4 Yogurt Beku Terbaik di Johor 2026

Tidak seperti aiskrim biasa, yogurt beku adalah pencuci mulut beku yang diperbuat daripada yogurt dan produk tenusu. Yogurt beku juga dikenali sebagai fro-yo dan frogurt, menjadikannya lebih mudah untuk disebut. Yogurt beku mempunyai rasa yang sedap kerana mengandungi asid laktik. Bagi anda yang meminati rasa masam-manis, pastinya yogurt beku ini menjadi pencuci mulut kegemaran anda.

Anda boleh mendapatkan pencuci mulut ini di kedai pencuci mulut yang berdekatan dengan anda. Oh ya, jika anda melawat Johor, anda masih boleh menikmati pencuci mulut kegemaran anda ini. Teruskan membaca dan anda akan ketahui 4 lokasi terbaik yang menyediakan yogurt beku yang enak di Johor.

Adakah Yogurt Beku Baik Untuk Perut Anda?

Yogurt beku mempunyai kultur probiotik hidup, iaitu bakteria baik yang membantu membina usus yang sihat, meningkatkan sistem imun dan menjadikan tekanan darah yang lebih rendah. Walaupun jumlah probiotik dalam yogurt tersebut adalah berbeza, namun ia baik untuk perut anda.

Bolehkah Anda Makan Yogurt Beku Pada Setiap Hari?

Sama seperti pencuci mulut lain, anda dinasihatkan untuk mengambil yogurt beku secara sederhana. Walaupun pencuci mulut ini mengandungi protein dan kalsium untuk diet anda, namun pengambilan secara sederhana adalah lebih baik. Hal ini kerana kandungan gula merupakan salah satu bahan utama yang terkandung dalam yogurt beku. Oleh sebab itu, anda perlu mengawal pengambilannya agar tidak terkena penyakit berbahaya seperti diabetes dan lain-lain.

4 Yogurt Beku Terbaik di Johor 2026

1. llaollao

llaollao-
Kredit Gambar: llaollao Malaysia
llaollao-
Kredit Gambar: llaollao Malaysia
llaollao-
Kredit Gambar: llaollao Malaysia

llaollao merupakan salah satu yogurt beku yang terkenal di Malaysia. Anda boleh mendapati cawangannya berada di seluruh negara. Terdapat pelbagai topping yang ditawarkan di kedai ini seperti serbuk Oreo, granola, buah-buahan segar seperti kiwi, strawberi dan pelbagai sos yang lazat. Yogurt adalah salah satu pencuci mulut yang lebih sihat untuk usus anda. Jadi, jika anda ingin makan sesuatu yang manis-masam dan berkhasiat, anda bolehlah lawati kedai ini untuk mendapatkan yogurt bekunya yang lazat.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 9:00 malam (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 10:00 malam (Sabtu – Ahad)

Alamat: Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/llaollaoMalaysia/ 

Instagram: https://www.instagram.com/llaollao_my/?hl=en 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Piffle & Yo

Piffle-Yo
Kredit Gambar: Piffle & Yo
Piffle-Yo-
Kredit Gambar: Piffle & Yo
Piffle-Yo-
Kredit Gambar: Piffle & Yo

Piffle & Yo bukanlah kedai fro-yo (yogurt) biasa. Hal ini kerana mereka menggunakan banyak lampu neon untuk mewujudkan persekitaran yang menyeronokkan buat para pelanggan, terutama bagi kanak-kanak. Kedai ini merupakan sebuah kafe mesra Muslim, bebas daripada daging babi, lemak babi dan alkohol. Mereka menawarkan wafel, aiskrim yogurt, croffles dan macaron di sini. Kedai ini merupakan tempat yang sesuai untuk semua peringkat usia. Antara menu yang paling laris di sini adalah Piffle Mix Berry Dessert. Anda boleh mencuba pencuci mulut ini sambil berehat di sini pada waktu petang.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 83A, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/PizzaWaffleYogurt 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. Yofro Frozen Yoghurt & Ice Cream

Yofro-Frozen-Yoghurt-Ice-Cream
Kredit Gambar: YoFro Malaysia
Yofro-Frozen-Yoghurt-Ice-Cream-
Kredit Gambar: YoFro Malaysia
Yofro-Frozen-Yoghurt-Ice-Cream-
Kredit Gambar: Nice Local

Dapatkan secawan yogurt yang lazat di Yofro Frozen Yoghurt & Ice Cream untuk menjadikan hari anda lebih ceria! Yofro Frozen Yoghurt & Ice Cream merupakan tempat ideal yang dapat memenuhi keinginan anda untuk merasai yogurt beku. Hal ini kerana yogurt adalah pencuci mulut yang baik untuk kesihatan dan ia dihidangkan dalam sajian yang berkualiti tinggi. Disebabkan harganya yang berpatutan, anda boleh menikmati pencuci mulut kegemaran anda pada bila-bila masa. Jadi, anda tidak perlu risau tentang berbelanja lebih.

Waktu Operasi:
1:00 petang – 9:00 malam (Ahad – Khamis)
1:00 petang – 11:00 malam (Jumaat – Sabtu)

Alamat: Yofro Frozen Yoghurt & Ice Cream 96, Jalan Kempas 2 Desaru Utama, Desaru, 81930 Bandar Penawar, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/yofro.my/

4. Waiting 4 You 

Waiting--You-
Kredit Gambar: Visit Johor (Facebook)
Waiting--You-
Kredit Gambar: Visit Johor (Facebook)
Waiting--You-
Kredit Gambar: Visit Johor (Facebook)

Waiting 4 U merupakan salah satu kafe yang menjual yogurt beku di Johor Bahru. Perkhidmatan penyediaan yogurt pesanan anda adalah unik kerana anda perlu menyediakan pesanan anda sendiri. Jadi, anda bebas memilih sebanyak mana topping yang anda sukai untuk diletak bersama yogurt anda. Kafe ini menawarkan yogurt beku buatan sendiri dengan pelbagai topping yang enak. Antara 8 perisa topping lazat yang ditawarkan di sini adalah perisa asli, limau, strawberi, blueberry dan juga mangga.

Waktu Operasi:
11:30 pagi – 10:30 malam (Isnin – Khamis)
11:30 pagi – 11:00 malam (Jumaat – Ahad)

Alamat: 10, Jln Padi Emas 1/5, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100083109613766 

Instagram: https://www.instagram.com/waiting4you_froyo/


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close