Adakah anda sering mengelap tangan pada baju terutamanya selepas membasuh tangan? Tahukah anda bahawa tindakan tersebut akan meninggalkan sisa sabun atau kotoran pada pakaian anda. Bukan itu sahaja, ia juga akan meninggalkan tompok basah pada pakaian anda yang baru dibasuh. Selain itu, tindakan tersebut juga tidak digalakkan kerana pakaian atau baju yang telah dipakai akan terdedah kepada kuman dan bakteria. Jadi, jika anda mengelap tangan yang sudah dibasuh bersih pada baju yang dipakai, sudah pasti tangan anda juga akan terdedah kepada bakteria.
Oleh itu, penggunaan tuala tangan amat digalakkan. Namun, perlu diingati bahawa tuala tangan juga perlu ditukar atau dicuci dengan kerap bagi mengelakkan pertumbuhan kuman dan bakteria. Tuala tangan boleh didapati dalam pelbagai saiz dan warna. Berikut adalah 8 tuala tangan terbaik di Malaysia yang anda boleh dapatkan hari ini!
Tips untuk memilih tuala tangan yang terbaik:
Memilih tuala tangan yang sesuai dengan anda boleh mengelirukan terutamanya jika terdapat pelbagai pilihan yang ditawarkan. Oleh itu, untuk membantu anda, kami telah senaraikan beberapa faktor yang boleh anda pertimbangkan sebelum membuat sebarang pembelian.
1. Saiz:
Sama seperti pakaian biasa, tuala tangan juga didatangkan dalam pelbagai saiz termasuklah saiz kecil dan besar. Jadi, anda perlu mengetahui saiz yang anda inginkan dan bersesuaian dengan tujuan penggunaannya.
2. Penyerapan Air:
Memandangkan anda menggunakan tuala tangan untuk mengeringkan tangan anda, jadi anda disarankan untuk memilih tuala dengan daya penyerapan air yang tinggi. Selain itu, anda juga boleh memilih tuala yang diperbuat daripada kapas dan microfiber untuk proses pengeringan yang pantas.
3. Reka bentuk:
Sesetengah tuala tangan disertakan dengan rekaan penyangkut yang membolehkan anda menggantungkannya pada cangkuk dinding, manakala sesetengahnya pula tidak! Jadi, anda disyorkan untuk memilih tuala dengan reka bentuk yang dapat memudahkan anda.
8 Tuala Tangan Terbaik di Malaysia 2023
1. Airlight Hand Towel Sports

Tuala tangan ini diperbuat daripada kapas semula jadi yang berkualiti tinggi. Ia mempunyai ciri penyerapan yang tinggi serta boleh mengeringkan tangan anda dengan cepat. Selain itu, ia juga didatangkan dengan rekaan penyangkut yang membolehkan anda menggantungkannya pada dinding.
Spesifikasi:
- Bahan: Kapas
- Saiz: 35 cm x 80 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Baby Pink, Sand Brown, Kelabu Gelap, Garnet Red, Plum Purple, Chocolate Brown, Hijau Olive, Biru Laut, Winter Peach, Putih, Air Brown
Kelebihan:
✅ Bahan berkualiti tinggi
✅ Cepat kering
✅ Diperbuat daripada kapas semula jadi
✅ Didatangkan dalam pelbagai warna
Nota: - Mesin basuh dan pengering tidak disyorkan - ‘Tumble Dry’ sangat disyorkan
Harga: RM3.41 to RM4.42
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Jean Perry Niki Cains Emery Hand Towel

Niki Cains Emery Towel ini didatangkan dalam pelbagai warna untuk anda pilih. Ia diperbuat daripada 100% kapas semula jadi yang menjadikannya sangat lembut dan selesa. Bukan itu sahaja, tuala ini juga dapat menyerap air dengan pantas serta sesuai untuk semua jenis kulit.
Spesifikasi:
- Bahan: Kapas
- Saiz: 33 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Blue Glass, Carteen, Carmine, Frost Grey, Moroccan Blue, Pink Icing, Aurorared, Biscotti
Kelebihan:
✅ Bahan berkualiti tinggi
✅ Didatangkan dalam pelbagai warna
✅ Ultra lembut
✅ Selesa
✅ Daya penyerapan air yang tinggi
✅ Sesuai untuk semua jenis kulit
Harga: RM5.50 to RM6
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Soft Plush Chenille Hanging Towel Quick-Drying Towel

