4 Yogurt Beku Terbaik di Ipoh 2025

Yogurt beku telah menjadi semakin popular di seluruh negara kerana ia dihidangkan dalam pelbagai perisa dan topping. Pencuci mulut ini dibuat dengan menggunakan yogurt beku, produk tenusu atau bukan tenusu dan juga topping yang enak. Apa yang menjadikan yogurt beku ini unik daripada yogurt lain adalah ia mengandungi bakteria hidup yang baik untuk tubuh manusia. Perkara yang menyeronokkan tatkala anda membuat pesanan yogurt beku adalah anda boleh menyediakannya mengikut seberapa banyak topping dan sos kesukaan anda. Kebanyakan kedai yogurt beku menawarkan pelbagai topping yang enak seperti buah-buahan yang segar, kacang, serbuk coklat dan gula-gula.

Jika anda berada di Ipoh dan teringin untuk merasai keenakan yogurt sejuk buku ini, anda boleh teruskan membaca artikel ini. Hal ini kerana kami telah menyediakan 4 lokasi yang menyediakan yogurt beku terbaik untuk anda kunjungi di Ipoh. Anda boleh menikmati tekstur pencuci mulut ini yang sejuk dan rasanya yang masam-manis. Apa kata luangkan masa anda untuk berkunjung ke kedai yogurt beku terbaik bersama ahli keluarga atau rakan-rakan anda? Pasti menyeronokkan!

Adakah Yogurt Beku Rasanya Seperti Aiskrim?

Tertanya-tanya apakah rasa yogurt beku? Yogurt beku mempunyai rasa tersendiri berbanding dengan aiskrim biasa. Hal ini kerana kebanyakan kedai yang menjual yogurt beku menawarkan pelbagai topping dan sos yang enak untuk anda gabungkan dengan yogurt tersebut. Topping dan sos yang ditawarkan berperanan untuk menambah rasa manis dan mengimbangi rasa masam yogurt.

Adakah Yogurt Beku Baik Untuk Perut Anda?

Yogurt beku kaya dengan probiotik yang dikenali sebagai bakteria baik dan yis yang bagus untuk mengekalkan kesihatan usus anda. Jika anda mengalami cirit-birit, bakteria baik akan membantu memulihkan badan anda. Jadi, anda perlu mengambil yogurt beku ini dalam kadar sederhana, tidak kiralah sama ada anda ingin memuaskan keinginan anda atau melegakan sakit perut yang dihadapi.

Mengapakah Yogurt Beku Lebih Mudah Dihadam?

Jika anda mempunyai intoleransi laktosa, perut anda mungkin dapat menerima yogurt biasa berbanding dengan aiskrim. Hal ini kerana yogurt mempunyai bakeria aktif dan hidup. Biasanya, kandungan lemak dalam aiskrim adalah 10% hingga 18%, manakala kandungan lemak dalam yogurt beku adalah rendah. Hal ini menjadikannya sesuai untuk dinikmati oleh individu yang kurang toleransi terhadap laktosa.

4 Yogurt Beku Terbaik di Ipoh 2025

1. Mooghurt

Mooghurt
Kredit Gambar: OpenRice Malaysia
Mooghurt-
Kredit Gambar: Mooghurt
Mooghurt--
Kredit Gambar: Mooghurt

Mooghurt adalah salah satu kafe yang menyediakan yogurt beku terbaik di Ipoh. Kafe ini popular dalam kalangan penduduk di negeri ini. Anda boleh menikmati pelbagai menu lazat yang disediakan di sini seperti Froyo Waffle Bowls, Yogurt Fruit Juices, waffle, kek dan hidangan Barat. Mereka menghidangkan yogurt beku dalam mangkuk wafel yang unik. Anda perlu mencuba hidangan ini bersama rakan-rakan anda!

Selain menawarkan pelbagai jenis topping yang lazat, mereka juga menyediakan sos-sos yang enak untuk anda pilih. Apabila anda selesai memilih topping dan sos kesukaan anda, mereka akan meletakkan pesanan anda di dalam mangkuk wafel yang rangup. Jadi, anda akan merasai tekstur yogurt yang bukan sahaja sejuk dan masam-manis, bahkan rangup! Bahkan, ramai pengunjung yang kembali untuk mendapatkan yogurt beku mereka!

