8 Water Jet Terbaik di Malaysia 2025

Aktiviti pembersihan seperti mencuci kereta, motorsikal atau halaman rumah bukanlah satu tugas yang mudah. Belum lagi kalau rumah dilanda banjir, memang akan memakan masa yang lama untuk membersihkan kotoran dalam dan luar rumah. Hal ini kerana terdapat beberapa bahagian yang sukar untuk dicapai dengan tangan.

Kini anda tidak perlu lagi bimbang kerana dengan penggunaan water jet anda dapat membersihkan segala kotoran pada setiap jenis permukaan dengan pantas dan bersih. Water jet merupakan satu alat pancutan air yang bertekanan tinggi yang mampu membersihkan segala halangan dan kotoran yang terdapat pada semua jenis permukaan. Oleh itu, berikut adalah senarai 8 water jet terbaik yang anda boleh dapati di Malaysia.

Bagaimana hendak memilih water jet yang terbaik?

Memandangkan terdapat pelbagai pilihan water jet di pasaran, tidak hairanlah sekiranya anda keliru untuk memilih water jet yang sesuai serta berfungsi seperti mana yang anda inginkan. Beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan semasa memilih water jet adalah seperti harga, paras tekanan air dan berat. 

  1. Harga

Water jet mempunyai fungsi yang serba guna terutamanya ketika melakukan aktiviti pembersihan namun, ia boleh menelan kos yang agak tinggi. Jadi, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda supaya tidak membazir.

  1. Paras tekanan air

Anda perlu memilih paras tekanan air yang sesuai untuk water jet  dengan tujuan penggunaannya. Sebagai contoh, jika anda ingin menggunakan water jet untuk permukaan yang lembut dan mudah calar, water jet dengan paras tekanan air yang rendah adalah pilihan yang terbaik untuk anda.

  1. Berat

Sama seperti mana-mana mesin, water jet juga boleh menjadi agak berat dan ini boleh menjejaskan produktiviti anda. Untuk pengendalian yang lebih mudah, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk memilih water jet yang ringan.

8 Water jet Terbaik di Malaysia 2023

1. OSMO V30 1400W Water Jet

OSMO V W Water Jet
Kredit Gambar: Shopee

OSMO V30 1400W Water Jet mempunyai paras tekanan air yang agak tinggi serta membolehkannya membersihkan kotoran degil yang terdapat pada permukaan yang sukar dicuci seperti karpet dan turapan konkrit. Water jet ini didatangkan dengan butang kuasa yang besar serta dilengkapi dengan pemegang yang memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. 

Spesifikasi:

  • Tahap tekanan: 90 Pa
  • Panjang kabel: 5m
  • Berat: 5kg

Kelebihan:

Boleh membersihkan kotoran degil
Kabel panjang

Harga: RM185.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. BOSSMAN BPC-117 Water Jet

BOSSMAN BPC Water Jet
Kredit Gambar: Shopee

BOSSMAN BPC-117 Water Jet ini sesuai untuk digunakan sekiranya anda ingin mencuci kenderaan anda. Hal ini kerana tahap tekanan air water jet ini perlahan dan sesuai untuk permukaan yang mudah calar. Selain itu, water jet ini mempunyai reka bentuk yang praktikal dan beratnya kurang daripada 5 kg, menjadikan ia mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Tahap tekanan: 80 Pa
  • Panjang kabel: 5m
  • Berat: 4.9kg

Kelebihan:

Nozzle boleh laras
Kabel panjang
Sesuai untuk permukaan lembut

Harga: RM195.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. SONCO 688V Cordless Water Jet

SONCO V Cordless Water Jet
Kredit Gambar: Shopee

SONCO 688V Cordless Water Jet ialah water jet serba guna dengan paras tekanan air yang boleh dilaraskan mengikut kehendak anda. Water jet ini dilengkapi dengan penapis halus yang berfungsi untuk menapis kotoran dan toksin yang terkandung di dalam air. Tambahan pula, ia didatangkan dengan reka bentuk tanpa wayar memudahkan anda untuk mengendalikannya.

