyster Cafe

Kelebihan:

Cepat kering
Kadar penyerapan yang tinggi
Ringan

Harga: RM37.91 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

3. Textile Bay Signature Adult Bath Towel 100 Cotton Big Towel

Textile Bay Signature Adult Bath Towel Cotton Big Towel
Kredit Gambar: Shopee

Tuala ini diperbuat daripada kapas semula jadi yang memberikan keselesaan serta membenarkan pengudaraan berlaku dengan baik. Ia juga dapat menyerap air dengan pantas dan boleh digunakan di dalam mesin pengering. Bukan itu sahaja, tuala ini juga didatangkan dalam pelbagai saiz serta 6 warna berbeza untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas
  • Berat: 500 g, 550 g, 670 g
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Putih, Biru, Kelabu, Emas, Hijau Daun, Coklat
  • Saiz: 70 cm x 140 cm (kecil), 80 cm x 150 cm (sederhana), 102 cm x 150 cm (besar)

Kelebihan:

Cepat kering
Kadar penyerapan yang tinggi
Tebal

Harga: RM19.90 (kecil) | RM 22.90 (sederhana) | RM 38.50 (besar) 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Louis Casa Coralll Series 100% Cotton Towel 

Louis Casa Coralll Series Cotton Towel
Kredit Gambar: Shopee

Tuala ini didatangkan dengan reka bentuk jubin persegi yang unik serta membolehkannya untuk menyerap air dengan lebih mudah dan cepat. Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan fabrik dengan 9 kali lebih pengudaraan dan mengambil masa hanya 1 jam untuk kering. Tuala ini dipasarkan dengan pelbagai warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas 
  • Saiz: 68 sm x 137 sm 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Cranberry, Deep Water, Natural, Blue Mist, Pewter, Paloma 

Kelebihan:

Reka bentuk yang unik
Warna yang pelbagai
Kadar penyerapan yang tinggi

Harga: RM32.21 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Cotonsoft Sandra 100% Cotton Bath Towel 

Cotonsoft Sandra Cotton Bath Towel
Kredit Gambar: Shopee

Tuala mandi ini diperbuat daripada 100% kapas asli serta mempunyai daya penyerapan yang tinggi. Ia didatangkan dengan reka bentuk yang ringan dan sesuai untuk dibawa semasa melancong atau ketika melakukan aktiviti luar. Ia menawarkan pelbagai pilihan warna yang menarik untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas
  • Saiz: 57 cm x 127 cm
  • Berat: 325 g
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Warna: Biru Alaska, Apricot Gelato, Aquamarine, Aqua Sky, Coral, Coral Pink, Mediterranean Blue, Orchid Smoke, Tan, Tidal Foam

Kelebihan:

Kadar penyerapan yang tinggi
Ringan
Fabrik lembut
Tebal

Harga: RM15.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Soft Absorbent Coral Velvet Bath Towel

Soft Absorbent Coral Velvet Bath Towel
Kredit Gambar: Shopee

Tuala mandi ini mempunyai tekstur yang lebih licin berbanding tuala mandi biasa yang lain kerana ia diperbuat daripada microfiber. Tuala ini sesuai digunakan ketika bercuti ke pantai, kolam renang ataupun bermandi-manda di kawasan air terjun. Hal ini kerana fabrik mikrofiber mempunyai ciri daya penyerapan yang lebih tinggi berbanding kapas. Ia didatangkan dalam 2 saiz berbeza yang boleh anda pilih berdasarkan tujuan penggunaannya.

Spesifikasi:

  • Bahan: Microfiber
  • Berat: 285 g
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Warna: Biru, Kelabu, Merah Jambu, Ungu, Coklat Muda
  • Saiz: 70 cm x 140 cm (besar), 35 cm x 75 cm (sederhana)

Kelebihan:

Ringan
Didatangkan dalam pelbagai saiz
Sesuai untuk dibawa ketika melancong
Tidak pudar

Harga: RM3.45 (35 x 75 cm) | RM10.80 (70 x 140 cm ) 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Jean Perry Springfield Series 100% Cotton Bath Towel 

Jean Perry Springfield Series Cotton Bath Towel
Kredit Gambar: Shopee

Tuala Mandian Jean Perry Springfield Series ini didatangkan dengan 9 warna yang menarik untuk anda pilih. Tuala ini direka khusus untuk dibawa ketika anda bercuti mahupun pulang ke kampung ekoran reka bentuknya yang ringan serta dilengkapi dengan sistem ‘dry-fit’ yang dapat membantu anda mempercepatkan proses pengeringan selepas dibasuh. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan dijual pada harga yang mampu milik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas
  • Saiz: 68 cm x 137 cm
  • Berat: 393 g
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Warna: Aloe, Biru, Merah jambu (Carnation), Kelabu, Elderberry, Almond Buff, Biru Cair, Ether, Cashew

Kelebihan:

Reka bentuk jalur yang unik
Ringan
Kadar penyerapan air yang tinggi

Harga: RM27.98

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. TENSO Absorbent Towel Cute Rabbit Design Baby Bath Towel

TENSO Absorbent Towel Cute Rabbit Design Baby Bath Towel
Kredit Gambar: Shopee

Tuala ini didatangkan dengan reka bentuk yang unik dan comel serta sesuai digunakan untuk kanak-kanak. Walaupun saiznya lebih kecil berbanding dengan tuala mandi yang lain, ia masih dapat berfungsi dengan baik dan mempunyai kadar serapan air yang tinggi. Bukan itu sahaja, tuala ini juga ringan dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas
  • Saiz: 25 cm x 50 cm
  • Berat: 100 g
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Warna: Biru, Hijau, Kuning

Kelebihan:

Ringan
Mudah dibawa ke mana sahaja
Kadar penyerapan air yang tinggi

Harga: RM1.49

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close