Waktu Operasi:
11:30 pagi – 10:30 malam (Rabu – Isnin)
Ditutup pada hari Selasa

Alamat: 77, Jalan Raja Ekram, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Mooghurt-104387082367519/ 

Instagram: https://www.instagram.com/mooghurt/ 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. llaollao

llaollao--
Kredit Gambar: Ipoh Parade
llaollao--
Kredit Gambar: llaollao Malaysia
llaollao--
Kredit Gambar: A Journey Of Life

Jika anda peminat yogurt beku, maka anda mesti biasa dengar tentang kedai llaollao, bukan? Kedai ini merupakan salah satu kedai yogurt beku yang terkenal di Malaysia. Boleh dikatakan hampir setiap negeri mempunyai outlet kedai ini! llaollao juga merupakan kedai yang menyediakan yogurt semula jadi Sepanyol No.1 di Eropah dan Asia. IIaollao akan memastikan semua pelanggannya mendapat yogurt beku yang terbaik pada setiap kunjungan mereka ke outlet ini. Untuk mengekalkan kesegaran yogurt, ia dihasilkan di outlet tersebut dan dihidangkan pada suhu 5ºC! Jadi, anda akan merasai tekstur yogurt yang lembut, sejuk dan mencair dalam mulut anda.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 31350 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/llaollaoMalaysia 

Instagram: https://www.instagram.com/llaollao_my/?hl=en 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. Yogurt and Milk

Yogurt-and-Milk
Kredit Gambar: OpenRice Malaysia
Yogurt-and-Milk-
Kredit Gambar: Yogurt & Milk
Yogurt-and-Milk--
Kredit Gambar: Yogurt & Milk

Nikmatilah yogurt beku anda di Yogurt & Milk Cafe untuk pengalaman menjamu selera yang menyeronokkan. Walaupun kafe ini hanya menyediakan beberapa pilihan topping dan aiskrim yogurt Itali yang berkrim, namun ia tetap dapat memuaskan hati anda. Hal ini kerana rasa yogurt beku yang berkrim dan lazat dengan topping dapat mengimbangi rasa pencuci mulut tersebut. Selain itu, mereka juga menawarkan pelbagai jenis minuman seperti latte, teh susu, frappe dan minuman yogurt dalam pelbagai rasa bagi memenuhi selera para pelanggan. Kafe ini dibuka dari pukul 11:30 pagi hingga 10:00 malam pada setiap hari. Jadi, anda boleh mengunjungi kafe ini pada bila-bila masa anda menginginkan yogurt beku yang lazat.

Waktu Operasi: 11:30 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 12, Persiaran Greentown 10, Pusat Perniagaan Greentown, 30450 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/yogurtandmilkmy/ 

Instagram: https://www.instagram.com/yogurtandmilk_my/?hl=en 

4. Baskin-Robbins

Baskin-Robbins
Kredit Gambar: Baskin-Robbins
Baskin-Robbins--
Kredit Gambar: Baskin-Robbins
Baskin-Robbins-
Kredit Gambar: Baskin-Robbins

Ramai orang mengenali jenama Baskin-Robbin kerana ia terkenal di seluruh Malaysia. Baskin-Robbins menghidangkan 31 perisa aiskrim yang enak. Konsep ‘31 Perisa’ dicipta sebagai strategi pemasaran untuk mewakili rasa aiskrim yang berbeza pada setiap hari dalam sebulan. Dengan pelbagai pilihan perisa aiskrim, Baskin-Robbins juga menawarkan yogurt beku yang lazat, iaitu Maui Brownie Madness. Rasa yogurt berasaskan coklat ini melengkapkan ketulan brownies dan kacang macadamia. Selain itu, pencuci mulut ini dihiasi dengan fudge coklat untuk memberikan rasa manis dan coklat. Sekiranya anda peminat coklat, maka pencuci mulut ini adalah untuk anda!

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Lot G68, Tingkat Bawah, AEON Ipoh Station 18 Shopping Centre, 2, Susunan Stesen 18, Stesen 18, 31650 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/MYBaskinRobbins 

Instagram: https://www.instagram.com/baskinrobbinsmalaysia/?hl=en 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di Sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close