Spesifikasi:

  • Tahap tekanan: 15 Pa
  • Panjang kabel: Tanpa wayar
  • Berat Tanpa Kord: 3.5kg

Kelebihan:

Penapis halus
Nozzle boleh laras
Tanpa wayar

Harga: RM156.99

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. BPC18 BOSSMAN Water Jet

BPC BOSSMAN Water Jet
Kredit Gambar: Shopee

BPC18 BOSSMAN Water Jet mempunyai nozzle boleh laras yang membolehkan anda melaras tahap tekanan air mengikut jenis permukaan yang hendak dibersihkan. Water jet ini dilengkapi dengan suis kuasa yang diletakkan berhampiran dengan pemegang untuk mengelakkan air daripada terpercik. Ia juga mempunyai ruang untuk anda menyimpan aksesori tambahan yang disertakan bersama water jet .

Spesifikasi:

  • Tahap tekanan: 110 Pa
  • Panjang kabel: 3m
  • Berat: 3.85kg

Kelebihan:

Nozzle boleh laras
Ruang aksesori

Harga: RM175.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Bosch Ettro 999VF Water Jet

Bosch Ettro VF Water Jet
Kredit Gambar: Lazada

Portable Jet Air Bosch Ettro 999VF menggunakan tekanan maksima 30 bar menjadikannya sesuai untuk kegunaan di tempat mencuci kereta (car wash) atau di rumah. Didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas dan ringan serta tanpa wayar menjadikannya produk water jet yang paling popular dalam kalangan pengguna.

Spesifikasi:

  • Tahap tekanan: 30 Pa
  • Panjang kabel: Tanpa Kord
  • Berat: 3.4kg

Kelebihan:

Tanpa wayar
Reka bentuk ringkas

Harga: RM200.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Eurohit 1500w Water Jet

Eurohit w Water Jet
Kredit Gambar: Shopee

Eurohit 1500w Water Jet mempunyai nozzle boleh laras yang membolehkan anda melaraskan tekanan air mengikut kehendak anda. Water jet didatangkan dalam reka bentuk yang agak besar serta memiliki berat 5kg menjadikannya salah satu water jet yang sesuai digunakan dengan tujuan komersial seperti di restoran atau di tempat cuci kereta (car wash). Selain itu, water jet ini juga mempunyai sistem ‘auto-stop’ di mana ia akan berhenti secara automatik apabila picu dilepaskan dan akan berfungsi jika picu ditekan.

Spesifikasi:

  • Tahap tekanan: 120 Pa
  • Panjang kabel: 3m
  • Berat: 5kg

Kelebihan:

Menghapuskan kotoran degil
Boleh digunakan bersama botol detergen
Nozzle boleh laras

Harga: RM143.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. LUTIAN LT220 Water Jet

LUTIAN LT Water Jet
Kredit Gambar: Shopee

Water jet ini mampu menghasilkan tekanan setinggi 100 bar maksimum dengan fungsi Turbo Dirt Blaster dan ia menggunakan bekalan air sebanyak 340 liter dalam masa sejam! Selain itu, sama seperti Eurohit 1500w Water Jet, water jet ini juga dilengkapi dengan sistem ‘auto-stop’ di mana ia akan berhenti secara automatik apabila picu dilepaskan dan akan berfungsi jika picu ditekan.

Spesifikasi:

  • Tahap tekanan: 100 Pa
  • Panjang kabel: 5m
  • Berat: 4.8kg

Kelebihan:

Menghapuskan kotoran degil
Boleh digunakan bersama botol detergen
Nozzle boleh laras

Harga: RM143.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. YILI 1200W Portable High-Pressure Water Jet

YILI W Portable High Pressure Water Jet
Kredit Gambar: Shopee

Mahukan water jet dengan harga murah dan tidak membebankan poket anda? Dapatkan YILI 1200W Portable High-Pressure Water Jet hari ini. Mesin water jet ini sudah terbukti mampu membersihkan kereta dan permukaan konkrit di halaman rumah anda dengan berkesan. Selain itu, ia juga didatangkan dengan pelbagai jenis aksesori seperti hos 5 meter, gun penyembur dan nozzle boleh laras.

Spesifikasi:

  • Tahap tekanan: 90 Pa
  • Panjang kabel: 5m
  • Berat: 4.5kg

Kelebihan:

Motor berkuasa
Mudah dikendalikan
Mesra pengguna

Harga: RM169.80

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close