Tuala tangan ini mempunyai reka bentuk mewah dan unik serta memberikan sentuhan yang lembut dan selesa. Ia juga mempunyai daya serapan yang tinggi sekali gus mempercepatkan proses pengeringan. Tuala ini boleh dicuci dengan menggunakan mesin basuh.
Spesifikasi:
- Bahan: Chenille
- Berat: 65 g
- Negara Pengeluar: China
- Warna: Putih, Kelabu, Biru
Kelebihan:
✅ Bahan berkualiti tinggi
✅ Cepat kering
✅ Reka bentuk unik
Harga: RM3.86
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. HOMEPLUS Cartoon Cute Coral Fleed Hand Towel

Tuala tangan ini boleh didapati dalam pelbagai jenis reka bentuk haiwan comel yang boleh anda pilih berdasarkan gaya anda. Ia diperbuat daripada bahan coral velvet yang mampu mengeringkan tangan anda dengan cepat. Anda juga boleh menggantungkannya di pelbagai ruangan dapur anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Coral Velvet
- Saiz: 38 cm x 22 cm
- Berat: 41 g
- Negara Pengeluar: China
- Reka Bentuk: Kucing (Putih), Beruang (Kopi), Arnab (Merah Jambu), Itik (Kuning), Biri-biri (Hijau), Penguin (Biru)
Kelebihan:
✅ Reka bentuk unik
✅ Daya penyerapan air yang tinggi
Harga: RM5.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Hand Towel

Tuala tangan keluaran Eco Shop ini didatangkan dengan rekaan penyangkut yang boleh anda gunakan untuk menggantungkannya pada cangkuk dinding. Tuala ini diperbuat daripada kapas berkualiti tinggi dan mempunyai daya penyerapan air yang tinggi. Secara tidak langsung, ia dapat mengeringkan tangan anda dengan cepat.
Spesifikasi:
- Bahan: Kapas
- Saiz: 28 cm x 28 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Bahan berkualiti tinggi
✅ Rekaan penyangkut
✅ Daya penyerapan air yang tinggi
Harga: RM2.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Wobbies Soft Microfiber Towel

Tuala ini boleh didapati dalam pelbagai pilihan warna yang lembut serta selesa untuk digunakan. Tuala tangan ini diperbuat daripada 100% microfiber yang mesra kulit dan tidak akan menyebabkan sebarang kerengsaan pada tangan anda. Selain itu, ia juga bebas bau, jadi anda tidak perlu risau tentang sebarang bau pelik selepas menggunakannya.
Spesifikasi:
- Bahan: Microfiber
- Saiz: 30 cm x 30 cm
- Berat: 38 g
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Biru, Ungu, Coral Orange, Coklat, Hijau
Kelebihan:
✅ Bahan berkualiti tinggi, tahan lasak
✅ Daya penyerapan air yang tinggi
✅ Didatangkan dalam pelbagai warna
✅ Bebas bahan kimia
✅ Bebas bau
Harga: RM1.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Jean Perry Springfield Series

Tuala ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai tuala tangan malah, ia juga boleh dijadikan sebagai tuala muka. Ia diperbuat daripada kapas berkualiti tinggi dan mempunyai daya serapan yang tinggi sekali gus dapat mempercepatkan proses pengeringan. Tuala ini juga boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Ia boleh didapati dalam 9 warna yang menarik.
Spesifikasi:
- Bahan: Kapas
- Saiz: 33 cm x 78 cm
- Berat: 110 g
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Aloe, Blue Jay, Pink Carnation, Almond Buff, ElderBerry, Ether, Biru Cair, Kelabu
Kelebihan:
✅ Bahan berkualiti tinggi
✅ Daya penyerapan air yang tinggi
✅ Didatangkan dalam pelbagai warna
Harga: RM8.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. LFENNEL Microfiber Towel

Tuala ini menawarkan fabrik dengan sistem pengudaraan yang baik dan mengambil masa yang pantas untuk kering. Selain itu, ia juga mempunyai tekstur yang lebih licin berbanding tuala tangan biasa yang lain kerana ia diperbuat daripada poliester dan microfiber. Tuala ini juga boleh digunakan sebagai tuala muka. Ia datang dalam pelbagai warna untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Poliester, Microfiber
- Saiz: 35 cm x 75 cm
- Berat: 50 g
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Biru, Hijau, Ungu, Merah Jambu, Jingga, Kuning
Kelebihan:
✅ Bahan berkualiti tinggi
✅ Daya penyerapan air yang tinggi
✅ Cepat kering
✅ Pelbagai warna
Harga: RM1.69
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.